5 perkara penyumbat saluran rezeki
Allah
SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembagian
rezekinya. Tidak ada satu pun yang akan ditelantarkan-Nya, termasuk
kita. Kerana itu, rezeki kita yang sudah Allah jamin pemenuhannya.
Yang diperlukan adalah mahu atau tidak kita mencarinya yang lebih
tinggi lagi, betul atau tidak cara mendapatkannya. Rezeki di sini tentu
bukan sekadar wang. Ilmu, kesihatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup,
keturunan, nama baik, persaudaraan, ketaatan termasuk pula rezeki,
bahkan lebih tinggi nilainya berbanding wang.
Walau
bagaimanapun, ada ramai orang yang dipusingkan dengan masalah
pembahagian rezeki ini. "Kenapa rezeki saya seret banget, padahal sudah
mati-matian mencari?" "Mengapa ya saya gagal terus dalam perniagaan?"
"Mengapa hati saya tidak pernah tenang?" Ada banyak penyebab, mungkin
cara mencari yang kurang profesional, kurang serius mengusahakannya,
atau ada keadaan yang menyebabkan Allah Azza wa Jalla "menahan" rezeki
yang bersangkutan. Mata terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa
aliran rezeki kita tersumbat? Apa saja penyebabnya?
Allah
adalah Dzat Pembagi Rezeki. Tidak ada setetes pun air yang masuk ke
mulut kita kecuali atas izin-Nya. Kerana itu, jika Allah SWT sampai
menahan rezeki kita, pasti ada prosedur yang salah yang kita lakukan.
Sekurang-kurangnya ada lima hal yang menghalang aliran rezeki.
Pertama, lepasnya ketawakalan dari hati.
Dengan
kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah.
Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya.
Padahal Allah itu sesuai prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba
berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima.
Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam Surah At-Talaq [63] ayat 3.
Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan.
Dosa
adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan
dosanya." (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menyumbat aliran rezeki, maka
tobat akan membukanya. Andai kita semak, doa minta hujan isinya adalah
permintaan taubat, doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan adalah
permintaan taubat, demikian pula doa memohon anak dan Lailatul Qadar
adalah taubat. Kerana itu, bila rezeki terasa seret, perbanyaklah tobat,
dengan hati, ucapan dan perbuatan kita.
Ketiga, maksiat saat mencari nafkah.
Apakah
pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam
mencari dan menjalaninya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam
mencari nafkah, entah itu korupsi (waktu, wang), memanipulasi timbangan,
amalan mark up, dan sebagainya akan membuat rezeki kita tidak berkah.
Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang.
Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah menguap untuk hal sia-sia,
tidak membawa ketenangan, sukar digunakan untuk taat kepada Allah serta
membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, akan bertaubat dan
kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.
Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingati Allah.
Bertanyalah,
apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah
makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solat (atau minimal
jadi telat), lupa membaca Al-Quran, lupa mendidik keluarga, adalah
isyarat-isyarat pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan
heran bila rezeki kita akan tersumbat. Idealnya, semua pekerjaan perlu
membuat kita semakin dekat dengan Allah. sibuk boleh, tetapi jangan
sampai hak-hak Allah kita abaikan. Bencana sesungguhnya bukanlah bencana
alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita
semakin jauh dari Allah.
Kelima, enggan bersedekah.
Siapapun
yang pelit, nescaya hidupnya akan sempit, rezekinya mampet. Sebaliknya,
sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda
rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang
pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha
Kaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali ganda (Surah Al-Baqarah
[2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan,
tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah
SWT akan membuka pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Aamiin ...
Peringatan Kepada Yang Suka Buang Nasi
Kalau
Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi
peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak
macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan
lain-lain lagi.
Kenaikkan harga tidak kira harga
minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah
suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.
Apabila Allah datangkan suatu
musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena
tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang
Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.
Mungkin kita tidak sedar bahawa
kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian
seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.
Yang paling dahsyat ialah apabila
kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran
nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang
tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong
sampah.
Apabila kita menghina butiran
nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa
kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina
pada kita balik.
Sila habiskan butiran nasi dan
makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke
dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain
seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa
binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada
pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan
semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).
Sambil-sambil itu ucapkanlah
istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda
perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak
senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang
penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk
keperluan harian mereka. Amin.
Saya bercakap utUk diri saya dan
anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi
taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong
di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi
kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya
pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita
tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan
dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini
tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh
cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj
ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang
itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang
mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?
Istidraj
adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya,
manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH
SWT.
Contoh
manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling
mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada
Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan
bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya
tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak
menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah
Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin
hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak
digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua
kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh
menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat.
Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia
nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya
melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah
pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi
dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab
itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan
timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi
dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa
kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah
yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda
langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini
buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka
jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat
dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala
menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila
jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala
yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“
Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,
“
Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah
sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga,
maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah,
jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau
sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu
semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika
gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum
gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka
sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita
rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian
adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda
suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda
merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda
wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku
berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai
lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar
dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Hikmah beristeri lebih daripada satu
Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu.
Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan
serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;
- Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
- Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
- Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.
- Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
- Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
- Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
- Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.
- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.
Dengan
keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam
Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum
lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat
Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat
yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi
mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka
bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan
oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami,
maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran
Islam dan dilarang melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan