Pengertian Ibadah
Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan
kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada
sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam
tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.
Firman Allah SWT :
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:
Maksudnya :
Maksudnya :
Firman Allah SWT: Maksudnya:
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Maksudnya :
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Rasulullah SAW bersabda. ( Terjemahannya ):
“Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih.”
Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu
macam sahaja sehingga manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan
ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai
dengan perangai, kecenderungan dan minat manusia itu sendiri.Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Pengertian Dan Ruang Lingkup Ibadat
Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat.”
(An-Nisa’ : 77)
Sementara itu banyak terdapat ayat al Qur’an dan al Hadis yang mewajibkan supaya beribadat. Di antaranya:Maksudnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Firman Allah SWT lagi:Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia
beribadahlah kepada Tuhan kau yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa.”
(Al-Baqarah : 21)
Daripada ayat di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:- Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
- Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk beribadat. Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya, hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah dengan sesuatu makhluk.
- Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah, seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah meningkat tinggi dan sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
- Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha, sebagai mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Pembahagian Dan Matlamat Ibadah
Ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas (fardu ain), ibadah fardu kifayah dan ibadah umum.- Ibadah Asas. Ibadah asas ialah ibadat yang merupakan fardu ain yang merangkumi soal-soal aqidah sperti dalam rukun iman yang enam. Ia juga merupakan amalan wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap orang muslim seperti yang terkandung dalam rukun Islam. Ini bererti bahawa sebelum kita melaksanakan ibadat yang lain, kedua-dua ibadat yang asas ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
- Ibadah Fardu Kifayah. Bidang ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan sosial dalam masyarakat Islam yang merupakan nadi atau urat saraf yang menghubungkan antara antara satu sama lain. Ia meliputi menyelenggarakan mayat untuk dikuburkan, menegakkan jihad dalam semua bidang, menegakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi (dalam semua bidang yang diperlukan), mewujudkan ekonomi Islam, mewujudkan pentadbiran Islam dan melaksanakan kebajikan am.
- Ibadah Umum. Ibadah umum ialah segala kegiatan manusia yang tunduk kepada hukum-hukum dan nilai-nilai agama Islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksana dengan ikhlas dan jujur. Ibadah umum boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
- Peribadi dan akhlak yang tinggi yang boleh mendatangkan pahala seperti bercakap benar, amanah jujur merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri atau menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain, menunaikan janji dan tidak mengkhianati orang lain.
Firman Allah SWT: Maksudnya:
“…hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat )…”
( Al- Iara’ : 37 )
Sabda Rasulullah SAW ( Terjemahannya ) :
“ Iman itu mempunyai 77 cabang dan malu ialah salah satu daripada cabang iman.
( Al Bukhari )
Termasuk dalam erti iman ialah sayang kepada saudaranya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Tidak beriman ( iman yang sempurna ) salahnya ( sesama Muslim ) sebagaimana ia mencintai dirinya . “
( Al Bukhari )
Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan
seharian daripada pengurusan keperluan peribadi sehinggalah kepada cara
membina negara, perhubungan antara bangsa, cara melaksanakan hukum dalam
masa perang dan damai. Semuanya ada peraturan-peraturan akhlak yang
mulia daripada perspektif Islam yang boleh membuat amalan-amalan kita
itu menjadi ibadah.Syarat-Syarat Bagi Sesuatu Amalan (Adat) Menjadi Ibadah
Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama manusia.Firman Allah SWT :
“Akan ditimpa kehinaan ke atas
mereka itu di mana sahaja. Mereka berada melainkan mereka menghubungkan
diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Kalau kita hanya menegakkan salah satu dari dua
hubungan ini sahaja, umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa
memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah SWT dan tidak
menurut perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah
dan Allah mungkin menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita.Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
- Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
- Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
- Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
- Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
- Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah SWT :
Maksudnya :
“(Ibadat itu dikerjakan oleh)
orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan
atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(An-Nuur : 37)
Jadi bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan
kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan
urusan hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada
Allah meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau
ketika membuat kerja-kerja tersebut.Kesimpulan
Konsep ibadah dalam Islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadah mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak. Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik bersopan dan berakhlak mulia. Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh al Qur’an dan al sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh menjadi ibadah.Monday, October 22, 2012
Ibadah Sebagai Tujuan Dan Matlamat Hidup Manusia -
Disediakan Untuk : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh : Nur Farahani Binti Azha
No Matrik : 2012827888
Kumpulan : Csd1dq
Program : Diploma Sains Kuantitatif
Semester Jun-Oktober 2012
Secara fitrahnya, manusia tidak dijadikan melainkan hanyalah untuk
beribadat kepada ALLAH SWT. Hal ini juga sudah jelas dinyatakan oleh
ALLAH SWT seperti firman-Nya dalam surah Az-Zaariyat ; ayat 56 iaitu : -
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
Oleh itu, kenyataan di atas jelas menyatakan bahawa semua makhluk
ALLAH SWT tidak kira samada jin mahupun manusia hanyalah dijadikan
khususnya untuk beribadah kepada ALLAH SWT yang Maha Esa lagi Maha
Mulia. Oleh itu, pernyataan dibawah telah menerangkan lebih terperinci
tentang pengertian dan konsep ibadah secara menyeluruh.
• Pengertian Ibadah
Ibadah dari segi bahasa ialah merendahkan diri, hamba, tunduk.
Manakala dari segi istilah ialah :
I. Menghambakan diri hanya kepada ALLAH SWT dan menerima hukum hanya
daripada ALLAH SWT dan sentiasa membina hubungan dengan-Nya dalam semua
persoalan atau pertanyaan.
II. Segala usaha manusia asalkan diniatkan untuk mendapat keredhaan
dan rahmat ALLAH SWT tidak kira sama ada dari segi perbuatan, percakapan
zahir dan batin dan segala perlakuannya tidak bercanggah dengan
syariat.
III. Pengakuan manusia tentang dirinya sebagai hamba ALLAH SWT
secara sukarela atau terpaksa untuk patuh, tunduk dan taat kepada titah
perintah ALLAH SWT.
IV. Sebrang tindakan yang melambangkan perasaan rendah diri, patu
dan menyembah ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan, keimanan, dan ketaqwaan
samada dalam ibadat khusus atau ibadat umum.
Pengabdian diri kepada ALLAH SWT merupakan tugas paling utam dan ianya
juga menjadi sebab kenapa manusia dijadikan. Oleh itu, penghambaan
manusia kepada ALLAH SWT tertakhluk kepada dua perkara yamg penting
iaitu :
a) Iradah Syar’iyyah
Iradah Syar’iyyah ialah tunduk, patuh dan taat kepada ALLAH SWT dengan
melakakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Pengabdian
manusia tertakhluk dengan mematuhi segala hukum hakam dalam berhubungan
dengan ALLAH SWT, sesame manusia, dan dengan alam sekitar dengan
merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Dengan ketaatan ini manusia
akan memperolehi kesejahteraan, keselamat, ketenangan samada di dunia
mahupun akhirat. \
b) Iradah Kauniah
Iradah Kauniah ialah tunduk, patuh, dan taat kepada sunnatullah ( law of
nature ) sepertimana yang telah ditetntukan oleh AALAH SWT beserta
dengan izin-Nya. Oleh itu, manusia wajib tunduk kepada ketentuan sebab
dan akibat sunnatullah sekiranya inginkan ketenangan dan keselamatan.
Contohnya, sunnatullah telah menetapkan manusia perlu makan untuk
kenyang, minum apabila dahaga, berkahwin dengan berlainan jenis, rajin
belajar untuk mencapai kejayaan dan sebagainya.
• Ibadah sebagai tujuan
Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi ALLAH menjadikan manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini. Hal ini terbukti apabila ALLAH SWT membuktikan
pengisytiharan manusia sebagai khalifah dalam surah Al- Baqarah: ayat 30 yang bermaksud ;
( Dan ingatlah ) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, “ Sesungguhnya aku akan
menjadikan di bumi, khalifah”. Menurut kitab al – Asas fi al- Tafsir, Said hawa berkata,
“(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya. Sebanarnya, tugas sebagai khalifah adalah
sangat berat. Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah ALLAH di muka bumi.
Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini telah ditetapkan oleh ALLAH SWT
dimana perkara dapat dikukuhkan lagi dalam surah as-Zariyat, ayat 56; “ Tidak aku jadikan jin
dan manusia melainkan untuk beribadah kapada-Ku”. Ibadah mempunyai criteria dan syarat-
syaratnya. Dalam surah al- Baqarah ayat 112, ALLAH menyatakan “ Bahkan sesiapa yang
menyerah dirinya kepada ALLAH di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi
TuhanNya, tidak ada ketakutan kepadanya dan dia tidak akan berdukacita. Berhubung dengan
ayat ini, dalam tafsir Al-Quran al-Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan, ALLAH
hanya menerima amalan yang mempunyai dua kriteria, iaitu pertama, ikhlas dan kedua, muhsin
. Manakala Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi caranya tidak mengikut
(syariat), ia tidak diterima oleh ALLAH.
Oleh itu, sesuatu ibadah hanya dikira sah disisi ALLAH SWT pabila ianya dilengkapi
dengan dengan keikhlasan dan juga diliputi dengan landasan syariat dan dipatuhi hanya kerana
ALLAH SWT. Demikian, inilah tugas utama sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu,
manusia juga dikategorikan sebagai wakil ALLAH di muka bumi ini. Hal ini dijelaskan oleh Ibn
Jarir “Maksud penjelasan ALLAH dalam ayat 30 ; surah Al-Baqarah” adalah ‘ Sesungguhnya
aku menjadikan di muka bumi khalifah yang mewakiliku dalam melaksanakan hokum dan
keadilan dikalangan makhluk-makhlukku. ’ Dan sesungguhnya khalifah ini ialah Adam dan
sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkahnya dalam mentaati ALLAH serta melaksanakan
ketetapan hukum dengan adil.
Maka sesungguhnya amanah yang terpaksa dipikul oleh khalifah adalah sangat berat
sehinggakan makhluk-makhluk lain yang lebih besar daripada seorang insane tidak sanggup
sama sekali untuk memikulnya. Kenyataan ini dapat dijelaskan lagi jika kita mengkaji makna
dalam suah al- Ahzab; ayat 72, “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah ini kepada
langit, bumi, dan gunung- ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat
dengannya, maka sebaliknya ianya dipikul oleh insane yang bernama manusia.
Walau bagaimanapun, sesungguhnya ALLAH itu tidak kejam dan Maha Mengetahui
segalanya. Oleh itu, ALLAH membekalkan manusia dengan alat-alat bantuan, terutamanya akal
fikiran bagi memudahkan lagi kerjanya. Malahan, ALLAH telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang terbaik tanpa dapat disaingi oleh sesiapa pun. ALLAH menyatakan hal ini dalam
surah At-tin ayat ; 4 “ Sesungguhnya kami mencipta insane dalam bentuk penciptaan yang
terbaik. ”
Di samping itu, ALLAH juga tidak akan membebankan manusia dengan sesuatu yang
tidak dapat diatasi dan disanggupinya sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah al-
Baqarah, ayat ; 286, “ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. ”
Konkulusinya, melalui ibadah manusia, sebagai khalifah kehidupan mereka akan menjadi
lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang samada di dunia dan akhirat. Seperti sabda baginda
Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa yang mengejar akhirat maka dunia akan mengekori
dibelakangnya”.
• Hikmat Ibadah
Kenyataannya, ibadah mempunyai banyak rahsia dan hikmatnya yang tersendiri.
Manakala sebahagian hikamt itu dapat difahami oleh manusia dan sebahagian lagi tidak
diketahui oleh sesiapa pun kecuali ALLAH SWT. Tetapi yang pasti ia tidak sama sekali
membebankan manusia, sebaliknya ia menguntungkan lagi manusia di segenap penjuru
kehidupan.
Oleh itu, ALLAH SWT telah menyatakan dalam Al- Quran, surah al-maidah; ayat
6 “ ALLAH SWT tidak berkehendak untuk menyulitkan dan menyusahkan kamu,
malahan dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta memudahkan kamu seta
menyempurnakan nikmatnya ke atas kamu semoga kamu bersyukur. ” Hal ini dapat
dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan kata- kata Nabi Muhammad SAW berdasarkan
hadis yang dilaporkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad yang bermaksud,
“Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan (agama) dan kamu tidak diutus untuk
mennyusahkan”.
Dalam konteks lain, kita juga dapat memperoleh banyak manfaat dari
ibadah iaitu ianya dapat menjadikan manusia lebih peka dengan masa. sebagai
contoh, solat fardu yang diwajibkan ke atas setiap individu juga dikenali sebagai
solat waktu. Hal ini kerana ianya terikat dengan waktu-waktu yang telah
ditentukan. Oleh yang demikian, ianya terbukti bahawa solat fardu dapat
mendidik umat islam supaya menjadi lebih peka dengan waktu dan juga diiringi
dengan mendidik umat islam menjadi seorang pengurus masa yang baik.
• Impak Ibadah Kepada Muslim
Kesan dari menunaikan rukun islam dan perkara-perkara wajib :
Muslim akan menjadi lebih berdisiplin dan komitmen. Misalnya, dalam
ibadah solat terlalu banyak elemen positif yang diperolehi oleh manusia
sekiranya dikerjakan dengan fokus. Terutamanya solat berjemaah, ianya
dapat mengajar muslim soal ketaatan kepada ketua, kasih saying dan
persaudaraan, sikap mengambil tahu dan mengambil berat. Manakala, dengan
berwuduk pula, ia mengajar kita erti kebersihan, solat mengajar manusia
tentang pengurusan masa, fokus dan lain-lain. Kesemua ini, membentuk
jati diri seorang muslim yang berkualiti.
Kesan daripada menunaikan ibadah-ibadah sunat : -
Dengan membuat semua ibadah – ibadah sunat seperti membaca
Al-Quran, menderma, korban akikah, kenduri dan sebagainya ini dapat
menenangkan hati dan jiwa seseorang tanpa sebarang gangguan. Selain itu,
sifat merendah diri, tolong – menolong, kasih sayang juga dapat
diperolehi daripada amalan – amalan sunat ini.
Kesan ibadah memimpin diri, keluarga, masyarakat dan khalifah ( makhluk ALLAH ) : -
Contoh ibadah memimpin diri, keluarga, masyarakat dan sebagai
khalifah ialah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar, menyebarkan ISLAM
atau berdakwah, berbuat ihsan dengan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH yang
lain. Oleh yang demikian, ianya dapat mendatangkan kesan ibadah yang
sangat besar lebih- lebih lagi dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian
kepada umat manusia dan seluruh alam. Malah, sekiranya ibadab ini
diabaikan, manusia aka terjerumus dalam peperangan dan bala bencana alam
yang menyedihkan.
• Kesan Pengabaian Ibadah.
Kesan pengabaian ibadah – ibadah wajib :-
Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan manusia secara
automatiknya akan terjebak dalam masalah sosial yang sangat serius.
Selain itu, kehidupan manusia juga akan dibelenggu kemurungan dan jiwa
manusia juga akan berada dalam resah dan gelisah.
Kesan pengabaian ibadah – ibadah fardhu kifayah :-
Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan miskin
kerana tidak mahu menguasai bidang – bidang yang penting seperti
teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang halal, perubatan,
kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat ISLAM iaitu muslim hanya
menjadi sebagai pengguna dan bukannya pengeluar utama barangan halal dan
teknologi yang canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri
akan terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain daripada
teknolohi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM sendiri. Dengan ini
juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh negara-negara yang maju dan
moden dengan alat-alat teknologi canggih mereka.
Kesan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat :-
Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat ini, muslin akan
menjadi lebih pasif dan tidak produktif. Oleh hal yang demikian, ianya
dapat melahirkan umat ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk
mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang sangat rendah. Selain
jasmani, rohani manusia juga perlu diisi dengan makanannya, iaitu
ibadah-ibadah sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan jati
diri muslim.
•Asas- asas penting ibadah
Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi
akan diterima oleh ALLAH SWT seandainya ianya tidak berlandaskan dan
mematuhi asas dan syarat yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Oleh
kerana Islam sebagai agama yang syumul dan semprna sentiasa mengambil
kira kehendak dan keredhaan ALLAH SWT. Terdapat dua asas penting dalam
beribadah iaitu :-
1. IMAN
Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu, keimanan
jugalah salah satu perkara yang membezekan orang Islam dan orang bukan
Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan kepada ALLAH, maka barulah
sesuatu amalan baik itu dapat dinilai dan diterima oleh ALLAH.
2. ILMU
Ilmu ialah salah satu perkara yang dapat membezakan darjat kualiti yang
ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang itu haruslah
mempunyai ilmu dalam mengerjakan ibadah. Jika tanpa ilmu seseorang itu
dibimbangi akn sesat dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu
oleh syaitan.
Syarat – Syarat amalan dikira sebagai ibadah
Kemudian, setelah seseorang muslim itu mengetahui dan mempunyai dua
perkara – perkara asas seperti di atas, maka wajiblah ke atas dirinya
untuk mengetahui tentang syarat yang membolehkan sesuatu amalan kebaikan
diterima dan boleh mendapat keredhaan ALLAH sebagai satu ibadah. Antara
syarat – syaratnya ialah : -
1. Niat
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah hanya semata – mata kerana
ALLAH SWT dan bukanlah hanya kerana manusia, hawa nafsu, syaitan, harta,
keduniaan dan sebagainya. Hal ini kerana, jika setiap amalan yang
seseorang muslim itu lakukan belandaskan niat kepada ALLAH SWT ianya
akan dikira sebagai ibadah kepada di sisi ALLAH.
2. Perbuatan atau amalan yang dilakukan mesrilah berlandaskan syarak
Setiap perbuatan yang dilakukan itu haruslah tidak bertentangan dengan
hukum syarak yang telah ditetapkan oleh ALLAH seperti minum arak, zina,
derhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya.
3. Ikhlas
Bebas dari sifat takbur dan riak. Ini bermakna, seseorang itu melakukan
ibadah tetapi ada maknanya tersendiri tanpa diketahui. Oleh itu, di sisi
ALLAH SWT ianya ditolak kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal
ibadahnya.
Selain itu, jika seseorang itu melakukan sesuatu amal ibadah kerana malu
pada orang ramai dan melakukannya dengan perassan yang tidak rela,
ianya juga boleh dikategorikan sebagai melakukan ibadah dengan tidak
ikhlas dan ini juga menyebabkan amal ibadahnya akan ditolak dan tidak
diterima di sisi ALLAH SWT. Justeru, sifat ikhlas haruslah dipupuk
supaya keikhlasan itu akan hadir di dalam hati lalu ibadah akan menjadi
lebih khusyuk dan sempurna pelaksanaanya. Jika ibada terus dilakukah
dengan hati yang tulus ikhlas, maka ibadahnya akan menjadi lebih
sempurna. Oleh itu, matlamat dan tujuan hidup manusia akan menjadi lebih
jelas dengan hanya semata –mata mengabdikan diri kerana ALLAH SWT
sepahjang hayat.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com
Friday, 3 October 2014 Luar Negara
Video: Harimau Sebenarnya Hendak Selamatkan Remaja Tersebut
PASTINYA
ramai tak dapat lupakan insiden menyayat hati melibatkan kematian
seorang pelajar universiti di New Delhi, India, baru-baru ini.
Pelajar tersebut mati selepas lehernya digigit harimau putih apabila dia dikatakan terjatuh ke dalam kandang harimau itu di Zoo New Delhi.
Rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya selepas laporan forensik dikeluarkan.
Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.
Ini kerana terbukti apabila sebenarnya tiada sebarang luka lain selain di bahagian tengkuk dan leher pelajar itu yang digonggong harimau tersebut.
tiger
“Latest News about that tiger incident from Delhi Zoo…. Forensic report came..Tiger was trying to Save that guy from stones thrown by those idiotic on lookers, that’s y he caught the neck of that guy and kept far from public. Unfortunately his teeth wound that guy… Tiger generally catch her kids on neck to save them from threat…Apart from his neck there were no wounds on his body. Tiger kids have an extra thick fur and skin on their neck so that it can be carried by the mother tiger.
Berita terkini mengenai insiden harimau putih yang dikatakan membaham seorang pelajar lelaki di Zoo New Delhi minggu lepas mendapati, harimau putih itu sebenarnya cuba menyelamatkan lelaki itu daripada batu-batu yang dilemparkan oleh orang awam ketika itu. Dia kemudiannya mengigit leher lelaki itu dan membawanya jauh dari orang ramai. Walau bagaimanapun, gigitan harimau itu menyebabkan luka yang dalam dan lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Harimau secara umumnya akan mengigit leher anak-anaknya untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman. Menurut pihak Zoo New Delhi, tiada luka lain di badan mangsa. Anak harimau mempunyai bulu tebal tambahan dan kulit di leher mereka supaya ia boleh dibawa oleh harimau jika diancam.”
Lihat Video Di bawah ini:

Sumber mynewshub.cc11:50AM - 3 Oct 2014
Saari dakwa 'dicaci, difitnah' rakan dalam PAS
ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib hari ini mendakwa beliau
dicerca oleh rakannya dalam parti ISlam itu setiap hari sejak Muktamar
PAS di Batu Pahat.
Beliau digelar dengan pelbagai nama termasuk 'munafik' sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka memanggil beliau dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin sebagai 'barua' dalam persidangan tahunan parti itu.
"Setiap hari (saya) menerima (mesej cacian) melalui WhatApp dan kiriman SMS," katanya sambil menambah rakannya turut memajukan kepadanya perbincangan kumpulan yang mencercanya.
"Saya sudah biasa dengannya," katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Gombak di mana Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang turun padang ke kawasan itu.
"Itu adalah fitnah. Mereka memanggil saya pengkhianat dan munafik," katanya.4:40PM - 3 Oct 2014

'Siswa mohon zakat ditanya soalan politik'
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa pelajar dari negeri Johor yang
disekat daripada menerima bantuan zakat telah ditemuduga terlebih
dahulu dan ditanya soalan berkaitan politik.
Menurut Suhaizan, ia menunjukkan bahawa sekatan ke atas pelajar berkenaan seolah-olah berdasarkan pandangan politik dan bukan disebabkan kelayakan.
Dalam kenyataannya, Suhaizan mendakwa lapan orang pelajar berkenaan antara lainnya diuji sama ada lebih cenderung menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir itu juga ditanya sama ada lebih cenderung memilih Umno, PAS atau PKR, dakwa Suhaizan lagi.
“Di sini, saya tegaskan bahawa persoalan yang berbaur politik ini adalah salah dan tidak sepatutnya diajukan dalam mana-mana sesi temuduga zakat.
“Berdasarkan maklumat pelajar terbabit, Pemuda PAS berpandangan bahawa pandangan politik pelajar semacam satu syarat kelayakan tambahan yang tersembunyi menyebabkan mereka dinafikan hak mendapatkan zakat,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan penjelasan Majlis Agama Islam Johor semalam yang menyebut bahawa pelajar yang tidak menerima bantuan tidak memenuhi syarat kelayakan.
Jelasnya, pelajar berkenaan memaklumkan bahawa syarat yang dimaksudkan itu baru dimaklumkan pada 2013.
Walhal, pelajar berkenaan ditemuduga sejak tahun 2011 lagi, kata Suhaizan lagi.
“Jika mereka tidak layak lagi di peringkat awal, apa perlunya empat kali temuduga dilaksanakan?,” soalnya lagi yang menjelaskan maklumat berkenaan diperolehi daripada laporan pelajar berkenaan.
Menurutnya lagi, Pemuda PAS dimaklumkan bahawa nama mahasiswa yang hadir temuduga perlu dihantar ke pejabat MAIJ di Johor.
“Namun begitu, terdapat beberapa nama mahasiswa termasuk lapan orang mahasiswa yang telah dinyatakan di atas tidak dihantar oleh pihak pejabat HEP Johor di Mesir yang menjalankan temuduga ketika itu,” dakwanya lagi.3:16PM - 3 Oct 2014

Akibat salah faham, seorang maut, seorang parah dirempuh
Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki
maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali
mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di Setiu semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.
Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
"Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.
"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi 'aku langgar kamu'," kata Ab Rahman kepada Bernama hari ini.
Susulan rempuhan tesebut, kedua-dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.
Ab Rahman berkata seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu, dengan bantuan orang kampung bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu.
Bagaimanapun Rohadi yang berasal dari Kampung Bukit Loyat, Setiu maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Zakaria yang berasal dari Kampung Jelapang
kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
Ab Rahman berkata suspek yang bekerja sendiri itu diberkas jam 8.20 malam pada hari kejadian dan turut merampas kenderaan yang digunakan melanggar mangsa.
Suspek yang berasal dari Kampung Jelapang itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
- Bernama
Bayi melecur di rumah pengasuh
Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.
Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya.
Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu.
“Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.
“Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak,” katanya, di sini, semalam. -HM
ULASAN GB
Terlewat sedikit GB temui berita ini. Asyik layan bab politik jer...
Perkataan pertama yang keluar ialah KEJAM... begitu kejam sekali Ya Allah manusia yang melakukan hal demikian kepada seorang bayi yang tak mengerti apa-apa.
Kita berharap pelakunya segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan...

Khamis, 2 Oktober 2014
[KISAH MASYARAKAT] Astagfirullah, Ini Kerja Manusiakah Atau Kerja Binatang?
KELAB GREENBOC

Langgar kenalan kerana salah faham jualan lembu
SETIU - Gara-gara berselisih faham dipercayai dalam urusan penjualan
lembu, seorang lelaki berusia 40 tahun bagaikan hilang pertimbangan
apabila sanggup melanggar kenalannya sehingga maut di Jalan Jelapang,
Kampung Jepalang, di sini, tiga hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memandu Proton Gen 2, nekad melanggar mangsa berusia 44 tahun, daripada Kampung Bukit Loyat, Chalok ketika itu sedang menunggang motosikal bersama dua lagi individu dipercayai dalam perjalanan pulang.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum itu, suspek dan mangsa dikatakan telah bertengkar di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di kampung berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.
“Berdasarkan laporan pengadu, sejurus mendapat tahu suspek dan mangsa sedang bertengkar dia bergegas ke kedai kopi berkenaan bersama seorang kenalan berusia 43 tahun yang berasal daripada Kampung Jelapang dengan masing-masing menunggang motosikal.
”Semasa pengadu sampai, mereka (suspek dan mangsa) masih bertengkar. Bagi mengelakkan suasana semakin tegang, pengadu telah mengajak mangsa balik, namun semasa ingin tinggalkan kedai kopi itu suspek mengugut akan melanggar mangsa,” katanya.
Katanya, pengadu bersama seorang lagi rakan dan mangsa kemudiannya menunggang motosikal bersendirian meninggakan kedai kopi berkenaan.
“Bagaimanpun, semasa dalam perjalanan suspek yang memandu kereta terus melanggar mangsa serta kenalan pengadu.
“Akibatnya, kedua-duanya terpelanting di tengah jalan. Tidak cukup dengan itu, mangsa bergerak ke depan dan membuat pusingan semula( u-turn) lalu sekali lagi melanggar mangsa serta kenalan pengadu sebelum bertindak meninggalkan tempat tersebut,” katanya.
Tambah Ab Rahman, kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Setiu oleh rakannya dengan bantuan orang kampung namun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Seorang lagi mangsa cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Katanya lagi, polis menangkap suspek jam 8.20 malam pada hari kejadian dan merampas sebuah kereta Proton Gen 2 dan kes masih disiasat.

Saturday, 27 September 2014
Bekas MB Selangor Dedah Kelantan Akan Jatuh Kepada BN.. Ini Buktinya
Keputusan Pilihan Raya Kecil
(PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan
dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir
boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak
lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.
Kerjasama
yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan
Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang
menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.
PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.
Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.
BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.
Bagi PasMa,
PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di
Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil
kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.
Taib juga memberi alasan
kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami
kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang
ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca
kekalahan ini.
Penyingkiran Datuk Husam Musa,
naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam
kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan
negeri, dakwa beliau.
"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.
Bagi beliau, jika perkara ini
tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan
kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Beliau perlu dikembalikan ke
dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan
negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan
Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu,"
katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar
Kelantan.
Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.
"Kenyataan presiden PAS dalam
muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan
dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan
dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.
Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.
"Timbalan menteri besar dan Nik
Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR.
Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim
Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan
membuat keputusan yang bijak," katanya.
Sebelum ini, penganalisis
politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus
Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam
PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.
Menurut Agus yang menulis di
dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana
anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.
"Ini bukannya kerana BN hebat,
jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal,
tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.
"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.
Timbalan presiden Umno itu
berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor
selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.
"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.
"Saya percaya pengundi di
kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik.
Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor,"
katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan
Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin. ~malaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan