Ahad, 26 Oktober 2014

ISTERI NAK LEBIH TAK SALAH...SUNNAH KAWIN IKUT...SUNNAH LAIN TAK IKUT...ISTERI MAU LEBIH KERJA UNTUK ISLAM TAK NAK LEBIH...ISTERI NAK LEBIH SUMBANGAN UNTUK ISLAM TAK DE ATAU BERKIRA...ADA SUMBANGAN ISLAM TAPI MESTI DIBAYAR

Hikmah beristeri lebih daripada satu



Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;
  1. Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
  2. Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
  3. Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.
  4. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
  5. Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
  6. Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
  7. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.
  8. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.
Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.




13 Kafe Sekitar Kuala Lumpur Yang Mungkin Belum 

Anda Kunjungi Untuk Nikmati Kopi Dan Kek


Seandainya anda seperti kami yang sering “hunting coffee” anda pasti tercari cari kafe untuk dicuba. Farouq Johari di laman web Says.com menyenaraikan 13 Kafe yang menghidangkan kopi, kek, sarapan pagi, tengahari dan malam sekitar Kuala Lumpur untuk anda peminat kafe hispter. Ayuh lihat.
1. SOULed OUT – Sri Hartamas dan Jalan Ampang (Sesuai untuk melepak bersama keluarga)
Alamat penuh (Hartamas): 20, Jalan 28/70a, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas.
Alamat penuh (Jalan Ampang): 187, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
5154
0feb
f237
2. The Good Batch – Damansara Uptown (Kafe pilihan untuk mereka yang suka brunch)
Alamat penuh: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.
c724
5472
ee48
3. Breadties – Taman Melawati (Untuk mereka yang sukakan roti-roti segar)
Alamat penuh: 9138 Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
0f69
316f
fd3e
4. Three Little Birds Coffee – Sentul D7 dan Desa ParkCity (Terletak di sebelah taman yang cantik)
Alamat penuh (Sentul): D7 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Alamat penuh (Desa ParkCity): GF-08D, The Waterfront @ Desa ParkCity.
2df1
e889
f08a
5. Wondermilk – Damansara Uptown (Terkenal dengan kopi cap rusa dan cupcake yang menyelerakan)
Alamat penuh: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
9069
fcc9
8175
6. Podgy & The Banker – Sri Hartamas (Popular sebagai tempat sarapan pagi)
Alamat penuh: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
792d
b139
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
7. A Pie Thing – Damansara Uptown (Pakar dalam penghasilan Pie)
Alamat penuh: 128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.
7aa1
9572
af54
8. Feeka Coffee Roasters – Jalan Mesui, Bukit Bintang (Teretak di tengah tengah kawasan pelancongan KL)
Alamat penuh: 19, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.
d77e
bdcd
8c21
9. Fat Spoon – Damansara Uptown (Diusahakan oleh dua orang perempuan bersama ibu mereka)
Alamat penuh: 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
b363
1393
e9e8
10. Artisan Roast Coffee – Taman Tun Dr Ismail (Perlu cuba Mocha di sini)
Alamat penuh: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Selangor.
f646
a15e
d6d6
11. Nutmeg – Bangsar Village (Boleh pesan makanan sarapan pagi pada waktu malam!)
Alamat penuh: UGF-28A, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
1a52
3d79
ddb3
12. Kaffa Espresso Bar – Damansara Uptown (Paling popular di Uptown Damansara. Cuba rasa cheesecake mereka)
Alamat penuh: 97, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
0636
ef08
b266
13. Wood & Steel – The Strand, Kota Damansara (Ada gadis barista cun!)
Alamat penuh: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
3066
3235
1f75
SUMBER: Says.com


Cara kesan CCTV di hotel

http://btmmari.blogspot.com | .
1) Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar @ 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam bilik itu.

3) Jika anda jumpa 'device' yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??

Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

3 Gaya Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga



Ada tiga gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga. 

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang
Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.

-  Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya. 
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.
Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..

- Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.
maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban.

Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH, Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. aamiin

Ya ALLAH ...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Pastikan dari segala Musibah
✔ Pastikan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan berkongsi status ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

Tiada ulasan: