Khamis, 9 Oktober 2014

CAKAP MACAM BAGUS TAPI MACAM TAK TAHU APA KITA/SENDIRI BUAT



10:18AM - 8 Oct 2014

K'jaan cari jalan tangani masalah kewangan BTV

Selepas sekurang-kurangnya dua bulan gaji lewat dibayar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mencari cara untuk memastikan kakitangan Bernama TV (BTV) mendapatkan gaji pada masanya.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan telah cuba untuk memastikan stesen yang dikendalikan secara persendirian itu, dapat bertahan.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parimen semalam, beliau berkata, pihaknya akan memikirkan penyelesaian terbaik dan berharap masalah itu dapat diselesaikan pada akhir tahun.

BTV dimiliki oleh entiti swasta, Bernama TV Synergy.

Agensi berita nasional, Bernama, hanya memegang 33 peratus pemilikan syarikat itu tetapi memiliki lesen penyiaran.

Bagaimanapun, disebabkan oleh kepentingan minoriti, Shabery (kiri) berkata, ia bukan tanggungjawab kerajaan untuk membayar gaji kakitangan BTV.

Mengulas mengenai masalah kewangan BTV, menteri itu berkata ia adalah kerana tidak ada yang menonton saluran berita 24 jam itu.

Menurutnya, apabila ratingnya rendah, maka tidak ada iklan.

Beliau berkata ia bukan satu masalah pemasaran, tetapi kecacatan konsep stesen tersebut menyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Oleh itu, katanya, BTV akan bertukar kepada saluran berita bahasa Inggeris sahaja bagi mensasarkan penonton berpendapatan sederhana dan penonton bandar, pada awal tahun depan.

Shabery berkata peralihan ke Bahasa Inggeris itu bagi mengelakkan pertindihan kerana RTM sudahpun menyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia.

Ketika dihubungi, Pengurus Besar Bernama Yong Soo Heong berkata ini akan membantu menyelamatkan stesen BTV.

Selain memberi BTV jangkauan yang lebih baik terhadap penonton berbahasa Inggeris di Malaysia dan di luar negara, katanya, langkah itu juga akan membolehkan stesen itu memberi tumpuan yang lebih baik untuk mendapatkan iklan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Yong berkata "apa sahaja usaha yang anda lakukan, anda perlukan keuntungan."

Sementara itu, saluran berita BTV Mandarin dan Tamil akan mendapatkan saluran mereka sendiri apabila ia menjadi digital menjelang 2018.

Dalam pada itu, Shabery memberi jaminan bahawa tidak ada kakitangan stesen itu yang akan diberhentikan.

Sebaliknya, buat masa  ini, mereka perlu menyesuaikan diri untuk bekerja dalam medium bahasa Inggeris sahaja.
Yang Zie
14 hrs ·
Apabila si jahil berbicara...

‘Tahaluf siyasi’ untuk halalkan yang haram, PAS ditipu DAP, kata Dr Mahathir



'Tahaluf siyasi' PAS dalam Pakatan Rakyat bertujuan menghalalkan yang haram, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.'Tahaluf siyasi' PAS dalam Pakatan Rakyat bertujuan menghalalkan yang haram, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tahaluf siyasi"  PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) bertujuan menghalalkan yang haram.
Dr Mahathir berkata, PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan mereka, serta menuduh apa yang dilakukan Umno sebagai haram.
"Saya tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, PAS bijak menggunakan istilah Arab untuk menghalalkan mereka berpeluk dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan mengambil langkah bermusuhan dengan Umno.
"Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang Umno diteruskan kerana kerjasama Umno dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu 'tahaluf siyasi'," katanya.
Beliau berkata, PAS masih rugi walaupun bekerjasama dengan DAP dan PKR, ia dibuktikan dengan jumlah kerusi Parlimen yang diperoleh parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
"Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat.
"Dalam PRU13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal di tangan DAP dan Selangor di tangan PKR, PAS hilang Kedah," katanya.
Dr Mahathir berkata, PAS ditipu oleh DAP dalam kerjasama gabungan PR.
Katanya, Barisan Nasional (BN) sudah lama bekerjasama antara satu sama lain tanpa menggunakan istilah bahasa Arab seperti "tahaluf siyasi" seperti digunakan PAS.
"Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan 'tahaluf siyasi' yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah.
"Tahaluf siyasi atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan," katanya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersama DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang syariat Islam.
"DAP secara terang-terangan menolak negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam Umno juga tidak disebut.
"Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir," katanya. – 8 Oktober, 2014.
Apabila si jahil berbicara...
LikeLike · ·
Patut lah Tok Usin Ceroii and gang otak ceroi..!
dok lepak kedai mamak sampai pagi tedarah roti canai kaki...
bungkus kepala dgn songkok tinggi terus otak ceroi.


Video: Fulamak!!! Pasangan Kekasih Asyik Berasmara Dalam Semak Tak Sedar Aksi Mereka Dirakam


Video: Fulamak!!! Pasangan Kekasih Asyik Berasmara Dalam Semak Tak Sedar Aksi Mereka Dirakam - Bila admin tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya... takot pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi mereka. Kejadian ini berlaku entah kat mana tau. Tapi kat Malaysia juga. Punyalah besar saiz ular sawa tu...

Menerusi perbualan mereka dalam video klip ini, penulis rasanya di Johor baharu. Gambar diatas tidak ada kena mengena dengan entry ini ye hehe. Cik abang ini adalah anggota yang sedang membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Terima Kasih Capt Bukhari... memang terbaik la korang! Jom layan video di bawah ni...

>>>Lihat 3GP Video Sebenar Pasangan Kekasih Asyik Berasmara  Dalam Semak<<<



 
Tag : Isu Semasa, Video

Wednesday, 8 October 2014


PELAJAR YANG GAGAL BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN DISERU BERTAUBAT .... YANG HUTANG DENGAN BANK NEGARA APA CERITA?????

Pelajar-pelajar yang majoritinya anak desa, luar bandar, pendalaman dan rancangan-rancangan Felda dimana ibu bapanya kebanyakkannya adalah penyokong dan pengundi tegar UMNO/BN telah diminta bertaubat dan diminta bayar balik pinjaman PTPTN.

Para taikun yang kaya raya berhutang berbillion ringgit dengan Bank Negara langsung tidak diminta agar bertaubat.

Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.

Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan para peminjam khususnya yang beragama Islam agar menjelaskan pinjaman kerana hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

"Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak membayar balik pinjaman walaupun pelbagai langkah sudah diambil sehingga menjejaskan peluang para pelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman.

"Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).

“Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.

“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu? Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.

Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).

Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.

“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.

“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.

“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar.
Allah SWT berfirman;
"Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[Al Baqarah: 32]
Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan
Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.
Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.
Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.
Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.
Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.
“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..
Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.
Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.
“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.
Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).
Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.
Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.
Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.
Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.
Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.
Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.
Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.
Rujukan Link :
1) http://wowberita.org/doktor-rawat-ketagihan-seks-arak-pakai…
2) http://dialograkyat.blogspot.com/…/sebatan-baik-untuk-buang…
3) http://ijoks2009.blogspot.com/…/islam-terbukti-benarhukuman…
Saya hanya mengambil dari blog mengenai cerita ini. Disebabkan cerita ini membuktikan ajaran islam itu benar, saya menyebarkannya melalui Facebook (platform viral terbaik masa kini).
Semoga bermanfaat.
Rotan kata Kejam,
Doktor kata tak kejam ...

2 lelaki halang surau sembelih lembu


Lembu2
Seorang lelaki Islam telah membuat laporan polis apabila tindakan dua lelaki India yang menghalang pihak surau mengadakan penyembelihan lembu bagi menunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha sehari sebelum.
Dua lelaki India berkenaan memberi pelbagai alasan antaranya budak-budak akan melihat penyembelihan tersebut dan darah akan mengotori kawasan tersebut walaupun telah diterangkan bahawa penyembelihan lembu itu adalah untuk ibadah korban bagi seluruh umat Islam di dunia, lapor Katak Comel.
halang-surau-sembelih-lembu-

Tiada ulasan: