Isnin, 6 Oktober 2014

DUNIA AKAN BERAKHIR...NYAWA KITA PUN AKAN BERAKHIR...BERUNTUNGLAH ORANG SENTIASA MENJAGA DARI MELAKUKAN PERKARA2 DIMUNGKARI ALLAH SWT...MAKA RUGILAH ORANG MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH...AKHIRAT ADALAH TEMPAT YANG KITA TUJU

Masjid terbuka ‘Mini Dhaka’

Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam.
Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan. Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri.

Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.
FotoRIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu.

Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
Suasana warga Bangladesh di Malaysia yang menunaikan solat sunat Aidil Adha di Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur.
From fb UAI:
"15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui
1. Korban boleh dilakukan selepas solat hari raya aidiladha dan tiga hari selepas itu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari-hari tasyrik. [HR. al-Bukhori 5225, Muslim 1961, Ibnu Hibban 1008]
2. Menajamkan alat sembelihan sebelum menyembelih. [HR. Muslim 1967]
3. Merebahkan haiwan dan meletakkan kaki pada rusuk haiwan ketika menyembelih. [HR. Al-Bukhari 5565, Muslim 1966]
4. Jika unta, disembelih ketika ia berdiri. [HR. al-Bukhari 1713, Muslim 1320/358]
5. Sunnah mengadap kiblat. [HR. Malik al-Muwatha’ 1405]
6. Membaca 'bismillah' dan 'bertakbir' sebelum menyembelih. [al-An’am 6:121, HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]
7. Memutus al-wadjan, iaitu dua urat tebal di leher haiwan sembelihan. Tidak sah korban jika hanya putus satu urat. [Syarh Bulugh 6/52-53]
8. Jika terdapat janin (anak) di dalam perut haiwan, cukup dengan hanya menyembelih ibunya. [Irwa`ul Ghalil 8/172 2539]
9. Sunnah menyembelih haiwan korban dengan tangan sendiri. [HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]
10. Dianjurkan berdoa supaya korban diterima selepas menyembelih. Tiada doa khusus disyariatkan. Contoh doa: "Ya Allah, terimalah sembelihan / korban ini dariku dan keluargaku". [HR. Muslim 1967]
11. Disyariatkan makan sebahagian dari haiwan korban. [al-Hajj:28]
12. Boleh simpan daging korban lebih dari tiga hari. [HR. Muslim 1977]
13. Disyariatkan memberi sebahagian haiwan korban kepada fakir miskin. [al-Hajj:28]
14. Boleh memberi daging korban kepada orang kaya sebagai hadiah untuk mewujudkan kasih sayang sesama muslim.
Boleh memberi daging korban kepada orang kafir sebagai hadiah untuk melembutkan hatinya selagi bukan kafir harbi. [Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah 11/424-425 1997]
15. Tidak boleh memberi upah kepada penyembelih dengan upah daging korban. Upahnya berasingan, tidak kira apa bentuk upah asalkan bukan daging korban. Namun boleh memberi daging korban sebagai sedekah atau hadiah kepada penyembelih. [Shahih Fiqih Sunnah II/379]"



10 Tanda Hati Sudah Mati

hati mati

10 Tanda Hati Sudah Mati

10 Tanda Hati Sudah Mati – Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya.
Ketika Ibrahim bin Ad’ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: “Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad’ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?” Ibrahim bin Ad’ham menjawab: “Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya


4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya

5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya

6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya

8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

“Na’audzubillah minn dzalik , Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik..”



Hati yang mati


Assalamualaikum w.b.t
Tergerak menulis tentang ‘hati yang mati’ hari ini, sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sendiri. Ya, saya pernah mengalami gejala-gejala hati jauh dari Allah, terasa hati tiba-tiba kosong dan seumpama dengannya. Jadi terasa ingin berkongsi bagaimana rasanya hati yang kosong dan bagaimana kita menyedari dan menanganinya. Saya bukan seorang ustazah, jadi ambillah mana yang baik untuk dijadikan pengajaran. Anggaplah ini sebagai perkongsian dari insan biasa yang banyak lemahnya.
2801407387_e0602caa70_o
Definisi hati mati menurut pengalaman saya adalah apabila:-
1. Kita tahu kita melakukan dosa dan kelalaian, tetapi kita tidak cuba menjauhinya
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”. -Syeikh Ibn Athaillah
2. Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dalam solat dan di saat membaca al-quran, malah hati kita sendiri tidak hadir semasa melakukan amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
3. Kita terasa liat menyertai program-program berunsur rohani, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yang tidak meningkatkan iman
4. Kita lebih suka tidur dari bangun malam, malah masa sehari tersebut dihabiskan dengan tidur yang berlebihan dan bermalas-malasan
5. Hati terasa kosong, kosong, dan kosong. Tercari-cari di manakah iman di dalam hati? :'(
6. Lagi tanda-tanda hati mati? Rujuk gambar di bawah:-
tanda+hati+mati+2
Apa yang perlu dilakukan saat kita terasa hati kita semakin jauh dari Allah? 
1. Banyakkan berzikir/istighfar sambil menghayati maksudnya. Saya selalu menonton/mendengar zikir-zikir di Astro Aosis untuk upgrade iman saya (seperti sekarang). Sungguh, zikir mampu meningkatkan iman, mampu mengisi hati yang kosong kembali mengingat Allah. Jika anda seorang yang suka mendengar mp3 di telefon mudah alih anda, isikan zikir-zikir dan ayat-ayat al-quran untuk anda dengar setiap hari. Malah anda boleh memilih lagu zikir mana yang menjadi pilihan anda dan sedap didengari. Jika tidak biasa, biasakan. Jika tidak mampu secara drastik, lakukan secara perlahan-perlahan.
2. Cari ceramah/pengisian/gambar yang berbentuk tasawwuf, yang berbicara soal hati dan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya. Saya suka mendengar Ustaz Zulkifli Al-Bakri berbicara soal tasawwuf, sekaligus muhasabah apakah punca kosongnya hati saya. Sejujurnya, setakat pengalaman, selain usrah-usrah berunsur haraki, kita perlu cari pengisian berbentuk tasawwuf. Kerana fitrah manusia terkadang lupa, hati juga berbolak-balik.
3. Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali. Jika sudah lama tidak menyertai program-program kemasyarakatan/keagamaan, cari program-program itu kembali. Jika sudah lama tidak berjemaah di masjid bagi muslimin, carilah kembali masjid itu. Kerana di situ kita akan berjumpa bertentang mata dengan sahabat-sahabat yang soleh. Percayalah, hati kita akan sejuk melihat kesolehan sahabat-sahabat kita. Hati akan segera terdetik mengingati Allah. Sungguh, benarlah satu hadis mengatakan bahawa sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita memandang wajahnya, kita akan segera mengingati Allah. Saya bersyukur masih ada sahabat-sahabat begini. Alhamdulillah.
4. Buka al-quran dan tadabbur maknanya. Al-quran bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk dihayati maknanya dan seterusnya diamalkan. Kadang-kadang hati kita tidak hadir sama ketika membaca al-quran dan juga ketika solat kerana kita tidak menghayati makna-makna bacaan kita. 
5. Bangunlah tahajud di waktu malam. Cari hati itu kembali. Banyakkan taubat nasuha atas kelalaian kita. Mungkin mengambil masa, tetapi percayalah lambat laun, melihat kesungguhan kita Allah akan kembalikan hati yang penuh keimanan itu kepada kita. InsyaAllah.
6. Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? :'(
Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yang hidup,
“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Jalan Mujahadah
Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sangat perlu dalam meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan di sepanjang jalan, tetapi manis di akhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dalam keadaan bukan sahaja Islam malah berIman. InsyaAllah.
Bacaan lanjut tentang merawat hati yang mati? Klik di sini
mukmin
Salam kasih. :-)

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Info Agama. Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk.

Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

Sumber: Utusan.com.my

Mati tertembak pistol pen

Oleh Alias Abd Rani
Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau ‘ball pen gun’ di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai bertemu beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.
FotoMANGSA rebah selepas ‘ball pen gun’ dipegang meletup.

“Rakannya memaklumkan ‘ball pen gun’ itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit.

Penggodam ATM dah bolos

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Suspek disyaki lelaki warga Amerika Latin yang terbabit dalam kes godam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran melalui ‘lorong tikus’.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dihubungi Harian Metro berkata, siasatan awal mendapati kes yang mensasarkan empat bank komersial di negara ini sejak 26 September lalu didalangi beberapa kumpulan berlainan. “Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank yang menjadi mangsa penggodam, kita percaya jenayah itu dilakukan beberapa kumpulan lelaki warga Amerika Latin.

“Meskipun kita sudah mengenal pasti identiti beberapa suspek serta mendapatkan kerjasama Jabatan Imigresen, namun ia bukanlah mustahil untuk mereka lari dari negara ini,” katanya.

Menurutnya, sumber kewangan lumayan hasil jenayah dilakukan memudahkan penjenayah melarikan diri melalui ‘lorong tikus’.

Malam Pertama Pengantin Yang Malang Isteri Diperk*sa Lelaki Tidak Dikenali

Isteri Dirogol, Suami Ambil Gambar – Seorang pengantin perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya. Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut.

Menurut laporan dari akhbar Nyang Nyang Siang Pau. Foto-foto pengantin perempuan itu dirogol kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar.Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya oleh pengguna internet, ada yang menggelarnya sebagai ‘binatang’ malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya.

Menurut laporan yang diterima, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka.Beliau kemudiannya berjalan menuju ke bilik tidur dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki serta suaminya di situ.

Lelaki itu kemudian bertindak memperkosa pengantin perempuan berkenaan, dan suami pengantin perempuan itu pula yang dikatakan sepatutnya menghalang kejadian tersebut dari berlaku telah mengambil gambar adegan isteri barunya itu sedang diperkosa. –www.pru14.tv

Perkosa darah daging

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Nur Saliawati Salberi
Kapar: Seorang lelaki layak digelar ‘bapa syaitan’ apabila tergamak memperkosa anak perempuannya berusia sembilan tahun sejak setahun lalu.
Sumber polis berkata, perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas ibu mangsa bertanya sama ada suspek pernah membuka seluar anak perempuannya itu pada Jumaat lalu.
Menurutnya, mangsa mengaku suspek ada membuka seluar sebelum merogolnya di rumah sejak setahun lalu.
“Mangsa pada mulanya tidak mahu menceritakan kejadian dialami kerana pernah diugut suspek.
“Mangsa akhirnya mengaku suspek merogolnya terutama ketika ibu mangsa tiada di rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, ibu mangsa kemudian segera membuat laporan polis petang Jumaat lalu selepas yakin dengan maklumat diberikan anak perempuannya itu.
“Susulan laporan diterima itu, polis berjaya menahan suspek tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu.

Monday, 6 October 2014


SEBUAH BOT TEMPUR CANGGIH MILIK TLDM BERSAMA 7 ANGGOTA LESAP DI PERAIRAN SABAH.



Bot Tempur CB204 milik Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama 7 askar dipercayai hilang di perairan Sabah sejak pagi tadi.

Sehingga malam ini pihak TLDM gagal menghubungi bot tersebut dan telah melancarkan operasi menyelamat.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan kejadian ini, kawasan rondaan dan punca kehilangan ini.

Bagaimanapun kehilangan ini dipercayai akibat cuaca buruk, bukannya kegiatan pengganas.

Bot tempur CB204 mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Malah, laluan sungai sempit juga boleh dilalui oleh CB204.

Di samping itu, jika sebelum ini kita sering mendengar bot-bot menggunakan enjin berkipas, amat berbeza sekali dengan CB90.

CB204 menggunakan sistem ‘water jet’ yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap.

Keadaan ini meletakkan CB204 antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan tugasan penyusupan dan risikan.

Untuk itu, pemilihan TLDM menggunakan CB90 dianggap tepat kerana kemampuannya membawa anggota-anggota tentera dalam menjalankan operasi di mana-mana sahaja kawasan di negara ini.

Bot tempur ini juga mempunyai keistimewaan lain seperti boleh didaratkan sebahagian badannya sehingga ke kawasan atas pantai.

Ia juga boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta mampu membuat lencongan kira-kira 110 darjah.

Memandangkan kemampuan bot ini, ia turut diguna oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.

(Gambar)Senarai 5 Individu Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Tranungkite
Semakin tua usia bumi ini, maka semakin banyaklah perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Seperti apa yang kami ingin paparkan di bawah, perangai pelik segelintir manusia apabila mereka merasakan diri mereka sudah sampai ke tahap yang kita sendiri tidak dapat bayangkan.

Dan lebih malang lagi, mereka memiliki pengikut yang ramai, yang setia dan sanggup lakukan apa sahaja demi ‘tuhan’ yang mereka sanjung.

Dipetik dari sebuah blog, kami paparkan secara ringkas senarai 5 individu yang mengaku diri mereka adalah tuhan.

1. Alan John Miller
2
Alan memulakan pergerakan ketuhananya di Australia pada tahun 2011. Dia mengaku dirinya merupakan kelahiran semula Jesus.

2. Apollo Quioboloy
2
Seorang ketua sebuah gereja di Filipina. Mendakwa dirinya adalah anak tuhan. Terlibat dengan perbuatan menghasut pengikutnya untuk melakukan pembunuhan ke atas keluarga.

3. Wayne Bent
2
Pada tahun 2000, Wayne mendakwa yang dia merupakan utusan Tuhan, Nabi Musa. Beberapa orang mendakwa yang dia telah terlibat dengan jenayah penderaan seksual ke atas anak perempunnya sendiri yang berumur 14 dan 15 tahun.

4. Ariffin Mohamad (Ayah Pin)
2
Dikenali ramai di Malaysia. Mendakwa dirinya merupakan Tuhan Kerajaan Langit. Pernah mendakwa dirinya bukan sahaja kelahiran semula Nabi Muhammad, malah Dewa Shiva, dan Buddha.

5. Inri Cristo
2
Mendakwa dirinya merupakan Jesus. Apa yang peliknya, dia tidak menyukai perayaan Hari Natal. Dan lagi pelik, kebanyakan pengikutnya merupakan wanita

9 GAMBAR Gadis Pakai Tudung Tunjuk Buah HOT!

Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan bermunculan. Entah darimana asal muasal gaya atau trend tersebut. Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya bisa memfilterisasi semua permainan Dunia ini.

Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain. Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan.

Muslimah yang baik adalah Muslimah yang selalu memakai Jilbab dengan baik dan terlihat sopan. Jangan asal-asalan berjilbab. Dan juga kalau memakai Jilbab, harus dicocokkan dengan Pakaian yang anda pakai.
Jangan memakai Jilbab jika anda mengenakan baju lengan pendek dsj.
Jangan memakai Jilbab jika anda memakai pakaian yang Super Ketat.

Bagi Anda perempuan, pakailah Jilbab dengan benar. Kurang lebih seperti gambar dibawah.
Jangan memakai Jilbab seperti gambar gambar berikut ini:
Kenapa? Apa ada yang salah dengan gambar gambar tersebut?

Ya Jelas ada yang salah, silahkan Anda perhatikan. Para Wanita pada gambar diatas memakai Jilbab asal-asalan.

Yaitu Mereka memakai Jilbab sekaligus Mengenakan Pakaian Ketat dan menonjolkan Payudaranya. Anda lihat sendiri Foto nya.

Apakah ini yang disebut Muslimah yang baik? Tidakkk!!!!

Terang saja, jika anda meniru seperti gambar diatas, sama saja Anda merupakan golongan dari Syetan. Sama hal-nya anda juga ikut Mengundang hawa Nafsu para Lelaki yang Melihat Anda.

Bukankah Jilbab sebagai Simbol Kehormatan Identitas Perempuan?
Ya! Jadi mengapa Anda masih mengenakan Jilbab seperti di gambar? (ini bagi anda yang merasa saja)
Kalau begitu anda sama saja sudah menginjak-injak Kehormatan Identitas Perempuan itu sendiri, yaitu kehormatan Anda juga sebagai seorang Wanita.

Nah, Saudari.... Sadarlah...
Anda belum terlambat untuk merubah segalanya...

coment aku..semua sudah perpuan sudah leka dgn fesyen skrang..jadilah seorng wanita yg dipandang lelaki sebgai muslihat yg sedap mata memandang..bukan sebgai hawa nafsu .
muda.

Tiada ulasan: