GHAZNI (Arrahmah.com) – Pada Rabu (15/10/2014) pagi, sebuah ranjau darat menghantam tank penjajah AS di sebuah distrik di provinsi Ghazni, menurut laporan Al-Emarah News.
Laporan mengatakan serangan tersebut terjadi di distrik Shalgar yang mana menewaskan sedikitnya 6 tentara penjajah AS.
Dalam laporan terpisah, Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) menyerang kamp militer musuh di ibukota provinsi Logar dengan tembakan misil. Namun, belum ada rincian laporan kerugian di pihak musuh. (siraaj/arrahmah.com)
Topik: , , , ,

Wednesday, 15 October 2014

AHLI PARLIMEN DAP, TONY PUA, TUDUH ADIK KEPADA MENTERI PERTAHANAN MENDAPAT MENCETAK LABEL KESELAMATAN ROKOK DAN MINUMAN KERAS BERNILAI RM77 JUTA SECARA DI RAGUI.



DAP hari ini mempersoalkan kewajaran adik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, atau adakah mereka sahaja yang menawarkan kontrak yang paling rendah," soal Pua pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan akhbar perniagaan The Edge pada 12 September berkata, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.

Kod Efisien menerima konsesi berkenaan pada 2003 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kontrak itu berubah tangan namun diserahkan kepada Lembah Sari, menimbulkan persoalan bagaimana konsesi dianugerahkan kerajaan," kata Pua memetik laporan The Edge.

Beliau yakin penggunaan label keselamatan itu tidak berkesan mengekang kegiatan penyeludupan.

Pua mencadangkan kerajaan menggunakan dana sedia ada bagi mencari alternatif lain kepada penyelesaian isu penyeludupan itu.

“Mengikut laporan yang diterbit pada Julai tahun lalu, kerajaan rugi RM1 bilion setiap tahun atas sebab penyeludupan rokok.

“Ini jelas menunjukkan penggunaan label ini meningkatkan kos dan memberi keuntungan kepada syarikat tetapi tidak dapat mencegah penyeludupan rokok di negara kita.

“Adalah lebih baik kerajaan menumpukan dana mereka mencari langkah-langkah lain mencegah masalah rumit ini supaya pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan tanpa beban diagihkan kepada orang ramai,” katanya.

Dua gadis nekad lompat dari teksi

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Teksi
Kuala Lumpur - Dua gadis nekad melompat keluar dari teksi dinaiki yang sedang bergerak selepas ‘ditawan’ pemandu bersenjatakan pistol selama hampir 30 minit.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa berusia awal 20-an diculik seorang pemandu teksi di kawasan Bukit Bintang di sini, sebelum dilarikan sejauh 16 kilometer ke Batu Cave, Gombak. Sumber polis berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa menahan teksi itu untuk pulang ke rumah.
“Namun, sebaik masuk ke dalam teksi, pemandu itu terus mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa tidak melawan.
“Suspek terus memecut laju teksinya ke arah Batu Caves. Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga dibawa ketika itu.
“Mangsa yang ketakutan selepas diacu pistol akur dan menyerahkan barangan mereka dan merayu dilepaskan,” katanya.
Sumber berkata, suspek bagaimanapun tidak melepaskan mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan ke lokasi tidak diketahui.
“Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak berani membuka pintu kenderaan sebelum melompat keluar.
“Akibatnya mangsa bergolek beberapa meter di atas jalan raya. Mujur mangsa tidak dirempuh kenderaan lain yang berada di belakang teksi itu.
“Mangsa yang terselamat bagaimanapun cedera di badan, kaki dan tangan. Susulan itu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
“Mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerugian RM3,000 selepas beg tangan mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dirampas suspek,” katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan menerima laporan kejadian itu, lapor Hmetro.

Dibunuh, dimasak kekasih

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Marcus-Peter-Volke
KUALA LUMPUR - Seorang warga Indonesia dibunuh dan dikerat sebelum direbus oleh kekasihnya sendiri di Brisbane, Australia. Menurut portal Kompas, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengarah Penerangan Kementerian Luar Negeri, Sofia Sudharma pada Isnin
Mayang Prasetyo, 27 tahun merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, pukul 9 malam waktu Brisbane.
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong berjaya melarikan diri dan kemudian membunuh dirinya sendiri dengan mengelar lehernya sendiri.
Mangsa yang berasal dari Melbourne berpindah ke Brisbane enam bulan lalu.Pasangan itu dikatakan telah berkahwin pada tahun lalu.Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan, lapor Astro Awani.

Pasangan remaja bogel memadu asmara di tempat awam


Portal_Kami_pixSeorang pelayar web Stomp, Nur Ilham telah terserempak dengan pasangan ini di tempat letak kereta bertingkat di Blok 34A Lebuh Marsailing sedang memadu asmara dikawasan awam.
Apa yang mengejutkan beliau adalah, tindakan remaja perempuan itu yang telah menanggalkan baju dan branya.
Remaja perempuan itu kemudiannya berbaring dan membiarkan tubuhnya diraba oleh si lelaki itu.
Beliau berkata : “Ibu saya ternampak pasangan ini pada jam 5 petang ketika beliau sedang menjenguk keluar menanti abang saya pulang ke rumah.
“Pada mulanya, pasangan itu hanya berbual-bual sehinggalah mereka mula berciuman.
“Pada ketika itu, kami tidaklah ambil peduli kerana memikirkan itu adalah tempat awam, dan takkanlah mereka mahu lakukan lebih dari itu. Malangnya memang itu yang berlaku apabila mereka mula bercium dengan penuh bernafsu dan si perempuan mula menanggalkan baju dan branya.
‘Terus saya dapatkan kamera dan mula menangkap gambar aksi mereka.
“Perempuan itu berbaring di atas lantai yang kotor dan si lelaki itu terus meratah tubuh perempuan itu dengan tangannya.
“Mereka berhenti beberapa ketika sambil memerhati sekeliling, dan peliknya mereka tidak perasan kepada kami. Mereka terus melakukan aksi panas tersebut hampir sejam.
“Mujur juga ibu saya rabun jauh, jadi dia tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Sudah menjadi trend sekarang di Singapura apabila banyak pasangan-pasangan berani melakukan aksi-aksi lucah di tempat awam. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak-anak mereka. -Informasi

Remaja lelaki dirogol 4 wanita


rsz_rogol3PAPUA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
“Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.
“Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga,” katanya.
Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut., lapor Agensi.