Khamis, 9 Oktober 2014

JODOH KETENTUAN ALLAH..KITA HANYA MAMPU BERANGAN..BERDOA..TAWAKAL..MUNGKIN APA YANG DICITAKAN/DIHAJATI TAK TERCAPAI SEBAB KITA TAK LAYAK


lelaki Ini menghasilkan lukisan menggunakan air mata


Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak. Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.

“Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini,” katanya.






Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya. Difahamkan, dia mula terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah.
“Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk. Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi,” jelasnya.
Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500 pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10 minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan.
Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina, laporan dipetik dari DailyMail


LELAKI BUAT REPOT POLIS MOHON BANTU CARI CALON UNTUK KAHWIN

Klang - Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan awal bulan ini pada 7.42 petang untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.



Di dalam repot tersebut, lelaki itu berkata dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantunya mencari seorang isteri untuknya.



ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang seseorang dari membuat laporan polis tetapi dia turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.

Beliau juga menambah, perkara yang tidak penting seumpanan itu boleh menghalang tugasan polis yang melibatkan perkara-perkara yang lebih penting.



Bagaimanapun, dia memberitahu Sinchew Daily yang lelaki itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana tidak membuat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.
Aksi Seks Budak Sekolah Bawah Meja Kelas
By editor-2 October 9, 2014 : 10:59 am
budak blowjob
Ketika pelajar lain tekun menuntut ilmu di sekolah, segelintir daripadanya tergamak menjadikan kelas sebagai lokasi penggambaran klip video ‘aksi panas’ mereka sendiri.
Kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit mula menjadi trend sejak kebelakangan ini.
Kosmo! Ahad baru-baru ini menerima lima klip video aksi melampau membabitkan lima pasangan pelajar daripada pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 36, dan Fikri, 34.
Mereka yang tinggal di Kemaman, Terengganu menyerahkan klip video itu dalam satu pertemuan di Chukai.
Menurut mereka, semua klip video itu dipercayai sudah tersebar di seluruh negara.
Semua klip video tersebut membabitkan pelajar dan tempoh aksi rakaman itu antara dua dan empat minit lengkap dengan rakaman suara si pelaku.
Berdasarkan suara, dipercayai ‘pelakon’ itu adalah pelajar sekolah menengah beberapa negeri termasuk sebuah negeri di Pantai Timur.
Dengan anggaran usia 13 hingga 19 tahun mereka kelihatan ‘selesa’ melakukan ‘penggambaran’ dengan memakai uniform sekolah tanpa bimbang tertangkap.
Dalam satu klip, seorang pelajar perempuan dipercayai tingkatan enam duduk di kerusi dan diarah pelajar lelaki melakukan aksi mengghairahkan.
Terdapat juga adegan ‘aktres amatur’ melakukan aksi ‘pemanas badan’.
Menjelaskan perkara itu, Jamal dan Fikri mendakwa mereka menerima klip video itu daripada kenalan masing-masing.
-kosmo

Thursday, 9 October 2014


NEGARA KITA MASIH AMAN ... 13 CEDERA DAN 1 PARAH TERKENA BOM DI BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR.



Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.


Kongsi gelap rebut kawasan: Joki kereta maut, 12 cedera
  • Published on 09 October 2014 13:2
  • 8850 views
Read Less
Seorang pekerja joki kereta terbunuh manakala 12 orang lagi termasuk pelancong asing cedera, dalam serangan bom tangan dipercayai membabitkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di Jalan Bukit Bintang, hari ini.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, dan dipercayai adalah serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah Tiong Kwong Yie, 36 tahun.

Thursday, 9 October 2014


"PERUBAHAN" GAJI DAN ELAUN MESYUARAT AHLI PARLIMEN ... BAKAL MENIKMATI RM16,000 SEBULAN DAN RM500 SEHARI.


Bak kata Shahidan Kassim Menteri Jaga Parlimen, ini bukannya kenaikan gaji dan elaun tetapi merupakan perubahan gaji .. Yang naik itu kakitangan awam peringkat bawahan dapat ciput kira naik mendadak.

Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.

Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.

Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.

Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).

Ahli Parlimen juga dibenarkan membuat tuntutan di bawah Akta Kertas Statut 235, termasuk Hiburan (RM1, 500), Pemandu (RM1, 200), perjalanan (RM1, 500), telefon (RM900 ) dan elaun harian RM200 sehari selain daripada mesyuarat oleh agensi kerajaan yang ditetapkan pada RM150 sehari. TMI
Abu Hashim Jalal added a new photo.
3 hrs ·
LikeLike · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
3 hrs ·

Thursday, 9 October 2014


PERUBAHAN GAJI AHLI PARLIMEN ... AKHIRNYA ANWAR SETUJU TETAPI BERSYARAT ... KADAR YANG RENDAH DAN MUNASABAH.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau menegaskan kenaikan itu harus dilakukan dengan kadar yang rendah dan munasabah kerana ia sudah lama tidak dinaikkan.

"Saya menunggu cadangan daripada kerajaan, dan pada dasarnya kita setuju kalau kenaikan itu pada tahap yang rendah dan munasabah," kata beliau kepada Malaysiakini di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Anwar telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan gaji para MP.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau berkata cadangan kenaikan pada 2012 sebelum ini tidak dipersetujui pembangkang.

Anwar berkata beliau sebelum ini menolak cadangan tersebut pada 2012 kerana kenaikan itu terlalu mendadak dan tinggi.

"Dulu saya telah membuat kenyataan menolak kerana kenaikan itu agak mendadak.

Tetapi oleh kerana cadangan dan bertahun tiada kenaikan, kita bersetuju tetapi dengan kadar yang kita anggap munasabah," kata beliau.

RAKYAT SEDANG MENUNGGU ANGKA YANG DIANGGAP RENDAH DAN MUNASABAH .. SOKONGAN PERLU DIBERIKAN ALASAN DAN RASIONALNYA YANG RAKYAT BOLEH TERIMA.

[KISAH MASYARAKAT] Gadis 16 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih Negro


Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.

Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari. -HM

ULASAN GB

Semakin menjadi-jadi nampaknya remaja belasan tahun terlibat di dalam bersekedudukan dan yang di atas, lebih berani lagi, dengan warga negro pula.

Tak payah tunggu Oktoberfest, tak payah arak, gejala maksiat berlaku di sebalik hiruk pikuk itu semua.

Kemajuan teknologi dengan segala gadgetnya yang melimpah ruah telah mengundang kemungkaran yang sama hebat dan sama banyak dengan perkembangan teknologi itu sendiri.





Kantoi berzina dalam kereta,zip seluar terbuka


tidoKULIM – Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.
Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.
Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.
Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.
Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.
Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.
“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. – SH

Terbongkar, Isteri curang ketika suami keluar bekerja


curaMELAKA – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam, menurut sumber Maklumat.my.

 

Tiada ulasan: