29 September 2014
DEPA KATA KERAJAAN KEDAH DAH TENAT ? BETUI KE.... HABIS DIBUANG PEKERJA TETAP GLC
oleh Zulkifli Yahaya
INGAT lagi cerita Yiked Holdings Sdn Bhd (YIKed) yang disaman RM11 juta di penghujung pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dahulu?
Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ia ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.
Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.
Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pinjaman tidak berbayar Southern Finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.
YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300,000 bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga bersambung di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mengambil alih Kedah pada Mei 2013.
Jumlah RM11 juta yang dibazirkan angkara kerajaan BN sebelum Mac 2008 termasuk dalam senarai RM403 juta penyelewengan dan pembaziran yang berlaku di zaman BN dahulu. Ustaz Azizan terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk melunaskan semua pembayaran yang dipaksakan itu. “Tak dak duit nak bayar, aku tebang balak,” seloroh Ustaz Azizan dalam satu sidang media di Stadium Suka Menanti.
Hebatnya pentadbiran Ustaz Azizan, bagaimana tenat pun menghadapi masalah kewangan dalam GLC beliau tidak pernah mengizinkan tindakan zalim memecat staf hanya kerana kekangan kewangan. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah antara yang hadapi masalah kewangan sehingga gaji lewat dibayar.
Pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berusaha mencari duit menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun membuang pekerja sewenang-wenangnya tidak berlaku.
Hari ini seluruh negara dikejutkan dengan tindakan YIKed (merupakan anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah) memberhentikan 28 staf serentak dengan alasan prestasi syarikat tidak memberangsangkan, syarikat menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi, perolehan tidak dapat menampung kos operasi dan alasan penstrukturan semula syarikat.
“Saya difahamkan, pemberhentian dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan,” ujar Exco kerajaan negeri Dato' Mohamad Rawi Abdul Hamid. Jurucakap 28 staf yang dipecat, Fadhlurrahman Zawawi pula menegaskan bahawa kesemua staf diberhentikan tanpa sukarela.
Cakap
Exco yang tidak boleh dipakai. Dalam keadaan negara mengalami
kemelesetan ekonomi, kedudukan kewangan rakyat yang gawat akibat
kenaikan kos sara hidup dan sukarnya rakyat untuk mendapat peluang
pekerjaan; tidak munasabah staf Yiked mahu diberhentikan secara
sukarela.
Antara yang diberhentikan, ada yang sudah berkhidmat sehingga 17 tahun dan kesemua staf adalah bertaraf pekerja tetap. Hilang pekerjaan adalah merupakan perkara besar. Banyak komitmen yang ditanggung oleh mangsa daripada perbelanjaan harian hinggalah ansuran tetap bulanan untuk semua pinjaman yang perlu dilunaskan. Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan baharu dengan segera.
Baru bulan lalu, Dewan Undangan Negeri Kedah dikejutkan dengan pendedahan pembangkang perihal kegagalan projek pertanian Kedah Agro di Bukit Tangga. Ramai pekerja yang diberhentikan atau lari begitu sahaja setelah tidak menerima gaji dalam tempoh yang panjang. Semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN menguruskan projek dengan baik, rugi dan tiada sumber kewangan untuk meneruskan.
Dalam isu pemberhentian staf YIKed, kerajaan negeri bersikap lunak kononnya sedia membantu mereka yang diberhentikan kerja. “Saya akan cuba bantu mereka sebaik mungkin,” janji Mukhriz penuh lunak apabila diajukan persoalan pemberhentian staf YIKed itu. Janji seumpama itulah juga yang dibuat dahulu terhadap staf Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji berbulan-bulan sejak BN ambil alih kerajaan. Akhirnya ramai yang tidak tahan dengan penderitaan yang ditimpakan mengambil jalan keluar dengan berhenti.
Sebagai Menteri Besar, Mukhriz sudah tahu dari awal pembuangan pekerja beramai-ramai di YIKed. Kalau nak tolong tak berlaku berlakon, sediakan dahulu tempat alternatif untuk mangsa pemberhentian. Atau serapkan mereka ke dalam pentadbiran negeri. Hakikatnya, tiada tempat lagi yang boleh diisi dalam kerajaan atau GLC. GLC lain juga sedang alami penstrukturan. Ada staf yang sudah dibuang dan akan dibuang. Staf sedia ada pun nak dikurangkan, maka tak berbangkit lagilah pengambilan staf baharu. Semua itu cuka lakonan lunak BN Kedah dengan bermain kata-kata.
Semua yang berlaku menunjukkan betapa BN gagal menguruskan dengan baik GLC. Syarikat yang boleh buat untung pun tenat, apatah lagi yang syarikat yang tidak memberangsangkan. Kemungkinan ditutup lebih banyak daripada terus beroperasi.
Sejak berzaman BN mempamerkan rekod pengurusan GLC yang sangat teruk. ‘Kemampuan’ mereka hanyalah menguruskan duit yang disediakan oleh Pusat. Untuk menambah dana negeri dengan mencari sendiri, maaflah memang BN tiada kemampuan.
Baru-baru ini akibat terlalu boros dan habis duit dalam kantung negeri, maka Majlis Mesyuarat Exco terpaksa minta peruntukan tambahan dari Pusat sebanyak RM4 juta. Pusat luluskan tetapi tiada ramai tahu kemana menghilangkan duit tersebut.
Dari awal kita sudah menjangkakan bahawa menyerahkan pentadbiran kerajaan dan GLC kepada BN ibarat menyerahkan bunga pada kera.
Namun apa boleh buat, rakyat terbanyak yang buat pilihan. Sekarang rakyat terbanyak Kedah juga ramai yang menyesal. Kesilapan mengundi BN terpaksa ditanggung dalam tempoh agak panjang.
Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.
Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.
Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara.
Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ.
Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?
Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut.
Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.
Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu?
Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!
Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!
Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.
Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut.
Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!
Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!
Sumber: Suzana Ghazali

LGE LANGGAR PRINSIP KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
- Published on Wednesday, 01 October 2014 10:29
- Written by Hj Mohamad Noor Mohamad
PAS
Wilayah Persekutuan berasa dukacita,terkejut dan terkilan kami terhadap
tindakan yang diambil oleh Kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng ( yang
mendakwa mengamalkan prinsip Khalifah Umar Abdul Aziz ) terhadap Ahli
Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang, saudara Iszuree bin
Ibrahim.
Ianya bukan sahaja jelas tidak
menggambarkan kepimpinan sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz bahkan
mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut. Tidak sepatutnya teguran
rakan Pakatan Rakyat dianggap sebagai satu tikaman daripada musuh.
Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan
seorang khalifah yang amat menitik beratkan kebebasan mengutarakan
pandangan sewaktu era pemerintahan beliau. Saudara Iszuree hanya
menyuarakan pandangannya untuk kebaikan masa depan penduduk dan rakyat
Pulau Pinang.
Adalah sesuatu yang mendukacitakan
apabila perkara ini berlaku dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang
senantiasa mendendangkan kebebasan menyuarakan pandangan.
Kami mendesak kerajaan pimpinan LGE
segera menarik balik surat pergantungan dan pembekuan peruntukan yang
telah dikeluarkan kepada saudara Iszuree bin Ibrahim dan mengembalikan
semula kedudukan beliau sepertimana sebelumnya.
Kami berharap LGE melaksanakan
pemerintahan yang "Cekap, Akauntabiliti dan Telus" seperti yang
terkandung dalam moto kerajaan Negeri. Usah membina semula sistem zalim
pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama dibawah pemerintahan
yang baru.
Sekian.
"TERUS BERISTIQAMAH"
Hj Mohamad Noor Mohamad,
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
1hb Oktober 2014M/6hb Dzulhijjah 1435H
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
1hb Oktober 2014M/6hb Dzulhijjah 1435H
Percayakah Anda?Ramai Wanita Kini Sudah Hilang harga Diri...
gambar sekadar hiasan
Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.
Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.
Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara.
Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ.
Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?
Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut.
Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.
Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu?
Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!
Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!
Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.
Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut.
Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!
Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!
Sumber: Suzana Ghazali
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” – An-Nisa':103
Mohd Zulfadli
September 25, 2014
0 Comment
Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah
tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam. Walaupun
sakit dan masih sedar serta waras, solat fardu perlu ditunaikan walaupun
tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).
Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, “majikan” bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.
Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.
Insya-Allah, barulah “khasiat” solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita mahu?
“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.
Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.
Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.
Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.
Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.
Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” An-Nisa':103Dari situ, kita akan fahami bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada “rahsia” dalam ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.
Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, “majikan” bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.
Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.
Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu
Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: Solat di awal waktu.Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu.
Hadis Riwayat At-Trimidzi
Insya-Allah, barulah “khasiat” solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita mahu?
#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan
Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.
#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.
#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat
Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.
#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja
Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat
Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.
#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda
Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.
#7 – Solat Berjemaah Di Masjid
Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan