Oct 29, 2014 06:14pm
Kerajaan digesa bawa pulang Zhang Jian
Zhang Jian ditahan oleh
Polis Thailand berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di
China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600 juta)
dan 3 juta baht (RM300 juta).
KUALA LUMPUR, 29 Oktober:
DAP hari ini menggesa kerajaan untuk
bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi tujuan membawa
pengasas Skim Cepat Kaya YSLM, Zhang Jian pulang ke Malaysia untuk
didakwa.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng
berkata Zhang Jian perlu dibawa kembali ke Malaysia memandangkan
individu itu telah menipu ramai rakyat negara ini dengan skim berkenaan.
“Sekarang mereka dah ditahan di Thailand
dan saya nak kerajaan dari mana-mana kementerian pun yang terlibat
untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi membawa Zhang Jian dan
kumpulannya ke Malaysia untuk didakwa.
“Dalam soalan saya, saya ada tanya
mengapa wakil dan agen yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta
mereka tidak disita untuk membantu siasatan.
“Jadi saya nak pembantu, rakan kongsi
dan siapa pun yang terlibat dengan Zhang Jian di Malaysia yang mana
mereka itu rakyat Malaysia, saya mahu mereka ditahan dan ditangkap.
“Saya
tak faham kenapa kerajaan kita ambil mudah perkara ini sedangkan satu
dunia memerhatikan mereka,” katanya dalam satu sidang media di lobi
Parlimen hari ini.
Dalam satu jawapan bertulis hari ini
Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan
bahawa enam kertas siasatan telah dibuka ke atas syarikat CDTUP Sdn
Bhd.
Skim Cepat Kaya YSLM difahamkan bernaung
di bawah syarikat berkenaan untuk menjalankan perniagaan jualan
langsung dengan memberi gambaran bahawa skim yang dijalankan adalah sah
di sisi undang-undang.
Bagaimanapun pada 24 September lalu,
lesen milik CDTUP International Sdn Bhd telah dibatalkan kerana didapati
melanggar syarat-syarat lesen dan disyaki menjalankan perniagaan
berunsurkan skim piramid.
“Persoalannya di sini ialah, mereka
berada di sini untuk dua tahun dan ramai sudah maklum yang perniagaan
ini adalah skim piramid, skim cepat kaya dan ini adalah perniagaan
haram.
“Tetapi tidak ada siapa yang ditahan
sehinggalah mereka ke Thailand, dan di Thailand kurang dari dua bulan
mereka sudah ditangkap.
“Jadi saya nak tanya kementerian yang
bertanggungjawab, saya tidak tahu sama ada perdagangan dalam negeri,
polis, atau perbendaharaan, apa sebenarnya yang berlaku?
“Kenapa tidak tahan Zhang Jian walaupun sudah banyak laporan polis sudah dibuat,” soalnya.
Zhang Jian ditahan oleh Polis Thailand
berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan
Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600 juta) dan 3 juta
baht (RM300 juta).
Akhbar The Nation melaporkan pihak polis juga turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.
Akhbar itu juga menyatakan polis Bangkok
turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang, 29 dalam sebuah
kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam
pelbagai matawang.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tags: interpol, skim cepat kaya, Thailand, YSLMRabu, 29 Oktober 2014
Minda Umno@Bn: Cakap macam dia tak pernah masuk sekolah dan universiti...!!
Dua Masjid Di Perth Di ”serang”,
Written By canang on Rabu, 29 Oktober 2014 | 10/29/2014 09:16:00 PTG
PERTH, AUSTRALIA (Al-Mustaqbal Channel) – Beginilah
kelakuan musuh-musuh Islam, memerangi Islam dan kaum Muslimin, bahkan
merusak dan melecehkan tempat ibadah mereka. Di Perth, Australia Barat,
dua buah masjid serta sebuah pusat pendidikan Islam di”serang” serta
menjadi sasaran aksi vandalisme, akhir pekan lalu. Warga Muslim setempat
khawatir hal ini menjadi pertanda meningkatnya sentimen anti-Islam.
Astaghfirullah!
Dinding pagar sebuah masjid yang
sekaligus menjadi pusat pendidikan, dicoreti tulisan “Ban Islam” yang
berarti “Larang Islam”. Sementara sebuah masjid lainnya dilempari
botol-botol bir.
Menurut tokoh Muslim setempat, Burhaan Mehtar, serangan semacam ini telah menjadi hal yang sering mereka alami.
“Mungkin cara terbaik menghadapinya adalah mengabaikan serangan yang dilakukan segelintir orang ini,” kata Mehtar kepada ABC.
“Namun setiap orang memiliki batas kesabarannya, dan menjadi ketakutan atas apa yang terjadi,” tambahnya.
Dikatakan, serangan semacam ini
menumbuhkan ketakutan terutama di kalangan wanita dan anak-anak muslim.
“Ada perasaan khawatir, segalanya bisa saja terjadi,” tukas Mehtar.
Grafiti ini muncul hanya sehari setelah
aksi damai di pusat kota Perth yang menyerukan dihentikannya sikap
Islamophobia. Aksi itu diganggu oleh sekelompok demonstran anti Muslim.
Banyak peserta unjuk rasa anti-Muslim
yang diperintahkan polisi untuk meninggalkan lokasi karena perilaku
mereka yang berpotensi memicu kekerasan.
Demikianlah musuh-musuh Islam, mereka
tidak akan pernah rela kepada kaum Muslimin hingga mereka bisa mengajak
umat Islam berpaling dari agamanya. Astaghfirullah!
Sumber : Kompas/ABC Australia
Rabu, 29 Oktober 2014
Fitnah Liwat II: 3 barang lokap diperoleh secara tipu, tangkapan tak sah - Peguam
PUTRAJAYA 29 OKT: Tiga barang lokap diperoleh secara tidak sah
melalui muslihat dan penipuan manakala tangkapan juga tidak sah, tegas
Peguambela Sangget Kaur.
“Terdapat tangkapan tetapi waran hanya dikeluarkan oleh IPK KL (Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur). (Superintenden) Taufik kata tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 377B (Kanun Keseksaan),” hujahnya di Mahkamah Persekutuan hari ini pada perbicaraan rayuan terakhir kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sangeet berkata, Hakim Mohd Zabidin pada mulanya membuat keputusan menyebelahi mereka dengan tidak menerima tiga barang itu.
“Beliau memutuskan barang-barang itu digunakan secara tidak adil,” kata Sangget.
Bagaimanapun, hujah Sangget itu disanggah Hakim Arifin Zakaria dengan menyatakan, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.
Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu DSP Jude Pereira di balai polis kira-kira jam 8 malam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.
“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang),” kata Sangget, lapor Malaysiakini.
Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan Anwar.
Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberikan tiga barang itu (tuala, berus gigi dan botol air) dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.
Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa tiga barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.
Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.
“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” kata Sangget.
Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu.
Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke HKL dan tidur semalam di lokap IPK KL.

Thursday, 30 October 2014
Peguam Dedah Tipu Helah Polis Dalam Kes Anwar
Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan terdapat jurang dalam bukti
DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah, terdapat jurang menghubungkan DNA yang ditemui pada tiga item di sel penjara Anwar, dengan DNA pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketiga-tiga barang itu ialah - berus gigi, botol air mineral dan tuala
"Good Morning" - yang didakwa digunakan Anwar semasa ditahan semalaman
untuk siasatan pada Julai 2008.
"DNA dalam rektum Saiful dan DNA dalam tiga item itu sepadan. Tetapi
siapa pemilik DNA itu? Mereka tidak tahu, lalu menamakannya 'Lelaki-Y',"
katanya dalam hujah menyokong permohonan membatalkan sabitan kes liwat
itu.
Jurang itu terletak pada tiadanya keterangan membuktikan Anwar ialah Lelaki-Y itu, katanya.
Ini kerana, tidak ada keterangan langsung menunjukkan Anwar menggunakan
tiga barangan itu dalam lokap, kata Sangeet, dan menambah diari dan
keterangan pegawai polis yang mengawal Anwar juga tidak mengesahkan
beliau menggunakannya.
"Mahkamah tidak boleh bergantung kepada keterangan mengikut keadaan apabila ia bertentangan dengan keterangan langsung."
Beliau berkata diari lokap atau buku log polis yang mencatatkan
pergerakan Anwar di dalam sel ditulis secara terperinci, malah mencatat
masa apabila Anwar hanya bersandar di tiang sel.
Kedua-dua buku dan saksi tidak menyatakan beliau menggunakan ketiga-tiga barangan itu.
Beliau membawa perhatian mahkamah kepada pengakuan seorang lans korporal
yang mengatakan dia mendengar Anwar memberus giginya. Tetapi semasa
perbicaraan, dia tidak dapat menjawab apabila ditanya sama ada beliau
benar-benar melihat pemimpin PKR itu berbuat demikian.
"Saksi tidak secara langsung menyaksikan Anwar memberus gigi. (Itu) ialah satu penemuan fakta yang salah," katanya.
Beliau menambah: "Ini penting, sebenarnya, inilah kaitannya. Ini satu
situasi di mana saksi secara khusus ditanya, apa yang kamu lihat? Dan,
tidak ada jawapan. Jadi, pendakwaan tidak boleh bergantung kepada
keterangan mengikut keadaan kerana terdapat saksi di sana."
Sangeet berkata polis mengambil
tiga barangan itu bagi dijadikan bukti dengan cara "tipu helah" dan
dengan menahannya lebih lama.
Hakim perbicaraan pada mulanya bersetuju tiga barangan tersebut
diperolehi secara tidak adil tetapi kemudian menerimanya sebagai bahan
bukti.
Sangeet berkata pihak pendakwaan tidak sepatutnya menamakannya bukti
ketika perbicaraan kemudiannya apabila hakim sudah menolaknya.
Dia juga menyifatkan cara Anwar ditangkap adalah satu "serangan hendap" tanpa sebarang waran pada masa tangkapan.
Anwar ditangkap pasukan komando polis dan waran tangkap hanya
dikeluarkan kemudian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, kata Sangeet.
Disebabkan dia ditangkap tanpa waran dan prosedur dilanggari, Sangeet
berkata barangan yang diambil sebagai bukti dari sel penjara itu
menyalahi undang-undang.
Prosedur polis memerlukan tahanan dibawa ke lokap sebelum pukul 6 petang dan tidak dibawa keluar lagi semasa tempoh penahanan.
Bagaimanapun, Anwar dimasukkan ke dalam lokap sekitar jam 8 malam dan
kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diambil sampel DNA.
Sangeet berkata Anwar enggan memberikan sampelnya, sejajar haknya di bawah perlembagaan.
Terdahulu, N. Surendran, yang memulakan penghujahannya semalam tentang
bagaimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pewajaran
kepada keterangan Anwar dari kandang tertuduh, mula membuat
penggulungan hari ini, memetik undang-undang kes bagi menyokong
hujahnya.
Surendran berkata Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya tidak mengambil kira penjelasan Anwar kerana membuat kenyataan dari kandang tertuduh.
Anwar pada waktu itu menjelaskan sebab mengapa "bukan sekali tetapi lima kali" beliau perlu bercakap dari kandang tertuduh.
Dalam kenyataannya dari kandang tertuduh, Anwar berkata tuduhan meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuat pada 2008
ialah satu konspirasi politik.
Namun, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menganggap keterangan kandang
tertuduh sebagai "penafian kosong", kata Surendran, dan gagal mengambil
kira keterangan yang diberikan mengenai "rancangan yang diatur lebih
awal" yang menyokong dakwaan konspirasi politik Anwar.
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan ini bermula semalam dengan peguam
utama Datuk Seri Gopal Sri Ram membina kes mempersoalkan kewibawaan
Saiful sebagai saksi.
Mahkamah berkata tempoh pendengaran mungkin dipanjangkan sehari lagi disebabkan banyaknya keterangan yang bakal dibuat.
Pihak pendakwaan juga akan memberi keterangan sebelum kedua-dua pihak membuat hujah penutup.
Panel hakim yang mendengar rayuan Anwar diketuai Ketua Hakim Negara, Tun
Ariffin Zakaria, dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul
Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.
Sangeet dan Surendran ialah antara yang mewakili Anwar di dalam pasukan
pembelaan yang terdiri daripada 14 peguam, diketuai bekas hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac
lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan
selesai.
Beliau dituduh meliwat Saiful Bukhari
di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi
membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh
Mahkamah Rayuan pada Mac lalu.
Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998,
apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau
dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan. ~malaysian insider
Ibu kecewa anak mangsa buli digantung sekolah
KULIM - Ibu kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di
sini yang dikatakan dibuli sekumpulan pelajar sekolah itu melahirkan
rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang tidak mengambil tindakan
terhadap pelajar terbabit tetapi menggantung persekolahan anaknya.
Yuszaidah Yusuf, 41, berkata anaknya Mohd Afiq Afifuddin Mohd Tajuddin, 17, pelajar Tingkatan Lima sekolah itu, diserang dan dicederakan sekumpulan pelajar ketika dia berada dalam sebuah bilik air di sekolah tersebut pukul 10.45 pagi pada 8 Okt lepas.
Katanya apa yang menyebabkan dia keliru adalah apabila anaknya yang bengkak di muka dan bahagian mata kiri serta lebam di belakang badan pula dihukum pihak sekolah kerana dikatakan punca masalah dan dihukum gantung pengajian seminggu.
Katanya dia dan suaminya dimaklumkan seorang guru sekolah tersebut yang anak sulungnya itu dirawat di Bilik Kecemasan, Hospital Kulim pada hari kejadian dan dimaklumkan guru berkenaan bahawa anaknya itu terjatuh dalam bilik air.
"Melihat keadaan lebam di mata kiri, muka dan belakang anak saya itu menguatkan syak saya bahawa anak saya ini bukanlah jatuh tetapi sebenarnya perkara lain yang berlaku terhadap dirinya. Kemudian dia mengaku dikasari sekumpulan pelajar lain ketika dia berada dalam bilik air sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kulim Techno City (KTC) di sini hari ini.
Katanya memandangkan kesan-kesan bengkak di mata dan muka serta belakang anak lelakinya itu agak serius, dia dan suaminya Mohd Tajuddin Mohd Taib, 45, memutuskan untuk bertemu doktor di Bahagian Kecemasan Hospital Kulim.
Mereka kemudian mendapatkan rawatan sekali lagi di wad kecemasan sebelum membuat laporan polis.
Katanya memandangkan di Hospital Kulim tiada pakar mata, mereka mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan anak mereka dimasukkan ke wad pada 12 hingga 16 Oktober.
" Seperkara yang malang setelah balik ke Kulim pada 16 Oktober lalu kami dimaklumkan melalui telefon bahawa anak saya digantung belajar dari 16 Oktober sehingga 22 Oktober dan agak memeranjatkan kami. Setelah mendapatkan rawatan susulan di Alor Setar, anak saya itu mendapat cuti sakit sehingga 2 Nov," katanya.
Keluarga berkenaan memohon Kementerian Pendidikan supaya memberi pertimbangan lebih wajar berhubung masa depan anak mereka yang cedera akibat dibuli tetapi dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Abdul Aziz Muhammad ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut. - Bernama

Mengapa Anwar Ibrahim Begitu 'Ditakuti'.
Oleh Abu Hassan Adam
Dalam satu kenyataannya ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar University Malaya (UM) baru-baru ini, Saudara Anwar ada menyatakan,” mengapakah mereka begitu ‘takut’ kepada seorang Anwar?. Lebih kurang begitulah bunyi kata-katanya.
Kenyataan itu pendek saja tetapi menyebabkan aku berfikir buat seketika. Merenung kembali peristiwa-peristiwa lama, menyingkap sejarah perjuangan ‘manusia’ yang bernama Anwar Ibrahim.
Aku tidak perlu menyingkap buku-buku sejarah atau majalah-majalah lama atau akhbar-akhbar lama untuk mencari jawapan kepada persoalan itu. Yang aku hairan ialah mengapa beliau begitu ditakuti. Dan mungkin jawapan yang paling tepat ialah hanya mereka yang membuat salah sahaja yang takut kepada Anwar Ibrahim. Mungkin…… Peribahasa Melayu ada mengatakan,’berani kerana benar dan takut kerana salah’. Maknanya betullah tanggapan ramai orang yang selalu mengatakan bahawa disebabkan banyak kesalahan yang dilakukan menyebabkan mereka begitu takut kepada Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya pula, bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan atau tidak merasakan diri bersalah, maka mereka akan sedaya upaya cuba merapati beliau disebabkan ‘charisma’nya yang luar biasa.
Dari jauh aku mengikuti perkembangan dan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang sentiasa melaungkan slogan memperjuangkan ‘the conscience of the majority’. Semenjak zaman remaja sehinggalah ke zaman ‘tua’, diperhatikan bahawa asas perjuangannya adalah ‘consistent’, memperjuangkan keadilan bagi semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan keturunan. Berterusan memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Lantas atas semangat yang demikianlah yang telah menyebabkan ‘rakan-rakan lama’ yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya walaupun ada ‘rakan-rakan lama’ yang menjauhkan diri disebabkan berbagai ‘tarikan’ yang diterima.
Sokongan padu yang diterima oleh Saudara Anwar, terutama dari ‘rakan-rakan lama’ adalah disebabkan asas dan prinsip yang diperjuangkannya dan bukan kerana ‘batang tubuh’ manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Antara ‘rakan’ dan ‘prinsip perjuangan’ adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sekiranya Saudara Anwar ‘tergelincir’ dari prinsip yang diperjuangkan selama ini, aku pasti akan berlaku ‘pelarian beramai-ramai’ meninggalkan beliau. Aku pasti. Namun selagi beliau masih tetap dan terus menerus memperjuangkan keadilan sebagaimana yang diungkapkan setengah abad yang lampau, maka beliau akan tetap mendapat sokongan padu.
Sudah setengah abad juga masyarakat Malaysia melakukan ‘pencarian’ tokoh yang akan menggantikan Anwar Ibrahim. Bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan, ‘pencarian’ itu masih berterusan. Seolah-olah belum ada lagi tokoh yang boleh menggantikan tempat Anwar Ibrahim. Ada wujud ‘pemimpin’ muda yang silih berganti di negara ini tetapi belum dapat menggantikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Seolah-olah peribahasa Melayu yang berbunyi,’ patah tumbuh hilang berganti’ tidak sesuai lagi digunakan…..
Dunia telah menyaksikan kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang amat sukar dicari ganti. Belum wujud lagi manusia yang bergelar pemimpin di India yang boleh menggantikan Gandhi. Belum ada tokoh di Indonesia yang boleh ‘menewaskan’ kehebatan Sukarno yang berjaya mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Rakyat Afrika Selatan tentunya sedang mencari-cari manusia yang boleh menggantikan Nelson Mandela dan rakyat Britain pual tentunya membanding-bandingkan pemimpin yang ada disana yang ada persamaan dengan Winston Churchill. Begitulah seterusnya. Maknannya Allah hanya ‘mengurniakan” seseorang pemimpin itu hanya sekali dalam beberapa puluhan tahun kepada bangsa itu.
Dan menyusuli sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin ini menampakkan dengan jelas yang mereka sangat ditakuti disebabkan mereka tidak pernah takut dan gentar kepada apa yang diperjuangkan oleh mereka. Aku teringat kata-kata Nelson Mandela apabila hakim mahkamah menasihatinya dalam satu perbicaraan supaya, ‘ …don’t play with fire’. Dan jawapan yang diberikan oleh Mandela ialah,’ ....playing with fire is my game’. Rujukan: ‘Long Walk to Freedom’
Kebiasaannya pemimpin yang memperjuangkan keadilan sentiasa ditakuti oleh pihak-pihak tertentu. Jose Rizal dari Filpinan terpaksa membayar ‘perjuangannya’ dengan nyawanya sendiri apabila beliau ditembak mati oleh penjajah Sepanyol. Begitu jugalah dengan pejuang-pejuang keadilan dunia lain yang terpaksa membayar perjuangannya dengan ‘harga’ yang begitu mahal.
Aku teringat satu peristiwa pada tahun 1972 apabila aku ditugaskan oleh PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia) untuk mendapatkan peruntukan dari sebuah kerajaan negeri bagi menjalankan aktiviti ‘Kempen Kesedaran’ kepada penduduk luar bandar di negeri berkenaan. Bersama dengan seorang rakan, aku telah dijemput untuk berbincang dengan Menteri Besar negeri berkenaan berkaitan dengan pembiayaan projek berkenaan.
Menteri Besar negeri berkenaan telah memberitahu kami bahawa kerajaan negeri berkenaan bersetuju membiayai projek berkenaan dengan perbelanjaan sebanyak RM3000.00. dengan syarat supaya Saudara Anwar Ibrahim tidak dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam projek berkenaan. Apabila aku mengenangkan peristiwa itu telah mengimbaukan kenangan aku bahawa semenjak awal tahun 1970an lagi Saudara Anwar telah mula ditakuti.
Bermakna sudah hampir setengah abad Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan idealismenya dan terus ditakuti oleh pihak yang sentiasa merasakan diri mereka bersalah.

Ah Hai Sasaran Bom Bukit Bintang Merupakan Ketua Kongsi Gelap VVIP?
By editor-2 October 29, 2014 : 9:02 am
Walaupun kejadian serangan bom
yang dikatakan mempunyai niat kepada sasaran individu tertentu berlaku
hampir sebulan yang lalu namun kes yang begitu besar ini dilihat
seolah-olah ‘sudah ditutup’ ?
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia
berlakunya serangan seumpama itu oleh ‘hitman’ atau pembunuh upahan.
Biasanya kita melihat di akhbar-akhbar tempatan, kejadian tembak mati
sahaja. Tetapi kali ini nampaknya gaya penjenayah Mafia luar negara pula
gayanya.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa,
kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, terdapat individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom ‘molotov cocktail’ dari aras dua tempat letak kereta bangunan Sun kompleks itu.
kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, terdapat individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom ‘molotov cocktail’ dari aras dua tempat letak kereta bangunan Sun kompleks itu.
“Suspek
dipercayai membaling bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom
itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada
di bawah kereta Toyota Camry, yang diletakkan di hadapan kelab malam
tersebut,” Dalam kejadian tersebut seorang pekerja kelab hiburan maut.
Rentetan
dari peristiwa ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
mengerahkan siasatan yangmenyeluruh dan mengambil kira aspek aktiviti
pengganas kiranya ada. Akhirnya jawapan permulaan kepada siasatan awal
menunjukkan ianya adalah perebutan kawasan perniagaan antara dua
kumpulan kongsi gelap. Kalau dulu, kawan Bukit Bintang ini dikuasai oleh
2 kumpulan Ghee Hin dan Hai San dengan bersempadankan Jalan Alor.
Kini tidak
lagi, suspek sasaran utama menurut sumber yang boleh dipercayai adalah
seorang Ketua Kongsi Gelap yang membawa nama jolokan “Ah Hai”. Suspek
ini menjadi sasaran berikutan wujudnya perselisihan ataupun kemungkinan
besar menurut sumber dua kumpulan kongsi gelap berebut menguasai kawasan
Bukit Bintang dan juga beberapa kawasan yang lain di bandar-bandar
utama di seluruh Malaysia.
Ketua
Polis Negara juga turut mengesahkan “Ini merupakan satu insiden balas
dendam antara dua kumpulan haram jadi biarlah kita (polis) jalankan
siasatan bagi mengenalpasti suspek yang terlibat,” rujuk sumber.
Sejurus
selepas kejadian tersebut, PDRM dikatakan memburu ketua kongsi gelap
tersebut, Ah Hai, yang membawa kepada Ah Hai menyerah diri memberi
keterangan dan ini disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa yang berkata ‘Ah Hai’
hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada jam 9
malam.
“Kenyataannya
(Ah Hai) telah direkodkan sehingga jam 11.45 malam. Dia (Ah Hai)
didapati tidak mengalami kecederaan,” kata Khairi dalam satu kenyataan
media. rujuk sumber.
Ah Hai
juga dikenali sebagai ‘Top Imbi Gangster’ dicari polis kerana dipercayai
menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu, tegas Khairi.
Yang
menjadi tandatanya masyarakat kota dan rakyat amnya, kenapa Polis dengan
mudah melepaskan seorang Ketua Kongsi Gelap atau “Top Imbi Gangster”
setelah keterangannya diambil untuk tujuan siasatan? Adakah pihak PDRM
tidak mengambilkira isu keselamatan negara dan isu keresahan masyarakat
kota?
Bolehkah
PDRM memberi jaminan bahawa dengan melepaskan Kepala Gangster maka
kejadian membalas dendam ini tidak akan berlaku lagi?
Melihat
kepada keputusan PDRM melepaskan Kepala Gangster, rakyat menilai PDRM
mengiktiraf kumpulan Kongsi Gelap dalam komuniti masyarakat Malaysia?
Asas apakah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur yang membuat keputusan melepaskan Kepala Gangster?
Siapakah Ah Hai sebenarnya?
malaysiancrime
Tiada ulasan:
Catat Ulasan