Selasa, 21 Oktober 2014

MUNGKIN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TAK SESUAI DALAM KEADAAN JALANRAYA JUGA TRAFIK DI MALAYSIA


EKSKLUSIF !!! 12 Gambar Allahyarham Hazalli yang maut Super Bike terbakar di Karak




Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.

Hazalli seorang yang amat meminati motosikal berkuasa tinggi ( Super Bike ) namun tidak di sangka minat nya yang mendalam dalam bidang permotoran boleh membawa maut untuk diri nya.


Motosikal Yamaha berkuasa 1000cc yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan di Karak semalam yang menyebabkan beliau maut terbakar dalam kemalangan Ngeri tersebut.
Jenazah nya selamat di semadikan - Alfatihah 
Allahyarham Hazlli sempat menghantar pesanan What Apps yang amat menyentuh hati mengenai kematian sebelum kejadian tragis itu, beliau lebih di kenali dengan Zali dikalangan meninggalkan isteri dan anak, Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham. Al-Fatihah 


 

Punca Kemalangan Menurut Saksi & Laporan Polis

GOMBAK: 2 penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak jam 11.15 pagi semalam.

Kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam insiden terbabit.

Pihak Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan pada jam 11.22 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.

Seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut di tempat kejadian.



Punca kemalangan masih di siasat dan tidak menolak kemungkinan insiden berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan. - Harian Metro


PUNCA KEMALANGAN MENURUT SAKSI & LAPORAN POLIS

Menurut saksi, punca kemalangan tersebut disebabkan oleh sebuah treler yang melintang di sepanjang lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi ini sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit. 

____________________________________________________________

Punca kemalangan maut menurut laporan polis.

Laporan Kemalangan Maut di
Zon Timur 1 (KL-Lanchang)

Tarikh : 19/10/2014 (Ahad)
Jam : L/kurang 1124 hrs.
Lokasi : KM 26.5(B).
Daerah : Gombak

Ringkasan Kejadian
-----------------
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis & no. pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta - Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi & P.Alza.

Keterangan :

- 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang & 2 org lagi penunggang tercampak & cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry & Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar. Manakala P.Exora, P.Alza & P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.

Butir -butir Mangsa (Si Mati)
-----------------
1) Penunggang M/sikal (Rentung) :
Nama: Zali bin Khalid(Maklumat penuh belum diperolehi)
2) Penunggang M/sikal (Mati) 
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 Thn)
2 lagi Penunggang M/sikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
____________________________________________________________

Terdahulu, salah seorang mangsa pernah memuat naik status di WhatsAppnya sebelum ini seperti tahu akan ajalnya bakal tiba. 

sumber mymediahubonline.blogspot.com

Mangsa Kemalangan Cerita Kematian Sebelum Nahas

Kuala Lumpur –  Kemalangan yang membabitkan 3 buah motosikal berkuasa besar dan sebuah kereta di KM25 Lebuhraya Karak menghala ke KualaLumpur pagi tadi telah mengorbankan 2 nyawa penunggang manakala seorang lagi cedera parah.

Salah seorang mangsa kemalangan maut akibat rentung selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbakar.

Berita kemalangan ini mengejutkan dan mendapat perhatian kumpulan motosikal berkuasa besar yang lain termasuk rakan-rakan mangsa.

Bagaimanapun, status WhatsApp terakhir mangsa yang maut terbakar agak memilukan kerana menceritakan tentang kematian.

“Sakit dan mati itu pasti….bersedia dan redho ketentuan Ilahi”, begitulah yang tertera di status WhatsApp beliau yang telah dikirimkan kepada FeldaVoice oleh salah seorang sahabat mangsa.


Sumber www.suara.tv

12 Gambar Allahyarham Hazalli Yang Maut Super Bike Terbakar Di Karak


Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.

Hazalli  seorang yang amat meminati motosikal berkuasa tinggi ( Super Bike ) namun tidak di sangka minat nya yang mendalam dalam bidang permotoran boleh membawa maut untuk diri nya.

Motosikal Yamaha berkuasa 1000cc yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan di Karak semalam yang menyebabkan beliau maut terbakar dalam kemalangan Ngeri tersebut.

Allahyarham Hazlli sempat menghantar pesanan What Apps yang amat menyentuh hati mengenai kematian sebelum kejadian tragis itu, beliau lebih di kenali dengan Zali dikalangan meninggalkan isteri dan anak, Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham. Al-Fatihah

Lihat 12 Gambar Allahyarham Hazalli Yang Maut Super Bike Terbakar Di Karak Di Sini


Jenazah nya selamat di semadikan - Alfatihah

2 ulasan:

Unknown berkata...

al-Fatihah untuk arwah. Kemalangan jalan raya memang tidak dapat dielakkan.

Biarpun kita berhati2, jika ia ditakdirkan berlaku, maka berlakulah.

Sama2 kita berhati2 dan menjaga keselamatan bersama di jalan raya.

http://tismoto.com/blog

http://gearjahat.com

Unknown berkata...

Da ajal mana2 pun boleh meningal bukan sebab moto besar atau kecik. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.