Khamis, 9 Oktober 2014

SEJENGKAL DEMI SEJENGKAL

Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir

Beberapa pautan untuk dibaca bagi meningkatkan kefahaman tentang bagaimana memilih sikap kita sebagai ummat Islam terhadap perayaan agama lain:
Saya secara peribadi menjauhkan diri dari terlibat dengan mana-mana perayaan bukan Islam samada dalam bentuk memberikan ucapan dan tahniah, apatah lagi menghadiri dalam perayaan mereka.  Ini kerana di dalam ISLAM, hanya `Eidul-Adha dan `Eidul-Fitri sahajalah yang wajar kita menunjukkan rasa kegembiraan dan merayakannya.
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata yang maksudnya:
“Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.  
Lalu Baginda berkata:  “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah.”
Sabda Baginda lagi:  “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya `Eidul-Adha dan `Eidul-Fitri.””
(Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959)
Malahan pula terdapat perkataan dari ALLAH `Azza wa Jalla yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengatakan:

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Maksudnya:  “Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku”
(Surah al-Kafirun, 109:6)
Melalui ayat pendek dan tegas ini, sepatutnya kita ummat ISLAM menggariskan sempadan yang jelas memisahkan antara agama ISLAM yang kita sama-sama anuti dengan agama lain.  Tidak boleh bercampur.
Ummat ISLAM boleh bertoleransi malah digalakkan berbuat baik sesama manusia tidak kira siapa mereka, tetapi dalam bab agama, tiada toleransi terhadapnya.  Mereka dengan jalan mereka sendiri.  Dan kita dengan jalan kita sendiri.  Dan jalan yang ditunjuki RasulNYA lah jalan yang benar dan selamat.

ISLAM Agama Benar

ISLAM adalah agama yang benar dan tinggi.  Dan tidak ada yang lebih benar dan tinggi dari ISLAM!  Tidak perlu kita mencari sesuatu di luar dari lingkungan ajaran ISLAM.  Cukuplah ISLAM menunjuki jalan hidup kita.
Seharusnya ummat ISLAM hidup di dalam lingkungan cara yang ditunjuki oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sungguh, tidak ada apa yang tertinggal di dalam ajaran yang Baginda tunjukkan.  Semuanya ada di dalam ISLAM, tidak ada apa yang kurang.
ALLAH, TUHAN Sekalian Alam telah berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Maksudnya:  “Pada hari ini telah KUsempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah KU-cukupkan kepadamu nikmat-KU, dan telah KU-redhai ISLAM itu jadi agama bagimu.”
(Surah al-Ma’idah, 5:3)
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

Maksudnya:  “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi ALLAH hanyalah ISLAM.”  
(Surah ali-`Imran, 3:19)
Hanya ISLAM lah agama yang selamat dan diterima oleh ALLAH, TUHAN Sekalian Alam.  Dan kita mesti beristiqamah berjalan di atasnya jika mahu selamat.

Jangan Tasyabbuh

Ummat ISLAM juga mesti awas dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam berikut:

من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut.”
(HR Abu Daud dengan sanad hasan.  Dari `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma).
Lalu bertanya ke dalam diri, siapakah yang mahu kita serupai?  Di manakah kita mahu letak diri kita?  Di dalam kelompok bersama dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam atau di dalam kelompok selain Baginda?
Bukan sedikit ummat ISLAM yang leka dan meniru-niru dalam menghidupkan kehidupan mereka.  Banyak!  Dan kita khuatir peniruan ini yang akan akhirnya menjerumuskan ummat ISLAM ke lembah yang dimurkai ALLAH.
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya:
“Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”
Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”
Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.”
(HR Muslim)

Prinsip al-Wala’ & al-Bara’

Prinsip al-Wala’ (setia, ikut) dan al-Bara’ (berlepas diri) mesti difahami sungguh-sungguh oleh ummat ISLAM dalam mendepani banyak isu di hadapan mereka.  Iaitu ummat ISLAM mesti setia dengan agama ISLAM, ikut semua ajaran yang disyariatkan, berkasih sayang, memberi pertolongan dan perlindungan sesama Muslim.  Manakala dalam hal yang tidak berkaitan dengan agama ISLAM malah bertentangan pula, ummat ISLAM mesti berlepas diri, menolak dan tidak mengaitkan diri mereka dengannya.
Ummat sebelum kita iaitu para salafussoleh dan juga golongan yang mengikuti mereka sentiasa pahatkan prinsip ini di dalam kehidupan mereka.  Dengan sebab itulah agama mereka terpelihara, kehidupan mereka terpelihara dan kehidupan di akhirat mereka juga terpelihara.
Justeru, ummat ISLAM seharusnya berhati-hati dalam hal ini.  Ia berkaitan aqidah.  Dan garisannya mesti kita jaga-jaga.  Ditakuti tanpa sedar, kita tergolong di kalangan orang-orang dimurkai ALLAH.  Na`udzu billahi min dzalik, kita berlindung dengan ALLAH dari itu terjadi.

Hidup Di Dalam Masyarakat Majmu`

ISLAM menyuruh kita berbuat baik terhadap semua makhluqNYA, apatah lagi sesama manusia.  Apabila hidup di dalam masyarakat yang majmu`, maka kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa ummat ISLAM juga banyak mengambil manfaat dari masyarakat belum ISLAM.
Justeru, sebab itulah ada juga beberapa pandangan dari ilmuan ISLAM yang mengharuskan perbuatan mengucapkan tahniah kepada masyarakat belum ISLAM semasa perayaan mereka dengan tujuan menjalinkan hubungan sosial.  Tuan/puan boleh membaca pandangan-pandangan tersebut di sini:
Disebabkan ada para ulama yang mengatakan “Harus (TETAPI BERSYARAT) dalam hal mengucapkan tahniah dan menyertai perayaan orang bukan Islam, maka saya tetap akan meraikan pandangan-pandangan mereka yang juga alim dan amanah dalam agama.  Jadi, saya tidak akan berkeras dalam hal ini terhadap orang lain melainkan hanya kepada diri saya dan orang-orang yang hampir dengan saya dengan tujuan untuk lebih berhati-hati.  Kerana ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا

قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ

لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ

وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya:  “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah at-Tahrim, 66:6)
ALLAHU A`LAM.
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
24 Disember 2011

Sejengkal Demi Sejengkal, Sehasta Demi Sehasta…

Dari Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu, beliau mendengar bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ

 قُلنا : يا رسولَ اللهِ ! اليهودُ والنَّصارَى ؟ قال : فمَن ؟

“Sungguh, kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk masuk ke lubang dhob pun, pasti kamu akan mengikuti mereka.”
Kami bertanya:
“Wahai Rasulullah, mereka itu Yahudi dan Nasara?”
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: 
“Lalu siapa lagi?” 
(HR Muslim)
Lihatlah sekeliling kita.  Hampir semua cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) telah menyerap masuk ke dalam kehidupan masyarakat kita. Cara kita menyapa saudara kita, fesyen berpakaian kita, kehidupan berumahtangga kita, cara kita berinteraksi dan cara kita berfikir telah hampir-hampir sama dengan mereka.  Atau mungkin sudah sama dengan mereka?!!
Media telah berperanan dengan sangat cemerlang dalam mengubah sedikit demi sedikit masyarakat kita sejak puluhan tahun lamanya.  Idea Yahudi dan Nasrani telah mencorak luar dan dalam jiwa kita.  Televisyen telah menjadi alat yang paling efisyen merubah tanggapan dan mengelirukan minda ummat.  Yang salah pada pandangan agama diperdanakan lalu menjadi paradigma.  Yang benar pada pandangan agama  dituduh dengan pelbagai label negatif.  Lalu, tersenyumlah si al-Masih ad-Dajjal.  Fitnahnya semakin menjadi.  Fitnahnya semakin tersebar.  Memang dia pengeliru hebat akhir zaman.  (Baca cara mengelakkan fitnah al-Masih ad-Dajjal di sini)
Mana rancangan televisyen yang apabila barat mengadakannya, televisyen kita tidak mengikutnya?  Hampir semua program rancangan televisyen yang dicipta Yahudi dan Nasrani ditiru lalu dicorakkan dengan versi tempatan.  Dari rancangan berita, dokumentari, hiburan, kanak-kanak dan terkini program-program rancangan realiti memenuhi menu hidangan mata dan minda masyarakat kita.
Ya, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta telah kita tiru mereka.  Kini ramai sudah berada hampir dengan lubang sempit yang kotor, malah ada yang sudah bergelumang di dalamnya!!!  Na`udzu billahi min dzalik!

Apabila manusia berkiblatkan Yahudi & Nasrani…
Si Iblis dan si Dajjal tidak akan berpuas hati selagi semuanya belum mereka tarik.  Lalu diusaha dan dihias pula berbagai-bagai program yang tidak jelas akan kesesatannya agar lebih ramai turut serta sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta rapat kepada mereka.  Maka lahirlah program-program realiti, karnival-karnival, pesta-pesta, sambutan tahun baru dan lain-lain seumpamanya yang dihiaskan serta disulam dengan unsur-unsur agama.
Cuba fikir sejenak.  Perlukah kita ummat ISLAM akan program-program seperti ini pada peringkat awalnya?  Perlukah kita ambil nilai-nilai mereka, sedangkan nilai-nilai yang ditinggalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam belum kita ambil sepenuhnya lagi?
Walaupun tidak dinafikan mungkin program-program ini bermanfaat dalam memberikan alternatif kepada program yang lebih merosakkan, namun saya secara peribadi tidak akan mengizinkan orang-orang yang saya sayangi menyertai program-program sebegini.  Saya sarankan juga para pembaca menjauhinya sama.  Terutama dari terlibat dengan penganjurannya.  Kerana semakin kita bertoleransi dengan cara dan corak yang diperkenalkan oleh orang bukan Islam, semakin dekatlah kita dengan mereka dan semakin terdoronglah kita untuk terjerlus ke lubang busuk kemurkaan ALLAH.

Berkumpul atau berprogram khas sempena ambang tahun baru adalah amalan atau budaya orang-orang bukan Islam. Kenapa kita mesti terikut-ikut cara mereka?
Untuk selamat dari ini semua, kita semua mestilah letakkan nilai taqwa di dalam diri.  Jangan terlalu mudah dan sembrono berjalan di atas jalan kehidupan ini.  Ubay bin Ka`ab radhiAllahu anhu pernah mengumpamakan taqwa seperti berjalan di suatu lapangan yang penuh duri.  Sebagaimana kita berjalan di lapangan yang penuh duri dengan penuh berhati-hati, begitu jugalah kita berjalan di atas dunia ini.  Mesti berhati-hati dan tidak terlalu selamba serta lalai tatkala berjalan di atasnya.  Takut nanti tercucuk duri dosa.
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah mengingatkan tentang peri pentingnya mengikat diri dengan sunnah dan jangan lari darinya bagi terselamat dari ranjau kehidupan yang banyak dugaan, yang maksudnya:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham.”  (HR Abu Daud)
Ummat ISLAM mesti ada jati diri yang kuat dan tersendiri.  Masalah hari ini ialah ummat ISLAM tidak kenal Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan jauh dari mengamalkan sunnah-sunnah Baginda.  Sebab itulah kekosongan itu telah diisi oleh bermacam-macam corak dan warna yang bukan dari Nabi dengan Syaitan berperanan utama di sebaliknya.
Sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam lah sepatutnya kita pegang sungguh-sungguh dan bersabar dengannya walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar di akhir zaman ini.  Dengan berpegang kuat dengannya, insyaALLAH kita akan terselamat dari terperosok masuk ke dalam lubang dosa.  Malah kita tidak akan mendekati sehasta malah sejengkal pun dengan cara orang-orang berdosa disebabkan jiwa kita sudah penuh dengan sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan izin ALLAH.
ISLAM itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM.  Tidak perlu kita terikut-ikut dengan cara orang bukan ISLAM.  Berlepas dirilah dari terlibat dengan cara selain cara Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabatnya.
ALLAHU A`LAM.  Jika saya salah dan silap, tegurlah.
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
1 Januari 2012

Kenapa Mesti Tiru Mereka?


Kita di ambang tahun baru.  Timbul keresahan di kalangan ilmuan Islam dan pendakwah mengenai kelaziman masyarakat ummat Islam yang saban tahun terus melazimi sambutan tahun baru.  Malah yang lebih teruk dari itu ialah sambutan terhadapnya diadakan besar-besaran, sarat hiburan dan keseronokan hingga banyak perkara mungkar dan maksiat timbul darinya.
Ingin saya mengingatkan semula akan diri saya dan para pembaca sekalian secara ringkas akan perihal larangan tasyabbuh, walaupun ia pernah disentuh dalam artikel yang lepas:
  1. Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir
  2. Sejengkal Demi Sejengkal, Sehasta Demi Sehasta…
Muslimin-muslimat yang mudah-mudahan dikasihi ALLAH sekalian,
Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut.”
(HR Abu Daud dengan sanad hasan)
Hadith di atas adalah suatu ukuran yang diberikan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam kepada ummatnya.  Kita adalah siapa yang kita ikut dan serupai.  Jika kita ikut dan menyerupai apa yang Nabi lakukan, maka kita termasuk di dalam kumpulan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.  Sebaliknya, jika ikut dan menyerupai orang-orang lain, maka kita termasuk di dalam kumpulan orang tersebut.  Amatlah malang jika kita ikut cara dan menyerupai perbuatan orang-orang kafir!
Muslim mesti ada jati diri.  Muslim mesti ikut cara Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Muslim mesti berbeza dengan orang-orang kafir.  Kita ada identiti kita tersendiri. Kita dimuliakan oleh ALLAH Ta`la kerana Islam yang ada dalam dada kita.
Jika kita baca hadith-hadith Nabi yang lain, tentu kita akan jumpa beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam tidak suka ummat Islam menyerupai orang selain Islam yang terdiri daripada Musyrik, Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.
Contohnya:
  • Nabi mensyariatkan `eidul-fitri dan `eidul-adha sebagai menggantikan dua perayaan yang biasa disambut oleh orang-orang `Arab ketika itu.
  • Nabi berniat mahu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yakni Tasu`a dan `Asyura sebagai membezakan perbuatan orang-orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari `Asyura sahaja, iaitu 10 Muharram.
  • Nabi menyuruhkan ummatnya agar membiarkan janggut tumbuh dan memotong misai agar berbeza dengan Musyrikin dan Majusi.
  • Hatta Nabi pernah menukar cara Baginda menyikat rambut hanya kerana untuk berbeza dengan cara menyikat rambut orang-orang Yahudi.
  • Dan banyak lagi contoh yang mungkin tuan/puan boleh senaraikan sama berdasarkan bacaan hadith oleh tuan/puan.
Tasyabbuh iaitu penyerupaan dengan orang-orang kafir adalah perbuatan tidak disukai oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Nabi telah berusaha mencegahnya semasa hayat Baginda.  Jika ia bersangkutan dengan agama, lagilah ia amat dilarang.  Malah ia menjadi syariat agama Islam untuk ummatnya berbeza dengan orang kafir (terutama dalam hal agama).
Justeru, marilah kita muhasabah mengenai sambutan besar-besaran Hari Tahun Baru yang bakal rakyat Malaysia sambut sebentar lagi. Mari kita tanya beberapa perkara dalam diri kita:
  • Tidakkah ia amalan budaya orang-orang kafir?
  • Perlukah kita turut serta menyambutnya dengan mengadakan majlis?
  • Rugikah kita jika tidak menyertainya?
  • Bertambah pahalakah jika kita menyertainya?  Atau dosa?!
  • Redhakah ALLAH dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam terhadap perbuatan kita ini, sedangkan pada zaman Baginda hidup, Baginda sentiasa berusaha untuk BERBEZA dengan golongan kafir?
Tepuk dada, tanyalah iman kita…
Allahu A`lam. Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Umat Islam Mengikuti Jejak Langkah Yahudi Dan Nasrani
Peristiwa Akhir Zaman, Hadis 5
Hadis Akhir Zaman (5)
Ertinya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
Hadith riwayat Muslim.
From Abu Sa’id al-Khudri reported that, “The Prophet said,” You will follow the footsteps of the nations before you, span by span, cubit by cubit until if they entered a lizard’s hole you would follow them too. ”
The companions asked, “O Messenger of Allah, the Jews and the Christians that you mean?” The Prophet said, “Who else if not them?”
Hadith narrated by Muslim.


Jangan Meniru Budaya Hidup Kuffar

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t1.0-9/s526x395/10553475_1460532007564000_926311282941525745_n.jpg

Bismillah Bahaya Menyerupai Orang Kafir
Mengikuti Gaya Orang Kafir (Tasyabbuh)
Muhammad Abduh Tuasikal, MSc

Saat ini muslim tidak lagi punya kekhasan sendiri. Yang ada dari gaya dan penampilan bahkan akhlak dan tingkah lakunya hanya ingin mengikuti gaya barat atau gaya orang kafir. Coba kita lihat dari model rambut, cara berpakaian dan penampilan muda-mudi saat ini, sudah sama dengan gaya Ronaldo, Roberto dan Jenifer. Begitu pula termasuk perayaan seperti Ultah dan New Year yang pemuda muslim rayakan semuanya diimpor dari ajaran non-muslim, bukan ajaran Islam sama sekali. Benarlah disebutkan dalam hadits, umat Islam selangkah demi selangkah akan mengikuti jejak non muslim.
Sunnatullah, Orang Muslim akan Mengikuti Jejak Orang Kafir
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ
“Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu ada yang menanyakan pada Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“ (HR. Bukhari no. 7319)
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun, -pen), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR. Muslim no. 2669).
Ibnu Taimiyah menjelaskan, tidak diragukan lagi bahwa umat Islam ada yang kelak akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebagian perkara. Lihat Majmu’ Al Fatawa, 27: 286.
Syaikhul Islam menerangkan pula bahwa dalam shalat ketika membaca Al Fatihah kita selalu meminta pada Allah agar diselamatkan dari jalan orang yang dimurkai dan sesat yaitu jalannya Yahudi dan Nashrani. Dan sebagian umat Islam ada yang sudah terjerumus mengikuti jejak kedua golongan tersebut. Lihat Majmu’ Al Fatawa, 1: 65.
Imam Nawawi -rahimahullah- ketika menjelaskan hadits di atas menjelaskan, “Yang dimaksud dengan syibr (sejengkal) dan dziroo’ (hasta) serta lubang dhob (lubang hewan tanah yang penuh lika-liku), adalah permisalan bahwa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nashroni. Yaitu kaum muslimin mencocoki mereka dalam kemaksiatan dan berbagai penyimpangan, bukan dalam hal-hal kekafiran mereka yang diikuti. Perkataan beliau ini adalah suatu mukjizat bagi beliau karena apa yang beliau katakan telah terjadi saat-saat ini.” (Syarh Muslim, 16: 219)
Larangan Tasyabbuh
Walau itu sudah jadi sunnatullah, namun bukan berarti mengikuti jejak ahli kitab dan orang kafir jadi boleh. Bahkan secara umum kita dilarang menyerupai mereka dalam hal yang menjadi kekhususan mereka. Penyerupaan ini dikenal dengan istilah tasyabbuh.
Dari Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad 2: 50 dan Abu Daud no. 4031. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ 1: 269 mengatakan bahwa sanad hadits ini jayyid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269)
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
“Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami” (HR. Tirmidzi no. 2695. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Kenapa sampai kita dilarang meniru-niru orang kafir secara lahiriyah? Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,
أَنَّ الْمُشَابَهَةَ فِي الْأُمُورِ الظَّاهِرَةِ تُورِثُ تَنَاسُبًا وَتَشَابُهًا فِي الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَلِهَذَا نُهِينَا عَنْ مُشَابَهَةِ الْكُفَّارِ
“Keserupaan dalam perkara lahiriyah bisa berpengaruh pada keserupaan dalam akhlak dan amalan. Oleh karena itu, kita dilarang tasyabbuh dengan orang kafir” (Majmu’ Al Fatawa, 22: 154).
Di tempat lain dalam Majmu’ Al Fatawa, beliau berkata,
فَإِذَا كَانَ هَذَا فِي التَّشَبُّهِ بِهِمْ وَإِنْ كَانَ مِنْ الْعَادَاتِ فَكَيْفَ التَّشَبُّهُ بِهِمْ فِيمَا هُوَ أَبْلَغُ مِنْ ذَلِكَ ؟!
“Jika dalam perkara adat (kebiasaan) saja kita dilarang tasyabbuh dengan mereka, bagaimana lagi dalam perkara yang lebih dari itu?!” (Majmu’ Al Fatawa, 25: 332)
Macam-Macam Tasyabbuh
Tasyabbuh dengan orang kafir ada dua macam: (1) tasyabbuh yang diharamkan, (2) tasyabbuh yang mubah (boleh).
1- Tasyabbuh yang haram adalah segala perbuatan yang menjadi kekhususan ajaran orang kafir dan diambil dari ajaran orang kafir, tidak diajarkan dalam ajaran Islam.
Terkadang tasyabbuh seperti ini dihukumi dosa besar, bahkan ada yang bisa sampai tingkatan kafir tergantung dari dalil yang membicarakan hal ini. Tasyabbuh yang dilakukan bisa jadi karena memang ingin mencocoki ajaran orang kafir, bisa jadi karena dorongan hawa nafsu, atau karena syubhat bahwa hal tersebut mendatangkan manfaat di dunia atau di akhirat.
Bagaimana jika melakukannya atas dasar tidak tahu seperti ada yang merayakan ulang tahun (Ultah) padahal ritual seperti ini tidak pernah diajarkan dalam Islam? Jawabnya, kalau dasar tidak tahu, maka ia tidak terkena dosa. Namun orang seperti ini harus diberitahu. Jika tidak mau nurut, maka ia berarti berdosa.
2- Tasyabbuh yang dibolehkan adalah segala perbuatan yang asalnya sebenarnya bukan dari orang kafir. Akan tetapi orang kafir melakukan seperti ini. Maka tidak mengapa menyerupai dalam hal ini, namun bisa jadi luput karena tidak menyelisihi mereka. Contohnya adalah seperti membiarkan uban dalam keadaan putih. Padahal disunnahkan jika warnanya diubah selain warna hitam. Namun jika dibiarkan pun tidak terlarang keras.
Namun perlu diperhatikan bahwa ada syarat bolehnya tasyabbuh dengan orang kafir:
1- Yang ditiru bukan syi’ar agama orang kafir dan bukan menjadi kekhususan mereka.
2- Yang diserupai bukanlah perkara yang menjadi syari’at mereka. Seperti dalam syari’at dahulu dalam rangka penghormatan, maka disyari’atkan sujud. Namun dalam Islam telah dilarang.
3- Syari’at menjelaskan bolehnya bersesuaian dalam perbuatan tersebut, namun khusus untuk amalan tersebut saja. Seperti misalnya dahulu Yahudi melaksanakan puasa Asyura, umat Islam pun melaksanakan puasa yang sama. Namun juga diselisihi dengan menambahkan puasa pada hari kesembilan dari bulan Muharram.
4- Menyerupai orang kafir di sini tidak sampai membuat kita menyelisihi ajaran Islam. Misalnya, orang kafir sekarang berjenggot. Itu bukan berarti umat Islam harus mencukur jenggot supaya berbeda dengan orang kafir karena memelihara jenggot sudah menjadi perintah bagi pria muslim.
5- Menyerupai orang kafir di sini bukan dalam perayaan mereka. Misalnya, orang kafir merayakan kelahiran Isa (dalam natal), maka bukan berarti kita pun harus merayakan kelahiran Nabi Muhammad (dalam Maulid Nabi). Jadi tidak boleh tasyabbuh dalam hal perayaan orang kafir.
6- Tasyabbuh hanya boleh dalam keadaan hajat yang dibutuhkan, tidak boleh lebih dari itu.
Lihat bahasan dalam Kitab Sunan wal Atsar fin Nahyi ‘an At Tasyabbuh bil Kuffar, oleh Suhail Hasan, hal. 58-59. Dinukil dari Fatwa Al Islam Sual wal Jawab no. 2025.
Wallahul muwaffiq.
@ Sakan 27 Jami’ah Malik Su’ud, Riyadh-KSA, 20 Shafar 1434 H
www.rumaysho.com
———————
http://rumaysho.com/jalan-kebenaran/mengikuti-gaya-orang-kafir-tasyabbuh-3076
———————-
http://almanhaj.or.id/content/3698/slash/0/kewajiban-iltizam-dengan-islam-dan-haramnya-tasyabbuh-kepada-orang-kafir/
———————-
http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/bahaya-menyerupai-orang-kafir.html


SELUAR JEANS PAKAIAN CIPTAAN DAJJAL (Kita Semakin Hampir)
Monday, 9 June 2014 | 08:34 | 6 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum ~

SELUAR JEANS PAKAIAN CIPTAAN DAJJAL

Andai saya boleh berkongsi sedikit info...
Ramai penafsir hadis telah merumuskan bahawa globalisasi adalah proses mereplikasi manusia menjadi sama dimana sahaja...
Yakuj dan Makjuj (Gog and Magog) ini akan bertambah bilangannya dan mereka merumuskan bahawa ini terhasil apabila penduduk bumi melalui proses globalisasi - semua kelihatan hampir sama dari segi penampilan luaran dan dalaman.
Sebab tu semua manusia hampir nampak sama sekarang...
Contoh:
1- Secara tiba2 perempuan di seluruh memakai seluar ( banyak yang pakai seluar jeans ketat walaupun bertudung) dan meninggalkan blaus dan sarong.
2- Lelaki di seluruh dunia tiba2 semuanya 'clean shaven'
3- Ramai meninggalkan pakaian tradisi - kini semua pakai pakaian yang sama; T-SHIRT DAN JEANS.. dan lain2 - susah nak jumpa orang pakai pakaian tradisi kecuali waktu perayaan sahaja.
4- Makanan yang hampir serupa diseluruh dunia - bijirin, mcdonald's, starbucks fastfood, instant food dan lain2
5- Bahasa inggeris diguna pakai hampir seluruh dunia (sedangkan sepatutnya bahasa arab sebab itulah bahasa quran)

Mereka ini akan Allah musnahkan dengan cara cacing akan membunuh mereka dari dalam... ini dapat dirumuskan dengan kebergantungan manusia pada ubat sintetik (ubat selain herba) yang sebenarnya mematikan sistem imun manusia itu sendiri...

Tahukah anda...Pada hari ini, orang yang tak pakai seluar JEANSakan dilabelkan sebagai ganjil & akan bersifat ter'asing' dari masyarakat.
Maka detik2 yang kami gerunkan semakin menjadi kenyataan, kalau mana2 anak2 muda yang tidak memakai seluar JEANS, akan kelihatan mula terasing...baik yang paling bangsawan ataupun dari kalangan penjenayah...

SELUAR JEANS BIRU!

Sistem globalisasi akan menyebabkan setiap agama-bangsa-bahasa-adat-budaya, pasti memakai seluar jeans. Sebelum kemunculan Dajjal nanti... telah menggunakan perkara berikut dari Tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah):

- 1 cara hidup yang sama
- 1 makanan yang sama
- 1 nyanyian yang dikongsi bersama,
- 1 hiburan yang sama
- 1 matlamat yang sama
- 1 corak pemerintahan yang sama
- 1 cara bekerja yang sama
- 1 cara berdagang yang sama
- 1 sistem mata wang yang sama
- 1 jalan ke arah globalisasi dunia
- 1 dunia tanpa sempadan
- 1 negara 1 dunia


“Kamu (orang Islam) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelum mu, sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta, sehingga kamu (orang Islam) akan menuruti mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian), walaupun mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian) memasuki lubang-lubang biawak."


Sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka itu ya Rasulullah? ‘
Nabi menjawab: ‘Yahudi dan Nasara (orang Kristian), siapa lagi ?’ 


Bahawasanya 2 bangsa Yakjuj Makjuj ini, kononnya hanya muncul di akhir zaman, iaitu ketika kedatangan Al-Masih Dajjal, padahal tuan2-puan2 semua... Tahukah anda... dinding tembok besi keluli binaan Raja Zulkarnain, telah berjaya ditebuk sampai berlubang di zaman Nabi Muhammad lagi, dan sejak zaman Nabi lagi, 2 jenis bangsa manusia dari keturunan Yakjuj Makjuj, telah lama bergaul dengan manusia sejak 1400 tahun lepas lagi... dan antara bayang-bayang pengaruh Yakjuj & Makjuj pada hari ini ialah, apa sahaja yang budaya di barat yang diamalkan "sama" di timur, maka kebarangkalian adalah tinggi ianya asal datang dari mereka.


Kalau hari ini, bahkan lelaki memakai seluar JEANS untuk solat di masjid dan juga menghadiri kenduri kahwin menjadi trend pula. Sedangkan si perempuan datang kenduri kahwin tetap memakai baju kurung.. Dunia sedang berubah, semakin asing & ganjil...

Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
Bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya (di akhir zaman nanti), kembali dianggap asing dan ganjil. "
Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil. (yang berpandukan 100% Al-Hadis & Al-Quran)”


Maka terjadilah apa yang hari ini anda dengar di radio dan di TV, sebagai 1 Masyarakat Dunia, dan proses inilah yang dinamakan Globalisasi.
Istilah globalisasi telah dilancarkan oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), dan sedang hangat disambut di hampir setiap daerah di setiap negeri pada setiap negara di setiap benua di bumi ini.

Perhatikan baik-baik hadis sahih di bawah ini & ajak keluarga anda membaca hadis ini sama-sama, semoga kita semua Umat Islam beroleh kebaikan & tidak tergolong dalam Zon 999.
Sekali kita meniru cara hidup mereka, secara otomatiknya kita adalah sebahagian dari mereka, kita dikategorikan masuk Zon 999.
Kerana itu, 999 manusia dari 1000 orang masuk neraka.
(kerana rupa2nya, "mungkin" sebahagian dari kita telah pun di YAKJUJ-MAKJUJ kan)

Hadis Sahih, Riwayat At-Tabrani :
Bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam tangannya, nanti akan berpecah umatku (manusia yang beragama Islam) kepada 73 puak. Maka 1 sahaja masuk SYURGA, dan yang 72 puak lagi masuk neraka."
Bertanyanya sahabat: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’
Jawab baginda: ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah'

Nota Penting:Seluruh dunia sedang di'Yakjuj-Makjuj'kan, supaya seluruh dunia akan ke arah me-REALITI-kan hadis2 di atas, elakkan diri kita menjadi sebahagian dari mereka.. terutamanya seluar jeans

Anda masih pakai seluar jeans ??? Masih sayangkannya ? Terpulang...

Nasihat yang berbudi bahasa telah dikeudarakan, esok kat akhirat jangan salahkan manusia lain, yang kononnya takde manusia pernah menyampaikan kes ini, ketika anda masih waras untuk membuat keputusan untuk memilih.

Ini baru saje seluar jeans, belum lagi cerita betapa ramai umat Islam bermegah2 makan dekat restoran2 Fast Food, milik syarikat2 Yahudi. Kalau isu seluar jeans yang sekecik ini pun boleh menyebabkan anda tersentak, dan menjadi hot atau hilang akai.. bayangkan isu2 yang lain kan.

Wallahu alam!

p/s: Hanya copypaste secara ringkas~

Agenda Yahudi pesong akidah

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Isu-isu seperti Kristianisasi, liberalisme dan pluralisme semuanya ada hubung kait antara satu sama lain. Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran, maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” (surah Al-Baqarah, 2: 120)
Yahudi dan Nasrani akan menggunakan apa jua peluang untuk memastikan umat Islam meninggalkan agama sedikit demi sedikit. Benar di dalam hadis sabda Nabi SAW, maksudnya:
“Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas (kalau bukan mereka) siapa lagi?” (riwayat Muslim no. 2669, dari Abu Sa’id Al Khudri)
Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW,
“Umat pada hari ini akan mengikuti Yahudi sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya ada di kalangan mereka (yahudi) mendatangi ibu mereka (berzina) secara terbuka, akan ada di kalangan umatku orang yang berbuat begitu juga.” (riwayat At-Tirmidzi)
Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita betapa akan ada di kalangan umat Islam yang akan mengikut apa jua perbuatan Yahudi. Yahudi tidak datang kepada kita membawa agama mereka kerana ia bukanlah agama yang boleh disebarkan. Agama Yahudi bersifat agama bangsa, hanya manusia berbangsa Israel sahaja yang boleh beragama Yahudi.
Orang Melayu seperti kita tidak boleh menjadi Yahudi. Kerja Yahudi hanyalah ingin menghancurkan manusia selain bangsa mereka. Melihat sejarah Yahudi, mereka memerangi dan membunuh Nabi-nabi mereka seperti apa yang mereka lakukan terhadap Nabi Musa, Isa, Idris, Sulaiman ‘alaihimussalam. Kerja Yahudi adalah memusnahkan.
Agenda jahat Yahudi
Berbeza dengan Yahudi, Nasrani atau Kristian adalah agama yang disebarkan. Penganutnya mengajak orang ramai menerima ajaran agama mereka dan bersama-sama dengan mereka. Umat Islam berhadapan dengan dua pihak yang memiliki agenda masing-masing.
Agenda Yahudi ialah tetap mahu berkuasa kerana mereka berbangga dengan keturunan dan kekuatan kerajaan Sulaiman, Idris, Musa, Dawud, iaitu keturunan-keturunan Nabi yang sangat hebat dan sama keturunan dengan mereka. Mereka hendak menjadi ketua, dan yang mengikut petunjuk dan telunjuk mereka adalah Kristian. Yahudi hendak merosak manusia dengan cara menyebarkan ideologi seperti liberal dan plural.
Penganut Kristian yang benar-benar berpegang dengan Kristian Ortodoks yakni yang berpegang dengan agama konservatif dan berpegang dengan kitab mereka Injil (walaupun telah diubah-suai), mereka tidak menerima pemikiran-pemikiran ini. Tetapi ini adalah agenda Yahudi untuk merosakkan manusia melalui kebebasan berfikir.
Mereka menyeru manusia menggunakan akal semata-mata, membuat manusia meninggalkan wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah. Itulah usaha mereka dalam proses liberalisasi di mana mereka mengasingkan dunia dengan agama, juga mengasingkan iman dengan amal. Mereka menanam dalam pemikiran manusia bahawa amalan baik atau jahat tidak memberi kesan kepada naik dan turunnya iman.
Pemikiran Murji-ah
Ideologi liberal sudah lama muncul dalam Islam melalui satu kelompok yang bernama Murji-ah. Murji-ah adalah golongan Islam yang sudah menjadi liberal yang mana mereka ini mengasingkan antara iman dan amal. Mereka percaya bahawa orang yang melakukan perbuatan buruk tidak salah asalkan niat dan hati mereka baik. Maka muncullah golongan yang tidak beramal dengan agama tetapi apabila dikritik mereka akan menjawab, “niat kami baik walaupun zahir kami teruk”. Ini jawapan yang salah, inilah jawapan orang yang memiliki di dalam jiwa dan mindanya ideologi liberal.
Sudah semestinya ia ada hubungkait dengan kristianisasi. Cara pertama untuk memasukkan ideologi kristian adalah dengan menanam doktrin liberal dalam pemikiran manusia. Selepas ideologi ini diterima, mereka menyebarkan pula doktrin pluralisme (menganggap semua agama adalah sama iaitu mengajak kepada kebaikan). Selepas doktrin liberal dan plural ini diterima, manusia akan meninggalkan wahyu dan hanya menggunakan akal untuk menilai kebaikan dan keburukan.
Agama kristian memfokuskan pada kasih sayang dan tolong menolong. Di dalam Islam ada disiplin dan ketegasan. Kelihatan seolah-olah kristian agama yang lembut, baik dan membantu manusia, juga agama yang mudah. Oleh kerana pemikiran manusia sudah diresapi ideologi liberal dan plural menyebabkan mereka mudah menerima dan mengiktiraf kristian sebagai salah satu agama.
Pluralisme mengiktiraf agama selain Islam
Permulaan dengan mengiktiraf Kristian sebagai satu agama yang sah sesungguhnya boleh membawa kepada kekufuran. Kita tidak boleh mengiktiraf agama lain kerana satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah adalah Islam. Walaubagaimanapun kita harus membenarkan penganut agama lain beramal dengan agama mereka secara aman di negara ini, dan kita beramal dengan agama kita. Kita hidup dalam keadaan yang harmoni.
Ada di sana orang yang beragama Hindu, mereka beragama dengan agama mereka dan kita beragama dengan agama kita. Tetapi mereka tidak mengiktiraf agama kita sebab sekiranya mereka mengiktiraf nescaya mereka masuk agama kita, dan jika kita mengiktiraf agama mereka kita masuk agama mereka. Masing-masing dengan pegangan akidah masing-masing, hidup dalam keadaan yang harmoni dan hormat menghormati pegangan masing-masing. Firman Allah SWT bermaksud:
“Katakanlah: ‘Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.’” (surah Al-Kafirun 109: 1-6)
Kami tidak boleh mengatakan agama kamu adalah agama yang benar sebab kami hanya mengiktiraf agama kami sebagai agama yang benar. Tetapi ideologi plural dan liberal akan membawa kepada pengiktirafan agama-agama lain dengan slogan “Semua agama mahukan kebenaran tetapi dengan cara yang berbeza.”
Lihatlah betapa bahayanya ideologi ini. Jadi kesimpulannya, semua ideologi ini ada keterikatan dan kesemuanya merupakan usaha-usaha untuk merosakkan umat Islam daripada dalam.
Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan.
Siaran akhbar Jumaat, 29 Jun 2012KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (H.R. Bukhari Muslim)



Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
 

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)



Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala  “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.


 BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (H.R. Termizi)



Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian, Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)

Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Rabu, 8 Ogos 2012

Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal...

Assalamu'laikum


Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim).


Ini antara hadis Nabi SAW yang menusuk ke dalam kalbu hamba, menggoncang minda hamba, menyebabkan hamba berfikir dengan begitu serius kehidupan hamba satu persatu...Tepat sekali hadis Nabi SAW ini. Benar sekali kata-kata junjungan SAW. Banyak juga kehidupan hamba dan keluarga yang mengikut kehidupan Yahudi dan Nasrani.  Sama ada kita sedar atau tidak sedar, Yahudi dan Nasrani setelah kalah perang Salib telah mengubah strategi dan taktik peperangan mereka dengan orang Islam.  Mereka mengkaji Al-Quran ayat demi ayat, perintah demi perintah, larangan demi larangan dan akhirnya melancarkan strategi dan taktik mereka untuk menjauhkan umat Islam dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Kalau nak cerita memang banyak. Insya-Allah, hamba akan tulis tajuk ini dalam bentuk siri tulisan.  Lihat sahajalah pakaian rasmi ke pejabat. Kita kena pakai kemeja berlengan panjang, berseluar panjang, kalau majlis rasmi, urusan rasmi kena pakai tali leher, dah la cuaca kita panas, kita kena pakai blazer lagi.  Berseluar panjang memang tak ada masalah kerana ia menutup aurat. Tetapi bagaimana dengan bertali leher, berblazer.  Ini warisan British ke atas kita dan kita masih mengikutinya. Sudah 57 tahun kita merdeka, kita masih mengikut amalan mereka ini. Kalau anda pernah tinggal di negara Eropah contohnya, yang mengalami 4 musim cuaca, adalah biasa kena pakai blazer, kena pakai tali leher sebab musim sejuk, musim bunga dan musim luruh bukannya panas dan sememangnya sejuk bagi kita orang beriklim Khatulistiwa. Jadi berpakaian sebegitu adalah 'biasa' dan sesuai dengan budaya dan cuaca mereka di negara 4 musim.  Musim panas di negara 4 musim pun tak sepanas di Malaysia, macam dalam penghawa dingin di pejabat, kecuali cuaca berubah/ekstrim. Agak mendukacitakan kerana kita sama ada di pihak kerajaan, di sektor swasta, ulamak dan para ustaz, apatah lagi orang awam masih mengikuti pakaian warisan British ini.  Kita dapat lihat di televisyen, kalau tidak berkot, tidak bertali leher, dianggap tidak ikut standard. Alhamdulillah, akhir-akhir ini situasi sudah banyak berubah. Berbaju Melayu, berjubah, 'berbaju tempatan' sudah kurang menjadi halangan untuk muncul dalam beberapa acara di TV. Hebatnya warisan British ini sampai Pengawas Sekolah pun 'kena bertali leher' yang sebenarnya mengagungkan warisan British, tidak sesuai langsung dengan cuaca/iklim Malaysia (kasihan budak-budak sekolah-termasuk hamba dulu2), sehinggakan banyak organisasi kerajaan dan swasta pun ada tali leher rasmi!


Hamba lihat ada beberapa perubahan di sektor kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Zaman PakLah, baju batik dijadikan pakaian rasmi ke pejabat pada hari Khamis, ini suatu perubahan yang baik, lari daripada warisan British ini. Berbaju batik juga melambangkan jatidiri kita, mengukuhkan semangat kenegaraan, sesuai dengan cuaca Malaysia, selain membantu meningkatkan industri batik tempatan.  Kalau di UKM, kedapatan staf yang memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu bersamping setiap hari Jumaat. Hamba kira ini juga baik kerana sesuai dengan cuaca, berbangga atas adat resam dan tradisi bangsa yang tidak bercanggah dengan agama.  Dalam tahun-tahun kebelakangan ini juga, kepopularan 'baju korporat' dalam kalangan sektor awam dan swasta.  Walaupun baju korporat ini baju kemeja, hamba kira ia baik kerana berlengan pendek, tidak perlu bertali leher dan berblazer/ber'kot'. Baju korporat ini lebih sesuai dengan cuaca Malaysia. Semakin banyak agensi kerajaan, badan berkanun yang menggunakan baju korporat ini selain di sektor swasta.  

Negara memerlukan perubahan yang bermula dari peringkat atas. Pemimpin negara harus berani berubah dan menunjukkan contohnya. Hamba bukanlah nak suruh buang blazer, tali leher ke dalam tong sampah. Kalau ke majlis rasmi di negara-negara Barat dan sebahagian besar negara di dunia, memang 'kita perlu pakai blazer dan bertali leher' untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Cumanya, kalau tidak menjadi syarat majlis, mengapa kita tidak mahu memakai pakaian kebangsaan kita. Kedapatan pemimpin beberapa negara Afrika dan kurang maju yang mengenakan pakaian kebangsaan mereka di dalam majlis-majlis antarabangsa. Mengapa kita tidak?  Begitu juga dengan majlis rasmi dalam negara. Masih kedapatan majlis rasmi negara yang mengkehendaki kita hadir dengan berblazer. Mengapa kita tidak tukarkan pakaian rasmi majlis ialah pakaian kebangsaan dan berbaju batik. Indonesia contohnya, pemimpin dan rakyatnya begitu bangga mengenakan baju batik keluaran tempatan dalam pelbagai majlis rasmi, kita masih nak berblazer. 

Kaum-kaum bukan Melayu sebenarnya tidak harus bimbang dan takut dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu bersamping dan bersongkok) ataupun baju batik. Ia sekadar identiti sebuah negara, bukan 'suruh masuk Melayu pun'. Songkok pun bukan pakaian orang Melayu pun pada asalnya, tetapi orang Melayu boleh menerima songkok ini sebagai sebagai sebahagian dari budaya mereka dan songkok yang digandingkan dengan Baju Melayu bersamping akan menyerlahkan identiti dan citra seseorang individu. Songkok juga sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.  Lihatlah betapa segaknya pakaian istiadat anggota tentera ketika bersongkok dengan pedang di pinggang.



Sementelah kita berblazer dan bertali leher, maka kita mengikut Barat dengan berfesyen mengikut mereka. Di Barat, mereka 'terpaksa berfesyen' kerana iklim 4 musim. Pakaian musim sejuk tidak boleh dipakai musim bunga kerana terlalu tebal dan panas, pakaian musim bunga kurang sesuai dipakai ketika musim panas kerana suhu dah naik, pakaian musim panas kurang sesuai untuk musim luruh kerana suhu dah sejuk balik dan pakaian musim luruh tidak dapat menahan diri daripada kesejukan di musim sejuk. Dari kitaran musim itu mereka terpaksa berfesyen sebelum akhirnya usahawan-usahawan dan peniaga mereka bentuk pelbagai bentuk fesyen untuk menarik perhatian masyarakat. Maka kita yang tiada 4 musim pun ikut mereka. Dari baju yang kurang mahal, nak pakai yang lebih 'branded', seluar nak berjenama, kasut  pun nak berjenama, tali pinggang nak berjenama, tali leher pun nak berjenama... Hamba bukanlah suruh pakai seluar tanpa tali pinggang, tapi perlukah kita tali pinggang yang mahal? Perlukah kita kasut yang mahal-mahal? Semuanya kita ikut Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sepertimana Hadis Nabi SAW di atas. Kesan peliknya adalah kita terpaksa membuat sistem penghawa dingin dengan  menurunkan suhu penghawa dingin kerana pakaian kita tidak sesuai dengan cuaca kita...maka bangunan kerajaan, sektor swasta, kompleks membeli-belah pun 'ikut sama' untuk bagi kita yang dah salah berpakaian ini rasa selesa di pejabat!!! Sepatutnya kita berpakaian dengan pakaian yang sesuai dengan cuaca kita, dan bangunan kita direkabentuk agar sesuai dengan cuaca Malaysia!!!

Hamba pun banyak blazer dan tali leher. Taklah nak buang semuanya, pakai bila perlu. Tak ada yang 'branded' pun. Cuma kalau pemimpin kita, pemimpin sektor swasta kita semakin sedar perkara ini maka kesan akhirnya adalah ia semakin baik untuk kita dan negara kita.  Kita menginsafi hadis Nabi SAW ini dan sama-sama kita berfikir dan berubah atas kuasa dan tanggungjawab setakat mana yang kita ada.  Setidak-tidaknya kalau sebahagian besar sektor kerajaan dan swasta  tidak berblazer dan bertali leher, maka suhu penghawa dingin boleh dinaikkan lagi, dan ini akan menjimatkan elektrik, mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurangkan aliran wang ke luar negara, dan penjimatan ini boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan lain yang lebih bermanfaat untuk negara.

Setakat ini sahajalah huraian hamba berkaitan Hadis Nabi SAW ini iaitu berkaitan pakaian. Insya-Allah, moga-moga diberikan kelapangan masa, kecerdasan minda untuk siri-siri seterusnya. Wassalam.

(6 Gambar) Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Cuba Disembunyikan


Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.

Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.


Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

sumber

Tiada ulasan: