Ahad, 19 Oktober 2014

ADAKAH KITA DIJADIKAN UNTUK BERMAIN2 DAN BERSUKARIA DIDUNIA...KITA TAK FIKIRKAN AKAN MATIKE

RON97 sepatutnya RM2.20 ikut harga antarabangsa

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Minyak RON97 diketahui umum diapungkan harganya mengikut pasaran minyak dunia.

"Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Antaranya, kata beliau boleh dirujuk kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Januari 2011 sewaktu mengulas kenaikan harga minyak RON97 pada masa itu.

Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.

Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.

Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.

Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.

Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.

"Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668," jelasnya dalam sau kenyataan.

Katanya lagi, jika kerajaan Umno Barisan Nasional gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, terbukti lebih jelaslah bahawa rakyat sering ditipu oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

Dalam hal ini, katanya tiada tindakan yang lebih patut dilakukan melainkan menurunkan kerajaan ini di dalam pilihan raya yang akan datang. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

 


 

 Gadis Pelarian Bosnia Kini Menteri Termuda Di Sweden
Posted on Friday, October 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KIRA-KIRA 22 tahun lalu, gadis ini adalah pelarian perang dari Bosnia Herzegovina di Sweden, ketika itu beliau berusia lima tahun.

Aida Hadzialic dilahirkan pada tahun 1987 dan merupakan pelajar lulusan undang-undang di Universiti Lund. Pada usianya 23 tahun, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandaraya Sweden, Hamlstad.

Dan kini, pada usianya 27 tahun beliau merupakan Menteri termuda di Sweden, memegang portfolio Pendidikan Menengah Tinggi Dan Inisiatif Dewasa Sweden.

Menurut Aida, beliau menyertai parti demokrasi sosial kerana tertarik dengan model kebajikan negara itu yang memberikan peluang kepada keluarganya untuk memulakan hidup ketika melarikan diri dari peperangan.

Gadis berjaya ini meminati bidang fotografi sebagai hobinya, menjadikan filem ‘The English Patient’ sebagai filem kegemaran dan menyifatkan penulis Ernest Hemingway sebagai penulis yang terbaik.

Beliau suka mendengar lagu dari Chopin dan Alicia Keys.-mynewshub.cc

Dia orang pertama AZANKAN kita.
Dia orang pertama yang GELISAH.
Dia orang pertama SENYUM pada kita.
Dialah AYAH kita.
Hanya Satu di dunia.
Kasih seorang ayah .. :')
LIKE kalau setuju

3:41PM - 18 Oct 2014

Menteri: Ramai penerima BR1M tiada akaun bank

Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berharap mereka yang masih belum membuka akaun bank supaya berbuat demikian dengan segera supaya bayaran BR1M tahun depan sebanyak RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar.

"Selepas membuka akaun, mereka boleh menyerahkan maklumat terbabit kepada penghulu, ketua kampung atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat supaya kita (Kementerian Kewangan) boleh mengemas kini data," katanya kepada Bernama di Kampung Parit Datuk Onn, baru-baru ini.

Katanya mereka yang masih belum membuka akaun bank boleh berbuat demikian di cawangan atau ejen Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank atau CIMB.

Menurut Ahmad, penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang untuk menerima bantuan kewangan itu yang akan disalurkan kepada akaun bank mereka menerusi tiga kali pembayaran.

Fasa pertama pembayaran BR1M akan dilakukan pada Jan tahun depan sebanyak RM300, katanya.

Ahmad berkata pemberian BR1M bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti pembelian barangan keperluan dapur dan bukannnya untuk membayar hutang kenderaan dan lain-lain.

"Jikalau perbelanjaan dapur bulanan satu isi rumah itu secara puratanya adalah sebanyak RM300, BR1M dapat menampung selama tiga bulan perbelanjaan dapur isi rumah terbabit," katanya.

Bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan purata perbelanjaan dapur sebanyak RM400 sebulan, BR1M itu mampu menampung dua bulan perbelanjaan dapur mereka, katanya.

"BR1M bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat," katanya.

- Bernama
Puak2 kaffir memperlakukan kekejaman terhadap umat Islam diserata dunia tidak pula digelarkan pengganas...
bila Islam membela dan mempertahankan maruah Islam akan dilebel Militan @ pengganas...
BETUL BETUL TAK FAHAM LAAAH DUNIA NIH !
... See More
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Islamic Social Network added 3 new photos.
SIAPA PENGGANAS , SIAPA RADIKAL ???
Di sini mereka teriak-teriak "Toleransi", mereka teriak-teriak "Hak Asasi", tapi LIHAT BAGAIMANA KONDISI UMMAT ISLAM DI NEGARA KAFIR, negara majoriti KAFIR....
Lihat !!!
Ummat Islam di bantai, di siksa, di bunuh, di sembelih, di kubur hidup-hidup, Rohingnya, Syria , Afrika, dan seterusnya menjadi saksi dan sejarah berdarah yang menimpa ummat islam di bumi ini.....
Ummat Islam bersimbah darah !!!!
Demikianlah sesungguhnya KEBENCIAN dan PERMUSUHAN orang-orang KAFIRR Terhadap Islam dan Ummat Islam sampai sekarang tidak kesudahan!!!
wallahua'lam
LikeLike · ·
Pemuda bunuh 39 orang
  • Selepas ditangkap, Gomes da Rocha mengaku melakukan pembunuhan berkenaan. Selepas ditangkap, Gomes da Rocha mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.
1 / 1
RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Seorang pemuda di Brazil mengaku membunuh sekurang-kurangnya 39 orang di negeri Goiania.

Pihak polis berkata, Thiago Henrique Gomes da Rocha, 26, turut membunuh 16 wanita termasuk pondan dan gelandangan.

Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun lapor The Independent.

Gomes da Rocha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lalu selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.

Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya.

Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut.

Sebelum ini penduduk mengadakan protes di hadapan balai polis meminta polis menangkap pembunuh terbabit.

Komet Yang Telah Mengembara 1 Juta Tahun Kembali Melintasi Marikh Ahad Ini

WASHINGTON: Komet yang telah mengembara melintasi planet Marikh satu juta tahun dahulu kini akan kembali membuat satu lagi lintasan pada Ahad ini, demikian menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa).

Yang menariknya menurut Nasa, komet ini yang dikenali sebagai Siding Spring (C/2013 A1) hanya akan kembali sejuta tahun akan datang.

Ia mempunyai kelebaran 1.6 kilometer dan bergerak pada kepantasan 202,000 kilometer sejam.
Komet ini tidak mempunyai permukaan yang pejal melainkan timbunan bagaikan bedak talkum sahaja.

Siding Spring akan menghampiri planet Marikh pada jarak 139,500 kilometer (88,000 batu) iaitu sangat hampir dengan permukaan planet menurut kiraan astrologi.

Dan jika komet ini melintasi bumi, ia akan berlaku pada kedudukan sepertiga daripada jarak bumi dengan bulan.
Siding Spring dijadualkan menghampiri planet Marikh pada jam 2.27 petang (1827 waktu GMT) pada Ahad ini, 19 Oktober, jelas Nasa dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun ia tidak akan bertembung dengan planet merah itu.

Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga Nasa telah mengerakkan kesemua orbiternya jauh dari laluan komet tersebut untuk mengelak daripada terkena sebarang serpihan.
Tiga kapal angkasa Nasa iaitu Mars Reconnaissance Orbiter, Mars Odyssey dan MAVEN telah digerakkan ke satu kawasan yang blebih selamat dan jauh dari jarak laluan komet berkenaan.

Nasa juga berharap dua buah rovernya di atas planet Marikh iaitu Curiosity dan Opportunity akan dapat merakamkan komet berkenaan ketika ia melintasi planet tersebut nanti.

Komet The comet Siding Spring ditemui oleh Robert McNaught ketika dia sedang melakukan pemantauan angkasa lepas di Pusat Cerapan Siding Spring di Australia pada Januari tahun lalu.

Komet ini dipercayai berasal dari Debu Oort berbilion tahun dahulu dan tidak berubah bentuk sehingga sekarang.
Carey Lisse, pakar kajian bintang dari Balai Cerapan Fizik Tulen Universiti Johns Hopkins berkata, satu perkara mengenai keunikan komet ialah ia masih lagi bergerak dan mengembara mengelilingi matahari sejak empat setengah bilion tahun yang lalu.

Salah satu daripada sebab mengapa komet masih 'hidup' kerana ia mengembara jauh dari matahari ke kawasan gelap dan oleh yang demikian kekal beku  pada kebanyakan masa.

Komet Siding Spring katanya secara relatifnya bersaiz kecil dan hanya dipenuhi dengan debu bagaikan bedak talkum.

Ia tidak akan kembali ke sini dalam tempoh satu juta tahun lagi sebaik sahaja melengkapkan putarannya mengelilingi matahari selepas melintasi Marikh.

Sumber: mstar.com.my

Kemalangan ngeri motosikal di Lebuh raya Karak

http://omakkau.blogspot.com | .

KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN 3 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI ... DUA MAUT SALAH SEORANGNYA RENTUNG DAN SEORANG CEDERA PARAH.


Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.

Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan.

Senarai Gangster Wanita Paling Digeruni di Dunia..

Written By canang on Ahad, 19 Oktober 2014 | 10/19/2014 10:44:00 PTG

Jika ditengok pada penampilan mereka, mereka seperti wanita-wanita biasa, namun disebalik itu, mereka adalah gangster wanita yang ditakuti di dunia. Penglibatan mereka dalam 'dunia Kongsi Gelap, Kartel Da dah, Perjudian, Pelacuran dan pembunuhan membuatkan mereka antara gangster wanita yang paling digeruni di dunia.



1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)


Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster di Melbourne. Dia digelar "family matriarch". Penglibatannya dalam dunia kongsi gelap ini menyebabkan 2 suaminya dan 2 anak lelakinya dibunuh. Dia akhirnya ditangka kerana mengarahkan pembunuhan abang iparnya.


2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)

Beberapa tahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.

3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)

Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar membayangkan Sandra Beltran seorang lanun. Dipendekkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "godmother" Mexico. Bapa saudaranya adalah 'Godfather' seorang penyeludup da dah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara ketika menghadapi pertuduhan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .

4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)

Wanita ini menjadi gangster kerana rasa dendamnya ketika saudaranya ditangkap oleh polis Itali. Dia kemudian meneruskan perniagaan yang diceburi oleh saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah markasnya diserbu polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sehingga akhirnya dia menyerah diri.


5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih mendapat keuntungan dalam segala usaha mereka. Salah satu sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.


6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)

Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin anda kedengaran tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedaran da dah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles. Dia mengatur perniagaannya selain daripada memberikan pendidikan pada anaknya.
Tukang cuci jumpa mayat berulat
  • Mayat yang ditemui dalam keadaan berulat dan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu Mayat yang ditemui dalam keadaan berulat dan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu
1 / 1
MANJUNG - Seorang tukang cuci terkejut apabila menemui mayat dipenuhi ulat dan dimakan biawak di sebuah tapak pembinaan di Pantai Remis, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tukang cuci berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan longkang di kawasan berhampiran apabila mendengar bunyi bising dari belukar berdekatan.

Menurutnya, apabila menghampiri tempat itu, dia menjumpai satu mayat berulat yang dimakan biawak.

“Mayat berkenaan adalah seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan masih berbaju.

“Saya segera menghubungi pihak polis supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada empat hari.

“Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran berdasarkan keadaan kaki yang cedera dan membengkok sebelum dibuang di dalam belukar.

Terdapat juga kesan tompokan darah di kawasan longkang berhampiran.

“Kita masih menyiasat identiti mangsa dan menunggu hasil bedah siasat,” katanya.

Tiada ulasan: