Sabtu, 4 Oktober 2014

BAHAYA TAK IKUT SUNNAH/PERINGATAN RASULLULLAH SAW...HINDAR TIGA PERKARA....RAJA/KUASA/PANGKAT....HARTA/KEMEWAHAN....WANITA/SEX

SALINAN PERJANJIAN AIR SELANGOR HILANG DARI PEJABAT MB?

Written By canang on Sabtu, 4 Oktober 2014 | 10/04/2014 06:47:00 PTG



SALINAN PERJANJIAN AIR SELANGOR HILANG DARI PEJABAT MB?
PETALING JAYA, 3 OKT – Pengumuman Menteri Besar Selangor Azmin Ali bahawa Kerajaan Negeri tidak memiliki salinan perjanjian penstrukturan semula air Selangor amat mengejutkan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan digesa untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, yang ditandatangani secara tergesa-gesa tiga minggu lalu sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.
“Adakah bekas menteri besar turut tersalah bawa perjanjian air yang penuh misteri itu ketika membungkus barang-barang peribadinya sebelum keluar dari pejabat MB?” soal Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang hairan bahawa salinan perjanjian tersebut turut tidak disimpan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dalam kenyataannya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula dengan Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada orang awam.
Perjanjian tersebut ditandatangani Khalid yang kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri pada 12 September lalu dan dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Tidak masuk akal bagaimana seluruh kerajaan negeri termasuk ahli Exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim langsung tidak tahu menahu kenapa kerajaan negeri tidak memiliki salinan perjanjian tersebut.
“Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan perjanjian tersebut dengan segera kepada Kerajaan Negeri supaya pihak negeri dapat mengetahui hak dan tanggungjawabnya,” katanya.
Jelas Pua, hanya dengan memiliki salinan tersebut kerajaan negeri boleh membuat keputusan mengenai langkah seterusnya demi melindungi kepentingan rakyat Selangor.
Menurutnya tidak ada alasan keselamatan negeri untuk tidak mendedahkan kandungan perjanjian tersebut kerana ia dikatakan hanya meliputi langkah penstrukturan semula.
Semalam, Azmin telah menyatakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya perjanjian tersebut didedahkan kepada umum dalam masa satu minggu. – Roketkini.com

Panas!!! Mufti dahulu takut pada ALLAH,Mufti zaman sekarang takut pada pemerintah.....Ustaz Uda Kassim

Written By canang on Sabtu, 4 Oktober 2014 | 10/04/2014 10:23:00 PTG





Fitnah ini diterima bulat2 oleh sang mangkok tingkat
Pembayaran Elaun RM 15 Juta kepada DSAI selaku penasihat Ekonomi Selangor.
Korang ingat senang ke nak keluarkan duit dari perbendahaan negeri..? terutama dari bahagian gaji.. semuanya akan di audit setiap tahun... dan pegawai dari jabatan audit negara akan menyerahkannya kepada Ketua Audit Negara...
Pernah ker berlaku penipuan dan ketirisan dalam kerajaan negeri selangor setiap kali pembentangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam Parliment..??
Kalau elaun Anwar RM 15 juta setahun sudah tentu ianya satu point yang besar bagi UMNO utk menyerang DSAI dan Kerajaan Negeri Selangor dalam Parliment..
Apa korang ingat Bank Negara itu Milik PKR dan Ketua Âudit Negara itu Ahli PKR ker..?? akai letak kat lutut...
Satu perkara lagi untuk menetapkan gaji atau alaun Khas bagi mana2 Adun atau mana2 individu dalam kerajaan negeri perlu kepada persetujuan Exco Kerajaan Negeri DAN seperti yg kita ketahui PAS menyandang 4 kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Tan Seri Khalid Ibrahim, jika benar perkara ni berlaku bermakna Elaun RM 15 Juta itu adalah atas persetujuan bersama 4 orang Exco PAS juga. Hahaha..
Korang ni sekolah darjah berapa tahap pemikiran dah macam macai UMNO jek...
Raya ni korang balik kampung pi cerita dengan Makcik Pakcik korang kat kampung tentu mereka percaya dengan fitnah korang ni...
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB :Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · ·
Buat puak2 Wala' dalam PAS
Ruang bagi menyampaikan risalah Islam dan agama Allah kini sudah terbuka dan Allah membuka seluas2nya kepada kita umat islam bagi menjalankan misi dakwah dan Tabligh tetapi disebabkan sifat ujub, riak dan takabbur yg meresap di dalam saluran pembuluh darah kalian telah mengelapkan mata hati kalian sehingga kalian sudah tidak pernah mahu mensyukuri nikmat yang Allah karuniakan kepada kalian semua..
Ruang seluas2nya ini sepatutnya digunakan utk dahwah islamiyah bukan mencerca bukan islam dan bukannya melakukan perebutan kerusi kekuasaan. Kalian lebih mementingkan kuasa dari menyebarkan agama Allah sehingga kalian kelihatan rakus dgn keduniaan..
Buka mata hati kalian pernahkah sebelum ini kalian dihormati oleh golongan bukan islam dalam DAP? Pernahkah sebelum ini suara kalian mereka dengari?
Pernahkah sebelum ini mereka bertanyakan tentang islam? Pernahkan sebelum ini mereka bertanyakan tetang Rasulmu dan Tuhanmu? Pernah sebelum ini mereka bertanyakan tentang Kalam Allah ( Al- Quran )?
Hubungan serta penyatuan DAP dan PAS ini diusahakan oleh siapa? Moga Allah mengrahmati usaha gigih beliau bagi mendekatkan bukan islam dalam DAP dgn PAS.
Tetapi org yang membuka ruang agar islam mampu menembusi DAP ini kalian cemuh dan cerca kalian hina dan persendakan isterinya hanya semata2 beliau bukan dari jemaah kalian.
Manusia apakah kalian semua ini yang tidak pernah tahu mengenang jasa dan sumbangan orang lain? Manusia apakah kalian semua ini yang tidak pernah mahu mensyukuri nikmat Allah..
Selagi jiwa kalian penuh dgn sifat ujub dan riak selagi itu bukan islam akan menjauhi agama Allah.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · ·


Khamis, 2 Oktober 2014

TU DIA...BUKTINYA....AGAK2 SAPE BULI...SAPE JAGA KEPENTINGAN

1:31PM - 2 Oct 2014

MP gesa Azmin kaji jawatan abang Raja Petra


MP Kuala Langat menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin - Raja Idris – dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan prestasi yang didakwa kurang memberangsangkan.

Abdullah Sani (bawah) membuat cadangan itu sewaktu menggesa Azmin menyemak semula prestasi-prestasi GLC negeri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

Beliau mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan perangsang yang menurutnya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Raja Idris, 60 tahun, seorang warga British adalah pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), serta perunding eksekutif merangkap penasihat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

"Saya melihat latar belakang ini termasuklah kedudukan Yang Mulia Raja Idris jika perlu, dikaji semula kedudukan beliau untuk mengangkat martabat Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Pelantikan Raja Idris ke dalam GLC negeri pada tahun 2012 turut mencuri perhatian pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik seorang warganegara asing untuk mengetuai GLC.

Raja Idris pada masa itu mempertahankan pelantikannya atas alasan beliau adalah seorang kerabat diraja Selangor dan pelantikannya diperkenan oleh sultan Selangor.

'Tunjukkan bukan pendera'

Abdullah dalam sidang media yang sama turut menggesa kerajaan negeri agar mengkaji semula pemecatan dan pemberhentian pekerja-pekerja GLC.

Beliau merujuk kepada penamatan kontrak sebahagian kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan kakitangan Quality Hotel yang hilang pekerjaan akibat penutupan hotel itu.

"Saya merayu menteri besar supaya buka balik fail-fail ini supaya penganiayaan menteri besar yang lalu dikembalikan keadilannya buat mereka.

"Saya mohon menteri besar baru dan penasihat ekonomi Selangor untuk tunjukkan bahawa kerajaan Selangor bukan pengkhianat atau pendera," katanya. 


Selasa, 30 September 2014

KALAU BETUL DAKWAAN INI....MANA KITA NAK LETAK MUKA

















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...

See More















Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
43 mins ·















Kerajaang Perpaduwang UG added 2 new photos.


Din Ayam ni menantu Hadi Awang.
antara dalang di belakang fitnah pil kuda, dan pertindanan kerusi PAS dan PKR semasa PRU13 yang lalu.
dia juga ada kepentingan dalam GLC Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
ada jawatan sebagai CRO.
pendapatan +RM15,000 sebulan.
hidup mewah bergaya, pakai BM7 Series.



lebih malang lagi, dia juga salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
antara yang Ahli Majlis Syura lain yang hidup mewah bergaya ialah Tantawi dengan VELLFIRE dan Harun Din dengan Land Rover nya..[plate no. PAS 3]
dulu kita marah kepada pimpinan UMNO hidup kaya dan mewah tatkala rakyat melarat. kini, pimpinan PAS pun ada yang kaya raya tatkala raya hidup melarat.
kesemua jawatan itu bukan diperolehi dari usaha sendiri, tapi dari pengaruh politik masing-masing.
sebelum ni dok sembang pasal Umar Abd Aziz yang melarang ahli keluarganya mengumpul harta dari pengaruh politik, tapi lepas ni sanggup sembang lagi ka?

17 hrs ·
PAS JUGA BERASAL DARI UMNO - Pengarah Pilihanraya PAS

'Buah boleh kami junjung, kalau biawak atau ular tak dapatlah' - Dewan Ulama


26 September 2014


BOCOR : ORANG DALAM PECAH TEMBELANG...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR TERSEBAR!!!!

 PAS MEMPUNYAI KAWALAN YANG KUAT DLAM GLC SELANGOR...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.



'PAS perlu reform, tajdid pemikran jika mahu ke arus perdana'


PAS perlu tajdid dan menjalani reformasi sekiranya mahu ke depan dan menjadi parti yang mesra dengan tuntutan politik, kata Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzwan Abu Bakar.

Ahli DAP berpurdah selar pengkritik, agama ‘urusan peribadi’



Saya menyertai DAP kerana itu hak saya dan saya masih Islam, kata aktivis Jamila Rahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 4 Oktober, 2014.Saya menyertai DAP kerana itu hak saya dan saya masih Islam, kata aktivis Jamila Rahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 4 Oktober, 2014.Aktivis dan ahli DAP, Jamila Rahim, seorang wanita Islam berpurdah, lebih dikenali sebagai Melati, percaya tidak wujud konflik antara keimanannya dengan parti yang disertai, walaupun ia membawa ideologi sosialis dan sekularis.
“Saya tertarik kepada DAP kerana ia menolak politik perkauman dan fokus kepada keadilan dan kebajikan.
“Islam menganjurkan kebajikan dan kemanusiaan,” katanya.
Aktivis berusia 22 tahun itu menerima kritikan hebat minggu ini selepas ramai mengetahui beliau menyertai DAP, dengan seorang penulis blog Melayu hingga berkata lebih baik Melati jadi pelacur.
Kepada mereka yang membencinya, Melati ada jawapan ini:”Allah tidak pernah beri sesiapa hak untuk menghina orang lain.”
Beliau yang juga seorang penulis novel berkata kepada The Malaysian Insider tidak pernah menjangka hentaman sedemikian terhadapnya hanya kerana menyertai DAP.
“Hanya kerana saya berpurdah, orang anggap saya patut hadkan tindakan. Tetapi saya ada hak untuk buat apa yang saya mahu dan saya tidak firkin menyertai DAP itu salah.
“Saya menyertai sebuah parti; Saya tidak jual agama. Saya tidak tukar agama. Saya masih Islam,” katanya.
Seorang penulis blog dengan nama “KuntaKinte Malaysia” menulis keputusan Melati untuk menyertai DAP adalah sama seperti menjual diri dan agamanya untuk kekayaan yang ditawarkan.
"Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah 'menjual diri' kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam," katanya di laman sosial www.mykmu.net.
Penghinaan penulis blog itu tidak meruntuhkan Melati.
“Mereka mempersoalkan keimanan saya dalam Islam, tetapi mereka sendiri tidak melakukan perkara yang betul dengan menghina saya. Islam tidak pernah mengajar kita untuk hina orang seperti itu,” katanya.
Beliau berkata, kritikan itu umpama api kepadanya, tetapi ia tidak membuatnya menyesal menyertai DAP atau memakai purdah.
“Dalam Islam, berpurdah tidak wajib, ia Sunnah. Dan saya buat keputusan memakainya kerana saya percaya ia adalah hak saya,” katanya.
Melati melihat agama sebagai perkara peribadi, dan tidak seperti PAS, yang mahu menukar Malaysia kepada negara Islam dan melaksanakan hudud, beliau mengambil pendirian lebih pragmatik berhubung isu berkenaan.
“Agama adalah hak peribadi seseorang. Kita tidak boleh paksa orang jadi seperti kita, dan kita tidak boleh paksa orang buat apa yang kita mahu.
“Jika kita lihat kenyataan Tunku Abdul Rahman, beliau berkata Malaysia adalah negara sekular, tetapi Islam adalah agama rasminya.
“Saya orang Islam, dan hudud disebut dalam Al-Quran. Saya tidak menolaknya. Tetapi untuk melaksanakannya dalam negara berbilang bangsa dan agama …
“Ia seperti apa yang (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainul Abidin said, kita perlu menyelesaikan isu lain dulu, seperti membanteras rasuah,” katanya.
Mempunyai 7 adik beradik, Melati menamatkan pengajian dari Universiti Selangor dengan diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua pada 2011.
Tetapi beliau memilih untuk mengajar di sebuah rumah kebajikan yang kekurangan kakitangan di Teluk Intan yang menempatkan 70 penghuni dengan pelbagai ketidakupayaan.
“Saya beritahu diri ini, jika saya tidak buat, siapa yang hendak buat,” katanya, ketika ditanya mengapa bekerja di tempat itu.
Bekerja di rumah kebajikan membuka matanya kepada diskriminasi yang dialami orang kurang upaya, dan mendorongnya untuk menjadi aktivis dan membela mereka.
Melati berkata, beliau terkesan dan sangat kasihan kepada golongan tertindas dan mereka yang dieksloitasi, dan ia tercermin menerusi penulisannya – novelnya Pelacur Kelas Pertama adalah mengenai pelacur, isteri yang didera dan pengantin yang diculik menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Menerusi DAP, Insya-Allah, saya akan boleh membela mereka yang kurang upaya, dan bantu memperkenalkan pendidikan terapeutik kepada mereka.
“Mereka adalah kumpulan terpencil yang mendapat perhatian sangat sedikit. Saya juga mahu fokus kepada hak wanita, dan kebajikan untuk semua,” katanya.
Katanya, beliau tidak berminat dengan kedudukan politik dalam parti, dan tidak ada rancangan untuk berbuat demikian pada masa depan.
“Saya tidak pernah terfikir untuk jadi Adun atau ahli Parlimen. Saya menyertai DAP untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.
Melati berkata, keluarga dan rakan menyokong keputusan itu walaupun mereka di luar lingkungan yang mengenalinya tidak begitu mengalu-alukan idea berkenaan.
“Di Malaysia, masalah perkauman sangat tinggi. Jadi bila saya masuk DAP, rakan kepada sahabat baik saya rasa saya khianati Melayu. Jadi mereka suruh rakan jangan berkawan dengan saya.
“Rakan dan keluarga berdepan banyak tekanan mengenai perkara ini, tetapi mereka tidak lepaskan kepada saya. Mereka melindungi saya daripada tekanan itu,” katanya.
Tetapi Melati sudah biasa dengan kontroversi – beliau menceritakan menerima mesej ancaman di telefonnya selepas menyertai bantahan untuk pendidikan percuma 3 tahun lalu.
“Ketika saya masih belajar di Unisel, orang tidak dikenali hantar mesej kepada saya cakap mahu pukul saya, rogol saya, hanya kerana mereka tidka setuju saya menyertai bantahan seumpama itu,” katanya.
Melati berkata, beliau tidak menghiraukan pesanan itu, dan memilih untuk melakukan perkara sama kali ini ketika berdepan dengan hinaan dan gelaran yang mencercanya di Internet.
“Kita tidak boleh halang orang bercakap apa yang mereka mahu. Jika saya balas, ia akan berterusan, jadi, saya hanya tunggu mereka penat dan berhenti,” katanya.
Ketika ditanya mengenai harapannya untuk masa depan Malaysia, Melati berkata beliau mahu kerajaan memperuntukkan lebih banyak  bantuan kepada golongan kurang upaya dan yang memerlukan, selain menghentikan rasuah.
“Bagi masa depan saya – dalam tempoh 5 tahun, saya harap dapat membuka rumah kebajikan saya sendiri,” katanya. – 4 Oktober, 2014.


Saturday, 4 October 2014

ANAK MUDA MENJAWAB DENGAN FAKTA, BERNAS DAN JELAS ISU LENSA HANTAR MEMORANDUM DESAK PAS HENTI CETUS KETEGANGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.



Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?

Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik. Salam 20 sen.




AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Tiada ulasan: