13 Oktober 2014
GAMBAR-GAMBAR PENTAS PERTUNJUKAN TATTOO DI STADIUM MERDEKA ROSAK TERUK DIBADAI RIBUT
Pentas pertunjukkan tattoo di Stadium Merdeka rosak teruk berikutan ribut petang semalam
Gambar: Kepala Putus Motosikal Terbabas!
Mengerikan! Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut setelah
kepalanya terputus akibat merempuh besi penghadang di jalan persiaran
pantai Nusajaya, Johor Baharu, pagi semalam.
Punca kejadian dipercayai penunggang motosikal dikatakan memandu laju
menyebabkan hilang kawalan lalu melanggar penghadang tersebut. Mangsa
mati serta-merta ditempat kejadian.
Diharap kejadian ini memberikan peringatan kepada kita semua agar
sentiasa berhati-hati ketika memandu dan ingatlah oaang tercinta.
Tag :
Isu Semasa,
Ngeri,
Paling Viral
By: Wan Nur Hasyimah
Duit RM1,423.64 dalam akaun lesap
- Huat Lian menunjukkan salinan laporan polis dan SMS menunjukkan transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya.
PARIT BUNTAR - Seorang wartawan terkejut apabila mendapati sebahagian
wangnya lesap setelah akaun bank tempatan miliknya digodam dalam tempoh
sejam pada 3 Oktober lalu.
Difahamkan, keempat-empat transaksi pengeluaran wang mangsa dibuat melalui khidmat perbankan secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Berlin, Jerman, sedangkan mangsa berada di Malaysia pada waktu itu.
Wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina itu, Lee Huat Lian, 47, berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, dia sedang membuat liputan media di Kuala Gula, Selinsing sebelum menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memaklumkan terdapat satu transaksi pemindahan wang secara online dibuat atas kad debit miliknya berjumlah EUR 107 kepada syarikat Deutsuche bagi satu urusan pembelian.
Menurutnya, pada kira-kira jam 10.06 malam, dia menerima satu lagi SMS daripada bank sama mengatakan terdapat satu lagi transaksi pemindahan wang secara online dibuat melalui kad debit miliknya berjumlah EUR 197.16 kepada syarikat penerbangan tambang murah, EasyJet bagi pembayaran tiket kapal terbang.
“Hairan dengan SMS itu, saya segera hubungi pihak bank dan pegawai bank itu mengesahkan terdapat empat transaksi pengeluaran wang dibuat melalui kad debit saya.
“Terkejut dengan maklumat tersebut, saya segera beritahu saya berada di Malaysia dan mengarahkan pegawai terlibat membekukan kesemua transaksi kewangan dibuat selain membatalkan kad debit digunakan,” katanya semalam.
Huat Lian berkata, sebaik sahaja kad debitnya dibatalkan dan kesemua transaksi kewangan daripada akaunnya dibekukan, beliau kemudiannya bertanyakan jumlah keseluruhan transaksi yang dibuat tanpa pengetahuannya itu.
Menurutnya, dia tergamam apabila pegawai bank bertugas memaklumkan keseluruhan empat transaksi pemindahan wang dilakukan melalui kad debit miliknya berjumlah RM1,423.64 dalam tempoh tidak sampai sejam.
“Bimbang kejadian ini berulang, saya segera mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam akaun bank dan membuka akaun baharu,” katanya.
Huat Lian berkata, dia kemudiannya menemui pihak bank bagi mendapat penjelasan dan dimaklumkan, maklumat keselamatan akaun bank dan kad debit miliknya digodam dari luar negara.
Katanya, susulan kejadian tersebut beliau membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar.
“Pihak bank juga turut beri jaminan akan menyiasat kes itu dan memulangkan wang saya yang dilesapkan dalam tempoh 30 hingga 60 hari,” katanya.

Ingatlah! Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
By: Wan Nur Hasyimah
Ayuh ambil Ibrah dari kisah ini..insyaAllah
Ada
seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah
bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali
persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak
mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, “Orang ini
memang sangat layak menjadi sahabatku..! “Begitu juga
ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum
lebar sambil berkata dalam hati, “Hampir pasti, inilah bakal teman
sejatiku di akhirat nanti..!”Ketika waktu asar hampir habis tetapi
temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya tanpa
mempedulikan waktu solat, tiba-tiba, syaitan mulai terdiam…… .
Kemudian ketika datang waktu maghrib, temannya itu ternyata tidak
solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah
menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang
mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan menjadi sangat panik.
Ia rupanya tidak mampu untuk menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”
Dengan kehairanan manusia ini bertanya,”Kenapa engkau memungkiri janji. Bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?”.
“Aku takut! Aku sangat takut!”, jawab syaitan dengan suara gementar.
“Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNya, iaitu ketika menolak apabila disuruh sujud kepada Adam, maka Allah telah melaknatinya sehingga akhir zaman; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata syaitan sambil pergi.
Astaghfirullahal’azim.. semoga kita tidak tergolong dalam kalangan manusia seperti di atas. Lihatlah bagaimana ketika Adam diciptakan dan para malaikat diperintahkan tunduk kepadanya. Semua taat pada perintah Allah melainkan Iblis yang sombong dan takbur yang merasakan dirinya lebih mulia dan unggul serta diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan dari lumpur. Atas sebab itu,iblis merasakan dia tidak patut menyembah Adam.
Manusia juga sering merungut bilamana Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan. Tidakkah kita terfikir? Bagaimana Allah tidak mengazab kita serta merta atas dosa yang dilakukan? Sesungguhnya Allah jauh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah knows best.
INGATLAH! PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA… INSYAALLAH…

“dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah(beri hormat) kepada nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.” (Al Baqarah 2:ayat 34)Bagaimana pula dengan kita manusia? Kita masih tidak putus-putus melakukan kemungkaran,melakukan maksiat,berbuat dosa dan tidak melaksanakan perintahNya dengan begitu sahaja. Kita lalai daripada mengingatiNya! Akan tetapi adakah kita terus diazab oleh Allah swt dengan hanya sekali tidak melaksanakan perintah Allah sepertimana iblis? Tidak bukan? Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat. Sepertimana firman Allah swt mafhumnya:
“katakanlah(wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al zumar:39)Subhanallah. Begitu sayang Allah kepada hambaNya. Pernahkah anda terfikir setelah bangun dari tidur; mengapa Allah menghidupkan aku pada hari ini? Adakah untuk saja-saja? Untuk enjoy? Tidak! Kita diberikan peluang oleh Allah untuk bertaubat kepadaNya. Namun,kita masih tidak menyedari hakikat tersebut dan bersenang lenang dengan kehidupan dunia.
Rasulullah saw juga bersabda: “Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya”
Manusia juga sering merungut bilamana Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan. Tidakkah kita terfikir? Bagaimana Allah tidak mengazab kita serta merta atas dosa yang dilakukan? Sesungguhnya Allah jauh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah knows best.
“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah 2:216)Bersyukurlah anda masih lagi menghirup udara free. Bagaimana jika suatu hari nanti Allah menyekat nikmat udara itu? Wallahu’alam. Semoga kita daripada kalangan orang-orang yang telah/sempat bertaubat dan diterima taubat. Amin ya Rahman.
INGATLAH! PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA… INSYAALLAH…
Ikan mulut buaya sambar mata kail
- Shahrul Nizam menunjukkan ikan mulut buaya yang berjaya ditangkapnya di Jambatan Sultan Idris awal pagi semalam.
PARIT BUNTAR - Seorang petani tidak menyangka berjaya menangkap spesies
jarang ditemui apabila mata kailnya disambar ikan mulut buaya atau
Alligator Gar yang dikenali dengan nama saintifiknya, Atractosteus
Spatula ketika memancing di Jambatan Sultan Idris, di sini awal pagi
semalam.
Shahrul Nizam Ahmad, 23, berkata, dia pergi memancing di jambatan itu bersama seorang adik dan tiga rakan pada kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mengesan kelibat seekor ikan berbentuk pelik yang sering timbul di atas permukaan air dalam tempoh 15 minit.
Menurutnya, hanya berbekalkan sinaran lampu limpah yang terdapat di jambatan tersebut, dia cuba mengenal pasti spesies hidupan air tersebut dan pada mulanya menyangka ia adalah ikan arapaima.
“Teruja untuk menangkap ikan itu, saya segera menukar mata kail yang digunakan kepada mata kail paling besar dan mencampakkannya ke lokasi ikan itu sering timbul.
“Sebaik sahaja ikan itu timbul, saya segera merentap mata kail ke badan ia dan berjaya menaikkan ikan itu ke atas jambatan dalam tempoh setengah jam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Shahrul Nizam berkata, sebaik sahaja menaikkan ikan tersebut ke darat, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila mendapati ia Alligator Gar.
Menurutnya, dia dapat mengenal pasti spesies sebenar ikan itu setelah terbaca kisah penemuan spesies sama di Bukit Merah, Gunung Semanggol tahun lalu yang disiarkan dalam akhbar.
“Sebelum meletakkannya ke dalam satu bekas khas, saya turut mengukur panjang ikan mulut buaya itu, lebih kurang tiga kaki dengan anggaran keberatan 300 hingga 600 gram.
“Kami terkejut namun bersyukur kerana ikan spesies jarang ditemui itu berjaya ditangkap oleh kami sebagai hasil tangkapan sulung awal pagi ini (semalam),” katanya.
Shahrul Nizam berkata, dia segera membawa pulang ikan itu ke rumahnya di Kedai Empat, Titi Serong dan menyimpannya di dalam sebuah tong besar.
Katanya, sejak berita kejayaannya menangkap ikan mulut buaya tersebar, rumahnya menjadi tumpuan penduduk kampung yang mahu melihat sendiri hidupan air itu.
“Buat masa ini, saya hanya merancang memelihara ikan ini terlebih dahulu, tetapi jika terima tawaran berpatutan, saya tidak keberatan untuk menjualnya,” katanya.

Remaja perempuan 14 tahun membelasah lelaki 35 tahun yang cuba mencabulnya
Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
SUSSEX - BRITAIN.
Seorang lelaki dikatakan silap langkah memilih sasaran apabila cedera
dibelasah dan dimalukan mangsanya sendiri apabila dia bertindak
menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
Dalam
kejadian yang berlaku kelmarin, penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan
muncul dari belakang mangsa dan menarik lengannya ketika remaja
tersebut melalui taman itu seorang diri untuk pulang ke rumahnya.
Menurut
laporan Metro.uk, kesilapan tersebut disedari si penyerang sebaik gadis
itu dengan mudah melepaskan diri dari genggamannya dan menyerang balas
dengan sepakan dan tumbukan bertubi-tubi ke tubuh lelaki tersebut.
Mangsa, 14, dikatakan pengamal seni pertahanan diri sejak kecil.
Pegawai Penyiasat Inspektor Andy Bennet berkata, pihak polis kini menahan lelaki tersebut.
Pihak berkuasa juga meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil untuk diambil keterangan.
“Walaupun
kami telah melakukan tangkapan tersebut, kami masih perlu bercakap dan
mengambil keterangan saksi atau sesiapa sahaja yang berada di Taman
Tilgate.
“Kami
perlu mencari mana-mana saksi yang mungkin melihat apa-apa yang
mencurigakan di taman atau sekitar taman pada Sabtu lalu,” jelasnya.
-sinarharian-1:20PM - 13 Oct 2014
PasMa: Majlis Syura tiada hak campuri eksekutif
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) membidas tindakan Majlis
Syura Ulama PAS yang dianggap tidak mempunyai hak untuk mencampuri kuasa
eksekutif ekoran melarang anggota parti itu menyertai sebarang aktiviti
NGO itu.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata majlis itu - badan tertinggi dalam PAS - bukan badan eksekutif yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa jawatankuasa PAS pusat.
"PASMA merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha Majlis Syura Ulama PAS sepatutnya ditujukan kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebab ia bukan lagi menjadi keputusan parti kerana Jawatankuasa PAS Pusat sahaja yang berhak membuat keputusan parti.
"Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti. Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (atas, kiri) yang menasihatkan ahli PAS supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti PasMA yang dilihat boleh "memecah belahkan ahli-ahli PAS" selepas pemantauan dibuat.
Nik Zawawi berkata peringatan itu diberikan selaras ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak mewujudkan jamaah dalam jamaah dalam PAS, ketika muktamar di Batu Pahat bulan lalu.
Dalam kenyataannya hari ini, Phahrolrazi yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor menegaskan pendirian NGO itu sekali lagi bahawa mereka itu bukan parti politik dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Tidak salah Rafizi pegang dua jawatan
KUALA LUMPUR - Pelantikan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai
setiausaha agung tidak bercanggah dengan perlembagaan parti yang
membenarkan mana-mana anggota memegang dua jawatan, kata Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.
Dalam pada itu, mengulas keputusan Pas menggantung keanggotaan dua Adun Selangor, Anwar berkata itu bukan satu masalah kerana mereka masih anggota Pas.
Dua Adun daripada Pas - Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin -, digantung selama setahun berkuat kuasa semalam kerana mengkhinati keputusan Majlis Ulama Pas yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagi Menteri Besar Selangor.
Kedua-dua wakil rakyat Pas itu pula menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor sebelum pelantikan Azmin. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan