• Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz Nik Mat
1 / 1
KOTA BHARU – Fitnah yang dilemparkan kepada golongan ulama sejak kebelakangan ini membuktikan manusia zaman sekarang semakin hilang ketakwaan dalam diri, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, takwa yang menjadi aspek utama bertindak penyekat dan mengawal manusia daripada melakukan kejahatan mahupun keburukan.

“Kunci kita ialah takwa kepada ALLAH, bila negara kita ini tolak Islam, automatiknya takwa itu tidak ada, kerana takwa ini datangnya daripada Islam,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Beliau diminta mengulas isu fitnah menerusi penyebaran video lucah di laman sosial yang dikaitkan dengan seseorang yang mirip pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, pemfitnah itu seharusnya memahami dan tahu apa dilakukan adalah satu kesalahan dan dosa, malah tiada siapa boleh ampunkan dosa itu kecuali mereka bertaubat.

Mengulas isu penguatkuasaan peraturan mewajibkan lelaki Islam menunaikan solat Jumaat di negeri ini, beliau berharap agar undang-undang tersebut berjaya mendidik bagi patuh pada peraturan Islam.

“Orang yang kaki solat, tidak ada masalah dengan tindakan ini, bimbang takut nanti anak-anak akan meniru. Berbeza dengan orang yang tidak solat, dia akan marahlah, sama juga macam pelaksanaan hukum hudud, yang bisingnya bukan sahaja orang Cina, tetapi orang Melayu sendiri pun ada, benda-benda pelik begini kita perlu sedar,” katanya.

Sementara itu, beliau turut diminta mengulas isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang yakin dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diputuskan minggu hadapan.

“Saya tak nak komen sebab ia adalah kes mahkamah, tetapi yang peliknya kenapa orang ‘menekan’ (fokus) Anwar, sedangkan pemfitnah itu tidak diberi tumpuan. Yang menuduh ini adalah orang besar, negeri kita ni takut kepada orang besar, tapi neraka tidak takut,” tegasnya.

Thursday, 23 October 2014

DIESEL NAIK 10% @ 20 SEN SELITER, TAPI PENGUSAHA BAS MAU NAIKKAN TAMBANG BAS SEKOLAH SEBANYAK 30% .. ADAKAH PATUT????



Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.

Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.

“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.

“Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.

Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.

Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.

“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.

“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.

Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.