Selasa, 28 Oktober 2014

SEMUA HAKIM2 SELURUH DUNIA...DAN KITA MANUSIA DAN JIN AKAN DIHAKIMI DIPADANG MAHSYAR DIDALAM MAHKAMAH ALLAH...DISITU BARU SEDAR DAN INSAF TAPI DAH TERLAMBAT



Hutang negara RM568.9 bilion, 52.8% daripada KDNK
  • Najib Tun Razak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata, hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK, manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata, ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," kata beliau. - Bernama
5:56PM - 28 Oct 2014

Suami enggan cerai Nurul kerana masih sayang

Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
  
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.

"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.
  
Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.
  
Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
  
Azmi berkata mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.
  
"Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu," katanya.
  
Peguam syarie itu berkata pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.
  
Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan 'Hakam'.
  
'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.
  
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
  
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya".
  
- Bernama
4:48PM - 28 Oct 2014

PM: Jumlah hutang berbanding KDNK turun

Hutang negara turun hampir dua peratus berbanding daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan kali pertama hutang negara turun sejak Najib yang juga perdana menteri mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2009.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) Najib menyatakan jumlah hutang negara tahun ini berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK, iaitu RM552.7 bilion hutang domestik dan baki RM16.2 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

Hutang negara pada 2013 pula ialah RM547.6 billion atau 54.7 peratus - lebih 1.9 peratus berbanding tahun ini.

"Kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," kata beliau.

Pada 2010, hutang negara sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1% daripada KDNK; pada 2011, RM456.1 bilion (atau 51.5%); pada 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan naik kepada RM547.6 bilion (54.7%) pada tahun lalu.

Menurut Najib, sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

Beliau menyatakan ia hasil daripada pengurusan hutang yang berhemat diamalkan kerajaan di mana pembayaran dilakukan mengikut kemampuan dan jumlah hasil setiap tahun.

"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," katanya.
12:32PM - 27 Oct 2014

MP: K'jaan habiskan lebih RM300j insuran BR1M

MP Pandan Rafizi Ramli berkata kerajaan menghabiskan RM350 juta dari wang subsidi kepada rakyat untuk membayar syarikat insurans bagi pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Beliau berkata kutipan itu adalah berdasarkan jawapan bertulis di mana setiap penerima BR1M membayar RM50 untuk bayaran Takaful.

Bagaimanapun jawapan sama daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak 9 Oktober lalu mengesahkan setakat September lalu hanya RM42 juta dituntut daripada RM350 juta yang dibayar.

Ini bermakna, menurut Rafizi, kerajaan memberi untung bersih lebih RM300 juta kepada syarikat konsortium insurans ini.

"Duit yang dibayar adalah termasuk duit bantuan. Jadi bantuan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya kepada syarikat besar dan ejen yang mendapat untung dari perkara ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bayaran insurans yang dipanggil i-BR1M itu adalah penambahbaikan program BR1M di mana RM50 daripada jumlah bantuan tersebut ditolak bagi pembayaran premium insurans.

Ia memberi perlindungan takaful kepada penerima BR1M bagi kategori isi rumah dengan kerajaan menyediakan premium sebanyak RM50, dan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Rafizi turut mempersoalkan sama ada kerajaan mengkaji terlebih dahulu jumlah tuntutan skim berkenaan dan penggunaan wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

"Oleh demikian saya yakin ada unsur mengambil keuntungan oleh pihak tertentu dengan menggunakan nama rakyat sebagai alasan.

"Siapa individu yang bertanggungjawab membawa cadangan ini kepada kerajaan? Broker ini perlu dihukum.

"Dan syarikat mana yang mendapat komisen memperkenalkan skim i-BR1M kepada konsortium syarikat insurans dan berapa komisen yang dibayar kepada mereka?" katanya.
Apakah kamu, Haji Hadi mempunyai sebarang BUKTI YANG KUKUH apabila mendakwa Saudara Shamsul calon Parti Keadilan Rakyat pada PRU13 mei 2013 yang lalu merupakan seorang pengedar barang kes ( PIL KUDA ) ?
Apakah kamu Haji Hadi, seorang guru agama dan juga Naib Presiden Persatuan Ulama Dunia islam tidak mengetahui bahawasanya sebarang pertuduhan yang mahu dikeluarkan ke atas manusia lainnya sama ada ke atas org islam atau bukan islam wajiblah disertakan sekali dengan bahan bukti yang tiada sebarang Khilaf dan penipuan ke atasnya?
Tahukah kamu, Haji Hadi jika kamu gagal mengemukakan sebarang bukti atau mempunyai bahan bukti tetapi ianya meragukan maka setiap pertuduhan yang kamu lemparkan ke atas tertuduh merupakan suatu Fitnah?
Insaflah bahawasanya mereka-mereka yang membuat Fitnah tergolong ke dalam golongan Munafiq.
Rasulullah s.a.w pernah berpesan " Jika datang kepada mu berita daripada golongan munafiq janganlah kamu percaya dgn kata- kata. Ucapan dan perbuatan mereka "
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.
LikeLike · ·

Dr Asri tersentak dengan TV AlHijrah

Dr_MazaPenyelewengan Fakta Hadis di TV alHijrah
Semalam semasa saya mengunjungi ibu saya, saya tertonton rancangan di TV Hijrah diberi nama ‘Persepsi: Melayu Keliru’.
Dari satu sudut saya rasa jika seorang non-muslim menonton rancangan tersebut dia mungkin akan sangka islam itu melayu dan melayu itu Islam.
Namun saya lebih tersentak apabila pengacara membaca sebuah hadis yang tidak sahih bahkan ulama hadis menghukumnya sebagai palsu tapi pengacara itu menyatakan hadis itu riwayat al-Bukhari dan Muslim. Satu penipuan fakta terhadap kedua kitab sahih berkenaan.
Beliau membaca dalam bahasa melayu -lebih kurang- sabda Nabi s.a.w (kononnya) : “wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang digantung rambutnya dalam neraka kerana dia tidak menutup rambutnya dari lelaki”
Hadis ini asalnya dalam lafaz arab berbunyi
يا ابنتي: أمَّا المعلَّقةُ بشعرِها فإنها كانتْ لا تغطي شعرَها من الرجالِ،
Hadis ini sebenarnya tiada dalam kitab-kitab hadis utama Ahlussunah wal Jamaah namun ia ada diriwayat oleh kitab-kitab Syiah seperti kitab besar karangan al-Majlisi iaitu Bihar al-Anwar dan ‘Uyun Akbar al-Rida oleh as-Saduq. Rawi-rawi hadis tidak dipercayai.
Kitab al-Kabair dalam edisi yang cuba dikaitkan dengan az-Zahabi ada menyebut riwayat ini TANPA SANAD.
Maka ia hadis yang palsu yang tidak boleh diriwayatkan tanpa penerangan apatahlagi disandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim.
Hendaklah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) ابن حبّان dalam sahihnya meletakkan satu pasal ynag beliau namakan:
فصل: ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشيء إلى المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو غير عالم بصحته
(Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) s.a.w, sedang dia tidak tahu mengenai kesahihannya).
Maka berhati-hatilah!
Jika benar ada hadis perempuan digantung rambut dalam neraka kerana tidak tutup rambut dari pandangan lelaki nescaya fuqaha tidak bersusah payah mencari dalil dalam masalah ini. Hampir keseluruhan fuqaha menyatakan rambut aurat adalah berdasar kesimpulan yang mereka fahami dari ayat al-Quran Surah an-Nur ayat 31. – Dr Maza

'Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi'
  • 'Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi'
1 / 1
PUTRAJAYA - Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi.
  
Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu.
  
Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.
   
Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).
   
"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.
   
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.
   
"Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka," katanya.
   
Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.
   
"Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya.

Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh.
  
Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan.
  
"Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram.
  
Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kondominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video.
  
Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku.

Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku.
  
Dalam perkembangan berkaitan, prosiding yang ditetapkan untuk hari ini dan esok, berkemungkinan berterusan sehingga Khamis memandangkan dua lagi peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur, akan mengemukakan analisis lanjut mengenai DNA yang menjadi isu utama kes ini.
  
Sementara itu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan, membayangkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk menjawab.
  
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Peguam bela Anwar persoal kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan liwat

Peguam bela Anwar persoal kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan liwat
Pihak pembelaan berhujah keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.
PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.

Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.

Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.

Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.

"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.
 
Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.

Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan bahan pelincir) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.

Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.

"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.

Sri Ram berkata bahan pelincir itu adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/peguam-bela-anwar-persoal-kewujudan-bahan-pelincir-dalam-perbuatan-liwat-47151?cp

Tuesday, 28 October 2014

WAJAH LIMA HAKIM -HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI KETUAI KETUA HAKIM NEGARA YANG MENDENGAR RAYUAN LIWAT II ANWAR IBRAHIM.




Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan terakhir Liwat II Anwar Ibrahim selama dua hari bermula pagi ini..

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pada September 2004, Anwar menang dalam rayuan terakhirnya dengan keputusan majoriti 2-1 atas dakwaan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar di pangsapuri Tivoli Villa, Bangsar.

Kali ini, Anwar dituduh dengan kesalahan sama di sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Menurut Ramkarpal yang pernah bersama ayahnya, mendiang Karpal Singh dalam perbicaraan dan di mahakamh rayuan, peguambela akan mengemukakan hujah sebelum Mahakamah Persekutuan putuskan Anwar perlu digugurkan daripada dakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Zabidin mendapati kredibiliti bukti Saiful adalah kukuh, dengan sokongan keterangan Saiful, integriti dan rantaian bukti yang berkaitan dengan beberapa sampel tidak tercemar atau diragui.

"Kami akan yakinkan hakim, berdasarkan bukti dan hujah sebelum ini, bahawa hakim silap mengarahkan Anwar masuk ke peringkat pembelaan," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Zabidin hanya membebaskan Anwar selepas mahkamah tidak dapat "diyakinkan 100%" mengenai integriti sampel diambil daripada ujian DNA Saiful atas dasar bukti mungkin sudah dikompromi sebelum diserahkan kepada ahli kimia.

Pasukan pendakwaan diketuai peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan Anwar dengan hukuman penjara pada Mac lalu.

Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan diketuai Balia, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata Zabidin gagal meneliti analisis secara kritikal daripada saksi pembelaan Wells dan Dr McDonald.

"Ini merupakan kesilapan serius dan pendekatan yang sepatutnya tidak diambil kira hakim apabila meneliti bukti dengan adil," kata penghakiman itu.

Dua saksi dipanggil mengemukakan pendangan mengenai bukti dan laporan yang disediakan Dr Seah dan Siti Aidora.

Panel hakim berkata, hakim perbicaraan mudah menerima bukti dua saksi luar yang dilabelkan mereka sebagai "pakar yang hanya pandai berteori".

Wells mencadangkan sampel mungkin tercemar dan DNA Anwar dimasukkan ke dalam.

Kedua-dua saksi itu berkata, tidak mungkin air mani masih boleh diambil selepas 36 jam serangan seksual itu berlaku.

Katanya, dalam kes ini adalah mustahil sel sperma boleh diperoleh daripada dubur Saiful kerana diambil 56 jam selepas kejadian.

Ini disebabkan tindakan bakteria dalam dubur selepas 54 hingga 58 jam mungkin menjejaskan spesimen.

Mereka juga berkata, pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu dalam almari besi dan menyebabkan barang kes tercemar.

Namun, mahkamah rayuan mengakui Dr Seah dan Siti Aidora adalah saksi yang cekap kerana memenuhi kelayakan profesional serta berpengalaman.

Disebabkan itu, hakim tidak ragu-ragu membuat kesimpulan Dr Seah dan Siti Aidora mampu mendapatkan sampel profil DNA dengan tepat yang mengaitkan Anwar dengan kesalahan dakwaan.

Pada masa sama, hakim tidak banyak memihak kepada kesimpulan yang diperoleh dua pakar asing yang memperoleh sumber pengetahuan daripada buku teks dan jurnal.

Menurutnya, Jude hanya memotong beg plastik lutsinar untuk mengeluarkan bekas (mengandungi sampel air mani) untuk diletakkan ke dalam sampul berasingan dan disebabkan itu memutuskan barang kes itu dicurigai.

"Perubahan sampel air mani yang tidak tercemar tidak dapat dibuktikan," katanya.

Penghakiman Mahkamah Rayuan juga mendapati hakim terlepas pandang bukti Wells semasa soal balas mengakui dirinya tidak dapat membuktikan bekas itu pernah terusik sebelumnya.

Panel juga melihat Dr Seah tidak dapat mencari sebarang bukti perubahan, jika tidak perkara itu pasti akan dicatatkan dalam laporannya.

Peguam M Visvanathan berkata, isu utama kes ini adalah tempoh 2 hari diambil Saiful membuat laporan polis menuduh Anwar menyerangnya secara seksual.

Katanya, sampel yang diperoleh daripada Saiful dianalisis Dr Seah di peringkat akhir kira-kira 96 jam selepas insiden itu.

"Sampel tidak berada dalam keadaan steril. Ia diambil daripada dubur dipenuhi bakteria yang boleh menjejaskan unsur organik seperti air mani," kata peguam yang pernah mengendalikan kes liwat dan rogol itu.

Beliau menyifatkan cebisan bukti kes ini sebagai "tidak ada kredibiliti dan ajaib".

"Saya tidak memihak kepada Anwar tetapi berdasarkan prinsip perundangan dan bukti kes ini, pasukan peguamnya mampu meyakinkan mahkamah dengan harapan kes ini dapat ditolak," katanya.

Visvanathan berkata, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes ini melangkaui keraguan munasabah, dan meletekkan kes ini ke tahap lebih tinggi.

"Pada masa sama, pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan supaya Anwar dapat dibebaskan," katanya.

Katanya, panel perlu membuat keputusan sama ada hakim perbicaraan membuat tindakan betul apabila menerima pendapat pakar luar atau percaya kepada mahkamah rayuan berdasarkan bukti pakar kimia.

Tiada ulasan: