Khamis, 2 Oktober 2014

TU DIA...BUKTINYA....AGAK2 SAPE BULI...SAPE JAGA KEPENTINGAN

1:31PM - 2 Oct 2014

MP gesa Azmin kaji jawatan abang Raja Petra


MP Kuala Langat menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin - Raja Idris – dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan prestasi yang didakwa kurang memberangsangkan.

Abdullah Sani (bawah) membuat cadangan itu sewaktu menggesa Azmin menyemak semula prestasi-prestasi GLC negeri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

Beliau mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan perangsang yang menurutnya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Raja Idris, 60 tahun, seorang warga British adalah pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), serta perunding eksekutif merangkap penasihat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

"Saya melihat latar belakang ini termasuklah kedudukan Yang Mulia Raja Idris jika perlu, dikaji semula kedudukan beliau untuk mengangkat martabat Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Pelantikan Raja Idris ke dalam GLC negeri pada tahun 2012 turut mencuri perhatian pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik seorang warganegara asing untuk mengetuai GLC.

Raja Idris pada masa itu mempertahankan pelantikannya atas alasan beliau adalah seorang kerabat diraja Selangor dan pelantikannya diperkenan oleh sultan Selangor.

'Tunjukkan bukan pendera'

Abdullah dalam sidang media yang sama turut menggesa kerajaan negeri agar mengkaji semula pemecatan dan pemberhentian pekerja-pekerja GLC.

Beliau merujuk kepada penamatan kontrak sebahagian kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan kakitangan Quality Hotel yang hilang pekerjaan akibat penutupan hotel itu.

"Saya merayu menteri besar supaya buka balik fail-fail ini supaya penganiayaan menteri besar yang lalu dikembalikan keadilannya buat mereka.

"Saya mohon menteri besar baru dan penasihat ekonomi Selangor untuk tunjukkan bahawa kerajaan Selangor bukan pengkhianat atau pendera," katanya. 


Selasa, 30 September 2014


KALAU BETUL DAKWAAN INI....MANA KITA NAK LETAK MUKA
















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...

See More















Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
43 mins ·















Kerajaang Perpaduwang UG added 2 new photos.


Din Ayam ni menantu Hadi Awang.
antara dalang di belakang fitnah pil kuda, dan pertindanan kerusi PAS dan PKR semasa PRU13 yang lalu.
dia juga ada kepentingan dalam GLC Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
ada jawatan sebagai CRO.
pendapatan +RM15,000 sebulan.
hidup mewah bergaya, pakai BM7 Series.



lebih malang lagi, dia juga salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
antara yang Ahli Majlis Syura lain yang hidup mewah bergaya ialah Tantawi dengan VELLFIRE dan Harun Din dengan Land Rover nya..[plate no. PAS 3]
dulu kita marah kepada pimpinan UMNO hidup kaya dan mewah tatkala rakyat melarat. kini, pimpinan PAS pun ada yang kaya raya tatkala raya hidup melarat.
kesemua jawatan itu bukan diperolehi dari usaha sendiri, tapi dari pengaruh politik masing-masing.
sebelum ni dok sembang pasal Umar Abd Aziz yang melarang ahli keluarganya mengumpul harta dari pengaruh politik, tapi lepas ni sanggup sembang lagi ka?
LikeLike · ·

Thursday, 2 October 2014

Kenapa "Din Ayam" delate komen dan block akaun sahabat bila bertanya pasal kereta transformers beliau


ini saya perolehi dari FB yang mana ada sahabat meluahkan berkenaan Din Ayam... jika tak puas hati boleh pie search nama sahabat diatas didalam FB...kemudian tanyalah beliau benar atau tidak...

Adam Al-Pekani

Guan Eng teruskan saman pada Nasrudin


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut bawah kerajaan negeri itu.

Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.

Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman ke atas Nasrudin.

“Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut.

 "Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM,” kata Mureli dalan kenyataannya.

"Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah,” katanya.

Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalan mengapa tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

17 hrs ·
PAS JUGA BERASAL DARI UMNO - Pengarah Pilihanraya PAS

'Buah boleh kami junjung, kalau biawak atau ular tak dapatlah' - Dewan Ulama


26 September 2014


BOCOR : ORANG DALAM PECAH TEMBELANG...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR TERSEBAR!!!!

 PAS MEMPUNYAI KAWALAN YANG KUAT DLAM GLC SELANGOR...PUNCA UTAMA KEKALUTAN DI SELANGOR

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.



'PAS perlu reform, tajdid pemikran jika mahu ke arus perdana'


PAS perlu tajdid dan menjalani reformasi sekiranya mahu ke depan dan menjadi parti yang mesra dengan tuntutan politik, kata Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzwan Abu Bakar.

Selasa, 30 September 2014


PAS bukan 'mangsa buli' PKR-DAP - Pemuda Selangor

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abd Halim menafikan sekeras-kerasnya parti itu menjadi mangsa buli sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana dilihat sukar untuk menentukan pegangannya terutama dalam pergolakan yang berlaku baru-baru ini.
Tegas beliau, dakwaan tersebut yang mengatakan PAS terus menjadi mangsa kepada dua rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP adalah tidak berasas dan dangkal.
"Saya tidak setuju, dakwaan itu adalah dakwaan yang tatkala tidak ada asasnya.
"Perselisihan itu satu perkara yang normal, kita dalam sebuah keluarga suami isteri pun kadang-kadang akan berselisih pandangan," katanya kepada Antarapos.
Sebaliknya Syarhan Humaizi berkata perselisihan serta perbezaan pandangan yang berlaku disifatkan sebagai perkara biasa dalam mana-mana kerjasama dan hubungan.
"Itu perkara biasa, kalau istilah (Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.
"Lidah dalam mulut tergigit juga, maknanya tak boleh nak elak krisis atau situasi itu berlaku," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR yang dipercayai merujuk kepada situasi terbaru PAS dalam tahaluf siyasinya bersama PKR dan DAP.
Termasuk melibatkan isu pengurangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Nik Abduh secara terbuka mengakui parti itu kini menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka supaya membenci PAS.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan PAS seolah-olah berada dalam keadaan serba tidak kena dan kelihatan seperti sukar untuk menentukan pegangannya.
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.
"Masih dalam Pakatan Rakyat pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong pakatan pembangkang agar membenci Pas. Pas ini tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba sahaja. Melawan pun macam tak melawan mana.. 
"Itulah Pas, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,'' kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi entri bertajuk 'PAS dan Kisah Buli'.
PAS adalah parti yang berjaya harungi pelbagai cabaran
Tambah Syarhan lagi, PAS mempunyai kekuatan tersendiri dalam pentas politik negara menambah penggabungan ketiga-tiga parti itu pada 2008 mengukuhkan lagi kedudukan serta pengaruh parti berteraskan Islam itu.
"Cuma ia bukan sampai ke tahap mana-mana pihak dalam komponen Pakatan Rakyat itu sendiri boleh claim, mengatakan ataupun membuat tohmahan begitu.
"...kerana kita yakin kekuatan yang ada dalam Pakatan Rakyat ialah kekuatan kekuatan yang ada pada parti masing-masing," katanya.
Selain itu, beliau menjelaskan PAS yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan terkubur kerana pegangan serta idealoginya adalah Islam selain telah melalui pelbagai senario sejak ia ditubuhkan.
Tegasnya, menjadi satu kerugian besar kepada pakatan pembangkang seandainya dakwaan tersebut iaitu PKR dan DAP membuli PAS benar-benar berlaku.
"DAP ada cara mereka, PKR ada cara mereka dan PAS pun ada cara sendiri, apatah lagi PAS adalah parti yang lebih senior (daripada PKR-DAP), yang lama dari ketua parti tersebut.
"Kita dah melalui macam-macam, ahli serta pimpinan kita dah melalui macam-macam bentuk keadaan, senario, tohmahan, perselisihan, ugutan di peringkat Umno-BN dan macam-macam lagi yang kita mampu untuk bertahan.
"Tohmahan begitu adalah tohmahan yang dangkal yang tak patut dijadikan sebagai satu isu yang besar," katanya.

Tiada ulasan: