• Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut. Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-reka cerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.

"Menerusi siasatan lanjut  malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.

"Pada mulanya pelajar itu berbuat demikian untuk menipu rakannya dan tidak berniat memperbesar perkara itu namun sebaik tiba di Dungun, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia diculik sebelum disuruh membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Daerah Dungun pagi semalam, pelajar itu mendakwa dia diculik bersama tujuh lagi kanak-kanak.

Wan Aziz berkata, susulan laporan itu, polis  menggerak semua unit dan melakukan Ops Tutup dan Ops Kesan di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Menurutnya, remaja itu telah diserahkan kepada keluarganya dan akan didakwa dalam masa terdekat. - Bernama

Monday, 20 October 2014


SEKIRANYA PESTA SENTUH ANJING INI DI ADAKAN SEMASA TSKI MASIH MB SELANGOR.



Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama semalam itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing semalam.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Semalam berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.


Memegang anjing walau dalam keadaan apa sekalipun adalah haram di sisi Islam.

Demikian tegas pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah, semalam.

Beliau yang kini berada di tanah suci Mekah memberitahu, tidak wajar seorang umat Islam memberi alasan mahu orang berani berdepan haiwan itu dan menjadikannya haiwan dikasihi.

Katanya, perkara itu terang-terangan bercanggah ajaran Islam dan jika dibiarkan, boleh merosakkan akidah.

Tetapi, menurutnya lagi, Islam turut melarang umatnya bersikap kejam atau menganiaya makhluk ciptaan Allah, termasuk anjing dan babi.

“Tidak ada satu hadis atau ayat al-Quran yang mengatakan umat Islam boleh memegang atau memelihara anjing (tanpa sebab kukuh tertentu).

“Hadis Bukhari terang-terangan menunjukkan bahawa memegang atau menyentuh anjing, hukumnya adalah najis mughallazah dan wajib dicuci (sertu) menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu dicampur dengan tanah.

“Jangan ikut telunjuk orang kafir yang sememangnya mahu menjahanamkan orang Islam, dengan cuba menghalalkan apa yang haram,” tegasnya.

Beliau berkata, hadis juga menjelaskan, malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang memelihara anjing.

Katanya, perkara itu sangat jelas tentang hukum terhadap haiwan itu yang tergolong dalam kategori najis berat, jika tersentuh.

“Kalau dah sentuh pun tidak dibenarkan dan kena cuci dengan air sebanyak tujuh kali, apatah lagi jika memeluknya atau membiarkan ia menjilat mana-mana bahagian tubuh kita,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam hanya dibolehkan menggunakan anjing dalam dua keadaan, sebagaimana dipetik daripada kitab Baharul Wahfi, iaitu jika rumah seseorang itu jauh di pedalaman dan memerlukan anjing untuk menjaga keselamatan keluarganya.

Satu keadaan lagi, jelasnya, ialah apabila seseorang itu hendak pergi berburu di hutan dan memerlukan anjing bagi membantu pemburuannya.

Beliau turut menyelar pihak yang memandai-mandai memutarbelitkan hadis dan al-Quran, semata-mata untuk tujuan tertentu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program ‘I want to touch a dog’ di Dataran Bandar Utama, pagi semalam, yang turut dihadiri umat Islam.

Menurut penganjurnya, program itu diadakan bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap haiwan berkenaan, serta memberi kesedaran tentang pentingnya memupuk sifat kasih sayang sesama makhluk.

Mengulas mengenai perkara itu, Md Daud berkata, beliau tidak bermaksud umat Islam harus membenci haiwan yang diharamkan agama, seperti anjing dan babi.

Sebaliknya, beliau berkata, cukup sekadar tidak menyeksa atau menganiaya haiwan itu, sepertimana kita menyayangi binatang peliharaan lain.


HANYA MAU LONTARKAN SATU JER SOALAN .. KALAU TSKI MASIH MB SELANGOR ... AGAK-AGAK APA KATA PARA PERANCANG YANG MAU BELIAU DI TUMBANGKAN DARI JAWATAN MB?????

SEBAB OMAK NAMPAK PARA PENGAMPU AZMIN MASIH MEMBISU SERIBU KATA TIDAK BUKA MULUT BERKATA APA-APA.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

Menyentuh Babi Lebih Baik Dari Menyentuh Wanita Bukan Mahram

By  | 

Menyentuh wanita yang bukan mahram termasuk perkara yang diperselisihkan. Namun pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang mengharamkan, berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita bukan mahram, bahkan dalam baiat sekalipun.
Hal ini berdasarkan hadits ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha yang berbunyi:
“Wallaahi (demi Allah) tangan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menyentuh wanita (non mahram) sama sekali (ketika baiat). Beliau tidak membaiat mereka (dengan jabat tangan) kecuali dengan ucapan saja”. (HR Bukhari dan Muslim)
Berkata Al Imam al Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah : “Hadits ini sebagai dalil bahwa bai’at wanita dengan ucapan tanpa dengan menyentuh tangan”.Tafsir Ibnu Katsir (4/60)
Berkata Imam An-Nawawy rahimahullah : “Dalam hadits ini terdapat penjelasan bahwa bai’at wanita dengan ucapan, bukan dengan menyentuh tangan”. (Syarh Shahih Muslim 13/16).
Hukum asal dalam berbai’at adalah dengan cara menyentuh tangan sebagaimana Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam membai’at para sahabatnya dengan cara menyentuh tangannya. Namun ketika membaiat para wanita beliau hanya membaiat mereka dengan perkataan tanpa berjabat tangan. Hal ini menunjukkan haramnya menyentuh/berjabat tangan kepada selain mahram dalam berbai’at, apalagi bila hal itu dilakukan bukan dengan alasan bai’at tentu dosanya lebih besar lagi.
Dalam hadits lain yang diriwayatkan dari Shahabiyyah Amimah bintu Raqiqoh radhiyallahu ‘anha, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam bersabda :
“Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan wanita”. (HR. Malik, Ibnu Majah, An Nasaai dll) .
Berkata Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah : “Dalam perkataan beliau “aku tidak pernah berjabat tangan dengan wanita” ada dalil tentang tidak bolehnya seorang lelaki bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya (non mahram), menyentuh tangannya dan berjabat tangan dengannya”. (At Tamhid 12/243).
2. Lebih Baik Ditusuk jarum Besi Daripada menyentuh wanita yang tidak halal.
Sebagaimana dalam hadits Ma’qil bin Yasar radhyillahu ‘anhu, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Andaikata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah).
Berkata Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali Al-Makkiy ; “ Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh dan berjabat tangan dengan selain mahram adalah termasuk dosa besar”. (Az zawaajir 2/4).
Berkata Asy-Syinqithy rahimahullah (Adwa` Al-Bayan 6/603) : “Tidak ada keraguan bahwa fitnah yang ditimbulkan akibat menyentuh/berjabat tangan dengan selain mahram lebih besar dan lebih kuat dibanding fitnah memandang”. ( Adhwaaul Bayaan 6/603).
3. Berjabat Tangan Dengan Wanita Non Mahram termasuk Zina tangan.
Hal ini berdasarkan hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam menegaskan :
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi setiap anak Adam bagiannya dari zina, ia mengalami hal tersebut secara pasti. Mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zananya adalah mendengar, lisan zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah memegang dan kaki zinanya adalah berjalan dan hati berhasrat dan berangan-angan dan hal tersebut dibenarkan oleh kemaluan atau didustakan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Siapa Saja Yang Termasuk Mahram?
Para Ulama menyatakan,wanita menjadi mahram karena tiga sebab:
1. Nashab (Kelahiran atau keturunan).
2. Radhaa’ah (Persusuan).
3. Mushaharah (Pernikahan/Besanan).
Dari ketiga penyebab ini ada mahram yang muabbad (permanen selama-lamanya): mahram karena nashab dan pesusuan, dan ada mahram yang ghairu muabbad (sementara) yaitu mahram karena pernikahan (mushaharah).
1. Mahram Karena Nashab.
Mahram karena nashab adalah mahram yang berasal dari hubungan keluarga atau hubungan darah. Mahram karena nashab terdiri dari tujuh sebagaimana diterangkan dalam Surah An Nisa ayat 23, yaitu:
a. Ibu kandung dan seterusnya keatas seperti nenek, ibunya nenek.
b. Anak wanita dan seteresnya ke bawah seperti anak perempuannya anak perempuan.
c. Saudara kandung wanita.
d. `Ammat/ Bibi (saudari ayah).
e. Khaalaat/ Bibi (saudari ibu).
f. Banatul Akh; Anak wanita dari saudara laki-laki/Keponakan perempuan dari saudara laki-laki.
g. Banatul Ukht; putri dari saudari/keponakan perempuan
2. Mahram Karena Radhaa’ah (Persusuan).
a. Ibu yang menyusui.
b. Ibu dari wanita yang menyusui (nenek).
c. Ibu dari suami yang isterinya menyusuinya (nenek juga).
d. Putri dari ibu yang menyusui (saudari sesusuan).
e. Saudari dari suami wanita yang menyusui.
f. Saudari dari ibu yang menyusui.
3. Mahram Karena pernikahan, (Mushaharah)
a. Ibu dari isteri (Ibu mertua ).
b. Anak wanita dari isteri yang telah digauli (anak tiri perempuan).
c. Isteri dari anak laki-laki (menantu perempuan).
d. Isteri dari ayah (ibu tiri).
(Lih:Qs An Nisa :23).
wallahu a’lam__________________________________________________________________________________

Khamis, 17 Jun 2010


175 - Dalil-dalil Yang Mengharamkan Bersalaman dan Bersentuhan di Antara Lelaki Dengan Wanita Bukan Mahram

Dalil-dalil Yang Mengharamkan Bersalaman dan Bersentuhan di Antara Lelaki Dengan Wanita Bukan Mahramhttp://fiqh-sunnah.blogspot.com

Dalil pertama:
Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له


Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Takhrij: Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226.

Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’... (hadis di atas).”

Syaikh al-Albani berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)

Penjelasan:

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:


و في الحديث وعيد شديد لمن مس امرأة لا تحل له ، ففيه دليل على تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما يشمله المس دون شك ، و قد بلي بها كثير من المسلمين في هذا العصر و فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون ذلك ، بشتى الطرق و التأويلات

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Dalil Kedua:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)

Kaedah pengambilan dalil adalah dari perkataan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

معنى الحديث أن بن آدم قدر عليه نصيب من الزنى فمنهم من يكون زناه حقيقيا بادخال الفرج في الفرج الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام اوالاستماع إلى الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده او يقبلها او بالمشي بالرجل إلى الزنى اوالنظر او اللمس او الحديث الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او بالفكر بالقلب

Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

Dalil ketiga:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا

Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)

Juga melalui hadis ini:

وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ

Terjemahan: Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun tangannya (tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menyentuh tangan seorang wanita ketika melakukan bai'at. Beliau tidak membai'at para wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai'at kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 15/165, no. 4512)

Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة

Terjemahan: Aku pernah berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beebrapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)

Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

أن النبيّ صلى الله عليه وسلم ثبت عنه أنّه قال: "إني لا أصافح النساء"، الحديث. واللَّه يقول: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} ، فيلزمنا ألاّ نصافح النساء اقتداء به صلى الله عليه وسلم، ... وكونه صلى الله عليه وسلم لا يصافح النساء وقت البيعة دليل واضح على أن الرجل لا يصافح المرأة، ولا يمسّ شىء من بدنه شيئًا من بدنها؛ لأن أخفّ أنواع اللّمس المصافحة، فإذا امتنع منها صلى الله عليه وسلم في الوقت الذي يقتضيها وهو وقت المبايعة، دلَّ ذلك على أنها لا تجوز، وليس لأحد مخالفته صلى الله عليه وسلم، لأنه هو المشرع لأُمّته بأقواله وأفعاله وتقريره

Terjemahan: Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihiw a Sallam, beliau berkata, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.”. Dengan itu, demi untuk mencontohi/mengikuti beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah... dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah ekrana bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’at, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah itu adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang membawa/menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir). (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)

Beliau juga menyatakan:

وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع في الفتنة، ولا شكّ أن مسّ البدن للبدن، أقوى في إثارة الغريزة، وأقوى داعيًا إلى الفتنة من النظر بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك

Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita) adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah. Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami kebenaran perkara ini...

أن ذلك ذريعة إلى التلذّذ بالأجنبية، لقلّة تقوى اللَّه في هذا الزمان وضياع الأمانة، وعدم التورّع عن الريبة

Terjemahan: Bahawasanya ini semua (bersalaman di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram) membawa kepada usaha menikmatinya, disebabkan berkurangnya sifat taqwa kepada Allah di zaman ini, hilangnya sikap amanah, dan kosongnya nilai kehati-hatian. (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257)

Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند الحاجة وأن صوتها ليس بعورة وأنه لايلمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله للضرورة وفى قط خمس لغات

Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari di ketika ada keperluan dan suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana tiada wanita yang sanggup melakukannya. Lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya disebabkan alasan darurat tertentu. (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10)

Beliau juga berkata:

حيث حرم النظر حرم المس بطريق الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم

Terjemahan: Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan, sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat. (Imam an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadis pembai’atan para wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:

ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة لذلك

Hadis tersebut mengandungi penjelasan larangan menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk menyentuhnya. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204)

Wallahu ‘alam...

Tuesday, November 29, 2011


Pegang anjing lagi baik dari bersentuhan dari yang bukan mahram?

Assalamualaikum ,


'Sweet nya korang,jeles la' berpuluh komen dan beratus 'like' yang dilemparkan diatas sekeping gambar di laman web social . The thing is perlu ke anda tunjuk ke-manisan dalam per-couple-an itu ?
Alahh , jeles letew. Tak aihh , tak jeles pun tapi perlu ke yang pengomen itu memberi sokongan padu kepada pengupload gambar sebegitu. Free hair or yang berhijab  sekali pun ramai je yang upload gambar berpegangan ,baru la nampak sweet gitu. Tapi kalau korang bukan dari tulang rusuk kiri lelaki itu camne ? Kesian kat future husband, dapat bekas yang orang dah sentuh sana-sini. Alah sentuh luar je pun , bukan buat apa pun . 

Aku ingat lagi ada sorang insan ni pernah kata 'pegang anjing lebih bagus dari pegang tangan bukan mahram' Gulp, banyak nye dosa aku bertempuk tampar dengan kawan lelaki dulu. Tapi itu dulu ,ada masa lagi kita nak berubah. Mesti ada yang cakap 'Eleh ,owner blog ni macam bagus sangat je' 
I'm not a good muslim either tapi sekadar mengingatkan antara satu sama lain.

Haa , lagi satu kalau tak nak dapat dosa kering tak payah like or komen gambar2 macam tu. Lebih kurang macam korang sokong pulak perbuatan tu . If betul sayang, jangan la sentuh-sentuh gf anda tu. Jaga la maruah dia. Orang kata bercinta lepas kahwin lagi seronok tau. Delete la gambar 'sweet' dari pandangan public.Tak manis gitu, harap-harap tak jadi kat diri aku bak kata pepatah ' Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' 





Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah



Dan realiti hari ini, bersentuhan antara berlainan jantina dianggap biasa .


Informasi tambahan : Hukum memelihara anjing ,Imam Nawawi berkata, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan.


8 Foto) Ketat & Melekat Artis Yang Pasti Buat Ramai Lelaki Akan....


   KALAU sebelum ini Metro Ahad memilih Fasha Sandha dan Rozita Che Wan sebagai dua artis paling seksi, nampaknya takhta itu dirampas Jue Aziz dan Faradhiya apabila paling menjadi tumpuan dengan gaya seksi mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.
   Contohnya Faradhiya paling berani kerana memilih gaya berbeza dan bertentangan ‘style’ yang sering ditampilkan selebriti wanita di acara berprestij seperti ini. Baju rekaan Arif Syukor itu adalah hasil idea Faradhiya sendiri yang turut menentukan bentuk rekaan, potongan dan warnanya. Paling mencuri tumpuan mata tentunya Jue Aziz yang tampil dengan gaun singkat menyerlahkan pahanya yang montok begitu juga bahagian dada bersama perincian baju yang cukup sarat.


abpbh2010
Jue Aziz dan Linda Onn
faradhiyah tak kisah seksi-ABPBH
Faradhiya
Miera Liyana

abpbh2010
rebecca dengan baju ala2 berkemban

abpbh2010
farhan

abpbh2010
Kilafairy(kanan)anak Rohana Jalil

Amanda Imani
Amanda Imani
   Pujian harus diberikan kepada Maya Karin yang memilih kebaya labuh yang begitu anggun. Jika tema klasik menjadi pilihan, pelbagai busana Melayu klasik boleh digayakan terutama kebaya.
"Sesiapa yg memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga haiwan ternak,berburu atau menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setiap hari sebanyak satu qirath."
Hadis riwayat muslim