Bendung harga barang naik sekadar cakap kosong
KUANTAN:
Adun Beserah, Andansura Rabu menyifatkan langkah kerajaan menaikkan
harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen atas alasan pengurangan subsidi,
adalah tidak kena pada masanya.
Tambahnya, jaminan kerajaan untuk memantau bagi membendung kenaikan harga barang ekoran langkah tersebut, hanya cakap-cakap kosong kerana sebelum ini kerap kali gagal.
“Kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah untuk meringankan beban hidup rakyat bukannya menambahkan beban sedia ada.
“Keadaan yang terus menghimpit hidup rakyat berterusan masalah dijangka akan lebih teruk selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Andansura yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang berkata, dakwaan beberapa pihak kononnya harga barang terkawal melalui pemantauan berterusan bukan jaminan tiada kenaikan harga barangan berlaku.
Menurutnya, kenaikan harga barang tetap akan berlaku kerana peningkatan harga minyak mempunyai kesan berantai yang mendorong kepada peningkatan kos pengangkutan.
Menurutnya, langkah kerajaan itu tidak kena masanya kerana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini akibat barangan keperluan yang telah sedia tinggi.
Pada masa yang sama, pendapatan rakyat terutamanya penoreh getah dan pekebun sawit terus tersiksa dengan harga yang merudum.
“Rakyat seolah-olah ditipu sedangkan pada hakikatnya mereka terpaksa berdepan peningkatan kos hidup yang kian membebankan,” katanya.
Andansura berkata, rakyat perlu merancang satu protes dalam bentuk yang lebih berkesan termasuk bantahan berhubung GST tahun depan jika tidak mahu keadaan hidup terus menghimpit. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

Saturday, 11 October 2014
DAP KASI DEDAH, PENGARAH JABATAN PERHUTANAN SABAH (JPS) PEGANG JAWATAN SYARIKAT YANG MENDAPAT KONSESI BALAK.
DAP Sabah mendedahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) Datuk Sam Mannan memegang jawatan dalam syarikat subsidiari Yayasan Sabah (YS) yang turut mendapat konsesi balak di negeri itu.
Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin menerusi satu rakaman video mendedahkan JPS tidak memeriksa nombor dan jenis kayu yang ditebang dan diangkut dari kawasan konsesi YS, dipercayai menyebabkan kerugian jutaan ringgit royalti balak.
Menurut Chan, Sam didapati memegang jawatan dalam dua syarikat, salah satunya Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), anak syarikat milik penuh YS yang menguruskan konsesi hutan di bawah Pengurusan Hutan Lestari terdiri dari 241.098 hektar tanah di Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua.
Siasatan lanjutnya turut mendapati Sam memegang banyak jawatan dalam syarikat yang mendapat anugerah pelbagai projek komersial di negeri itu.
“Ini jelas merupakan konflik kepentingan. Dari satu sisi, Sam mengetuai JPS yang diamanahkan untuk menguruskan hutan dan mengawal selia aktiviti perhutanan.
“Pada waktu sama dia juga adalah orang yang duduk sebagai Lembaga Pengarah RBJ. Saya terkejut mendapati Sam adalah salah seorang daripada Lembaga Pengarahnya.
“Jadi, adakah dia memotong pokok dan memantau sendiri bilangan pokok yang ditebang?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Chan yang juga Adun Sri Tanjong mendedahkan, Sam turut memegang jawatan pengarah syarikat Serijaya Industri Sdn Bhd, Innoprise Corporation Sdn Bhd dan Innoprise Plantations Berhad.
“Semua ini adalah anak syarikat YS yang menjalankan aktiviti perladangan hutan di kawasan konsesi.
“Nampaknya Sam melanggar amalan pengurusan hutan mapan. Bagaimana kita boleh mempercayai pengurangan ketara royalti balak kalau tidak diakibatkan oleh kebocoran?” soalnya.
Beliau menggesa Sam meletakkan jawatan sama ada sebagai Lembaga Pengarah YS atau sebaliknya, untuk membuktikan bahawa dirinya tidak terlibat dalam kegiatan komersial negeri.
Maut dilanggar di lorong tengah
Alor Gajah: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya hampir hancur digilis kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 218 Lebuhraya PLUS di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa berusia lingkungan 30an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan yang rosak di lorong kecemasan menyebabkannya tercampak ke lorong tengah. Mangsa yang terbaring kemudian dilanggar beberapa kenderaan menyebabkan badannya hampir hancur.
Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Tengah terpaksa mengutip cebisan daging mangsa yang bertaburan di atas jalan raya.
KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan.
Mayat mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian.
Lelaki maut selepas terjun dari kereta api Ekspres
TAIPING – Seorang lelaki maut selepas bertindak nekad terjun dari
kereta api yang dinaiki dalam kejadian kira-kira 12.45 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa Masabree Yusoh, 23, warganegara Thailand bertindak nekad terjun dari kereta api dinaiki di Kilometer 81.25, dekat sini.
Menurutnya, mangsa yang menaiki Ekspress Langkawi dijumpai di kawasan pintu masuk ke landasan kereta api Ulu Sepetang, di Kilometer 80.34.
“Ketika kejadian, seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas dalam tren 21 TN Ekspress Langkawi memaklumkan seorang penumpang terjun dari tren di kawasan Ulu Sepetang.
“Kejadian itu dimaklumkan kepada pihak Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Yusuf berkata, anggota polis bantuan itu dan beberapa anggota lain kemudiannya memulakan usaha mencari mangsa yang akhirnya ditemui kira-kira jam 8.55 pagi hari sama.
“Kita jumpa mangsa tertiarap dalam semak dengan kecederaan parah di kepala,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan siasatan masih diteruskan.

Penduduk Kerat Kemaluan Lelaki Cuba Rogol Remaja Perempuan
Kumar dalam keadaan terkejut setelah dibelasah oleh penduduk kampung. |
- Suresh Kumar ditangkap ketika menolak seorang remaja perempuan kearah dinding
- Dia kemudiannya diheret ke kedai pemotong daging dan dipukul selama sejam dengan kayu
- Kemudian kemaluan lelaki itu dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging.
India - Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merogol seorang remaja perempuan kini berada di dalam keadaan kritikal setelah kemaluannya dipotong oleh penduduk tempatan menggunakan pisau pemotong daging.
Setelah mendapati lelaki berusia 40 tahun itu menolak remaja perempuan itu ke dinding, segerombolan warga tempatan yang mendengar jeritan perempuan itu mengheret lelaki berkenaan ke kedai daging berdekatan dimana lelaki berkenaan dipukul dengan kayu selama satu jam sebelum memotong kemaluan lelaki itu.
Penduduk kampung kemudiannya membuang bahagian badan Kumar yang telah dikerat ditengah-tengah jalan dan meninggalkan Kumar dalam keadaan cedera parah.
Aamir Dhawan, seorang penduduk berkata " Tak ada sesiapa yang mahu menolong Kumar kerana mereka tahu dia telah dihukum atas kesalahannya".
Menurut Dhawan lagi, sebelum ini banyak kes jenayah yang terjadi keatas perempuan dan perkara ini patut dihentikan - SiakapKeli.com
Sumber : dailymail
Kenali
Najib antara lima pemimpin dunia yang paling boros
Bayaran lembaga konsultannya menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.
PETALING
JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai
antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan
portal Indonesia, www.merdeka.com.Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.
Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11.8 miliar.
Seterusnya adalah mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48.5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.
Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5.8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8.4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3.9 triliun dalam satu tahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294.2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.
Pulau Babi Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang
Pulau
yang terletak di kepulauan di Bahamas ini tidak didiami oleh manusia
tetapi penuh dengan babi liar. Yang buat pulau ini jadi terkenal
disebabkan babi-babi di situ pandai berenang.
Menurut sumber dari Wikipedia, terdapat kira-kira 20 ekor babi yang mampu berenang di pulau ini, bersama-sama beberapa ekor kambing dan kucing liar turut dijumpai (tak tahu pula jika kambing dan kucing tersebut juga boleh berenang). Mengikut beberapa sumber, babi-babi tersebut hidup di pulau tak berpenghuni ini disebabkan mereka diletakkan di situ oleh sekumpulan pelayar yang berhasrat untuk balik semula dan menjadikannya sebagai makanan. Pelayar-pelayar tersebut tidak pulang-pulang dan kawanan babi tersebut hidup dengan memakan lebihan makanan yang dibuang kapal yang berlalu.
Ada juga cerita mengatakan kawanan babi itu datang dari kapal yang karam dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, dan ada juga berpendapat mereka datang dari pulau-pulau yang berdekatan. Walau apa pun teori dari mana datangnya kawanan babi ini, ianya tetap merupakan suatu pemandangan yang sangat pelik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan