Sabtu, 18 Oktober 2014

KITA IBARAT NAIK KAPAL SINGGAH DISEBUAH PULAU/DUNIA...KITA BUAT APA2 AKTIVITI DIPULAU/DUNIA INI...SAMPAI MASA KITA DIPANGGIL UNTUK NAIK KAPAL BALIK MENUJU PULAU YANG KEKAL IAITU AKHIRAT....TAKUT KITA DIPANGGIL DIWAKTU TENGAH SIBUK BUAT MAKSIAT...TAK SEMPAT BAWA BEKALAN




Bimbang Pulau Pisang Senasib Pulau Batu Puteh


Nama Pulau Pisang mungkin tidak sepopular Pulau Batu Puteh yang pernah mendapat tumpuan dunia di mana rebutan ke atas pulau itu dibawa sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beberapa tahun lalu.

Namun nasib Pulau Pisang dibimbangi serupa dengan Pulau Batu Puteh yang akhirnya diputuskan jatuh ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008 lalu.

Pastikan anda subscribe Sinar.TV dan ikuti kami di:
http://impiana.karangkraf.com
http://www.karangkraf.com
http://www.sinarharian.com.my
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://twitter.com/SinarOnline
http://instagram.com/sinar.tv

Suara Latar: Raziatul Hanum Rajak
Suntingan: Dhiyaul Ashraf

Wanita Selamba Berjemur Tak Pakai Coli di Pantai Port Dickson



Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik. Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai. "Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. - hmetro

Friday, 17 October 2014


Punca Sebenar di Sebalik Kejadian Ibu Kandung Di Ro gol Anak Sendiri


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk

"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Gambar Hiasan. UTUSAN ONLINE 

 

 


Gigit ekor elak tergelincir dalam kolam
  • Gigit ekor elak tergelincir dalam kolam
1 / 1
BUKAN sahaja manusia, bahkan haiwan pun boleh tunjukkan sifat kerjasama berpasukan.

Dalam sebuah video yang dipaparkan melalui portal Metro.co.uk, kita dapat menyaksikan komunikasi hebat antara dua ekor anjing dalam membantu satu sama lain.

Melalui paparan video itu, kelihatan seekor anjing mengigit ekor anjing yang lain bagi mengelakkan ia tergelincir ke dalam kolam renang ketika bergelut mencapai bola yang berada di permukaan air.

Akhirnya bola tersebut berjaya diperoleh dan anjing itu tidak terjatuh ke dalam kolam renang.

Kedua ekor anjing tersebut merupakan binatang peliharaan yang dikenali sebagai ‘shaggy dogs’.

Video tersebut dikatakan menjadi popular untuk seketika dan dikongsikan oleh 3,700 pengunjung laman berkenaan setakat ini.10:20AM - 18 Oct 2014

Blog pro-Umno: Taja Che Ta lebih bernilai


Satu blog pro-Umno tampil memberi sokongan kepada firma KPJ Healthcare yang dilaporkan membelanjakan RM10,000 untuk tajaan kos rawatan melahirkan anak bagi pelakon popular Rozita Che Wan.

Tulisan di blog Mykmu.net itu turut mempersoalkan kewajaran NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membangkitkan dakwaan bahawa tajaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut tulisan berkenaan, tajaan itu merupakan pelaburan lebih bernilai kerana menjadi satu bentuk iklan yang akan membolehkan hospital berkenaan meraih lebih banyak hasil.

“Menaja Rozita atau Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa nilai pulangan periklanan bernilai ratusan ribu.

“Che Ta merupakan artis yang punya ramai peminat dan pasti menghiasi muka-muka depan akhbar tempatan (kerana ia boleh dijual) dan lembaran muka hiburan selama berhari-hari,” tulisan itu dipetik.

Menurut penulis berkenaan, KPJ Healthcare seterusnya akan dapat membuat sumbangan lebih besar dalam bentuk cukai dan zakat.

"Che Ta merupakan wanita melebih umur 40 tahun. Wanita pada usia sebegini sebenarnya sangat tinggi risiko ketika bersalin.

"Insya-Allah bila beliau bersalin dengan selamat, ia akan memberi penarafan yang baik kepada kepakaran KPJ.

“Hospital KPJ ialah cabang perniagaan yang kosnya berharga ratusan juta ringgit setiap bulan bukannya hospital kebajikan macam hospital kerajaan.

“Namun KPJ juga membayar cukai dan zakat bernilai puluhan juta yang kemudiannya digunakan kerajaan untuk membantu orang miskin dan kurang mampu,” tulisan itu dipetik.

Penulis yang menggunakan nama AJAB itu juga mendakwa, KPJ Healthcare menjadi sasaran kritikan kerana kakitangan hospital itu banyak terdiri daripada golongan Melayu.

“KPJ juga banyak membantu orang miskin, namun dilupakan kerana isu ini dan dijadikan bahan untuk membelasah satu syarikat yang dipenuhi orang Melayu.

Menurut penulis itu lagi, tajaan itu juga akan meningkatkan lagi kewibawaan dalam bidang perubatan memandangkan proses melahirkan anak akan lebih berisiko bagi wanita dalam kelompok umur seperti Rozita.

Rozita, 41 dijangka akan melahirkan anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin dalam tempoh dua minggu lagi.

SAMM semalam dalam kenyataannnya meminta Hospital Ampang Puteri milik KPJ Healthcare menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon yang sering mendapat tajaan itu.

Menurut jurucakapnya, artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin, berbanding ramai lagi rakyat negeri Johor yang tidak mendapat keistimewaan di pusat perubatan milik KPJ.

October 6, 2014


Inilah Akibat Melakukan S3ks Yang Pasti Mengejutkan Ramai !


Artikel ini mengandungi gambar 18+..Tidak sesuai untuk yang berusia 17 tahun ke bawah. Bagi yang dewasa baca danlihat selanjutnya

Kejadian yang berlaku di Argentina ini terpaksa di sembunyikan dari pengetahuan orang ramai untuk mengelakan sebuah keluarga ini ditangkap.
Ini lah akibat apabila penternak melakukan hubungan s eks dengan seekor kambing yang menyerupai manusia. Baca selanjutnya kisah ini

Imej anak kambing itu mula tersebar apabila seorang rakan dari ahli keluarga tersebut telah memat naik di internet untuk menunjukan imej apabila persetubuhan antara kambing dan manusia berlaku.

Nota : Keluarga ini turut dikecam teruk oleh penduduk setempat dan keluarga tersebut juga menafikan bahawa mereka telah mero gol kambing tersebut.
Ibu tunggal hati batu
  • Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin. Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.
1 / 1
DUNGUN – Kunjungan seorang ibu tunggal ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia ditahan bersama pasangannya itu dalam satu serbuan di sebuah rumah, dekat Tanah Lot, pagi kelmarin.

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan baharu dua hari datang ke Dungun dan menumpang di rumah teman lelakinya sementara menunggu tawaran kerja.

Namun, nasibnya kurang baik apabila dia ditahan bersama teman lelakinya itu selepas disyaki mengambil dadah berbahaya.

Ibu tunggal empat anak itu mengakui, dia pernah ditahan kerana disyaki terbabit kes jenayah, selain turut didenda RM3,000 kerana didapati bersalah mengambil dadah.

Namun, hukuman itu gagal memberi pengajaran apabila wanita berasal dari Kampung Raja, Besut itu terjebak semula dalam penyalahgunaan dadah berikutan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine (pil kuda).

Hasil pemeriksaan lanjut dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah Jalan Yahaya Ahmad itu turut menemui sejumlah dadah jenis syabu, heroin dan juga pil kuda dipercayai milik lelaki terbabit, yang dikatakan turut mempunyai rekod jenayah lain termasuk memiliki barang kes pecah rumah.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan berkenaan.

 








Friday, 17 October 2014


HASIL KAJIAN YANG MEMBUAT PARA PENDOKONG DAN PENYOKONG UMNO BERASA AMAT BANGGA .... MALAYSIA BERADA DI KEDUDUKAN 126 DARIPADA 196 NEGARA DARI SEGI KELAJUAN INTERNET .. DIBELAKANG KEMBOJA DAN VIETNAM!!!!



KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

APAKAH SELEPAS PENDEDAHAN INI, MAKA AKAN KEDENGARAN SUARA-SUARA SUMBANG OTAK MASUK AIR, SUPAYA BERPINDAH SAHAJA KE KEMBOJA DAN VIETNAM.

PALING TERUK NANTI SI KULUP AKAN PERGI KE BALAI POLIS DANG WANGI BUAT LAPORAN POLIS SEBAB MENGHINA DAN MENGAIBKAN NEGARA DENGAN PENDEDAHAN INI.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK
.

July 5, 2014

Artis-Artis Dan Selebriti Tempatan Yang Meninggal Di Usia Muda

Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka...

Yanie Mentor
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.



Acik Spin
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.


Din Beramboi
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.


Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Faizal Yusof

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.


ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir

Al Fatihah... Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah


Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.

ARIFF JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER HATI
KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.

Kata Salamiah Hassan kepada kami, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

"Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu," katanya

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.

"Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.

"Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi," katanya lagi.

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.

Kami mengucapkan takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

11 October 2014

10 GAMBAR ARTIS JANDA PALING HOT DI MALAYSIA


10 ARTIS JANDA PALING HOT DI MALAYSIA | KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?



1). Liza Abdullah

Namun, dua orang aktres yang Murai sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.


2). Erra Fazira

Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi Murai berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.



3). Nora Danish

Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.


4). Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.



5). Maya Karin

Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.



6). Rita Rudani

Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.


7). Raja Azura

Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.


8). Norish Narman

Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.


9). Jasmin Hamid


Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.



10). Noniswara


Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.


Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.


Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?

Tiada ulasan: