21 October 2014
Iblis Dan Seksaannya
(Q.S. Ali Imran: 32)
Yakin Allah tidak mengampuni atau menerima taubat mereka seperti tidak diterima taubatnya iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka. Namun Allah menerima taubat Nabi Adam as kerana dia mengakui dosanya dan menyesalinya. Juga dia mencela dirinya. Meskipun bukan dosa yang hakiki kerana rasul itu maksum dari maksiat selamanya. Oleh kerana itu dia dan Hawa berkata:
"Kami telah menganiaya diri kami. Jika engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihani kami, tentulah kami termasuk orang-orang yang rugi."
(Q.S. Al A'raf: 23)
Adam menyesal segera bertaubat dan tidak putus asa dari rahmat Allah. Seperti firmannya: "Dan mereka tidak putus asa dari rahmat Allah."
(Q.S. Az Zumar: 53)
Adapun iblis tidak mengakui dosanya, tidak menyesalinya, tidak mencela dirinya dan tidak segera bertaubat malah putus asa dari rahmat Allah dan sombong. Barang siapa seperti iblis, Allah tidak akan menerima taubatnya. Dan sesiapa seperti Adam Allah akan menerima taubatnya. Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan Allah.
Maksiat Adam adalah dari syahwat. Sedangkan maksiat iblis datang dari kesombongannya.Diceritakan bahawa iblis datang kepada Nabi Musa as. Dia berkata kepadanya, "Allah telah memeliharamu dengan risalah-Nya dan berbicara padamu?"
Musa menjawab, "Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai iblis?"
iblis berkata, "Ya Musa, katakan kepada Tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat."
Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa, Kuterima taubatnya jika dia sujud pada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal itu. iblis marah dan dengan sombongnya iblis berkata, "Sedangkan di Syurga aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula dia telah mati?"
Diceritakan bahawa amat pedih seksa bagi iblis di Neraka. Maka dikatakan kepadanya, "Bagaimana seksa Allah padamu?"
iblis menjawab, "Amat pedih." Lalu dikatakan kepadanya, "Adam berada di Syurga, sujudlah padanya dan minta ampun supaya Allah mengampunimu," iblis menolak . maka diberatkan lagi seksaan baginya sebanyak tujuh puluh kali ganda.
Tersebut dalam khabar. Sesungguhnya Allah megeluarkan iblis dari Neraka setiap seratus ribu tahun sekali. Demikian pula Adam dikeluarkan. Lalu Allah memerintahkan iblis sujud pada Adam. Namun iblis menolak. Maka dikembalikan lagi ke Neraka.
Saudaraku, jika engkau ingin selamat dari iblis, mohonlah perlindungan dari Allah S.W.T.
Ketika datang hari Kiamat, maka diletakkan kerusi dari Neraka. iblis duduk di atasnya. Lalu syaitan dan orang-orang kafir mengelilinginya. Suaranya bagaikan suara himar. Dia berkata, "wahai ahli Neraka, sudahkah kau terima janji Allah ini?" Mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah menunaikan janji-Nya." Allah berkata. "Ini adalah hari putus asa dari rahmat." Allah memerintahkan Malaikat memukuli mereka dan pengikutnya hingga mereka berhiruk-hiruk di dalamnya sampai sehingga empat puluh tahun dan tidak dikeluarkan selama-lamanya. Na'uzubillah.
Diceritakan pula pada hari Kiamat, iblis diperintahkan duduk di atas kerusi dari api, di lehernya berkalung laknat dan Allah memerintahkan Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang ke Neraka. namun mereka tidak mampu. Lalu Allah perintahkan Jibril dan lapan puluh Malaikat untuk itu juga tidak boleh. Kemudian diperintahkan pula Israfil dan Izrail. Masing-masing membawa lapan puluh Malaikat namun mereka juga tidak upaya. Kemudian Allah berkata kepada mereka, "Kalaupun Malaikat yang telah Ku-jadikan berlipat ganda, mereka tidak akan mampu memindahkan iblis kedalam Neraka kerana beratnya kalung laknat pada lehernya."
Dirawikan bahawa nama iblis dilangit dunia ialah 'abid. Di langit kedua, zahid. Di langit ketiga, 'arif. Di langit keempat, wali. Di langit kelima, at taqi. Di langit yang ke enam, al-khozin dan di langit yang ke tujuh, azazil dan di Lauhul Mahfuz, iblis. Dia lupa akibat urusannya. Maka Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam. Dia berkata, "apakah dia lebih mulia dari aku? Bukankah aku lebih mulia darinya? Kau jadikan aku dari api dan Kau jadikan dia daripada tanah" Allah berkata, "Aku boleh berbuat sekehendak-Ku."
(Iblis Dan Seksaannya | KHALIFAH
http://khalifahalhidayah.blogspot.com )
iblis mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak, dimana Malaikat telah sujud pada Adam. Ketika mereka(Malaikat) bangun dan melihat iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua untuk bersyukur. Namun iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal.
Lalu Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepalanya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar, bibirnya bagaikan bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali. Allah sentiasa melaknatinya sampai hari Kiamat. Kerana dia kafir. Dari Malaikat yang paling agung menjadi sedemikian rupa.
Sesungguhnya ia adalah merupakan peringatan.Tersebut dalam Atsar: Ketika Allah SWT menjadikan iblis sedemikian rupa, maka Jibril dan Mikail menangis. Allah SWT berkata kepadanya, "mengapa kamu menangis?" Keduanya berkata, "Ya Tuhan kami, kami tidak berkuasa di atas kekuasaan-Mu," AllahSWT berkata, "Ya, sedemikian pula kalian tidak berkuasa atas kekuasaan-Ku,"
Dirawikan iblis berkata, "Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak kuasa keatasnya, kecuali dengan peguasaan-Mu."
Allah berkata, "Engkau Ku-kuasakan atasnya. Yakni, atas anak cucunya."
Kerana para Nabi selamat dari iblis maka iblis berkata, "Berilah aku kuasa lagi,"
Allah berkata, "Setiap ia beranak kau pun beranak."
iblis memohon lagi, "berilah aku lagi."
Allah berkata, "Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anak.
Sesatkanlah mereka dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu!"
Lalu Adam berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada iblis keatasku, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolongan-Mu."
Allah berkata, "Setiap umatmu akan dijaga oleh Malaikat."
Adam memohon lagi "Tambahilah aku."
Allah berkata, "Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala sepuluh kali ganda."
Adam berkata lagi, "Tambahilah aku lagi".
Allah berkata, "Aku terima taubat mereka selama mereka masih hidup"
Adam berkata lagi, "Tambahilah aku."
Allah berkata lagi, "Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan."
Adam berkata lagi, "Baiklah aku telah merasa senang sekarang."
Kemudian iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusi dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?"
Allah berkata, "Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Qur'an mu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."
islam2u.net
LIVE 20-10-14][CERAMAH PERDANA] ISLAM VS YAHUDI [USTAZ AUNI MOHAMED]
[LIVE 20-10-14][CERAMAH PERDANA] ISLAM VS YAHUDI [USTAZ AUNI MOHAMED]
Written By canang on Isnin, 20 Oktober 2014 | 10/20/2014 10:58:00 PTG
Noah Zig shared Zar Ali III's photo.
13 hrs ·
Zar Ali III with Bunga Syuhada and 48 others
Monday, October 20, 2014.
Negara Islam (?) M'sia Jadi 'tong sampah' Lambakan Pelacur?
Posted by Ibnu Hasyim
11 pelacur warga India ditahan di ‘hotel reban ayam’
IPOH – Walaupun sebuah hotel bajet di Jalan Pasir Puteh di sini layak dipanggil sebagai ‘reban ayam’ kerana keadaan yang suram, kotor dan menjijikkan namun premis itu menjadi tarikan dalam kalangan lelaki yang kemaruk seks dengan harga murah serendah RM30.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar dalam serbuan pukul 11 pagi selepas premis itu diserbu pihak berkuasa dan berjaya menahan 11 pelacur warga India dan dua lelaki warga asing. Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 36 tahun.
Difahamkan, kesemua wanita yang dibayar kira-kira RM1,000 sebulan tinggal di premis itu dan menawarkan khidmat seks di tempat sama sejak setahun lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, tangkapan itu melibatkan 11 pelacur yang kesemuanya warga India dan dua pelanggan masing-masing lelaki warga Bangladesh dan warga India.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara Islam (?) Malaysia kini sudah menjadi 'tong sampah' tempat lambakan pelacur-pelacur berbagai kelas dari a smpai z?
Tak malukah kita, di mana nak letak muka pemimpin-pemimpinnya? (IH)
Ibnu Hasyim.
Negara Islam (?) M'sia Jadi 'tong sampah' Lambakan Pelacur?
Posted by Ibnu Hasyim
11 pelacur warga India ditahan di ‘hotel reban ayam’
IPOH – Walaupun sebuah hotel bajet di Jalan Pasir Puteh di sini layak dipanggil sebagai ‘reban ayam’ kerana keadaan yang suram, kotor dan menjijikkan namun premis itu menjadi tarikan dalam kalangan lelaki yang kemaruk seks dengan harga murah serendah RM30.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar dalam serbuan pukul 11 pagi selepas premis itu diserbu pihak berkuasa dan berjaya menahan 11 pelacur warga India dan dua lelaki warga asing. Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 36 tahun.
Difahamkan, kesemua wanita yang dibayar kira-kira RM1,000 sebulan tinggal di premis itu dan menawarkan khidmat seks di tempat sama sejak setahun lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, tangkapan itu melibatkan 11 pelacur yang kesemuanya warga India dan dua pelanggan masing-masing lelaki warga Bangladesh dan warga India.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara Islam (?) Malaysia kini sudah menjadi 'tong sampah' tempat lambakan pelacur-pelacur berbagai kelas dari a smpai z?
Tak malukah kita, di mana nak letak muka pemimpin-pemimpinnya? (IH)
Ibnu Hasyim.
Hukum Pegang Anjing – DrMAZA
ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara
sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut
pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini
yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki
oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;
Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi
golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi
kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada
mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya
(pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya
terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari
kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat
kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati
cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya
adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan
lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka
ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf:
175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.
Memelihara Anjing Dalam Rumah?
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan
anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang.
Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki
kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang
dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak
mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan
hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya.
Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang
telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya
anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat
demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak
binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana
kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
www.matabulat.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan
dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah
pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan
pandangan dan pendirian kami.
Biar gambar berbicara
LikeLike · · ShareInilah Alasan Ilmiah di Balik Larangan Berduaan (Khalwat) Pria dan Wanita
Akhwatmuslimah.com – Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang pria dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui alasan ilmiah di balik perintah itu.Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap kondisi khalwat itu?
Baru-baru ini, sebuah penelitian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.
Para peneliti di Universitas Valencia menegaskan bahwa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarik yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam tubuh. Meskipun subjek penelitian mencoba untuk melakukan penelitian atau hanya berpikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi penelitian. Namun hal tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari sekresi hormon tersebut.
“Cukuplah anda duduk selama lima menit dengan seorang wanita. Anda akan memiliki proporsi tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah temuan studi ilmiah baru-baru ini yang dimuat pada Daily Telegraph!
Para ilmuwan mengatakan bahwa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk kinerja tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan proporsi yang rendah, namun jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian dapat menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan berakibat pada diabetes dan penyakit lainnya yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.
Bentuk yang menyerupai alat proses hormon penelitian tersebut berkata bahwa stres yang tinggi hanya terjadi ketika seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada saat wanitanyamemiliki daya tarik lebih besar! Tentu saja, ketika seorang pria bersama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan terjadi efek dari hormon kortisol. Seperti halnya ketika pria duduk dengan seorang pria aneh, hormon ini tidak naik. Hanya ketika sendirian dengan seorang pria dan seorang wanita yang aneh!
Para peneliti mengatakan bahwa pria ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membangun hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam penelitian lain, para ilmuwan menekankan bahwa situasi ini (untuk melihat wanita dan berpikir tentang mereka) jika diulang, mereka memimpin dari waktu ke waktu untuk penyakit kronis dan masalah psikologis seperti depresi.
Nabi saw mengharaman khalwat
Kita semua tahu hadits yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang laki-laki berkhlawat dengan wanita kecuali setan adalah yang ketiga, hadits ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang pria dengan wanita asing atau bukan mahramnya . karena itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita menghindari banyak penyakit sosial dan fisik.
Ketika seorang beriman mampu menghindari diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan menghindari diri dari berkhalwat dengan mereka, maka ia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit epidemi dan masalah sosial, dan mencegah individu dari berbagai penyakit …
Kami sampaikan kepada mereka yang tidak puas dengan agama kami yang hanif: Bukankah Islam sebagai agama layak dihormati dan diikuti? mnh/alkaheel
Sumber : Eramuslim
Akhirnya identiti gadis seksi yang dipeluk Zul Ariffin didedahkan
Aktor kacak paling menjadi kegilaan ramai wanita, Zul Ariffin pernah mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila sekeping gambar memeluk seorang gadis seksi telah tersebar.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah kelab dan beliau didakwa mabuk. Untuk melihat gambar dan identiti si gadis jelita itu serta mengetahui cerita selanjutnya, korang boleh baca di SINI. Harap dengan penjelasan ini akan meredakan spekulasi tentang Zul.
Wajah penganjur & Ustaz Yang Menganjurkan Program Pegang Anjing
Dipetik dari MutiaraPost.com,
Inilah Muka
Penganjur Dan Ustaz-Ustaz Yang Menganjurkan Kempen Pegang Anjing. Yang
Admin Hairanya Kenapa Ustaz-Ustaz Yang Bagi Ceramah Semasa Kempen Pegang
Anjing Tidak Pulak Pegang Anjing...??Mudahnya Memesongkan Akidah Umat Islam. Yang Umat Islam Pergi Dan Pegang Anjing Tue Bagai Tak Rasa Bersalah Atau Tidak Boleh Fikir Kew Walau Macam Mana Pun Anjing Tue Tetap Haram Bagi Umat Islam!
Setelah diselidik, Program ini mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor. Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang pengunjung yang hadir di program berkenaan
Apakah
penganjuran kempen yang dikatakan membantu orang ramai terutamanya umat
Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing itu adalah dengan
mewujudkan amalan menjadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan
seperti kucing?
Persoalan
inilah yang dikemukan oleh Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abdul Wahid yang
nyata kecewa dengan penganjuran program tersebut.
Katanya lagi
penganjuran seperti itu membawa mesej menjurus kepada fahaman
liberalisme atau sengaja ingin mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat
di negara ini dan ianya perlu ditolak.
Umat Islam
harus memahami walaupun anjing juga adalah makhluk Allah tetapi bezanya
anjing dan babi adalah mereka terdiri dari kumpulan haiwan yang boleh
menyebabkan najis berat (mughalazah).
Apakah
tujuan penganjuran ini untuk membawa satu budaya baru yang mahu umat
Islam memegang anjing dan seterusnya timbul minat untuk memeliharanya
pula seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing ?
Aidit
Ghazali seorang ilmuan fiqh berkata penganjuran kempen ini merupakan
strategi halus gerakan untuk mempromosikan fahaman liberal dalam
pemikiran kalangan umat Islam di negara ini. Katanya lagi hasrat untuk
membuang stigma memegang anjing adalah kempen yang bodoh dan ada banyak
lagi kempen yang bagus seperti kempen mendekati masjid dan hukum Islam.
Sementara
itu exco pemuda Umno Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata di dalam
twitternya umat “Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk
anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) adalah sangat
janggal”.
Ustaz Kazim
Elias juga di dalam entri facebooknya turut mempersoalkan niat penganjur
mengadakan kempen tersebut.Berikut adalah apa yang dikatakannya :
Salam
sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk
mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk
dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing
utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah
tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg
binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn
ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2
nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa?
Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang
mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen
pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan
babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan
agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat
kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen
menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg
dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan
ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan
mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp
dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk
menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen
secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah
tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai
anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn
alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah
mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya
kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup
halus matahatinya utk meneliti….
Kita
berharap agar umat Islam di Malaysia jangan membiarkan diri mereka terus
diperbodohkan dengan agenda-agenda jahat tersembunyi ini. Tujuan mereka
adalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di dalam
negara ini. Ternyata kempen”touch a dog” itu telah berjaya membuat
segelintir umat Islam bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar
sambil memeluk anjing. Apakah selepas ini bila kita sudah liberal
sangat kita akan mula menganjurkan kempen “Jom pegang babi” atau “Jom
melawat pasar babi” dan lain-lain lagi?
Sumber mymediahubonline.blogspot.com
Kempen sentuh anjung, Mufti suruh taubat
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.
Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.
“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.
“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.
Memalukan !!!!
Boikot Barangan Cina Dap ORI added 8 new photos.
Umat
Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dgn tangan yg kering
adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. Bukan pegang
dan bela secara sengaja.
click like page >> Boikot Barangan Cina Dap ORI
click like page >> Boikot Barangan Cina Dap ORI
Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam
termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith
yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana
memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
Allahua'lam
-ketua pengakap-
click like page:
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapORI
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
Allahua'lam
-ketua pengakap-
click like page:
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapORI
LikeLike · · Share
ANGGOTA Parlemen Israel keturunan Arab, Haneen Zoabi, membuat kegemparan di negaranya. Tak tanggung-tanggung, Zoabi menyebut tentara Israel lebih biadab dari ISIS.
“Islamic State membunuh satu orang dengan pisau, tapi tentara Israel membunuh puluhan warga Palestina (hanya) dengan menekan tombol,” katanya, dalam sebuah wawancara dengan Channel 2 itu seperti diberitakan Jerusalem Post, Minggu (19/10).
Ucapan Zoabi itu tentu saja menampar Israel. Wanita yang turut dalam rombongan Mavi Marmara ini meminta negaranya untuk berkaca atas kebiadaban Israel terhadap jutaan rakyat Palestina.
“Pilot Angkatan udara yang menekan tombol itu tidak kurang teroris daripada mereka yang mengambil pisau dan memotong kepala,” katanya.
Zoabi mengacu pada Perang Gaza yang menewaskan 2.130 warga Palestina, termasuk 570 anak-anak, dan 11 ribu terluka. Ia juga menyebut tentara Israel lebih biadab saat membunuh bocah wanita berusia lima tahun di Tepi Barat.
Ucapan Zoabi sontak menimbulkan kemarahan petinggi Israel. Anggota Partai Likud Miri Regev menyebut Zoabi sebagai musuh yang berbahaya bagi Israel dan harus masuk dalam penjara. [rn/Islampos]
Dunia
Gempar! Anggota Parlemen Israel Sebut Tentara Israel Lebih Biadab dari ISIS
Senin 25 Zulhijjah 1435 / 20 October 2014 22:55ANGGOTA Parlemen Israel keturunan Arab, Haneen Zoabi, membuat kegemparan di negaranya. Tak tanggung-tanggung, Zoabi menyebut tentara Israel lebih biadab dari ISIS.
“Islamic State membunuh satu orang dengan pisau, tapi tentara Israel membunuh puluhan warga Palestina (hanya) dengan menekan tombol,” katanya, dalam sebuah wawancara dengan Channel 2 itu seperti diberitakan Jerusalem Post, Minggu (19/10).
Ucapan Zoabi itu tentu saja menampar Israel. Wanita yang turut dalam rombongan Mavi Marmara ini meminta negaranya untuk berkaca atas kebiadaban Israel terhadap jutaan rakyat Palestina.
“Pilot Angkatan udara yang menekan tombol itu tidak kurang teroris daripada mereka yang mengambil pisau dan memotong kepala,” katanya.
Zoabi mengacu pada Perang Gaza yang menewaskan 2.130 warga Palestina, termasuk 570 anak-anak, dan 11 ribu terluka. Ia juga menyebut tentara Israel lebih biadab saat membunuh bocah wanita berusia lima tahun di Tepi Barat.
Ucapan Zoabi sontak menimbulkan kemarahan petinggi Israel. Anggota Partai Likud Miri Regev menyebut Zoabi sebagai musuh yang berbahaya bagi Israel dan harus masuk dalam penjara. [rn/Islampos]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan