Isnin, 27 Oktober 2014

MENUDUH DAN PENYOKONG....DITUDUH DAN PENYOKONG...AKHIRAT DIKUMPUL...LAST KOPEK BICARA DI MAHKAMAH ALLAH SWT...NERAKA UNTUK YANG KALAH...SYURGA UNTUK YANG MENANG...PERKARA INI PASTI TIBA






Pecatlah saya kalau berani, kata pemimpin pelajar UM




Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata ancaman penjara tidak mempengaruhinya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyedarkan rakyar Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. – Gambar ihsan, 26 Oktober, 2014.Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata ancaman penjara tidak mempengaruhinya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyedarkan rakyar Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. – Gambar ihsan, 26 Oktober, 2014.Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.
Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya.
"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.
"Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.
"Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."
Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah.
Pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial itu katanya diinspirasi oleh profesor, pensyarah dan rakan pelajarnya untuk menyahut cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan.
"Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa.
"Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar," kata Fahmi.
Pemimpin pelajar itu kini bermasalah dengan pentadbiran universiti kerana menjemput ketua pembangkang dan alumni UM Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk berucap pada malam rayuan kes liwat beliau.
Program yang bertajuk "40 tahun dari UM ke Penjara" diumumkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana akan "merosakkan imej" universiti.
Namun Majlis Perwakilan Pelajar UM yang diketuai Fahmi bukan sahaja ingin meneruskan dengan program tersebut, tetapi juga menggunakannya sebagai platform untuk memulakan gelombang "reformasi" kedua – seruan pembaharuan yang pernah dibuat Anwar selepas dipecat dari Kabinet.
Majlis Perwakilan Pelajar UM itu menjemput pelajar dari seluruh negara supaya menghadiri program tersebut serta berkumpul di Putrajaya keesokan harinya untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar ketika rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan.
"Kami akan membantah untuk menunjukkan kepada pemimpin kami tidak puas hati dengan sistem dan supaya mereka membuka mata dan telinga. Belia akan bangkit dan masyarakat akan turut serta membanteras ketidakadilan," kata Fahmi.
"Kami mahukan Malaysia baru. Mari kita hentikan politik lama yang hanya menyakitkan kita."
Fahmi bukan aktivis yang pertama dalam beberapa tahun ini yang mencabar kerajaan dengan kegiatan aktivis sosial, dan mungkin bukan yang terakhir sementara ahli akademik yang lantang bersuara seperti Profesor Dr Azmi Sharom dan Dr Abdul Aziz Bari tetap mengajar belia tentang kepentingan demokrasi sebenar.
Fahmi mengikut jejak langkah seniornya Adam Adli, Safwan Anang dan Ali Abd Jalil – semuanya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Adam dan Safwan kedua-duanya bersumpah akan meneruskan kegiatan aktivis sosial mereka dan tidak ditakutkan dengan ancaman penjara, sementara Ali mengumumkan semalam mencari suaka politik di Sweden.
Walaupun Fahmi berkata dia sanggup diheret ke penjara untuk Malaysia yang lebih baik, dia mengakui ibu bapanya risaukan keselamatannya dan kemungkinan biasiswanya akan ditarik.
Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia anak yang ketiga dari enam adik-beradik dan ibu-bapanya tidak mampu membayar yuran tuisyennya jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  tidak meneruskan biasiswa pelajaran baginya.
Ugutan seperti itu tidak mustahil. Pada bulan Jun, seorang bekas pelajar JPA dan pelajar Australian National University, Aslam Abd Jalil diminta memberi surat tunjuk sebab dari jabatan kerana menyertai forum tentang kaum, agama dan kerabat diraja oleh Ahli Parlimen Tony Pua.
"Ibu-bapa saya agak risau, tetapi saya yakinkan mereka saya sedang lakukan ini demi negara, demi mereka dan adik beradik saya," kata Fahmi.
"Saya katakan kepada mereka, jika bukan diri sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Kita tidak boleh biarkan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang."
Dia menambah, sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga.
Sebagai seorang belia bujang tanpa tanggungjawab, dia menghabiskan masa menjadi sukarelawan di pusat kanak-kanak yatim dan membaca buku tentang sains politik.
"Saya gemar membaca buku tentang kehidupan tokoh politik seperti biografi Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad, serta tulisan mereka," katanya, menambah dia sedang memikirkan kerjaya dalam politik untuk masa depan.
"Sejak saya menyertai pilihan raya kampus, menjadi cita-cita saya untuk menjadi calon negeri atau kerusi Parlimen selepas saya selesai belajar. Namun sementara saya masih pelajar saya tidak akan menyertai apa-apa parti dan kekal tidak berat sebelah."
Apabila disoal mengapa dia begitu tegas dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), Fahmi membangkitkan defisit bajet dan penggunaan Akta Hasutan oleh Putrajaya untuk mendiamkan pengkritik sebagai puncanya.

Dia berkata sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM, dia juga mengalami sendiri bagaimana BN tidak mempedulikan belia.
"Saya menjadi calon dua kali dalam pilihan raya kampus, jadi saya ada berunding dengan kerajaan beberapa kali. Mereka selalu katakan mereka mahu idea tentang bagaimana untuk memperbaiki diri, tetapi apabila idea diberi mereka tidak pandang pun."
"Sekarang mereka katakan kita tidak mematuhi kerajaan dan universiti. Tetapi ini semua tidak perlu berlaku sekiranya mereka mendengar suara kita apabila kita gunakan saluran yang rasmi."
Fahmi berkata dengan kebangkitan pelajar pada Isnin dan Selasa, dia berharap sesuatu yang "lebih besar" akan berlaku di seluruh negara yang akan memaksa kerajaan sedar ia tiada pilihan selain berubah.
"Saya ingin melihat Malaysia berdiri dan membenarkan Malaysia yang sebenar – seperti yang patut, dengan kekuatan dan sumber dan kekayaannya.
"Saya inginkan Malaysia ditadbir mereka yang prihatin dengan rakyatnya dan akan menerajui negara ke hadapan, membawa semua kaum bersama sebagai satu. – 26 Oktober, 2014.

Polis ambil alih keselamatan UM halang pidato Anwar esok ‎

Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih keselamatan universiti pada 27 Oktober dan semua pintu pagar university akan ditutup mulai jam 4 petang kecuali pintu pagar utama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014. Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih keselamatan universiti pada 27 Oktober dan semua pintu pagar university akan ditutup mulai jam 4 petang kecuali pintu pagar utama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) ‎bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
"Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.
"Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.
"Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober," katanya.
Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang.
HEP UM turut melarang pelajarnya menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971 selepas memutuskan program itu haram kerana tidak mendapat kelulusan universiti.
"Mana-mana pelajar yang melanggar akta ini boleh dikenakan tindakan gantung atau dibuang pengajian," katanya.
Katanya, pelajar UM sama sekali tidak boleh terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan akan dikenakan tindakan tatatertib jika didapati ada berbuat demikian.
"Pelajar diingatkan tidak terlibat atau menyertai program tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Sekiranya terdapat pelajar yang terlibat atau menyertai program tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti," katanya.
Beberapa wakil mahasiswa daripada beberapa universiti semalam menghantar memorandum kepada PDRM di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, bagi membantah penganjuran program itu.
Pengerusi Penggerak UM Wan Mohd. Suhail Wan Senu dilaporkan berkata, pihaknya bimbang Anwar akan menghasut mahasiswa turun ke jalan raya menyokong agenda politik peribadinya seperti 1998.
“Lebih merisaukan kami, Presiden PMUM Fahmi Zainol atas kapasiti individu dengan lantang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) mengajak mahasiswa turun ke jalanan dan menyertai Himpunan Reformasi Rakyat Hakim Negara.
“Tindakan beliau itu tanpa sebarang persetujuan atau berunding bersama dengan 43 ahli MPP terlebih dahulu.
“Kenyataan Fahmi menyeru golongan mahasiswa untuk terlibat dalam himpunan reformasi itu bukanlah agenda yang sihat, malah dia secara nyata mencabar sistem kehakiman negara kerana mencampuri urusan perundangan dalam kes Anwar,” katanya dipetik laporan Utusan Online.
Turut sama menyerahkan memorandum tersebut adalah perwakilan MPPUM, wakil mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Fahmi dalam kenyataannya Jumaat lalu berkata, program itu akan diteruskan walaupun berdepan risiko bakal dikenakan hukuman gantung pengajian dan dibuang universiti selepas Rohana mengisytiharkan program itu tidak mendapat kelulusan.
Malah turut mengajak mahasiswa turun ke Putrajaya pada Selasa ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar yang bakal berdepan hukuman penjara jika gagal dalam kes rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam tuduhan liwat. – 26 Oktober, 2014.

Timbalan naib canselor UM jangan cakap seperti ketua cawangan Umno, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, yang berkuasa tidak akan kekal berkuasa selama-lamanya.– Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, yang berkuasa tidak akan kekal berkuasa selama-lamanya.– Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Rohana Yusof yang bertindak seperti ketua cawangan Umno susulan keputusan mengharamkan program anjuran mahasiswa di Universiti Malaya (UM).
Ketua Pembangkang itu berkata UM perlu menghormati kebebasan akademik, bukan menurut perintah daripada mereka yang berkuasa.
"UM perlu menyokong kebebasan akademik dan timbalan naib canselor itu perlu berhenti bercakap seperti ketua cawangan Umno dan tunjukkan latar belakang intelektuayang berkuasa tidak sentiasa akan berkuasa.
"Saya mengingatkan mereka yang berkuasa tidak akan kekal berkuasa selamanya," kata Anwar.
Anwar yang bakal berdepan perbicaraan esok dijadualkan kembali ke UM hari ini dalam satu program pidato, tempat di mana beliau mendapat pengajian tinggi.
Pidato khas dianjurkan PMUM itu diadakan sehari sebelum rayuan kes Liwat II melibatkan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya esok.
Sebuah gabungan peratuan mahasiswa daripada 10 universiti awam dan swasta yang menentang Akta Hasutan, Mahasiwa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) juga menyatakan sokongan kepada PMUM dan penganjur program tersebut. – 27 Oktober, 2014.
 1:40PM - 27 Oct 2014

Saiful harap kebenaran kes liwat diputuskan

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menuduh bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwatnya, berkata beliau berharap kebenaran kes itu akan diputuskan kerana ia penting melibatkan maruahnya.

Menurutnya Saiful, beliau juga berharap ura-ura bahawa ketua pembangkang itu mengadakan rundingan supaya dibebaskan adalah tidak benar.

"Cukuplah kes ini berlanjutan selama enam tahun dua bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

"Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau (Anwar) dibebaskan adalah suatu yang tidak benar," kata Mohd Saiful dalam blognya hari ini.

Dalam tulisannya juga, Saiful berkata beliau yakin bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan kes itu seadil-adilnya berdasarka undang-undang, bukti dan keterangan sepanjang perbicaraan.

Malah, katanya, adalah menjadi kebiasaan beliau untuk mempersiapkan diri bagi berdepan dengan 'senario kes terburuk' dengan keputusan yang bakal disampaikan.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah (konsisten) dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran," katanya.

Di samping berserah kepada Allah, dalam kesempatan itu juga Saiful merakamkan penghargaan kepada semua ahli keluarganya yang menyokong beliau sepanjang perbicaraan kes itu.
 





Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri

by admin on June 1, 2014
suami-isteri
Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka:



1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)
Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
  • Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
  • Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
  • Memukul wajah, mencela dan menghina.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)
Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha. Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)
Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak. Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya. Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.
10. Lemah kecemburuan terhadap isteri
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram. Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)
Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya. Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.
والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: http://www.syahirul.com/


Tiada ulasan: