Harga internet di Malaysia mahal
KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan
terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok
Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan
kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.
“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.
“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.
Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.
Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.
Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.
“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.
“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.
Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.
Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.
“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.
Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.
Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti
Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.
Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam.
"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.
Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.
Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.
Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.
"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.
"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.
Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.
"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.
"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya tersenyum.
Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan.
Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa.
"Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara.
"Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR.
Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada GAP dan memerhatikan perjalanan dunia politik dan bebas bersuara sebagai rakyat awam.
Anak Tun Ghafar Baba itu menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu berkuatkuasa semalam. Pada 2012, bekas Adun Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam Umno itu menyerahkan borang keahlian parti kepada Hadi dalam satu majlis di Gombak.
GAP dilancarkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang mensasarkan agenda utama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran akibat perkauman demi kesejahteraan generasi akan datang.
Menentang perkauman dan ekstremis agama, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu bagaimanapun menegaskan perjuangan GAP tidak menolak prinsip Perlembagaan Persekutuan.
"Barah perkauman ini ada dalam semua budaya, dan perjuangan kami adalah agar semua dapat menyatakan ‘Kata Tak Nak Kepada Perkauman’," katanya. -TMI
ULASAN GB
GB tak mahu ulas panjang-panjang. Kenyataan Datuk Tamrin adalah self-explanatory.
Sebelum ini GB telah menyatakan:
Alasan keputusan itu BUKAN didasarkan kepada KEBENARAN. Kalau berhujjah di atas kebenaran maka hujjah Datuk Tamrin itu lebih mendekati kebenaran iaitu:
Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR)
Tindakan Presiden dan MSU kerana tindakan mereka menyimpang dan menyalahi keputusan Muktamar sedangkan Muktamar adalah pemegang kuasa tertinggi di dalam parti.
Beberapa perkataan dan tindakan presiden sendiri amat tidak dapat diterima apabila telah acapkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah - iaitu tuduhan tanpa bukti - dan ia amat jauh menyimpang dari akhlak Islamiah dan hukum syariat. Contohnya banyak seperti fitnah pil kuda, komunis, broker dan barua dan sebagainya. Ia mencemarkan PAS, bukan sahaja sebagai sebuah parti politik Islam malah sebagai sebuah jemaah Islam.
Kita tungguh hukum Allah berjalan...

Tamrin: "Kenapa Aku Keluar Dari PAS?"

GB melihat keputusan PAS Pusat menggantung keahlian kedua-dua ADUN yang dianggap BARUA oleh Presiden parti itu hanyalah satu tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan airmuka Presiden sendiri.
Alasan keputusan itu BUKAN didasarkan kepada KEBENARAN. Kalau berhujjah di atas kebenaran maka hujjah Datuk Tamrin itu lebih mendekati kebenaran iaitu:
Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR)
Tindakan Presiden dan MSU kerana tindakan mereka menyimpang dan menyalahi keputusan Muktamar sedangkan Muktamar adalah pemegang kuasa tertinggi di dalam parti.
Beberapa perkataan dan tindakan presiden sendiri amat tidak dapat diterima apabila telah acapkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah - iaitu tuduhan tanpa bukti - dan ia amat jauh menyimpang dari akhlak Islamiah dan hukum syariat. Contohnya banyak seperti fitnah pil kuda, komunis, broker dan barua dan sebagainya. Ia mencemarkan PAS, bukan sahaja sebagai sebuah parti politik Islam malah sebagai sebuah jemaah Islam.
Kita tungguh hukum Allah berjalan...
Hati-hati......
UnlikeUnlike · · Share
Kenali Ulama Su' Di Akhir Zaman
Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.
Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi
1. Cinta dunia
Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.
Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.
Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).
2. Ilmu yang tidak global
Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.
Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.
Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.
Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.
3. Sudah tidak mewarisi nabi
Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."
Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.
Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.
4. Ulama sudah dimiliki
Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.
Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.
5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki
Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.
6. Kejumudan dan liberalisme
Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.
Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.
7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal
Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.
8. Bekerja untuk dapat duit
Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.
Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."
Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.
Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...
Wallahu'alam..Nauzzubillah..
Suami Eksekutif TV9 menangis di Mahkamah
SHAH ALAM – Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua tahun lalu menangis melepaskan kerinduan terhadap anak tunggalnya yang berusia empat tahun.
Selesai prosiding Norazman Bashah yang ketika itu diiringi keluar oleh anggota polis dipeluk ibunya sebelum melulut serta mencium anaknya.
Suasana sayu itu disaksikan oleh anggota keluarga kedua-dua pihak yang turut mengalir air.
Mereka hadir pada hari pertama perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran TV9.
Semasa prosiding mahkamah dimaklumkan bahawa Norazman Bashah menunjukkan kepada saksi pendakwaan kelima, Sarjan S Manivannan, tempat si mati dibaringkan.
Manivanan berkata, dia tiba di rumah tersebut bersama dua lagi anggota Unit Operasi dan Pencegahan Jenayah di Saujana Damansara, dekat sini jam 10 malam pada 28 Julai 2012.
“Mayat Nur Syaleza dibaringkan di atas tilam di ruang tamu serta diselimutkan.
“Saya lihat seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar dua tahun menangis di tepi pintu,”katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan pintu bilik dipecahkan dan keadaan di dalam berselerak selain itu almari solek dalam keadaan terjatuh namun cerminya tidak pecah.
“Saya tanya kepadanya kenapa ada dua helai kain cadar, namun Norazman Bashah memberitahu dia telah memotong kain tersebut semasa menurunkan si mati,” katanya.
Beliau juga turut dimaklumkan oleh tertuduh kain simpul yang diikat di atas kipas sudah dibuka sewaktu menurunkan mayat isterinya.
Manivanan yang bertugas di bahagian Operasi dan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sg Buloh turut membuat pemeriksaan ke atas mayat Nur Syaleza dan mendapati terdapat kesan lebam di leher.
“Setelah selesai tugas sekitar jam 11.30 malam saya dan dua anggota menghantar mayat ke Hospital Sg Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.
Sementara itu, Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sg Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, memberitahu hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tersebut adalah disebabkan asfiksia.
“Asfiksia berlaku apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat beberapa kecederaan luaran antaranya jalur merah putih pada bahagian depan leher mangsa selain buih darah di mulut dan hidung mangsa.
“Terdapat juga kesan lebam di atas dahi, buku lali dan keting.
Bedah siasat yang dijalankan jam 10.30 pagi pada 29 Julai turut mendapati terdapat kesan pendarahan bintik-bintik pada struktur leher.
“Saluran pernafasannya banyak buih halus,” katanya.
Norazman Bashah didakwa membunuh isterinya di kediamannya di Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.
Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Shahrizan Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris dilantik sebagai peguam bela untuk kes tersebut.Prosiding di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman ditangguhkan dan disambung semula esok, lapor Sinar Harian.
Thursday, 16 October 2014
LALUAN MOTOSIKAL KELANA JAYA, SELANGOR SUDAH MENJADI LALUAN KAPAL SELAM??????
DILARANG MEMOTONG DIDALAM TEROWONG .... Apakah ini suatu arahan dan amaran kepada pengguna dan pemilik kapal selam?????
Beginilah keadaannya sebatang laluan khas untuk motosikal di Kelana Jaya, Selangor sejak kebelakangan ini setiap kali hujan turun agak lebat.
Laluan motosikal berkenaan akan di penuhi dengan air akibat sistem perparitan yang amat teruk .. khabarnya sudah dimaklumkan kepada PBT berkaitan maupun wakil-wakil rakyat yang berkenaan, namun tiada suatu tindakan yang positif dan menyakinkan diambil setakat ini.
Mohon Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Azmin "Jokowi" Ali terjah turun padang meninjau sendiri keadaaan laluan khas motosikal sudah bertukar menjadi laluan khas kapal selam ini.
Sekarang ini bukankah digambarkan oleh penggiat alam maya pendakap Azmin "Jokowi" Ali sebagai pemimpin yang mempunyai midas touch???? ... Sentuh sahaja terus menjadi emas ... Turun padang terus masalah yang sekian lama tertunggak dan tertangguh selesai seperti kilat hali lintar... Tiada apa perkara sebesar dan sepayah mana pun tidak boleh diselesaikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor kita ... Percayalah .. Ini cukup kecil .. sap sap suwey dan mo man tai cakap Bahasa Cina ... No Hal .. Sikit punya problem maaa.
Kalau tidak boleh juga selesai maka rakyat sebaik-baiknya pergilah berjumpa dengan Tony Pua.
Jadi amat tepat jika terjah turun padang tinjau dan berikan sentuhan midas kepada isu ini.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Apabila balik KL, beliau pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands, tetapi dekat dengan KL.
Dalam pencarian, beliau jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan ****h & dungu. Sebab beliau tahu orang Melayu boleh dibeli. Tidak kan kata orang kampung, Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Tidak perlu lihat title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak minta tanah ni, Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor ketika itu tidak bersetuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tidak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hak milik kekal. Datuk Harun tidak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun.
Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.
Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands?
yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita siapa beliau, sebab kalau tak tau dia tu bapa kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma, berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk kepada Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka di dunia.
Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang, jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Siapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Ketika itu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Pusat Judi Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang n, ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau, banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai walaupun memang dah banyak. Semua orang mempunyai piliha, sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah iaitu anak cucu Tun Razak untuk menggadaikan tanah Melayu atau campak saja depa kelaut.
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
sumber
Tun Haji Abdul Razak ialah ayah kepada DS Najib PM Malaysia sekarang... ayah DS Najib sangat berjasa dalam mengembangkan arak di Malaysia.. Tun Haji Abdul Razak ? Haji ?
Anak beliau pula iaitu DS Najib pula lebih hebat, iaitu pewaris pusat judi Genting Highlands, pusat judi terbesar di Asia Tenggara yang terkenal di seluruh Dunia.
Hidup DS Najib !!
Hidup UMNO !!
UMNO perjuangkan agama, bangsa & negara !!
Satu Malaysia !!
Menyangka Hadiah Sebuah Percutian Mewah, Gadis Sanggup Lakukan Aksi Melampau Dengan 24 Lelaki
On
Jumaat, 4 Julai 2014
Seorang
gadis sanggup melakukan aksi seks terbuka dengan lebih 20 lelaki di
sebuah pub kerana menyangka dia akan mendapatkan habuan berupa sebuah
percutian mewah. Sebaliknya yang berlaku apabila dia hanya berjaya
mendapatkan sebotol minuman keras yang berharga $ 4.
Aktiviti ini
dinamakan 'Mamading' dimana para gadis akan melakukan aksi-aksi seks
untuk mendapatkan minuman keras percuma. Datuk bandar Majorca berkata,
pihak kerajaan tidak pernah membenarkan aktiviti tidak bermoral itu
dilakukan di kawasan pemerintahannya.
Aksi gadis
dari Britain itu telah dirakam oleh para pengunjung & menjadi viral
di laman-laman sosial. Kebanyakan pengguna mengutuk tindakan gadis
berkenaan yang dianggap tidak bermoral.
Polis sedang
menyiasat klip video berkenaan & memberi amaran kepada pengusaha
pusat hiburan supaya tidak menjalankan aktiviti tidak bermoral
berkenaan. Jika tertangkap, pusat hiburan berkenaan akan diarah tutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan