(9 Gambar) Mangsa kemalangan Ngeri sempat selfie sebelum kemalangan
Pemandu kereta Muhammad Yusriman ( Baju Merah ) dan keluarga nya sempat mengambil gambar di dalam kereta sebelum kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri, yang mengorbankan ibu dan kakak nya yang berada di belakang kereta terbabit.
Manakala adik mangsa yang mengambil gambar cedera parah, beliau dan adik permepuan nya yang merupakan seorang kanak-kanak dalam kereta tersebut terselamat dalam kemalangan ngeri itu.
Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.
Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.
Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.
Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler berkenaan rempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya.
"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.
Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut, Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri tersebut.
Sunday, 5 October 2014
PENGERUSI NGO ANTI JENAYAH YANG DEDAHKAN GAYA HIDUP YANG MENCURIGAKAN ANAK BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH, BAYAR HAMPIR RM340,000 UNTUK DUA NOMBOR PLAT KENDERAAN NEGERI SELANGOR, BMW.
Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah MyWatch S Sri Sanjeevan membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta negeri Selangor BMW, lapor portal Mstar Online.
Berdasarkan gambar yang tersebar luas di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Menurut gambar yang tersebar itu, lima anggota pentadbiran berjaya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10 secara percuma.
Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dibuka untuk tender awam dari 14 hingga 28 Ogos.
Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).
Kejayaan Sanjeevan mendapatkan nombor pendaftaran BMW 8 dan BMW 11 dengan bayaran hampir RM340,00 mengundang reaksi sinis di Twitter.
Pengguna Twitter @The_Mamu mempersoalkan: "Sanjeevan ini meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal."
Pengguna Twitter @MuazFadhli juga mempertikaikan Sanjeevan dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli satu sahaja nombor plat BMW."
Menurut Mstar Online, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Salah faham penjualan lembu, Sarip Dol langgar 2 rakan dengan kereta
Permaisuri: Perselisihan faham penjualan lembu korban, seorang lelaki dikenali sebagai Sarip Dol gagal mengawal marahnya apabila merempuh dua rakannya dengan kereta sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Jelapang, di sini, kelmarin.
Selain menyebabkan Rohadi Yaacob, 44, dari Kampung Bukit Loyat, Chalok, terbunuh, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut menyebabkan Zakaria Taib, 43, dari Kampung Jelapang, di sini, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, Rohadi bertengkar dengan suspek berusia 40 tahun di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di pekan Jelapang yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham penjualan lembu.
Katanya, dua rakan Rohadi, termasuk Zakaria yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan.
“Sebaik tiba di kedai kopi itu, mangsa dan suspek masih bertengkar sebelum dua rakan mangsa mengajaknya pulang kerana bimbang kejadian lebih buruk.
Sumber: Harian Metro
KINI TERBONGKAR.... MISTERI PEMBUNUHAN ALONG SPOON AKHIRNYA ?
MISTERI PEMBUNUHAN ALONG SPOON YANG INGIN DIKETAHUI RAMAI AKHIRNYA TERJAWAB | Mungkin masih ramai yang belum mengetahui cerita sebenar misteri pembunuhan Along Spoon. Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua.
Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.
Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”.
Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku.
Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.
Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.
Namun pada 25 Disember 1999 , Di kala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini.
Akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..
Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah.
Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.
Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri.
Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Kisah Presiden Termiskin Di Dunia
LAZIMNYA menjadi seorang individu ternama apatah lagi menjawat jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara sudah semestinya hidupnya dilimpahi dengan pelbagai ‘nikmat’ dunia.
Sunday, 5 October 2014
ZALIM DAN KEJAM SUNGGUH!!!! ... KERANA SEBIJI KELAPA DIPERLAKUKAN SEBEGINI RUPA!!!!
Apalah punya zalim , kejam tidak berhati perut langsung .. apabila seorang yang berhati dan bersikap seperti haiwan telah tangkap seorang budak yang sedang mencuri sebiji kelapa muda katanya .. ikat tangan kebelakang budak tersebut .. heret kesebuah tempayan berisi air kotor dan terus benamkan mukanya kedalam tempayan untuk seketika sehingga nak lemas.
Berapa sangatlah harga sebiji kelapa muda sampai begini sekali diperlakukan .. mengapakah ada manusia bersifat haiwan lahir di dunia ini.
Memang binatang sungguhlah sipelaku ini. ... Tidak diketahui akan nasib budak yang amat malang diseksa itu.
Kejadian dikatakan berlaku di Golok, Thailand.
'Angah penyayang dan bertanggungjawab'
ROMPIN - Allahyarham Azhar Mat Ali yang maut bersama lima anggota
keluarganya dalam kemalangan di sini malam tadi disifatkan sebagai
seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.
Adiknya Amran, 31, berkata kedua-dua isteri abangnya yang turut maut juga rapat antara satu sama lain.
Beliau berkata setiap kali hari raya, abangnya yang dipanggil Angah akan membawa dua isterinya itu pulang ke rumah ibunya di Felda Keratong 2, Bandar Tun Razak di sini.
"Kami sekeluarga sebenarnya berhasrat untuk mengadakan majlis barbeku malam tadi. Namun disebabkan keluarga arwah lambat sampai, kami mulakan dahulu majlis tersebut.
"Arwah menelefon kami pada pukul 7.20 malam memberitahu dia hampir tiba di kampung dan sudah sampai di Segamat. Tidak sangka tidak lama selepas itu dia terlibat dalam kemalangan," katanya.
Azhar, 43, dan isterinya Zaliha Johar, 42, dan Siti Habibah Kasbon, 43, serta tiga orang anak mereka, Mohd Wazin, 20, Ain Nadiah, 13, dan Ain Najihah, 2 tahun, meninggal dunia selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 142.8, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah kira-kira 8.30 malam tadi.
Mayat Azhar dan dua anak perempunnya dihantar ke Hospital Muadzam Shah manakala mayat isteri-isteri serta anak lelakinya dihantar ke Hospital Rompin.
Amran berkata kali terakhir beliau bertemu abangnya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka di Keratong pada 16 Sept.
Ibu Azhar, Rahmah Hussein, 61, berkata beliau merasakan jantungnya seakan terhenti sebaik mengetahui kemalangan anak, menantu dan cucunya.
Beliau berkata beliau menerima panggilan telefon daripada pihak polis mengenai kemalangan itu pada pukul 11.30 malam tadi. - Bernama
Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya Gone Girl yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.
Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.
Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.
"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,
“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.
Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.
Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.
“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”
Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.
Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.

PELAKON BATMAN BEN AFFLECK PERTAHAN ISLAM, BIDAS SIFAT PERKAUMAN.

Aksi Bangga Remaja Selepas Berzina Di Ranjang Dengan Kekasih
By editor-2 October 5, 2014 : 11:46 am
Entah
apa yang bermain di benak fikiran remaja perempuan ini. Entah ke mana
hilangnya rasa malu dan kesopanan sebagai anak Melayu. Tidak cukup
dengan melakukan perbuatan terkutuk, dengan selamba dia mengongsi
gambarnya ketika berzina kepada orang ramai di Instagram.
Apakah dia bangga dengan perbuatan terkutuknya itu sehingga mengongsi gambar tersebut kepada orang ramai?
Inilah
dunia akhir zaman yang kita hadapi sekarang ini dan perkara yang di luar
batasan seperti ini sememangnya sudah sampai kepada anak bangsa kita
pada temporari ini.
Apa pun,
penulis tidak mahu memberi kutukan melampau kepada dua remaja ini kerana
ia tidak akan memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada mereka.
Semampunya, biarlah kita dapat elakkan kaum keluarga dan kenalan rapat
kita jauh dari perkara sebegini dan semoga remaja ini dikurniakan
hidayah, InsyaAllah…
-hantudera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan