Selasa, 28 Oktober 2014

ADA YANG DAPAT KUASA...MENANG PILIHANRAYA....BERGELAR YAB/YB/DUN/MP.......HIDUP MEWAH HASIL KESUSAHAN ORANG LAIN...MEREKA NI TAK PERNAH KENA FITNAH...ISTERI TAK PERNAH MENDERITA....ANAK2 TAK PERNAH MERASA MALU....TAK PERNAH TURUN NAIK MAHKAMAH...MEREKA TAK PERNAH DI PENJARA....TAK PERNAH DIPUKUL.... TAK PERNAH KENA I.S.A....TAK PERNAH MASUK KEMUNTING...ORANG NI BANYAK CAKAP DAN TERASA HEBAT DAN CLEAN(CLEAN JUGA DARI DIUJI KESUSAHAN)....SEBENARNYA MEREKA NI YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...MEREKA NI BIASANYA DAPAT SOKONGAN PADU...MEMANG BENAR MEREKA CLEAN/BERSIH/SUCI TAPI MEREKA INI CLEAN JUGA DARI DIUJI....KATA ORANG GILA KUASA....AGAK2 SAPE PENAKUT DAN GILA KUASA YANG SEBENAR...YANG BENAR2 TAHU IALAH ALLAH SWT



Pidato Anwar: 4,000 masuk UM setelah pintu pagar terbuka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hampir 4,000 orang yang hadir ke program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini berjaya masuk ke dalam Universiti Malaya bagi menuju ke dataran Dewan Tunku Canselor (DTC).

Mereka yang tersekat di luar pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur selepas dihalang dengan pagar ditutup oleh pihak keselamatan universiti, berjaya masuk ke dalam kawasan universiti kira-kira jam 9.15 malam setelah pintu pagar terbuka selepas ditolak.

Pihak keselamatan yang pada awalnya membuat benteng di belakang pagar, hanya membiarkan sahaja peserta berarak masuk menuju ke DTC.

Tidak beberapa lama kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di pintu pagar masuk UM bersama isteri dan anak-anak beliau.

Ketua Pembangkang itu kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke DTC.

Anwar dijangka menyampaikan pidato terakhir beliau malam ini sebelum ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi esok bagi mendengar rayuan kes Fitnah ll terhadap beliau.

Biarpun hujan pada awal tadi, masyarakat awam serta sebahagian besar bekas pelajar UM tetap datang bagi mendengar pidato Anwar. - HARAKAHDAILY 27/10/2014





LLLLL

Anwar sampai amanat terakhir
  • Anwar sampai amanat terakhir
1 / 1
SUBANG JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong dan pimpinan pembangkang supaya memperkuatkan kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas dalam PR jika mahu terus melakukan perubahan.

Anwar berkata, kerjasama antara tiga parti itu sangat penting dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat di negara ini.

Biarpun beliau akur pesanannya itu mungkin yang terakhir sebelum apa-apa kemungkinan berlaku dalam rayuan balas kes liwat II beliau yang bermula hari ini hingga esok.

Namun Ketua Pembangkang itu mahu rakyat terus menyokong kepimpinan PR jika mahu melakukan perubahan dalam lanskap politik negara ini.

"Kita mesti beri sokongan kepada orang yang bawa perubahan, kita sangat yakin, mereka ini adalah pasukan muda, Exco yang muda, speaker muda dan kita boleh bawa perubahan.

"Kalau ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan, kalau 29 Oktober nanti saya masuk (penjara), saya mahu kita perkuatkan PKR, perkuatkan DAP dan perkuatkan Pas," katanya pada Himpunan Solidariti di Stadium Mini MPSJ, di sini, malam tadi.

Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

[ARTIKEL BERKAITAN: Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah]

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.

Anwar mengemukakan rayuan ke  Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan supaya setiap rakyat mendapat maklumat untuk melakukan perubahan.

"Saudara, inilah masanya..semua kaum mesti bangkit lindungi masyarakat masing-masing.

"Saya hendak beritahu bukan mudah buat saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah.

"Tapi saya tetap bersyukur sebab hati saya, fikiran saya, mental saya sudah bersedia, walaupun saya sukar menerimanya," katanya lagi sebelum mengakhiri ucapan dalam siri program penerangan itu sejak minggu lalu.

Kempen terakhir Anwar blackout
  • Fariz sedang menyampaikan ucapan di Stadium Mini 3K sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN Fariz sedang menyampaikan ucapan di Stadium Mini 3K sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
1 / 1
SUBANG JAYA - Pentas utama kempen terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Mini 3K dekat sini tiba-tiba terpadam ketika Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa sedang memberikan ucapan pada himpunan solidariti itu.
Hampir 10 minit pentas utama itu bergelap namun lampu simbah stadium itu membantu dan tidak menenggelamkan pandangan orang ramai daripada mengikuti program itu.

Selang beberapa minit kemudian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program itu dan dialu-alukan pengacara majlis sebaik sahaja Fariz selesai menyampaikan ucapannya.

Masalah teknikal lampu itu tidak menghalang daripada program itu diteruskan malah orang ramai turut dipersembahkan beberapa keping gambar suasana terkini di Universiti Malaya sebaik sahaja Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di sana.


Anwar berarak masuk UM bersama pengikut
  • Sebahagian pelajar sedang berkumpul di hadapan pintu masuk UM. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM Sebahagian pelajar sedang berkumpul di hadapan pintu masuk UM. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula memasuki Universiti Malaya (UM) sambil diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar jam 9.35 malam tadi.

Ketibaan mereka disambut oleh hampir 1,000 penyokongnya yang mula berkumpul di hadapan pintu masuk UM sejak jam 7.30 petang.

Kesemua mereka kemudiannya berarak masuk ke universiti berkenaan bagi menuju ke Dataran Tunku Canselor di mana Anwar dijadualkan menyampaikan pidato dalam program ’40 tahun: Dari UM ke Penjara’.

UM antara destinasi jelajah terakhir beliau sebelum menghadapi keputusan kes liwat duanya pada Rabu ini.

Monday, 27 October 2014


Bekas Pegawai Tinggi Polis Dedah Tembelang Kerajaan BN?


PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mengikut fakta yang ada, Malaysia kalah kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Puteh bukan kerana delegasi mereka lebih bijaksana atau mereka memiliki faktor sejarah yang lebih kukuh.


“Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula,” dakwanya lagi dalam sepucuk surat yang diemailnya kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan (‘doctored’ photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor. Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.

“Perkara yang perlu disiasat sekarang ialah,siapa yang telah memperkenalkan gambar kontroversi tersebut dan siapa yang telah membenarkan gambar dalam keadaan sedemikian dikemukakan dalam prosiding ICJ itu. 

Adakah orang yang terlibat itu adalah Pegawai Negeri Johor atau Persekutuan atau pun kedua-duanya sekali?” soal beliau.Katanya, perkara yang amat penting ialah untuk menyiasat sama ada mana-mana orang, sama ada Pegawai Negeri atau Persekutuan yang terlibat dalam kes Batu Puteh ini,menerima apa- apa faedah atau gratifikasi daripada pihak ketiga, atau mana-mana pihak pun,supaya menyebabkan keterangan kontroversial tersebut digunakan dalam prosiding tersebut, atau untuk sembunyikan apa-apa keterangan mustahak daripada dikemukakan dalam prosiding sama, hingga menyebabkan negara kita terpaksa menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Mat Zain berpendapat tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengumpul keterangan baru berkaitan Pulau Batu Puteh bukan sahaja seolah melepaskan batuk di tangga, bahkan ia boleh dianggap sebagai perbuatan memperkecil dan memperlekehkan titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13, telah menitahkan kerajaan Johor supaya menubuhkan pasukan khas untuk merayu keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 itu, untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

“Menteri Besar Johor itu patut lebih bertanggungjawab lagi, kerana beliau sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan pada tahun 2007, ketika kes Batu Puteh dibentangkan di-ICJ dan sedar apa yang berlaku dalam prosiding tersebut,” katanya lagi.


Sumber
 
 

Hidangan ikan patin Temerloh di Shah Alam
  • Aina menunjukkan masak lemak tempoyak patin yang menjadi kegemaran pelanggan. Aina menunjukkan masak lemak tempoyak patin yang menjadi kegemaran pelanggan.
1 / 1
[DIKEMASKINI] TIDAK perlu kembara hingga ke Pahang untuk menikmati hidangan asli ikan patin masak tempoyak dan variasi resipi popular negeri Tok Gajah kerana Restoran
Temerloh Catering di Kompleks Dataran Automobil di Seksyen 15, Shah Alam pasti memenuhi selera pengunjung yang bertandang.

Jejak sahaja kaki di premis ini pastinya aroma tempoyak membangkit selera pengunjung untuk menikmati makan tengah hari bertemakan hidangan popular dari Temerloh yang terkenal dengan keenakan ikan patin.

Satu-satunya restoran di Lembah Klang yang menghidangkan menu ikan-ikan sungai yang segar menjadikan Temerloh Catering tidak lekang daripada kunjungan pelanggan setiap hari.

Restoran masakan asli yang menghidangkan 30 menu istimewa dari hari Isnin hingga Ahad bermula jam 8.30  pagi hingga 6 petang pastinya setiap sajian yang ditawarkan tidak akan dapat dinikmati di kedai lain.

Pemiliknya, Aina Yahya, 61, berkata, bagi menjaga kualiti setiap sajiannya ikan patin mas, patin buah dan patin sangkar diambil sendiri dari Temerloh selang dua hari.

“Pengalaman 20 tahun mengusahakan perniagaan katering dan minat mencuba menjadi nadi kepada kejayaan hari ini.

“Temerloh Catering kini berdiri dengan dua buah cawangan iaitu bermula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh sekitar lapan tahun lalu dan operasi di Shah Alam kira-kira empat tahun,” katanya.

Aina berkata, tanpa pakej hidangan ditetapkan membolehkan pelanggan bebas memilih hidangan mengikut selera sendiri misalnya ikan kerai goreng dan masak lemak, ikan baung tempoyak, jelawat masak lemak, keli salai masak lemak, opor daging, pari asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi dan juga sambal hitam Pahang.

Tambahnya lagi, selain itu sebagai pemecah selera sajian ulaman dan sayuran kampung juga turut tersedia untuk dinikmati bersama sambal tempoyak dan juga sambal belacan serta air asam.

“Bagi menu masak lemak tempoyak patin sangkar RM10 seketul, patin buah RM20 seketul manakala patin mas RM25 seketul.

“Selain itu, untuk ikan baung, jelawat dan kerai harga bermula RM18 hingga RM25 untuk setiap seketul,” katanya.

Bagi penghilang dahaga dan pedas pelanggan boleh memesan minuman air lemon soda, timun soda dan air naga yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.

‘Gaji RM4,000 baru cukup hidup di bandar’
  • Gambar hiasan Gambar hiasan
1 / 1
SHAH ALAM - Baru-baru ini menerusi satu kenyataan daripada bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa data terbaru Bank Dunia, gaji di bawah RM3,600 dikira berada dalam kelompok miskin di Malaysia.

Tinjuan Sinar Harian Online mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui bersetuju dengan kenyataan itu kerana gaji yang mereka peroleh hanya ‘cukup-cukup makan’.

Menurut seorang pekerja grafik, Mohd Fazly Ruslim, 26, berkata, beliau sangat bersetuju dengan data tersebut kerana ia melambangkan kehidupannya sekarang yang bergaji di bawah RM3,600.

“Saya memang bersetuju, golongan penduduk bandar macam saya terkesan dengan kos hidup yang makin tinggi. Generasi sekarang hendak mulakan hidup memang susah berbanding generasi yang lepas.

“Bagi saya, kerajaan perlu fikir untuk tingkatkan lagi taraf kehidupan rakyat. Kos beli barang meningkat namun tiada sebarang peningkatan ekonomi kepada rakyat untuk itu paling molek saya rasa kenaikan kos hidup perlu seiring dengan kenaikan gaji .

“Sementara menyentuh soal gaji, pada pandangan sayalah kalau tinggal di bandar, macam boleh ‘rileks’ sikit dalam RM4,000 sebulan itu OKlah buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pandangan ini turut dipersetujui oleh seorang pekerja swasta, Fathullah Asri, 24, yang mengatakan bahawa dirinya sekarang sememangnya berada dalam kelompok yang ‘miskin’.

“Saya fikir bahawa data yang dikeluarkan oleh bank dunia itu boleh jadi benar.

“…Jika diikutkan faktor zaman sekarang ini, yang mana nilai mata wang  yang semakin jatuh dan harga barang yang semakin tinggi seperti tanah, rumah,makan minum yang mana keperluan asas ini penting kepada setiap rakyat untuk hidup di Malaysia, namun disebabkan keperluan itu tinggi maka dapatan bulanan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja masih juga tidak mencukupi jadi itulah taraf kemiskinan di Malaysia di bawah gaji RM3,600 benarlah.

“Contohnya, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda jadi mungkin dalam RM2,000-RM3000 untuk gaji asas, itu untuk hidup di bandar satu cabaran yang sukar kerana bayangkan sekiranya gaji itu dibahagikan untuk rumah, kereta dengan minyak lagi ianya cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Sementara itu, menurut Sufian Razali, 28, data itu perlu kajian mendalam kerana kemiskinan itu berbentuk subjektif.

“Saya bersetuju kerana kalau kita lihat kos saraan hidup yang semakin meningkat sekarang, tetapi kajian mendalam tetap perlu dilakukan kerana jumlah gaji tersebut mungkin mencukupi untuk hidup di kampung.

“Barangkali kerajaan boleh menyediakan peluang untuk menambah pendapatan masyarakat dan individu. Sementara untuk gaji yang sesuai untuk hidup di bandar adalah dalam RM5,000,” katanya.

Sementara itu, bagi penuntut universiti tempatan, Norhayati Awang, 24, data itu perlu diklasifikasikan mengikut keadaan kerana wujudnya perbezaan antara cara kehidupan di luar bandar dan bandar.

“Kalau di bandar saya setuju tetapi di kampung saya rasa masyarakat yang bergaji sebanyak ini RM3,600 tidak miskin,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Iera Yusoff,38, yang menjalankan perniagaan sendiri, berkata data gaji itu tidak digambarkan sebagai miskin tetapi tidak mencukupi.

“Pada pandangan saya miskin itu agak subjektif tetapi masih belum mencukupi, dalam keadaan semasa sekarang yang mana harga barangan mula naik, minyak sudah naik jadi dengan RM3,600 itu bagi yang berkeluarga sememangnya tidak cukup.

“Saya rasa dalam keadaan hari ini gaji antara RM4,000 sehingga RM5,000 barulah mencukupi bagi mewujudkan  sebuah senario keluarga yang harmoni,” katanya.

28 October 2014


Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan



Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara suadari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

(sumber)

Di sebalik sekatan, Anwar berjaya pidato di UM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PMUM Fahmi Zainol di 
hadapan Dataran Dewan Tunku Canselor. – Gambar oleh Afif Abd Halim

Ratusan pelajar dan orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) awal petangini yang ditutup daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya.

Mereka menuju lokasi di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara."

 Pada awalnya, terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti itu.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.
Prof Madya Dr Azmi Sharom cuba berunding dengan pengawal agar mereka dibenarkan masuk ke dalam universiti. – Gambar oleh Afif Abd Halim

Presiden PMUM Fahmi Zainol memberitahu media, UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

Berikut adalah kronologi Lintas langsung dari lokasi program:

 7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku." 

 8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

 8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Seorang timbalan naib canselor juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar. 8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

 8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

 8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

 8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.18 malam – Pagar dibuka apabila orang ramai mula agresif dan berjaya memaksa ia dibuka.

9.20 malam – Pelajar berarak masuk melalui pintu masuk utama di Kuala Lumpur, melaungkan "Hidup Mahasiswa!", menuju Dataran Dewan Tunku Canselor.

9.22 malam – Orang ramai diberitahu Anwar akan hadir dalam masa 5 minit.

9.31 malam – Pemimpin pelajar mula bercakap kepada hadirin dalam kawasan kampus. Mereka juga terus menyanyi dan melaungkan slogan. Bilangan yang hadir makin ramai apabila pelajar yang tinggal di asrama turut serta.

 9.36 malam – Seorang pemimpin pelajar mengumumkan Anwar akan tiba tidak lama lagi. Keadaan kelihatan terkawal. Anggota polis masih tidak kelihatan.

9.40 malam – Anwar tiba Dewan Tunku Canselor dengan menaiki sebuah trak pikap yang dipandu perlahan, sambil melambai kepada orang ramai.

9.41 malam – Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut kelihatan di atas trak. Pelajar Fahmi Zainol juga bersama mereka. Orang ramai mula melaungkan "Hidup, hidup, mahasiswa! Hancur, hancur kezaliman!"

9.49 malam – Perserta program mencecah kira-kira 2,000 orang.

9.51 malam – Keadaan gelap gelita sekitar Dataran Dewan Tunku Canselor di mana Anwar akan berucap. Tiada satu lampu jalan pun dipasang.

10.04 malam – Orang ramai bersorak apabila Anwar mula berucap.

10.28 malam – Anwar meninggalkan dataran. Semua yang hadir berjalan bersama beliau ke pintu pagar. – OLEH LEE SHI-IAN DAN MUZLIZA MUSTAFA 27 Oktober, 2014.~ SUMBER




7:56AM - 28 Oct 2014

Kawalan ketat ketika mahkamah bersiap dengar rayuan Liwat II


Empat tahun selepas perbicaraan Liwat II bermula, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 67 tahun akan tahu hari ini atau esok sama ada Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan hukuman ke atasnya dan dipenjarakan.

Dalam tempoh dua hari ini, panel lima anggota hakim di mahkamah tertinggi di negara ini akan membuat keputusan mengenai rayuan ketua pembangkang itu dan juga rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara ke atas Anwar.

Pasukan peguambela Anwar telah mengemukakan 35 alasan dalam
merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang mendapati MP Permatang Pauh itu bersalah atas tuduhan liwat - sabitan kedua bagi tuduhan tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan empat alasan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu, di mana ia merasakan tempoh lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas ketua umum PKR itu sebagai tidak cukup berbanding dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan hukuman sebat yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pilihan raya kecil dijangka diadakan.

Bekas pengerusi Majlis Peguam dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah akan sekali lagi mengetuai pasukan peguambela Anwar.

Sulaiman pada mulanya mewakili Anwar pada peringkat awal kes itu apabila beliau pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2008.

Bagaimanapun Karpal Singh mengambil alih apabila perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun kemudian. Karpal meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada bulan April tahun ini, dan Sulaiman kembali sebagai peguambela utama Anwar.

Perbicaraan hari ini juga menjadi tumpuan pemerhati antarabangsa, termasuk Inter-Parliamentary Union, Union for Civil Liberty, LawAsia serta Badan Peguam Malaysia. Kes itu juga dijangka menarik kehadiran pegawai kedutaan asing, sebagai pemerhati.

Malaysiakini
membuat liputan langsung perbicaraan tersebut.

LAPORAN LANGSUNG

8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.

Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.

Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar.

8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.

7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.

Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.

Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.

6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar.

Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama.
ADA YANG SELALU BERKATA....MATI KITA MATI SYAHID....MASUK PENJARA KITA REHAT...CAKAP BOLEH TAPI BERANI KE....MATI SYAHID BOLEH....SYARATNYA KENA SOLAT...AQIDAH MESTI BENAR....IBADAH MESTI SAH...NI MAJLIS ILMU MALAS DATANG....ATAU TAK DATANG LANGSUNG




 

 


Tiada ulasan: