Khamis, 16 Oktober 2014

MEMANG ADA ULAMA SU'/ULAMAK ROSAK/ULAMAK DUNIA...GILA PANGKAT...GILA KEKAYAAN...GILA WANITA/SEX









Hati-hati......
UnlikeUnlike · ·

‘Tahaluf siyasi’ istilah Arab, bukan Islam, kata Asri

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masyarakat Melayu sering menganggap sesuatu istilah Arab sebagai mewakili ajaran Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masyarakat Melayu sering menganggap sesuatu istilah Arab sebagai mewakili ajaran Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, istilah "tahaluf siyasi" yang digunakan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) adalah istilah Arab, dan bukan mewakili Islam.
Bekas bekas mufti Perlis itu ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen hari ini, berkata istilah Arab tidak semestinya mewakili ajaran agama Islam, dan melahirkan kekhuatiran tentang bahaya kesilapan penggunaan istilah Arab seperti itu.
Katanya, masyarakat seakan-akan melihat penggunaan perkataan Arab sebagai benar-benar mewakili Islam.
"Orang Melayu bila dengar bunyi Arab, dia ingat Islam. Kita tidak boleh anggap istilah Arab mesti mewakili agama.
"Tujuan Islam bukan nama itu. Allah tidak minta kita mengArabkan diri, Dia minta kita mengIslamkan diri.
"Islam mana satu yang kita cari?" katanya pada program dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat.
Mengambil contoh penyatuan Eropah selepas berperang sejak berdekad lama, Asri berkata, negara Eropah hanya dapat bersatu selepas mereka memisahkan agama daripada pentadbiran politik.
"Di Eropah, agama tidak mencampuri politik. Jadi, mazhab-mazhab tidak boleh bertelagah sesama mereka," katanya.
Situasi di Malaysia pula, katanya, perdebatan antara parti yang mewakili komuniti Islam pasti akan melibatkan hujah menggunakan dalil agama mengikut tafsiran masing-masing.
"Hari ini, Islam dimasukkan ke dalam politik, ada pergerakan Islam, pertubuhan Islam. Kemudian, nama itu di-Arabkan.
"Apabila Islam dalam bentuk ini masuk, dan tidak mempunyai tujuan 'kemaslahatan hamba' (hamba Allah), maka sebanyak mana nama Islam dalam dunia Islam, hanya akan menimbulkan masalah dalam dunia Islam," katanya.
"Bila PAS lawan Umno, kedua-duanya keluarkan dalil. Kita tidak tahu mana sebetulnya yang Islam," katanya.
Asri berkata, Islam yang dibawa Nabi Muhammad ialah bagi memperbaiki sistem politik, tetapi umat Islam sekarang menggunakan agama sebagai senjata politik.
"Jangan eksploitasi agama menggunakan nama Islam," katanya.
Beliau turut berkata, mengkritik ulama juga bukan bermakna mengkritik agama Islam.
"Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan mengkritik Islam. Tidak salah kritik (ulama), dia pun manusia juga, yang tidak boleh dikritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata.
"Berhati-hati gunakan dalil ketika berpolitik," katanya. – 15 Oktober, 2014.

Ulama PAS mahu Dr Mahathir tutup mulut, ‘tahaluf siyasi’ isu agama

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengatakan PAS menipu rakyat dengan istilah Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik menghalalkan kerjasama dan 'berpeluk' dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2014. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengatakan PAS menipu rakyat dengan istilah Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik menghalalkan kerjasama dan 'berpeluk' dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2014. Dewan Ulama PAS mahu Tun Dr Mahathir Mohamad "menutup mulut" mengenai isu "tahaluf siyasi" atau kerjasama politik di antara parti Islam itu bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana isu agama bukanlah bidang yang beliau mahir.
Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Saleeh berkata, tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak, termasuk bekas perdana menteri itu.
"Suka saya ingatkan Tun Mahathir supaya beliau faham perkara ini dan jangan sebut berselindung dengan bahasa Arab kerana apa yang berlaku gabungan antara PAS, PKR dan DAP, adalah satu gabungan untuk menentang sebarang bentuk kezaliman dalam negara kita," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.
"Sebab itu dalam isu ini, nasihat kepada Tun Mahathir, dia tidak payah bercakap kerana bukan bidang dia dan isu tahaluf siyasi ini, isu agama yang tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa saja."
Dr Mahathir sebelum ini mengatakan PAS menipu rakyat dengan istilah Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan dan "berpeluk" dengan bukan Islam.
Beliau berkata PAS masih rugi walaupun bekerjasama dengan DAP dan PKR, ia dibuktikan dengan jumlah kerusi Parlimen yang diperoleh parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
"Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat.
"Dalam PRU13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal di tangan DAP dan Selangor di tangan PKR, PAS hilang Kedah," katanya dalam tulisan di blognya.
Dr Mahathir berkata, PAS ditipu oleh DAP dalam kerjasama gabungan PR.
Katanya Barisan Nasional (BN) sudah lama bekerjasama antara satu sama lain tanpa menggunakan istilah bahasa Arab seperti "tahaluf siyasi" seperti digunakan PAS.
"Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenalkan dengan perkataan 'tahaluf siyasi' yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah.
"Tahaluf siyasi atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan," katanya. – 10 Oktober, 2014.
WaktusolatDotNet
2014-10-16 01:01:59
Kenali Ulama Su' Di Akhir Zaman
Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai ulama suk (jahat)."

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


1. Cinta dunia

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).


2. Ilmu yang tidak global

Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.


3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.


4. Ulama sudah dimiliki

Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.


5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.


6. Kejumudan dan liberalisme

Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.


7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.


8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...

Wallahu'alam..Nauzzubillah..

Tiada ulasan: