Tok Tenang Tenang Heritage with Yang Zie and 48 others
8 hrs ·
Selamat petang
مَسَاءُ الْخَيْر
Cerita hangat lagi sensasi suatu ketika dahulu pasal #Dahi Hitam"
~Sharing is Caring~
#Bekas Hitam Di Dahi Tanda Orang Soleh?
Firman Allah سبحانه وتعالى tentang ciri-ciri umat Rasulullah صلى اللّه عليه وسلم, salah satunya;
"...Tanda-tanda mereka tampak dari wajah mereka dari bekas sujud..."
(QS. al-Fath: 29)
Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari رحمه الله dalam kitab tafsirnya menukil beberapa pendapat tentang "bekas sujud" di antaranya:
Ibnu Abbas رضي الله عنه, "solat mereka tampak pada wajah mereka di hari kiamat."
Mujahid رحمه الله, "maksudnya adalah cahaya pada wajah-wajah mereka kerana khusyu'"
Kesimpulannya seperti yg disampaikan Syaikh Muhammad ibn Salih ibn Utsaimin رحمه الله:
"itu (bekas hitam di atas kening) bukanlah mutlak tanda orang soleh. Maksud dari "bekas sujud" (dalam QS. Al-Fath: 29) adalah cahaya yang nampak pada wajah, lapang dada dan akhlak yang baik.
Adapun bekas hitam di atas kening boleh terjadi kerana perbezaan jenis kulit seseorang dan terkadang pada orang yang banyak solat dan sujudnya lama pun tidak muncul tanda menghitam di atas kening.
Jadi, kita tidak boleh menjadikan bekas hitam di atas kening sebagai tanda orang soleh dan yang tidak ada bererti tidak soleh.
Jangan pula hal ini menjadi kebanggaan dan merasa lebih soleh dari orang lain.
Tidak perlu juga memaksakan diri supaya boleh ada bekas hitam diatas keningnya.
"Sesungguhnya yg paling mulia dari kalian di sisi Allah adalah yg paling bertaqwa." (QS. Al-Hujurat: 13)
Logik sederhananya, jika orang yang soleh dan rajin solat itu ditandai dengan dahi/atas keningnya yg menghitam, lalu kenapa jarang atau bahkan tidak ada wanita yg hitam dahi/atas keningnya. Apa wanita tidak ada yg rajin solat?

وَاللّهُ أعلَم بِالصَّوَاب
LikeLike · · Share
Abu Hashim Jalal added a new photo.
13 hrs ·
LikeLike · · Share
Abu Hashim Jalal added a new photo.
19 hrs ·
LikeLike · · Share
Abu Hashim Jalal added a new photo.
LikeLike · · Share
Well said...isn't it?
Maafkan Abah Tak Pandai Azan :'(
Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. In Shaa Allah
Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh
debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.
Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.
Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala
melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku
sendiri.
Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.
Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.
“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”
Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya
dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri
sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah,
asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat
suami yang memahami.
Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. Suamiku orang biasa
saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa
adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai
sekadarnya.
Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul
lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia
sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku
pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak
ready.
Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.
Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang
berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap
disediakan.
Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka
gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan
orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.
“Azankanlah di telinga budak tu.”
Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.
“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”
Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.
“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.”
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang
mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin
yang menyebabkan sakit.”
Suamiku terdiam seketika.
Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.
Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.
“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”
Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.
“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”
Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu.
Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.
“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya.”
Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut
menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.
“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu.”
Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. Menangis-nangis menyesal dan insaf.
Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.
Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan
diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri
yang kena merubah suami.
Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna
sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana
Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.
**
Kisah benar ini diceritakan oleh kawan penulis Muhammad Rusydi. Moga Allah redha.

Sumber: Viralgila.com
Buddha Muslim bernama Benz Ali
INI artikel siri satu: Pada Aidiladha, saya diberi
pilihan sama ada membaca buku Benz yang bertajuk Antithesis atau buku
Ustaz Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat.
Frasa indahnya hidup melalaikan saya. Keluarga Cina saya selalu memberi penekanan pada survival. Harga petrol baru naik 20 sen seliter!
Tetapi mengapa saya perlu baca buku Benz? Pemuda yang tiada kelayakan, cap halal dari universiti. Miskin. Kononnya ber-‘usrah buku’ di kedai mamak.
Ramai pendakwah tidak menghiraukan suara hati orang muda. Dakwah adalah monolog. Orang tua bercerita, orang muda wala’ (taat).
Tiba-tiba terbayang anak perempuan saya yang sebaya dan lebih muda daripada Benz berkata, “papa hanya baca kitab-kitab ulama. Ini diari dari hati saya. Kalau papa tak nak baca, campakkan saja ke tong sampah.”
Naluri sebagai seorang ayah memanggil saya membuka bab Kata Mula dalam buku atau diari Antithesis dan meletakkan kitab ustaz ke tepi.
Benz menulis, “Nak jadi anak yang baik, nak jadi Muslim yang baik, tapi susah sangat kenapa? Kenapa Tuhan?”
Benz menyimpulkan, “Anak-anak muda, kalau kau rasa dah depresi, paling teruk, paling buruk, aku dah rasa. Lama. Dan aku sudah berfikir untuk masuk dan tidur di dalam neraka, sebelum kau tengah ragu memegang buhul tali yang menjerut tengkuk kau.”
Gambaran depresi yang diberi Benz mengingatkan saya tentang perjuangan Siddharta, pengasas agama Buddha. Siddharta melihat hidup sebagai duka. Setiap insan, walaupun putera raja seperti Siddharta, pasti menemui sakit, tua dan ajal.
Kalau Siddharta tanya mengapa ada sakit, tua dan mati, Benz tanya mengapa ada miskin, tertindas dan tercicir daripada sistem pendidikan. Wacana stereotaip ialah kamu tercicir kerana kamu memang bodoh sebagaimana kamu sakit kerana kamu memang berpenyakit. Aku masuk universiti kerana aku memang pandai. Aku sihat kerana aku putera raja.
Manusia dibodohkan untuk berpegang kepada tesis: sihat lawannya sakit, alim lawannya bodoh. Kalau yang alim takkan jadi bodoh seolah-olah yang sihat takkan jadi sakit. Ayah Siddharta tidak mahu anaknya keluar dari istana. Dia tidak mahu anaknya melihat depresi dalam kalangan rakyat jelata. Dia mahu anaknya kekal bodoh supaya bahagia.
Siddharta dan Benz memilih menjadi antithesis kepada konspirasi ‘pembodohan’ ini. Kedua anak muda ini ditakdirkan untuk keluar daripada “indahnya hidup bersyariat” dan melihat kesengsaraan rakyat serta buruh hasil daripada sistem kasta agama (bagi Siddharta) dan sistem kelas kapitalis (bagi Benz).
Antithesis ialah: yang dilabel bodoh bukan kerana dia itu bodoh tetapi dia dibodohkan oleh yang alim. Siddharta menentang sistem birokrasi kasta di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta pariah tidak mungkin menjadi lebih mulia daripada kasta Brahmin dan sistem kasta ini diasaskan oleh Brahmin.
Bagi Siddharta, setiap rakyat mampu mencapai nirwana selagi dia rajin lawan nafsu. Kerajinan mampu tewaskan kasta agama.
Bagi Benz, dia menentang sistem birokrasi kapitalis di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta yang tiada kelulusan universiti tidak mungkin menjadi lebih bijak daripada kasta berkelulusan universiti dan ini diperakui oleh brahmin universiti.
“Aku anti universiti,” Benz mencabar. “Dan anti banyak lepasan Pengajian Islam. Bagi aku, kebanyakan lepasan Pengajian Islam sangat malas.”
Bagi Benz, setiap rakyat boleh mencapai nirwana kebijaksanaan kalau dia rajin. Kerajinan mampu mengatasi kesarjanaan dan mampu tewaskan kasta birokrasi ilmu. Ini adalah kerana mahasiswa membaca buku untuk siapkan assignment demi kemewahan tetapi beliau membaca buku untuk mendapat ilmu dan berfikir. Berfikir bagaimana menghapuskan kemiskinan, penindasan dan pembodohan.
Benz adalah pemuda yang rajin membaca dan berfikir. Bukan sekadar membaca, tetapi berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi membaca. Bukan sekadar membaca dan berfikir tetapi mencabar.
Tetapi sejauh mana dunia Brahmin dan ulama sudi dengar kebodohan orang muda seperti Benz dan Siddharta? Tetapi inilah suara generasi yang akan datang sebagai antithesis kepada fikrah dakwah lama.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan