Lampias nafsu dalam kereta
GEORGTOWN - Tindakan sepasang kekasih bercumbu sambil tubuh wanita berada di atas badan teman lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana disyaki berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin.
Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam oleh sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyiasatan Ketenteraan (CPK).
Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.
Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat duduk penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya berada di atasnya dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melakukan perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.
“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.
“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.
Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, menurut sumber Hmetro.
Rogol anak saudara selepas beri dadah
Shah Alam – Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol anak saudaranya berusia 16 tahun, di sebuah hotel di sini, Mac lalu.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel New Wave, di sini, pada kira-kira jam 10 malam, antara 17 sehingga 18 Mac 2013.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmany manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Mukhtar.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh membawa mangsa yang juga anak perempuan kepada abangnya ke sebuah hotel.
Dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman dan memberikannya kepada anak saudaranya itu bersama-sama dengan satu tiub straw berisi serbuk putih.
Selepas mendaftar keluar dari hotel terbabit, tertuduh menahan teksi dan menyuruh mangsa pulang ke rumah sendirian.
Ibu remaja itu kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat luka baru di kemaluan mangsa, menurut sumber Pilihan anda.
Rogol – mekanik mengaku tidak salah
KOTA BHARU – Seorang mekanik mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja 16 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Krai, bulan lalu.
Roslan Hamzah, 41, yang beralamat dari Jerantut, Pahang, didakwa merogol mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Embak, Kuala Krai, antara jam 12 tengah hari dan 3 petang, 15 November.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Namun, susulan daripada penafian tertuduh, Hakim, Mohd Yusoff Yunus menangguhkan kes untuk laporan perubatan mangsa pada 5 Januari depan.
Sementara menunggu tarikh itu, tertuduh tidak ditawarkan jamin berikutan tuduhan serius yang dihadapinya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin. Tertuduh ditahan pihak berkuasa, dua hari selepas kejadian, menurut sumber Sinar Harian.
Kes rogol bergilir-gilir – Anak pengetua ditahan
DUNGUN – Seorang anak pengetua antara tiga lelaki yang ditahan reman untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dengan kes samun, culik dan rogol bergilir-gilir seorang pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit dalam kejadian berasingan dekat sini, pagi kelmarin.
Suspek, 31, yang difahamkan anak sulung kepada pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bersama seorang rakannya warga Indonesia di sebuah rumah dekat Gong Pasir, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
Lelaki yang kini menganggur itu dikatakan berkelulusan ijazah sarjana kejuruteraan perisian komputer dan siasatan awal mendapati dia dipercayai pernah mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata.
Manakala seorang lagi rakannya, berusia 25 tahun pula ditahan berdekatan restoran makanan segera di Kerteh kira-kira jam 4.30 pagi semalam.
Majistret, Hazwanie Husain Bustari memerintahkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kesemua suspek dipercayai terbabit dengan satu kes culik melibatkan dua wanita yang bekerja sebagai pelayan dan pembantu kedai telefon bersama rakan lelakinya di Bukit Chatak kira-kira jam 3 pagi kelmarin sebelum melarikan mereka ke Kampung Durian Mentangau.
Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah kereta Proton Satria dihimpit dua Honda Civic lalu salah seorang daripada suspek keluar dan menyamar sebagai polis sebelum mengarahkan mangsa mengikut arahan mereka dengan salah seorang memandu kereta mangsa lalu meninggalkan lokasi kejadian.
Suspek juga merampas lima telefon bimbit milik mangsa
Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Durian Mentangau pula, suspek yang memandu kereta Proton Satria bersama mangsa telah melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.
Suspek kemudiannya melarikan seorang wanita selepas merampas kereta Perodua Kancil dipandu adik iparnya lalu meninggalkan wanita terbabit kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian selain menyamun telefon bimbit mangsa.
Suspek juga dipercayai merogol dua wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama di sebuah inap desa di Jalan Kenanga Dungun sebelum mangsa melarikan diri ketika suspek menukar nombor plat kereta di rumah rakannya di sebuah kampung di Dungun.
Kedua-dua kereta Honda Civic yang digunakan suspek dipercayai kereta curi dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati positif dadah
Pas Bagan Parit Sulong shared Iwa Chenta Indie II's photo.
Mat Kapal Api shared Otai Reformasi II's photo.
Apa
ke hal yg g pukul sampai mati tu? Weh jemaah2 sekalian, rasa2nya tangan
kamu lebih hina dan jijik dr tangan si pencuri ni. Jawablah kamu
sekalian di masyar nti.. Membunuh dlm rumah Allah. Tgu saje bala keatas
kamu pula lepas ni..
ini kejadian di ampang pandan indah,
tak usah lah pukul pencuri tabung masjid sehingga mati senegini, cukup lah dia di tangkap dan di serahkan kepada pehak polis,
apa
yang dia lakukan pada tabung masjid itu antara dia dengan allah, walau
pun ajal sudah sampai, tetapi penyebab nya sangat tidak
berperikemanusiaan.
Tengku
Puan Pahang rileks je.....siap masakkan utk mangsa banjir...dia sndiri
pun makan lebih kurang je...Perdana Menteri mana??bini dia mana??
Menteri UMNO semuanya Kuda Kayu
Berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 25 Nov lalu.. Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.
Menurut beliau lagi, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.
"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari itu..
Walaupun Shahidan telah berkata semuanya telah siap sedia...Tetapi bila banjir telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur Semenanjung...
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menyelar kerajaan pusat di atas kegagalan menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat kepada mangsa banjir di Kuantan dengan segera.
Menurut beliau, keadaan di Kuantan kini sudah lumpuh sepenuhnya dan dipercayai lebih 15,000 penduduk terperangkap.
"Masih tidak ada angka rasmi mengenai jumlah mangsa banjir namun bagi populasi tiga kawasan terjejas Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar ialah seramai 170,00 orang.
"Sejak pukul 4 petang semalam mangsa-mangsa ini dikatakan terputus dengan dunia luar dan kita berasa hairan kenapa kerajaan persekutuan lambat bertindak, kerana tidak ada satu bot pun yang kelihatan menyelamat mereka," katanya dalam satu sidang media di Parlimen .
Malah menurut beliau, keadaan banjir di Kuantan bertambah parah apabila bekalan elektrik kini dilaporkan terputus hingga menyukarkan mangsa mendapatkan bantuan.
"Banjir ini paling teruk pernah berlaku di Kuantan. Mereka menunggu bantuan, tidak makan sejak semalam.
"Ini semua tanggungjawab kerajaan pusat. Kita bukan power rangers yang boleh buat semua. Kita perlukan kerajaan untuk menghantar bantuan," katanya.
Mengulas mengenai penolakan usul beliau untuk Kuantan diisytiharkan darurat, Fuziah berkata ia merupakan usahanya bagi semua pihak agar dapat memberi fokus menghulur bantuan kepada mangsa banjir.
"Ahli Parlimen Kinabatangan marah-marah dan tanya apa saya buat di sini, perlu balik jenguk kawasan saya tetapi jika saya balik, bagaimana nak pastikan tindakan menghantar bantuan dapat disegerakan," katanya.
Pada masa yang sama, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mengesahkan operasi menyelamat dilakukan.
Bagaimanapun, ia selalunya dilakukan tanpa ada perbincangan dengan ahli Parlimen.
"Saya berterima kasih kepada mereka yang menghantar bantuan, Menteri Kebajikan pun turun sekali. Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sudah bertindak.
"Namun yang kita persoalkan kenapa setiap kali MKN melakukan operasi tidak berbincang dengan kita. Ahli Parlimen yang lebih tahu selok belok kawasan sendiri," katanya.
Beliau menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti perbuatan diskriminasi yang menghukum rakyat kerana tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu ~ The Malaysian Insider
Kelewatan menghantar bantuan itu telah diakui oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan beliau telah memohon maaf tentang kelewatan itu dalam TV3 semalam..
..... Semua dah sedia tapi lambat tiba, jadi apakejadahnya?
Terbaiklah sangat Malaysia urus banjir.. sama macam terbaiknya sistem pendidikan yang ada di Malaysia, tapi hasilnya macam hampas... bacalah di ( SINI )
Ahmad Mazlan shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Menteri UMNO semuanya Kuda Kayu
100Like · · Share
Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.
Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.
"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.
"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.
"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.
Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.
Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.
"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?
"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. -mk
ULASAN GB
Shahrizat menuduh "... Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana,"
Kenyataan di atas benar-benar satu fitnah yang amat nyata. Saksikan foto-foto di bawah ini:-
Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT.
[BERGAMBAR] Lihat Dulu, Siapa Yang Sebenarnya Membuat Kenyataan Bangsat?

Foto : FB YB Fuziah
Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT.
Thursday, December 5, 2013
Malaysia Terbaik Urus Banjir konon... Terbaiklah sangat...
Berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 25 Nov lalu.. Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.
Menurut beliau lagi, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.
"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari itu..
Walaupun Shahidan telah berkata semuanya telah siap sedia...Tetapi bila banjir telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur Semenanjung...
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menyelar kerajaan pusat di atas kegagalan menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat kepada mangsa banjir di Kuantan dengan segera.
Menurut beliau, keadaan di Kuantan kini sudah lumpuh sepenuhnya dan dipercayai lebih 15,000 penduduk terperangkap.
"Masih tidak ada angka rasmi mengenai jumlah mangsa banjir namun bagi populasi tiga kawasan terjejas Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar ialah seramai 170,00 orang.
"Sejak pukul 4 petang semalam mangsa-mangsa ini dikatakan terputus dengan dunia luar dan kita berasa hairan kenapa kerajaan persekutuan lambat bertindak, kerana tidak ada satu bot pun yang kelihatan menyelamat mereka," katanya dalam satu sidang media di Parlimen .
Malah menurut beliau, keadaan banjir di Kuantan bertambah parah apabila bekalan elektrik kini dilaporkan terputus hingga menyukarkan mangsa mendapatkan bantuan.
"Banjir ini paling teruk pernah berlaku di Kuantan. Mereka menunggu bantuan, tidak makan sejak semalam.
"Ini semua tanggungjawab kerajaan pusat. Kita bukan power rangers yang boleh buat semua. Kita perlukan kerajaan untuk menghantar bantuan," katanya.
Mengulas mengenai penolakan usul beliau untuk Kuantan diisytiharkan darurat, Fuziah berkata ia merupakan usahanya bagi semua pihak agar dapat memberi fokus menghulur bantuan kepada mangsa banjir.
"Ahli Parlimen Kinabatangan marah-marah dan tanya apa saya buat di sini, perlu balik jenguk kawasan saya tetapi jika saya balik, bagaimana nak pastikan tindakan menghantar bantuan dapat disegerakan," katanya.
Pada masa yang sama, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mengesahkan operasi menyelamat dilakukan.
Bagaimanapun, ia selalunya dilakukan tanpa ada perbincangan dengan ahli Parlimen.
"Saya berterima kasih kepada mereka yang menghantar bantuan, Menteri Kebajikan pun turun sekali. Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sudah bertindak.
"Namun yang kita persoalkan kenapa setiap kali MKN melakukan operasi tidak berbincang dengan kita. Ahli Parlimen yang lebih tahu selok belok kawasan sendiri," katanya.
Beliau menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti perbuatan diskriminasi yang menghukum rakyat kerana tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu ~ The Malaysian Insider
Kelewatan menghantar bantuan itu telah diakui oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan beliau telah memohon maaf tentang kelewatan itu dalam TV3 semalam..
..... Semua dah sedia tapi lambat tiba, jadi apakejadahnya?
Terbaiklah sangat Malaysia urus banjir.. sama macam terbaiknya sistem pendidikan yang ada di Malaysia, tapi hasilnya macam hampas... bacalah di ( SINI )
Osman Aziz shared Haji Surur's photo.
KETIKA RAKYAT DI PAHANG DAN TERENGGANU BERTARUNG NYAWA DAN KELAPARAN ...
PARA PERWAKILAN UMNO PAU 2013 DAN PEMIMPINNYA JAMU BESAR!!!
Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan
dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para
perwakilan UMNO di PAU 2013 termasuklah para pemimpin tertinggi suami
isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.
Apa
punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ... Langsung
tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang
sedang menderita kerana bencana banjir.
Bila nak undi pandai
bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan
kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun.
KETIKA RAKYAT DI PAHANG DAN TERENGGANU BERTARUNG NYAWA DAN KELAPARAN ... PARA PERWAKILAN UMNO PAU 2013 DAN PEMIMPINNYA JAMU BESAR!!!
Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para perwakilan UMNO di PAU 2013 termasuklah para pemimpin tertinggi suami isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.
Apa punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ... Langsung tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang sedang menderita kerana bencana banjir.
Bila nak undi pandai bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun.
nahhh...Bravo! Akhirnya Najib Mengaku RM52 Bilion Saham Bumiputera Lesap
PM Malaysia akhirnya mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.
Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli mempersoalkan kenapa kerajaan menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan juga pihak kroni.
"Langkah kronisme ini merosakkan bumiputera seolah-olah kronisme ini masih berterusan.Dalam Umno apa saja yang diberikan kepada kroni ini akan digadaikan dan tidak tinggal apa bagi orang Melayu," kata Dr Hatta- Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi Isnin.Sila beli.
Harap kepada Umno nak jaga hak orang Melayu macam kita 'kirim daging kat harimau' la sampai bila pon tak sampai dia sapu sampai habis! Sebab tu Umno tipu kita dengan isu seks supaya lupa apa saja yang Umno sapu dan tibai hak Melayu.
Posted by MISAIMERAH at 9:03 PTG
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
1 comments:
Briged Akhdor LR2
26 Mac 2011 10:28 PTG
salam ukhwah perkara ini telah lama didedahkan tp najib hnya membisu ..sebenarnya benarlah selagi umno perimntah selai itu harta rakyat lbh2 lg melayu tergadai pd perakus2 umngok BN ..

Saiden Zakaria shared Buletin Pas Marang's photo.
Mat
said marah sakan bila menyedari kelemahan agensi kerajaan didalam
melaksanakan bantuan banjir. Lebih parah lagi bila beliau dimaklumkan
pertugas dari PAS lebih berperanan.
TERHARU..!!!
Ini adalah benar dan kenyataan ... DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dirakam sedang menumis dan mengacau
masakan di dua Pusat Pemindahan Banjir untuk para mangsa banjir di
pusat-pusat berkenaan. Tapi yang herannya mana pegi Ketua Wanita UMNO..?
mana pegi Ketua puteri UMNO...?
Like · · Share · 224 · 2 hours ago ·
Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail mendakwa Umno lebih mementingkan persidangan daripada menyelamatkan mangsa banjir di Pahang.
Katanya, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal. “Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” kata beliau.
Beliau bertanya di mana pemuda dan Kelab Putra Umno di saat saat mereka memerlukan bantuan di musim banjir ini. “Saya hairan Datuk Aziz Rahim bersusah payah menghantar sukarelawan menyelamatkan mangsa taufan Haiyan di Filipina tetapi saya tak nampak pula mereka hantar sukarelawan Putra ke Pahang,” katanya lagi.
Beliau juga menyentuh kritikan Khairy Jamaluddin terhadap TNB ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di persidangan pemuda Umno semalam.
“Saya hairan kabinet sudah bersetuju dengan cadangan menaikkan tarif elektrik kenapa pula Khairy bising di luar? Sepatutnya beliau membantah dalam mesyuarat kabinet,” katanya.
Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula kedudukan Khairy dalam kabinet kerana beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dibuat oleh kabinet.
“Sebelum TNB buat keputusan, sudah tentu TNB mohon persetujuan kabinet terlebih dahulu. TNB bukannya buat pengumuman tanpa merujuk kepada kabinet,” katanya.
Katanya lagi, adakah Khairy bermain sandiwara tidak bersetuju di luar sedangkan ia adalah keputusan kabinet. “Kalau tak puas hati, pemuda Umno sepatutnya menghantar memorandum kepada TNB,” katanya.
Syed Rosli menambah dalam ucapan dasarnya juga Khairy menyentuh pemilihan PAS yang dikatakan kelam kabut.
“Bagi saya, pemilihan pemuda Umno pun kelam kabut. Keputusan pemilihan majlis tertinggi Umno, urusetia mengumumkan undi popular yang dipungut oleh calon-calon majlis tertinggi tetapi dalam pemilihan pemuda, semua calon ketua, naib ketua dan exco tidak tahu jumlah undi popular yang dipungut mereka,” dakwanya lagi.
Beliau sendiri tidak tahu berapa undi yang diperolehinya ketika menentang Khairy pada 12 Oktober lalu dalam pertandingan lima penjuru yang turut disertai Akramsyah Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak dan Karim Ali.~ Free Malaysia Today
Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"?
Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?
Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)?
Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri?
Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti? Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya?
Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung?
Lebih pelik, kelibat Menteri Besar Pahang dan Terengganu pula langsung tidak kelihatan di sisi rakyat! Adakah kerana ini belum lagi musim pilihan raya umum?
Seharusnya parti yang mengaku "pembela rakyat" ini menangguhkan sidang agungnya itu serta-merta dan segera mengerahkan ahlinya yang mencecah ratusan ribu turun padang menjadi sukarelawan semasa dan pasca banjir.
Tidak cukup sekadar Presiden parti meninjau pusat pemindahan dan bersalaman dengan para mangsa banjir tanpa sebarang jaminan bantuan segera apatah lagi jaminan keselamatan para mangsa yang masih terperangkap di kediaman masing-masing.
Anehnya, Presiden parti "pembela rakyat" ini yang juga Perdana Menteri yang begitu ligat memberi pelbagai jenis bantuan berjuta ringgit hampir setiap hari sebelum PRU13 lalu sekadar memberi kenyataan bahawa "kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kepada mangsa banjir" tanpa sebarang pengumuman bantuan khusus.
Lebih menjelikkan lagi sikap segelintir ahli palimen dari parti "pembela rakyat" ini yang memperkecil-kecilkan usaha Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sehingga usul tergempar isu banjir di Kuantan yang dikemukakannya semalam ditolak mentah-mentah oleh Speaker, walaupun penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memuaskan.
Sudahlah tidak turun padang menghulurkan bantuan kepada para mangsa, terjerit-pekik pula di Dewan Rakyat menentang usaha murni Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat marhaen.
Ternyata inilah wajah sebenar pemimpin parti "pembela rakyat" ini! Mengapa begitu sukar sekali pemimpin mereka memahami bahawa dalam keadaan krisis sebegini, politik wajib diketepikan dan para pemimpin perlu bersatu mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat?
Lihat pula kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan kemudahan logistik yang terhad menjadi punca bantuan lambat disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang sedang dilanda banjir.
Persoalannya adakah ini kali pertama negara ini, terutamanya negeri-negeri Pantai Timur dilanda banjir besar? Kenyataan Menteri ini menunjukkan betapa rendah komitmen kerajaan BN yang mendabik dada kononnya mendahulukan rakyat dalam isu banjir ini.
Umum mengetahui menjelang akhir tahun, lumrahnya musim tengkujuh atau monsun timur laut akan melanda negara tetapi kerajaan langsung tidak peka akan isu-isu yang harus ditangani untuk mengelakkan kemusnahan besar ekoran bencana ini.
Tiada usaha pencegahan banjir atau peningkatan infrastruktur di sepanjang sungai-sungai seperti tebatan banjir dan sebagainya, dan tiada pula persediaan kelengkapan untuk menghadapi musim banjir saban tahun.
Lalu terjadilah situasi seperti sekarang ini; kekurangan bantuan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan asas bagi mangsa banjir, keadaan pusat pemindahan banjir yang serba kekurangan, kekurangan fasiliti untuk menyelamat mangsa di kawasan terpencil seperti bot dan helikopter.
Ironinya, kita punya sejumlah jet peribadi untuk keperluan pemimpin tertinggi negara dan anak isteri ke luar negara tanpa had peruntukan.
~ Soraya Salim
Thursday, December 5, 2013
Ahli UMNO akui UMNO lebih pentingkan Persidangan dari bantu mangsa banjir..

Friday, December 6, 2013
Banjir oh banjir.. Wajah sebenar parti 'pembela rakyat' terserlah..

SHAHRIZAT
MENYALAK TANYA KEMANA PERGINYA YB FUZIAH SALLEH AHLI PARLIMEN KUANTAN
KETIKA BANDAR KUANTAN DI LANDA BANJIR ... INI JAWAPANNYA DENGAN
GAMBAR-GAMBAR SEKALI.
Sebentar tadi Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam satu sidang media di PWTC
telah terjerit terlolong membuat tuduhan dan fitnah kononnya Ahli
Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tiada di Kuantan ketika bandar itu di
landa bencana banjir terburuk.
Dalam keadaan Shahrizat meroyan sempat juga menggelar para facebookers
dan blogger pro Pakatan rakyat sebagai bangsat.
Lepas itu dia mengamuk dengan meninggikan suara terus berkata:
"Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan
itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal
wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh.
Untuk makluman combi Ijat... YB Fuziah Salleh berada di Kuantan ketika
diberitahu keadaan Kuantan di landa banjir .. selepas mengusulkan di
parlimen agar Kuantan di istiharkan darurat yang mana Wakil Rakyat
Kinabatangan berlagak macam kebinatangan itu ganggu usulnya .. YB Fuziah
Salleh terus bergegas pulang ke Kuantan untuk meninjau, membantu dan
menyelamat.
Kalau Combi Mak Cik Ijat tidak percaya maka di muat naikkan beberapa
gambar YB Fuziah Salleh dilokasi banjir termasuk di Pusat Pemindahan
Banjir.
Yang jelas ialah tiada nampak kelibat dan batang hidung Ketua Wanita
UMNO Malaysia termasuk Naib Ketuannya dan barisan Exco serta semua
kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia .. Itu jelas tidak nampak.
Lain kali Mak Cik Combi Ijat kena tanya .. Kemana perginya Ketua Wanita
UMNO Malaysia dan keseluruhan barisan exconya ketika Kuantan di landa
banjir.
Kalau Menteri-menteri yang terdiri dari pemimpin UMNO yang ada tak terasa memang tebal sangatlah kulit mereka itu...
Saiful Nang menulis ;
MARI BELAJAR MATEMATIK | EDISI KHAS BANJIR
Harga sebuah khemah yang mampu memuatkan anak-anak gadis dan makcik-makcik mangsa banjir di pusat pemindahan mengikut harga di Giant = RM200 sebuah
Bilangan muatan = 4 Orang
Bilangan mangsa banjir 1 Malaysia = 40,000 orang
Bilangan khemah diperlukan = 10,000 khemah
Kos untuk beli 10,000 khemah = RM2 Juta
Modal konsert K-Pop = RM1.6 Juta
Bilangan khemah boleh dibeli dgn kos k-pop = 8000 khemah.
Bilangan khemah boleh dibeli dgn kos k-pop = 8000 khemah.
Baki khemah diperlukan = 2000 khemah
Kos beli khemah berbaki = 400,000
Untung K-Pop RM140 Juta kata Pak Cik Shabery. Boleh topup untuk cover yang lebih.
Dalam tempat pemindahan dah macam tempat refugees ROhingya dah walaupun di dalam dewan tertutup.
Berapa banyak percampuran lelaki dan perempuan mampu diselamatkan.
MATEMATIK ITU MUDAH. Jumpa saya lagi untuk pelajaran seterusnya...jangan lupa...steyyyytiunnnn!!
PROF DR. HAJI CIKGU SAIFUL NANG AL-SUBANGI
Guru Kalkulus Talipinggang Hitam - 2 Dan.
Kredit : Saiful Nang
Aku jumpa dari SINI
Tapi... pemimpin UMNO yang ada tu mana ada yang tahu malu... semua kulit muka tebal punya..
Friday, December 6, 2013
MARI BELAJAR MATEMATIK / EDISI BANJIR Khas Buat Menteri-Menteri

Kenapa UMNO masih memimpin kita?
Ramai dalam kehairanan kenapa
UMNO dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita
ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan UMNO tidak mahu berubah kerana
mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan
kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.
Kekurangan kesedaran orang Melayu
yang masih menyokong UMNO itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan
pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan
sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO, yang dianggap
pembangkang sebagai bebal itu.
Itu sebabnya saya tidak pernah
menggunakan istilah kasar-kasar terhadap UMNO walaupun selemah mana pun
pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi
keluar dari ‘mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga’. Isu yang membuatkan
pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti
pembangkang itu seratus peratus.
Mereka mengundi pembangkang kerana
rasa marah dan geram mereka terhadap UMNO itu. Setelah pilihanraya berlalu
ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah
dengan UMNO tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah
menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan
itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
Pembangkang masih tidak mempunyai
pemimpin yang sebenarnya ‘viable’ untuk dijadikan pemimpin utamanya.
Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk
mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang
menyandang kuasa kerajaan semata-mata.
Rakyat tidak mahu seorang
pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana
kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama
dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada didalam keadaan
serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka
tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi
pilihan yang silap lagi.
Pihak pembangkang juga tidak
menunjukkan kesatuan yang erat diantara pemimpin utamanya dan semakin hari
semakin jelas yang Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan
untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambah-baikan
dan jika di timbang-timbang kerajaan tetap berada ditangan UMNO lagi di dalam
pilihanraya yang akan datang.
DAP merupakan parti yang sudah
sampai keperingkat ‘saturation’ dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang
sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ketahap optima dan graf
kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain dari penurunan
selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi
dan pilihanraya yang lepas merupakan sokongan Melayu yang tertinggi kerana
keadaaan UMNO dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu.
Lagi pun DAP mempunyai masalah
dalaman dan kesahihan serta ‘legitimacy’ barisan kepimpinan parti itu masih
belum jelas selagi pendaftar pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa
yang mereka rasai di Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya,
dan sikap itu tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun yang lalu.
Ramai yang berpendapat, termasuk
dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya berkata, “DAP has tasted a bit of blood,
and the party does not show much difference than PKR and UMNO. I think some
Chinese are going back to MCA and some of the Malays’ support is back to BN. If
they remain against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS”.
Bagi saya DAP tetap parti kaum
Cina dan ramai tidak menerima parti itu sebagai parti ‘multiracial’ seperti
yang mereka laungkan. Berbagai-bagai
cara ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu sebuah
parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang ‘attribute’
sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu.
Semalam semasa saya bertemu
dengan 30 orang yang memanggil saya untuk memberikan pandangan kepada kumpulan
sebuah taman perumahan, ada dua orang yang bangun berkata, “How can DAP rests
its laurel on one Malay Law-Maker and claims to be multiracial? It’s too
deceiving man..” Saya tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan
seorang lagi yang hadir yang berpendapat, “DAP should remain as an opposition
party as the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is
best for them”
Situasi paparan saya ini adalah
penyebab yang menjadikan UMNO itu masih tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan
orang Melayu dan ia tetap akan menjadi begini selagi pembangkang tidak
memperbaiki diri dan jujur dalam perjuangannya dan niatnya untuk negara.
Permainan ‘kong kalikong’
diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan membawa mereka kemana-mana.
Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya dengan mudah jika parti itu melakukan
tindakan yang pernah mereka lalui, iaitu mula bercakap dengan parti lain atau
individu-individu penting dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia
dan bangsa yang mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam
untuk kepentingan semua bangsa itu.
Yang penting untuk mendapatkan
pemimpin yang merupakan individu yang boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah
negara yang bebas dari elemen hina seperti rasuah dan panyalahgunaan kuasa yang
keterlaluan, serta pemimpin yang tahu asas keagamaannya.
Perjuangan ini wajar dilakukan
oleh semua pihak kerana negara kita kekal, yang tidak kekal itu kita kerana
semua diantara kita akan kembali ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang
kekal ini wajar diberikan jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan
bagi generasi yang akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada.
Malahan jika usaha dan perjuangan
ini timbul dari naruni yang bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan
untuk kita sendiri di alam yang lain yang kekal nanti.
Banjir – Ibu bapa terpaksa ikat perut
KUALA LUMPUR - ”Ibu bapa terpaksa ikat perut bagi memberi makanan lebih kepada anak-anak”.
Itulah gambaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Datuk Abdul Manan Ismail susulan kejadian banjir teruk yang melanda Kuantan beberapa hari lalu.
Menurut beliau, simpanan makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir memang sudah sedia ada.
Walaubagaimanapun, dengan keadaan banjir yang tidak diduga ini, stok-stok ini tidak mencukupi untuk menampung semua permintaan.
“Keadaan semakin teruk pagi ini dan setiap pusat pemindahan dipenuhi mangsa banjir sehingga beribu orang. Sebagai contoh di Bukit Rangin serta kawasan Pandan terdapat seramai 1,500 mangsa banjir masing-masing.
“Keadaan ini tidak kami jangka. Ini menyebabkan bekalan makanan, selimut dan tilam yang ada tidak mencukupi. Makanan memang tidak mencukupi dan kami kini sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk semua mangsa banjir,” kata Abdul Manan.
Beliau menambah, air pasang dijangka berlaku pada malam ini dan jika ini terjadi, keadaan mungkin akan kembali teruk seperti awal pagi tadi.
“Air yang naik sekarang ini hanya surut sedikit sahaja berbanding pagi tadi. Jika terjadi air pasang besar malam ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk surut,” tambah beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, operasi menyelamat masih diteruskan disamping memastikan makanan serta keperluan lain dapat dibekalkan secepat mungkin kepada mangsa-mangsa banjir.
“Terlalu ramai yang terpaksa di pindahkan. Beberapa pusat pemindahan ada yang mencecah kepada 3,000-4,000 orang. Keadaan agak kucar-kacir dan jika ada air pasang malam ini, pemindahan kali kedua terpaksa dilakukan.
“Saya harap orang ramai beri kerjasama. Ada yang degil tidak mahu berpindah walaupun rumah sudah dimasuki air. Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua mangsa selamat dan mendapat segala jenis bantuan yang cukup,” tambah Fuziah, menurut sumber Awani.
Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar membuat aduan terus kepada beliau jika terdapat kekurangan makanan atau bantuan agar aduan tersebut dapat terus dimaklumkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan