Khamis, 5 Disember 2013

SEDARLAH ALLAH WAJIB DITAATI....JANGAN KITA INGKAR...INGKAR BERERTI KITA MEMBUAT PERKARA YANG ALLAH HARAMKAN....BERERTI KITA MEMBUAT AMALAN2 AHLI NERAKA


KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang semalam.
             
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam tadi, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereka dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.
             
Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).
             
Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).
             
Paras air di sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.
             
Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.  - Bernama
JOHOR BAHARU:  Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam tadi dengan 8,705 mangsa dipindahkan ke 63 pusat pemindahan berbanding 8,250 orang di sebelah petang.
         
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Pontian dan Ledang menjadi daerah terbaharu yang membuka pusat pemindahan banjir.
             
Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian lewat petang semalam bagi menempatkan 303 mangsa manakala tujuh orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Ledang.
             
Jumlah mangsa di Mersing turut mencatatkan peningkatan daripada 5,694 kepada 5,711 orang; di Kluang meningkat daripada 975 kepada 1,005 orang; di Kota Tinggi meningkat daripada 212 kepada 223 orang; dan di Batu Pahat meningkat daripada 71 kepada 175.
             
Bagaimanapun, di Segamat, jumlah mangsa menurun daripada 1,081 kepada 1,064 orang manakala di Muar kekal 217 orang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata anggota polis melakukan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir sebagai langkah pencegahan jenayah.
             
Beliau turut mengingatkan penghuni rumah yang perlu dipindahkan supaya mengunci rumah masing-masing dan membawa bersama barangan berharga.
             
Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan paras air meningkat melebihi 0.7 meter iaitu di Kilometer 40 Jalan Perepat-Sedili sepanjang 100 meter dan Kilometer 78 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara sepanjang 30 meter.
             
Turut dinaiki air sedalam 3.1 meter ialah di Kilometer 59 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Dusun Panti sepanjang 20 meter dan Kilometer 73 Jalan Johor Baharu-Mersing sepanjang 30 meter.
             
Di Segamat, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kolonel Ghazali Abd memberitahu pemberita pihaknya cuba memberikan bantuan sebaik-baiknya kepada mangsa yang dipindahkan termasuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan menerusi khidmat petugas dari Hospital Segamat.

Seorang mangsa banjir Abdul Wahid Md Akin, 70, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Pogoh 2, yang tidak boleh bernafas dengan baik akibat masalah paru-paru, dipantau sepanjang masa oleh petugas berkenaan.
             
"Dengan keadaan yang uzur saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya berbaring menunggu air surut dan dapat pulang ke rumah dengan selamat," kata Abdul Wahid.
             
Pihak pasaraya Econsave turut tampil memberi sumbangan kelengkapan asas seperti air minuman bersih, makanan, dan lampin pakai buang bayi untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu. - Bernama
KUANTAN:  Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam tadi.
             
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.
             
Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.
             
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.
             
"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.
             
Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.
             
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
             
Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.
             
Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.
             
Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. - Bernama
KUALA TERENGGANU:  Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.
             
Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang semalam.
             
Sehingga pukul 10 malam tadi, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.
             
Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam.
             
Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam tadi.
             
Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang yang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang semalam.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam tadi.
             
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang semalam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dilakukan Pusat Studi Media dan Pendapat Umum “Takamul Misr” menunjukkan penemuan bahawa 68% rakyat Mesir menginginkan Presiden Mursi kembali menjadi presiden, sedangkan yang mendukung penggulingannya hanya 18%, demikian portal dakwatuna.com dipetik.

Menurut blog Kelab Greenboc, kaji selidik itu dilakukan pada tanggal 23 November yang lalu, melalui kajian lapangan, dengan darjah ketepatan 95%.

Survey ini menunjukkan bahawa jumlah pendukung Presiden Mursi boleh dikatakan stabil, iaitu 68%, sedangkan jumlah pendukung kudeta mengalami penurunan yang tajam hingga 28% sehingga menjadi 18% saja.

Ada juga kelompok yang menentang kudeta dan juga menentang Presiden Mursi dengan peratusan 12% saja.

Takamul juga melakukan kajian lapangan di Bundaran Tahrir dan sekitarnya.

Hasilnya, tidak benar dakwaan bahawa jumlah demonstran yang mendukung turunnya Presiden Mursi pada tanggal 30 Jun yang lalu mencapai 33 juta orang.

Demonstrasi yang hanya berlangsung selama 6 jam itu hanya diikuti oleh 5.5 juta orang saja, sedangkan jumlah para pendukung Presiden Mursi, di Kaherah dan provinsi-provinsi lainnya selama berbulan-bulan mencapai jumlah jumlah 26 juta orang.
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan akan dilakukan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dengan pindaan pada Seksyen 23 dan Seksyen 36 akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Takiyuddin Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan akta tersebut akan dibentang tahun hadapan.

"Dalam pertemuan JKMR dengan Perdana Menteri sebelum ini beliau sendiri secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan peruntukan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu kepada Harakahdaily.

Kelmarin, JKMR yang dianggotai tujuh anggota dan tiga wakil daripada Pakatan Rakyat telah menyerahkan laporan tahunannya kepada Najib Tun Razak.

Pindaan ini juga katanya, akan menjamin kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada mana-mana pengaruh dan campur tangan kerajaan.

Pindaan terhadap Seksyen 23 bagi memastikan anggota pentadbiran dan penjawat awam di peringkat nasional dan negeri tidak memanipulasi sebarang kelemahan yang terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama melibatkan pemberian tender, kontrak, tanah dan projek kerajaan.

Pindaan Seksyen 36 pula bertujuan membolehkan SPRM terus menyiasat pemilikan dan harta seseorang yang disyaki terlibat dengan rasuah tanpa perlu ada siasatan awal sebagaimana peruntukan undang-undang di Hong Kong.

Takiyuddin berkata keputusan itu adalah keputusan bersama anggota JKMR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Oktober lepas.

Laporan Tahunan JKMR menggesa kerajaan memberi sepenuh dukungan dan mempersiapkan segala keperluan kepada SPRM untuk menghadapi serangan persepsi yang tidak adil kepada mereka.

JKMR dianggotai empat yang lain Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman dan Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.

Semua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016.


Saya melihat foto-foto yang dikirimkan oleh biras yang tinggal di Kuantan. Kawasan rumahnya dilanda banjir agak teruk kali ini. Kuantan antara kawasan yang teruk terjejas. Malah banjir kali ini kelihantannya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi masih lebih baik berbanding banjir besar tahun 1926 dan 1971.

Saya tidak sempat banjir besar 1926 tetapi masih ingat banjir besar 1971. Dalam kedua-dua banjir besar ini, Kuala Lumpur tenggelam – mengikut cerita orang dan catatan akhbar.

Namun saya berdoa agar banjir kali ini tidaklah seteruk 1926 dan 1971. Tetapi itu semua kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menjangka.

Banjir biasanya berlaku apabila hujan turun tidak berhenti-henti sama ada lebat mahu pun renyai untuk tempoh yang lama. Hujan turun ketentuan Allah, tiada siapa yang berani menafikannya hatta orang bukan Islam sekalipun.

Kalau setakat hujan lebat tetapi sekejap – hanya banjir kilat yang berlaku, biasanya di Kuala Lumpur.

Suka saya mengingatkan bahawa banjir kali ini berlaku ketika rakyat kalut dengan kenaikan pelbagai harga barang dan cukai atau bunyi lembutnya subsidi dikurangkan. Ketika hujan mencurah-curah turun – harga petrol dan diesel naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan GST bakal diselaras!

Hujan turun ketentuan Allah dan harga barangan dan cukai naik juga ketentuan Allah.

Namun, antara kedua-dua ketentuan itu, kita tidak berupaya mengawal hujan – walaupun ada bomoh hujan. Manusia tidak boleh mengundi supaya Allah tidak turunkan hujan lebat sehingga banjir. Hujan banjir atau panas kemarau kita kena terima dan redha.

Namun, kita berupaya mengawal kenaikan harga barang dan cukai. Kita ada kuasa untuk mengundi supaya pihak yang mahu turunkan harga barangan keperluan asas dipilih. Kuasa ini diberi lima tahun sekali.

Berbanding dengan kuasa Allah yang mutlak, kuasa pemerintah tidak mutlak. Boleh ditukar ganti mengikut kehendak rakyat setiap lima tahun sekali.

Dalam hal ini, walaupun kedua-duanya ketentuan Allah tetapi ketentuan salah satu daripadanya tidak boleh diubah atau dihalang sementara satu lagi boleh ditentukan oleh tangan kita yang memangkah kertas undi.

Berbalik kepada banjir tadi, sudah tentulah ia musibah kepada mangsanya. Namun, bagi orang yang bersabar dengannya akan beroleh pahala. Dalam Islam, bukan solat, puasa, zakat dan haji sahaja dapat pahala – sabar terhadap musibah pun beroleh pahala. Buang ranting di tengah jalan pun dapat pahala – kalau laksana hukum Allah tentulah lebih besar pahalanya.

Bagi parti politik dan orang politik pula banjir merupakan rahmat untuk mereka sebab waktu inilah boleh menjadi hero yang datang menyelamatkan rakyat yang dalam kesusahan.

Dulu-dulu, sebelum PR kuat macam sekarang, rakyat kena tunggu lima tahun sekali baru boleh jumpa wakil rakyat mereka. Berbanding wakil rakyat PR, mereka telah terbiasa berjumpa rakyat tidak kira musim banjir atau tidak.

Sekarang, wakil rakyat berlumba-lumba membantu rakyat dan inilah rahmat banjir dan juga rahmat jika kekuatan politik antara dua pihak hampir sama.

Rahmat untuk semua!

Tiada ulasan: