Jumaat, 6 Disember 2013

SELAGI NADI BERDENYUT LAH NAK TAAT PADA ALLAH...SELAGI NADI BERDENYUT NAK MENUNAIKAN HUKUM ALLAH...DAH TAK BERDENYUT....JAWABLAH DIHADAPAN ALLAH NANTI


KUALA LUMPUR: “Hari ini sepetang saya turun ke Kemaman bagi bersama-sama merasai denyut nadi mangsa banjir di sana, banjir kali ini agak lain dari biasa,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menerusi facebooknya, beliau menyatakan ramai mangsa yang terjejas teruk kehidupan seharian.

“Ayuh kita bersama-sama keperitan mereka.

“Dengan ini saya memohon agar setiap masjid di Negeri Terengganu serta PAS kawasan membuat kutipan bantuan untuk mangsa banjir, berupa kewangan, barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang serta barangan keperluan yang berkaitan,” ujarnya.

Beliau juga memohon agar kutipan itu boleh dipanjangkan di negeri yang lain, insya Allah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Kemaman, Zulkifli Mat Yakin di talian 019-9834436.
Lihat video

Tuan Guru Abdul Hadi masih meneruskan operasi bantuan banjir di Kampung Teladas, Air Putih, Kemaman, malam ini.

Tiga hari dua malam berkampung di Perkampungan Seni Antarabangsa Lendu (Liac 2013) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, pastinya pelbagai pengalaman dan ilmu yang sempat saya kutip.

Selain dapat mendekati dan mengenali kelompok seniman dan karyawan baru dan lama, saya lebih memahami perjuangan mereka memartabatan seni warisan Melayu.

Saya juga dapat merasai betapa seni sedang merakyat di Kampung Lendu yang saya kira cukup bertuah kerana berada hampir dengan UiTM Melaka.

Satu kelebihan bagi Kampung Lendu kerana pensyarah-pensyarah dan pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) mempunyai kesungguhan untuk mengindahkan kampung tersebut dengan sentuhan seni mereka.

Namun apa yang paling berbekas di hati saya adalah mengenai hasrat pengkaji seni budaya warisan Melayu, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail untuk mengekalkan seni dan warisan kampung tradisi di Kuala Lumpur.

Siti Zainon merupakan anak jati Kampung Bandar Dalam, Gombak, salah satu daripada tujuh buah kampung yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan dan dibangunkan dengan bangunan-bangunan moden.

Beliau sejak dahulu lagi aktif berkolaborasi dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menganjurkan acara seni budaya kampung.

Antara acara seni budaya yang pernah diadakan di Kampung Banda Dalam adalah pada 2010 sempena Dirgahayu 150 tahun Kampung tradisi di Madrasah Tarbiyah Kampung Bandar Dalam.

Acara tersebut berjaya menghasilkan antologi puisi oleh 56 orang penyair.

Pada acara itu juga, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan buku 'Kasih Bonda, Kapung Paya Kami' karya Siti Zainon.

Selain Kampung Banda Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Puah Seberang, di Gombak juga akan dilupuskan untuk pembangunan.

Saya kira Liac 2013 ini menyuburkan lagi semangat beliau yang sedia tertanam untuk mempertahankan kampung tradisi.

Dalam perbualan santai beliau dengan pihak penganjur Liac 2013, beliau berulang kali menceritakan kisah Kampung Banda Dalam yang akan tergadai di tangan kapitalis dan betapa dalam hasratnya untuk mempertahankan kampungnya sebagai kampung tradisi.

Malah dalam ucaptamanya pada malam perasmian Liac 2013, beliau juga menyentuh mengenai hal itu dan berharap program sebegini dapat diadakan di Kampung Banda Dalam dan kampung tradisi lain di Kuala Lumpur.

"Kampung Banda Dalam dan kampung-kampung sekitar di Gombak merupakan kampung tradisi yang mesti dipertahankan.

"Kalau bukan anak-anak kampung sendiri yang mempertahankan warisan dan tradisi Melayu, siapa lagi?

"Saya mengimpikan Kampung Banda Dalam dan sekitar Gombak menjadi seperti Lendu, yang masih terpelihara seni dan warisan kampungnya,"katanya.

Malah beliau sudah mengabadikan segala kisah dan warisan Kampung Banda Dalam ke dalam buku bertajuk Rumah Waris Uwan-Membaca Peta Kuala Lumpur 2020.

Buku tersebut diterbitkan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) pada awal tahun ini.

Membaca buku tersebut, saya kagum dengan segala usaha beliau menyimpan segala warisan tinggalan nenek moyangnya.

Antara petikan buku tersebut:

"Kampung Paya kemudian berganti dengan Kampung Bonda Dalam. 'Bonda' dialek Minang yang bererti tali air. Tatkala berlakunya banjir besar, 'bonda' atau tali air Sungai Gombak menjadi dalam, kemudian dengan sebutan baku, 'bonda' menjadi 'bandar' dan 'bandar' yang dalam itulah Kampung Banda Dalam,"

"Mengapa harus mengalah dan keluar dari penempatan dengan wang agihan, hingga kapung dibedah, diredah, lori traktor masuk bebas ke muka kampung, jalan penuh debu, lecah,"

Sambil memerhati peserta-peserta Liac 2013 bergotong-royong seni di Kampung Lendu, beliau berkata:

"Alangkah bagusnya kalau arca-arca ini ada di Kampung Banda Dalam. Alangkah bagusnya kalau semua anak kampung bersatu hati pulang mengindahkan kampung.

"1 Februari, Hari Wilayah, Kita buat pameran kampung tradisi. Yani kena tolong bonda dokumentasikan bahan-bahan. Cari kawan-kawan lain juga. Kalau bukan kita, siapa lagi nak pertahankan warisan Melayu?" ujarnya.

Saya mengangguk. Mungkin kerana patuh, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak mahu kampung tradisi hilang dalam peta Kuala Lumpur.
KUANTAN: Menyedihkan... Itulah yang mampu diungkapkan apabila melihat ratusan kenderaan tersadai di sempadan Kemaman-Kuantan dekat Chendor.
Ratusan pengguna jalanraya yang terperangkap sejak semalam, malah ada yang selama dua hari, termasuk tersadai di lebuhraya Jabor-Jerangau menuju ke Kuantan.
Sebaik mendapat maklumat berhubung situasi di sini, pasukan bertindak Bencana Alam Indera Mahkota diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu terus menyediakan makanan tengahari beserta air mineral bagi meringankan bebanan mereka.
Keadaan d burukkan lagi dengan tiadanya liputan telefon bimbit  yang menyukarkan perhubungan dengan keluarga ataupun syarikat.
 "Justeru saya menyeru agar pihak berwajib atau agensi yang bertanggungjawab agar segera ke sana bagi membantu ratusan pengguna jalanraya yang terkandas lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua," ujar Andansura sewaktu membahagikan bekalan makanan di sana sebentar tadi.
KUANTAN: PAS hari ini mempergiatkan lagi usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir yang masih terperangkap dalam bencana yang bermula Selasa lalu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, usaha tersebut akan di pergiatkan lagi berikutan talian telekomunikasi dan elektrik yang berjaya dipulihkan malam tadi.
"Sebenarnya pergerakan kita terbatas dan seolah-olah hilang arah pada malam Rabu lalu apabila bekalan letrik terputus dan di susuli pula dengan bekalan telekomunasi yang memburukkan lagi keadaan," jelas beliau yang juga Yang Dipertua PAS Indera Mahkota.
"Hujan lebat yang luar biasa serta air pasang besar pada malam itu menyebabkan air melimpah terlalu cepat serta di banyak tempat yang selama ini tidak pernah di naiki air," ujarnya.
Menurut beliau,  PAS Indera Mahkota serta Pusat Khidmat Adun Beserah dibantu ahli dan penyokong PAS akan meneruskan kerja-kerja menyelamat dan menyampaikan bantuan setakat yang termampu.
Andansura menambah, sebaik sahaja bekalan di pulihkan, pihaknya mengerahkan seluruh jentera agar melipatgandakan gerakan menyelamat dan menyampaikan bantuan terutama kepada mereka yang terkandas di Cendor, Sungai Ular serta Cenderawasih.
Dalam lawatan ke Pusat pemindahan di Kampung Padang, Taman LKNP dan Cenderawasih malam tadi, pihak sukarelawan mendapati masih banyak barangan yang diperlukan mangsa banjir.
PAS Indera Mahkota menyeru warga Malaysia yang prihatin agar dapat bersama-sama menyalurkan bantuan kewangan ke akaun BIMB Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah no. 0601 9010 0773 87.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini berakhir dengan suasana riuh apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengelak untuk menjawab asakan Ahli Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika membahaskan Akta Tatacara Kewangan 1957 meminta menteri terbabit menjelaskan mengapa perjanjian AES dengan dua syarikat Beta Tegap dan AES Solution diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagi Mahfuz, perjanjian itu tidak sepatutnya dirahsia kerana ia tidak melibatkan keselamatan negara sebaliknya ia melibatkan hak rakyat.

Mahfuz yang bangkit beberapa kali ketika Ahmad Maslan menjawab turut menyelar kerajaan yang tidak ada kuasa untuk dedahkan perjanjian itu menjadi perkara umum.

"Sebenarnya, kerajaan ada kuasa untuk keluarkan perjanjian itu kerana Peguam Negara sendiri mengakui ada kesilapan dalan pelaksanaan AES.

"PM dan kabinet ada kuasa. Isu perjanjian mengapa tak boleh jawab? Kalau kabinet tidak ada kuasa semua menteri letak jawatan!"bidas Mahfuz yang diikuti dengan suara riuh dari kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat dan BN.

Bagaimanapun Ahmad Maslan pula masih gelak-gelak dengan asakan Mahfuz itu dan cuba mengalihkan isu dengan membangkitkan persoaan lain termasuk menyatakan soal jumlah kemalangan.

"Terpulang kepada saya untuk menjelaskan atau tidak,"kata Ahmad Maslan selepas menerima asakan demi asakan daripada Mahfuz berhubung perjanjian AES itu.

Bagaimanapun Akta ini diluluskan dengan suara tidak berpuas hati di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menjerit "tidak bersetuju"apabila Yang DiPertua meminta akta itu dipersetujui.

Usul ini dikemukakan untuk mengambil ketetapan bersetuju supaya kerajaan melalui Kementerian Kewangan membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa AES Solution Sdn Bhd sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.

Semalam Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli turut terkilan dengan Ahmad Maslan yang juga mengelak dari menjawab soalannya berhubung pindaan Akta Cukai 1967 yang diluluskan semalam.
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Cukai 1967 yang diluluskan semalam didakwa menekan rakyat, selain bertentangan dengan janji yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada satu sidang media di parlimen, hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata pindaan itu menetapkan sebarang pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun akan dikenakan cukai penuh.

Sedangkan, tegas beliau Najib sebelum ini berjanji bahawa keuntungan dan pendapatan dari skim berkenaan dikecualikan dari cukai bagi menggalakkan lebih ramai pekerja swasta mempunyai simpanan persaraan.

"Bagaimanapun, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan semalam bahawa kerajaan berhak mengenakan cukai kepada penabung skim itu adalah tidak tepat. Pembayar cukai hanya mendapat pelepasan cukai sehingga maksima RM3000 setahun, sedangkan tabungan dalam skim itu kebanyakannya melebihi RM3000 setahun," tegas beliau.

Justeru, katanya dengan pindaan ini penabung terpaksa membayar cukai tambahan melebihi dari pelepasan cukai yang diberikan sebelum ini.

Rafizi turut berkata pindaan itu juga meluaskan kuasa kerajaan untuk mengutip cukai syarikat dari mana-mana pemegang saham yang pegangan sahamnya melebihi 20 peratus atau pengarah atau mana-mana individu yang ditaksir mempunyai kawalan terhadap pengurusan sebuah syarikat.

Ini bermakna, katanya pemegang saham kini terpaksa berhadapan risiko menanggung cukai syarikat walaupun pemegang saham itu tidak terlibat di dalam apa-apa pengurusan sekalipun.

"Pindaan ini samalah seperti menghapuskan pemisahan (corporate viel) di antara liabiliti syarikat dan individu yang menjadi asas persyarikatan.

"Namun, saya rasa ahli parlimen Barisan Nasional pun tidak faham dengan pindaan ini yang mungkin selepas ini turut memangsakan mereka. Lepas ini bolehlah mereka yang mempunyai pegangan saham dalam mana-mana syarikat periksa sama ada akan terkena atau tidak dengan pindaan ini," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau mencabar menteri kewangan jika kerajaan mahu menghapuskan pemisahan di antara individu dan syarikat dalam hal kutipan cukai,  maka pendekatan sama perlu digunakan dalam soal mengutip hutang dari individu yang terlibat di dalam skandal kewangan harta negara.

"Ini termasuklah menghapuskan pemisahan di antara pengarah NFC dari syarikat NFC dalam soal hutang RM250 juta yang diambil syarikat itu dari kerajaan," tegas Rafizi.

Oleh kerana pindaan ini telah menghapuskan corporate veil ini, tambah Rafizi, maka pengarah-pengarah NFC dari keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi boleh berselindung di sebalik alasan hutang diambil syarikat dan perlu membayar semula hutang berkenaN.

"Jadi, sekarang ini saya tertunggu-tunggu, adakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarga Shahrizat yang terbabit dalam skandal NFC, selaras dengan pindaan akta ini," tegas beliau lagi.
KUALA LUMPUR: Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti warlords dan parti laki-bini.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin seterusnya mempersoalkan, ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?

“Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN),” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Tambahnya, tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.

Baca di sini

Tiada ulasan: