Khamis, 5 Disember 2013

MONOPOLI SERTA MENYOROK BARANG HARAM DALAM SISTEM MUAMALAT ISLAM....JANGAN MELAMPAU...KITA CERDIK ATAS AJARAN GURU....BILA DIATAS KITA LUPA PULAK JASA GURU...MANA ADAB KITA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyokong tuntutan yang dikemukakan NGO Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memecahkan monopoli syarikat televisyen berbayar, Astro.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tuntutan SAMM itu merupakan satu tuntutan yang wajar memandangkan mutu perkhidmatan yang diberikan Astro tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan.

"SAMM hari ini telah menghantar satu memorandum bantahan kepada kementerian dan kami menyokong langkah tersebut kerana ia memberi kesan langsung kepada pelanggan Astro itu," kata beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini.

Tegas Takiyuddin, kerajaan perlu mengawal monopoli Astro dengan membuka lebih banyak ruang stesyen televisyen berbayar, sebagaimana yang pernah dihasratkan kerajaan sekitar 2011.

Namun, tambah beliau disebabkan sehingga sekarang tiada pilihan yang dapat diberikan kepada pengguna, maka Astro yang memonopoli industri itu bertindak mengenakan tekanan kepada pelanggan dengan menaikkan tarif sejak Nov lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaari turut menyeru semua pengguna Astro untuk memberi sokongan kepada kempen 'Bantah Astro' yang dilancarkan SAMM.

Kata beliau, kempen itu mensasarkan jumlah 100 000 'like' di laman sosial Facebook iaitu Bantahastro bagi peringkat awal sebelum SAMM mengaturkan lebih banyak agenda dalam kempen tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Lepas, Sin Tze Tzi menuntut kerajaan untuk membuka kepada persaingan bagi stesyen televisyen berbayar untuk membolehkan rakyat membuat pilihan.

Malah, katanya dengan membuka ruang persaingan itu, maka semua syarikat yang terbabit berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik pelanggan.

Memorandum yang turut diserahkan kepada ahli-ahli parlimen itu juga menuntut agar Astro membatalkan bayaran RM20 untuk penyambungan semula, di samping mengurangkan 20 peratus iklan dalam siarannya.

SAMM juga berpendapat Astro juga tidak layak menaikkan tarif kerana tayangan filem dan drama yang berulang-ulang sepanjang bulan, selain siaran yang sering tergendala ketika hujan walaupun dijanjikan perkhidmatan yang terbaik.
KUALA LUMPUR: Selepas 48 jam bencana banjir terburuk melanda Kuantan dan beberapa daerah di negeri kelahirannya Pahang, baharulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu melakukan tinjauan.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilapor meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung Umno 2013 untuk meninjau keadaan di sana.
Di dalam tweet terbaharunya beliau memberitahu akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk ‘menjenguk’ keadaan banjir di sana.
Najib dilapor berlepas dari Subang pada pukul 12 tengah hari dan akan menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan Jamali Jani yang dipercayai hilang dalam banjir di Kuantan malam tadi.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang sehingga pagi tadi mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.
Banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat.
Semalam di Dewan Rakyat usul tergempar berkaitan bencana banjir di Kuantan yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Kekecohan berlaku apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kewajaran usul itu dan menggesa Fuziah pulang ke Kuantan untuk membantu mangsa banjir.
Fuziah mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.
"Saya mendapat panggilan bertalu-talu daripada rakyat di Kuantan meminta bantuan segera jam tiga pagi tadi. Saya telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hantar bantuan makanan dan keperluan tetapi ia tidak berhasil," katanya di dalam dewan.

Atas permintaan Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir yang terkepung di Kuantan.
Dalam sidang media selepas itu, Fuziah memaklumkan mangsa banjir di kawasannya sejak jam 3 pagi tadi tidak mendapat sebarang bantuan malahan ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.

"Mereka terputus hubungan, elektrik diputuskan. Keadaan semakin parah ada yang terpaksa harungi air paras leher mencari tempat perlindungan.

"Bot tidak ada pasukan penyelamat tidak sampai, ada yang tidak menjamah makanan sejak jam 4 petang semalam. Mereka yang menjadi mangsa ibu bersalin, orang tua uzur, kanak-kanak yang berkhatan, dan macam-macam lagi," katanya.

Fuziah juga kesal kerana kerajaan tidak bersedia sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan berdasarkan rekod sebelum ini Kuantan selalu ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.

"Tiap-tiap tahun di Kuantan ada rekod sepatutnya kerajaan bersedia dengan tilam, biskut, susu anak, air minuman dan pampers serta sanitary. Seharusnya benda-benda ini sudah ada," katanya.

Beliau juga kecewa apabila Majlis Keselamatan Negara tidak pernah menjemput beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung masalah banjir di kawasannya.

"Pegawai kerajaan yang terlibat tidak mahu berjumpa dengan kita. Dan saya percaya ini sebagai politik dendam bagi memberi gambaran rakyat bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak buat kerja," katanya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri yang telah dinaiki sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, ekoran banjir kali ini dikatakan antara paling besar, khsususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sehingga puluhan ribu terpaksa dipindahkan, maka pihak mereka merayu sumbangan dari rakyat prihatin.

Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Rashidi Abdul Razak berkata sumbangan boleh diberikan dalam bentuk kewangan mahupun barangan.

"Sumbangan berbentuk barangan seperti makanan kering, makanan dalam tin, ubat gigi, sabun, teh dan kopi, gula, beras, minyak masak, pampers kanak-kanak, serta tuala wanita," katanya.

Bagi warga Kuala Lumpur yang mahu membuat sumbangan barangan, bolehlah menghantar terus ke Markaz Operasi Banjir Jabatan Amal Wilayah Persekutuan dialamat No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bagi sumbangan wang tunai pula, boleh dimasukkan ke dalam mana-mana berkut.

Akaun Bank Islam: 14014010133695 atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP

Akaun Maybank: 564025400100 atas nama Tabung Kemanusiaan Pemuda

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada Saudara Rashidi (012 242 8942), Saudara Umar (014 239 8247) dan Saudara Adam (011 1646 7711).
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri berharap semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang semakin mendapat perhatian masyarakat seluruh Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu adalah satu lagi usaha kerajaan negeri ke arah pembangunan masyarakat berilmu di negeri itu.

“Kita harapkan kerjasama semua pihak demi menjayakan program ini. Mungkin ada campur tangan daripada segi politik tetapi kerajaan negeri tidak kisah kerana skim Tunas ini hak ibu bapa.

“Jika ibu bapa yang menghantar anaknya di tadika seperti tadika perpaduan dan layak mendapat bantuan Tunas maka mereka berhak menerimanya. Maksudnya, saya harap pihak berkenaan bersikap rasional dan terbuka,” katanya dipetik Selangor Kini.

Dr Halimah berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM3 juta untuk program itu pada tahun depan dan Rantaiam Mesra Sdn Bhd (RMSB) akan menjalankan sesi promosi dan penerangan berterusan di seluruh Selangor demi mencapai sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, RMSB juga akan bekerjasama dengan semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) termasuk pendaftaran tadika dan taska di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Katanya, kerajaan negeri menggalakkan ibu bapa yang layak mendaftar anak mereka berusia lima dan enam tahun supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Ia adalah usaha kerajaan negeri bagi meringankan bebanan ibu bapa berpendapatan rendah dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak,” katanya.

Skim Tunas adalah program bantuan yuran RM50 sebulan kepada anak daripada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah yang dihantar ke tadika dan pra sekolah yang berdaftar dengan MPTS.

Pada 1 Mei lalu, kerajaan negeri menaikkan had kelayakan daripada pendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,500 supaya lebih ramai rakyat dapat menyertainya dan menikmati manfaat daripada program berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban ditanggung ribuan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir yang berlaku.

“Bantuan yang kita berikan adalah barangan, makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan banjir serta beberapa keperluan lain seperti peralatan sembahyang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Rodziah ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Penghulu, Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, semalam.

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri lain seperti Johor dan Terengganu dalam masa terdekat.

“Kita juga mendapat tahu selepas banjir di Pahang yang bermula di Kuantan sudah menjangkau ke Rompin dan saya dapati keadaan lebih teruk di Johor serta Kemaman, Terengganu. Jadi di bawah misi bantuan Selangor, kerajaan negeri tidak menafikan bahawa kita akan membantu mereka,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menyalurkan dana bantuan RM100,000 kepada mangsa bencana ribut taufan di Haiyan, Filipina serta RM50,000 kepada mangsa bencana dan kemusnahan di Bertam Valley, Cameron Highlands.

Pada masa sama, Rodziah berkata, bantuan daripada pelbagai pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri serta kilang di Selangor turut diharapkan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana berkenaan.

“Kita sudah menulis surat kepada pihak berkenaan dan setakat ini, maklum balas yang diberikan mereka positif untuk membantu mangsa banjir yang berlaku di Pahang,” katanya.
KOTA BHARU: Rakyat Thailand yang berada di Kelantan semalam merakam ucapan selamat kepada Raja Bhumipol Adulyadej sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda ke-86.

Sebahagian yang hadir termasuk pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Mereka beratur panjang di dewan Konsulat Diraja Thai di sini untuk menandatangani ucapan tersebut.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, pemimpin politik, pegawai-pegawai kerajaan dan warga Thailand yang bekerja di sini.

Sebelum ini dalam satu surat jemputan Konsul Jeneral Thai di sini, Jackrid Kanjanasoon mempelawa orang ramai hadir merakamkan ucapan selamat kepada Raja Bhumipol sempena hari keputeraan baginda.

Katanya, pejabat Konsul Jeneral Thai di sini memberi peluang kepada rakyat Kelantan dan Thailand merakam ucapan tersebut bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari semalam.

Orang ramai yang hadir diraikan pegawai Pejabat Konsul Jeneral, Paoyee Waesahmae.

Program tersebut juga dimeriahkan dengan tarian kebudayaan Thai oleh anak-anak pegawai dan kakitangan Konsul Jeneral di sini. Selain itu persembahan gubahan bunga juga diadakan.

Difahamkan program serupa di Bangkok dan seluruh Thailand diadakan hari ini.
KUALA LUMPUR:  Seorang perwakilan Pemuda Umno semalam meminta kerajaan memantau perbuatan segelintir guru di negara ini yang cuba mempengaruhi pelajar agar membenci kerajaan.
              
Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Mat Yasin berkata sebagai golongan berpengaruh, tindakan guru terbabit mampu menggugat kestabilan negara jika dibiar berterusan.
              
Guru juga tidak harus menjadikan pelajar mangsa kebencian mereka terhadap kerajaan, sebaliknya luahkan secara terbuka mengenai masalah yang dihadapi, katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno, di perhimpunan agung sayap itu, di sini.
              
"...guru ini golongan yang suka melakukan 'silent protes'. Jangan begitu bincang sebaiknya demi kebaikan anak-anak kita," katanya.
              
Ketua Pemuda Umno Kangar Hamizan Hasan pula berkata pergerakan itu perlu menjadi rakan guru dan membantu mereka mendidik generasi baharu, terutama dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
              
"Pemuda Perlis mencadangkan setiap bahagian dan cawangan Pemuda seluruh negara mengambil sekolah dalam kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan kami juga mencadangkan anggota Pemuda dilatih sebagai ejen untuk melaksanakan PPPM," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: