Jumaat, 6 Disember 2013

JANGAN LUPA BANJIR PELUH DIAKHIRAT KELAK....HINGGA ADA MELEPASI HIDUNG DIK KERANA DOSA YANG BANYAK SEMASA DIDUNIA

KUANTAN: PAS Pahang menganggap tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden yang seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.

“Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.

“Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan,” katanya.

Suhaimi berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

Tambahnya, penduduk Kuantan terpaksa melalui peristiwa sedih akibat banjir yang tidak pernah berlaku seburuk ini manakala bantuan daripada pihak berkuasa terlalu lembab disampaikan.

“Bayangkan, ada mangsa banjir termasuk orang sakit dan kanak-kanak yang berpindah ke pusat pemindahan tetapi makanan tidak cukup, bekalan elektrik tidak ada kerana ibu sawat ditenggelami serta bekalan air paip juga terputus,” jelasnya.

Semalam Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.

Bagaimanapun usul tersebut tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pada ketika itu, Bung Mokhtar dan ahli-ahli parlimen BN berdiri membuat bising, mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

Sementara itu suasana di Kuantan tidak banyak berubah. Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan bilik operasi, terdapat kira-kira 30,000 mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Difahamkan, jumlah tersebut tidak termasuk yang berpindah ke rumah keluarga di tempat yang selamat dan yang menginap di hotel.

Perhubungan dengan daerah-daerah lain masih terputus. 
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 6,052 orang malam tadi berbanding 7,163 orang pada siang hari ekoran cuaca cerah di kebanyakan tempat.

Berikutan perkembangan itu, lebih 1,000 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air mulai surut di sebelah petang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara setakat pukul 9 malam tadi, sejumlah 1,559 keluarga masih berada di 82 pusat pemindahan berbanding 91 buah pada petangnya di seluruh Terengganu.
              
Daripada jumlah itu, 13 buah di Hulu Terengganu, Dungun (29), Kemaman (31), Marang dan Setiu masing-masing (4) dan Setiu (1).
              
Kemaman mencatat mangsa banjir paling ramai pulang ke kediaman masing-masing iaitu 1,468 orang, diikuti Dungun (538), Hulu Terengganu (90) dan Marang (63).
              
Bagaimanapun daerah Setiu dan Besut kini mula dilanda banjir apabila hujan beralih arah ke utara Terengganu.
              
Sebanyak 99 mangsa dicatatkan di Setiu manakala di Besut pula enam orang daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Surau Kayu Kelat pukul 12 tengah hari apabila kawasan rumah mereka dinaiki air.  - Bernama
KOTA BHARU:  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, mengingatkan rakyat Kelantan tidak menjadikan banjir sebagai pesta, kerana ianya cukup bahaya.

Beliau memberitahu, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa berwaspada disamping menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan bencana banjir yang kini mula melanda Kelantan sejak tengahari semalam.

“Jangan sekali-kali kita jadikan banjir sebagai pesta untuk kita berseronok, ingat juga sahabat dan saudara kita yang bersusah payah terpaksa menyelamatkan diri apabila banjir melanda di tempat mereka.

“saya mendoakan semuga selamat semuanya tanpa kita meninggalkan sejarah hitam dalam keluarga kerana kehilangan insan yang kita sayangi,”ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas banjir di negeri yang telah membuat persediaan awal sama ada dari pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan beruniform, anggota Amal Malaysia Kelantan, badan-badan bukan kerajaan yang turut berganding bahu membantu meringankan bebanan mangsa banjir,”ujarnya.

Lebih 1,296 orang telah dipindahkan di Kelantan setakat tengah hari ini akibat banjir yang melanda negeri itu sejak semalam, menurut laporan portal rasmi e-banjir negeri Kelantan.

Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram Machang, meliputi Ulu Sat, Labok dan Pulai condong Pasir Mas meliputi Kangkong dan Gual Periok; Pasir Putih meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.

WANITA TERDEDAH BANYAK DILUAR RUMAH MENGUNDANG FITNAH YANG BANYAK
Dulu saya pernah cuba berjuang membela maruah wanita bersalin di hospital melalui kempen dengan kudrat tulang 4 kerat, dengan kewangan terhad kerana masih study di peringkat M.A.

Akhirnya terbantut justeru kekangan waktu tenaga dan tangungjawab lain yang lebih penting. Sememangnya dada merasa sempit apabila mendengar rintihan dan luahan wanita yang menitikberatkan aurat dan maruah mereka justeru semuanya tergadai apabila mereka terpaksa pasrah menyerahkan kepada lelaki ketika menerima rawatan bersalin di hospital. Kadang kala bukan ketika bersalin, tetapi kadang kala ia berlaku ketika pemeriksaan rutin lagi.

Sekalipun mereka ada hak, tetapi sukar bagi kebanyakan masyarakat kita memahami hak mereka di samping hak yang diberikan adalah terhad. Mereka terus merintih dan merintih tanpa pembelaan. Mereka terus tertekan tanpa pujukan. Memang dada merasa sempit apabila mendengar rintihan-rintihan ini.

Sememangnya saya terpaksa meninggalkan usaha kempen ini justeru kekerdilan dari segi masa, ekonomi dan manpower. Pada waktu itu, saya rasa sangat keseorangan kerana memperkatakan perkara sangat asing justeru ramai memahami bahawa ianya adalah darurat dan bla-bla blaaa... sedangkan darurat itu ada batasnya dan ada garis panduannya.

Akhirnya saya akhiri usaha tersebut dengan harapan ada penyambungnya melalui coretan hasil kajian dan survey di dalam buku bertajuk "Sakit Puan Dan Perbidanan: Fardhu Kifayah Yang Terabai" bagi cetakan pertama ulang cetakan kedua. Kemudian ianya ditambah baik dengan diberikan kata pengangar oleh pakar perubatan yang sayangkan Islam, sahabat saya Dr Afendy (Dublin) dan seorang insan yang juga doktor yang enggan namanya disiarkan.

Tanpa sedar, hari ini ramai yang sudah memperjuangkan hak maruah mereka di hospital apabila saya search di internet.

Saya pernah all out membantu golongan miskin, menyelami masalah kemiskinan masyarakat, golongan yang dinafikan hak penempatan (setinggan), golongan miskin yang merempat, Cina yang bergelandangan (merempat). Saya dapati bahawa semua ini tidak boleh selesai dengan saya terus menggerakkan NGO. Semua ini akan diselesaikan dengan satu kunci yang besar sebagaimana Nabi juga pernah menyebut: 'kuasa politik'.

Sebab itu hari ini, saya mula menjejakkan kaki di dalam arena politik supaya apa yang saya perjuangkan sebelum ini akan dapat direalisasikan melalui kuasa politik. Sebab semua masalah itu, berpunca daripada polisi-polisi politik.

Semoga Allah membantu.
Penulis ialah AJK Pemuda PAS Malaysia. Tulisan di atas diambil daripada facebook beliau.
JOHOR BAHARU:  Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang.
              
Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemas kini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang.
              
Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.
              
Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.
              
Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.
              
Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
BEIJING:  Satu rakaman memaparkan seorang pelajar perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara.
              
Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China, Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan dalam mikroblog.
              
Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 Nov di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu yang digelar 'Yuanyuan' keluar dari lif dengan membawa basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar perempuan berumur 10 tahun itu.
              
Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya keluar.
              
Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan itu.

Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah menawarkan diri untuk mencari cucunya.
              
"Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di luar bangunan," kata nenek itu.
              
Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak tempurung kepala.

Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.
              
Polis berkata kes itu masih disiasat.
              
Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap keluarga pelajar berkenaan.
              
Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm. - Bernama
KUANTAN:  Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
              
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam tadi, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
              
Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.
              
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
              
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan, malam tadi. - Bernama

Tiada ulasan: