Jumaat, 6 Disember 2013

BILA BUTA SEJARAH....BUTA ALAM SEKELILING....TERLALU ASABIYAH....TERLALU MEMBODEK NI JADINYA

KUALA LUMPUR: Apa kata Najib Razak tentang cadangan Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam yang mahu menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu dalam perbahasan Perhimpunan Agung Umno?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketua Umno bahagian itu secara terbuka mengatakan bahawa 'bangsa-bangsa lain'  telah menikam dari belakang dalam pilihanraya.

“Beranikah Presiden Umno itu menegur Ketua Bahagian itu dan menegaskan pendiriannya secara terbuka?” tanya beliau lagi.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Rasa sungguh kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh perwakilan Umno  yang begitu tebal semangat perkaumannya.

Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam menyarankan supaya slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu. Bukankah ini satu kenyataan yang menghasut dan berbaur perkauman?

Inilah taktik kotor Umno dan Barisan Nasional yang bijak menukar warna kulit seperti cicak kubing mengikut selera dan keadaan.

Sebelum PRU13 Umno mewar-warkan 1Malaysia. Selepas PRU13 tidak lagi segan untuk mencadangkan 1Melayu. Umno adalah satu parti perkauman yang sentiasa menindas kaum-kaum yang lain.

Semangat assabiyah Umno semakin membengkak selepas PRU13 apabila mereka merasakan sebahagian besar golongan bukan bumiputera tidak lagi menyokong Barisan Nasional.

Jika itu adalah benar, Barisan Nasional seharusnya  mencari sebab musabab kehilangan sokongan itu.

Selepas mengenal pasti punca kegagalan, Barisan Nasional sepatutnya mencari jalan untuk memenangi semula hati orang-orang bukan bumiputera. Mencaci dan menghukum orang-orang yang tidak menyokong Barisan Nasional akan memudaratkan lagi penerimaan komponen itu yang sokongan kepadanya semakin hari semakin pudar.

Barisan Nasional harus sedar bahawa golongan bukan bumiputera telah dihimpit dan ditekan selama lebih 50 tahun.

Penindasan dilakukan secara terbuka oleh Barisan Nasional dalam semua aspek yang merangkumi ekonomi, sosial dan politik.

Nescaya itu,  Barisan Nasional telah kehilangan undi populariti di kalangan golongan bukan bumiputera. Ini adalah suatu tindakan atau reaksi yang normal daripada manusia-manusia yang berfikiran waras dan beremosi.

Barisan Nasional tidak mempedulikan perasaan golongan bukan bumiputera selama ini. Tetapi secara tiba-tiba sebelum PRU,  Barisan Nasional cuba berjinak dengan golongan bukan bumiputera dengan slogan retorik 1Malaysia.

Ini dilakukan dengan niat menipu semata-mata untuk memancing undi daripada semua lapisan masyarakat. Sebaik saja habis PRU, Barisan Nasional sudah mula menunjukkan belangnya sekarang.

Apa kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang cadangan Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam yang mahu menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu dalam perbahasan Perhimpunan Agung Umno?

Beliau secara terbuka mengatakan bahawa 'bangsa-bangsa lain'  telah menikam dari belakang dalam pilihanraya.  Beranikah Presiden Umno itu menegur Ketua Bahagian itu dan menegaskan pendiriannya secara terbuka?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP? Beranikah mereka ini mengutuk secara terbuka ucapan perkauman Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam? Atau seperti biasa menjadi 'Pak Angguk'' dan turut serta bertepuk tangan mengiktiraf ucapan sedemikian?

Saya pasti tidak akan ada apa-apa reaksi daripada puak-puak ini kerana terpaksa menjaga kepentingan politik masing-masing.

Asabiyah : Dr Asri dan Dr Juanda Bidas Harussani

Dr Asri: Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam
Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam
KUALA LUMPUR, — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.

Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.”

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian.

Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

“Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

“Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu,” katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam.
Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak.

“Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa,” katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa.

“Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.”

Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam.



Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah.

“Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu.

“Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menambah “asabiyah” ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam. -Themalaysianinsider

“...sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana asabiyyah, menyeru org lain agar bersikap asabiyyah,atau membantu golongan asabiyyah,lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah...”-[hadis riwayat Muslim,no1477]

“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yg menyeru kpd asobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas asaobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan asobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud 4/332, status asalnya daif, tetapi setelah diperkuatkan oleh hadis Muslim di atas,menjadi Hasan Lighairih].

“Sesiapa saja yang menyeru kepada ‘asabiyah(fanatisme golongan, seperti nasionalisme) maka dia tidak termasuk golongan kita (kaum muslimin)” (HR. Abu Daud)

Asobiyah yg sebenarnya

Kalau nak tahu apa erti asobiyah sebenarnya, kita kena tengok dalam hadith, apa yang nabi ertikan dengan asobiyah ni.Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan perkara ini –makna asobiyah-kepada baginda s.a.w,lalu baginda s.a.w menjawab:
“ Kamu menolong kaummu atas kezaliman”-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]

Asobiyah dan jahiliyyah -2 benda yg berkait rapat. Asobiyah itu memang ciri utama masyarakat jahiliyah di hijaz. Mereka terkenal dengan sikap asobiyah ini, dan satu slogan yang berbunyi-bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi-menjadi pegangan utama masa tu. Hinggalah Islam datang, nabi s.a.w membawa tafsiran baru terhadap slogan ini. Bantulah saudara yg zalim,dengan cara menghalangnya dari melakukan kezaliman (Raheeq Makhtum,ms40)

Daripada hadis dan maklumat sirah tadi, kita simpulkan satu benda.Membantu dan mengiyakan benda yang benar, memang tak menjadi masalah. Yang jadi salahnya ialah membantu dan mengiyakan kezaliman-benda yang tak betul!!! Inilah yg kita kena faham-hakikat asobiyah yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w dlm hadis hadis baginda!! Inilah dasar umum asobiyah!!

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]



ADMIN : Macam puak umno bertolong tolongan sesama mereka untuk menzalimi puak selain dari mereka?, walaupun mereka sebenarnya sesama melayu?. Contoh ter hebat, hanya melayu umno sahaja yang layak dapat bantuan kerajaan, tender kerajaan dan sebagainya, tetapi bukan melayu pas? Isu Royalti Minyak ???

Rasulullah SAW. bersabda:
“Hai manusia, sesungguhnya Rabb kalian satu dan bapak kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang Ajam(bukan arab) dan tidak ada keutamaan Orang Ajam atau orang Arab, tidak ada keutamaan orang hitam atas orang merah, dan tidak ada keutamaan kulit merah atas kulit hitam, kecuali taqwanya.” (HR. Ahmad)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujuraat: 13)

Wallahua'lam

NOTA : APA MAKNANYA MELAYU, ISLAM DAN RAJA



lihat asas perjuangan
melayu islam dan raja


bila sudah lihat klip ini
pasti pembaca akan memiliki
kesedaran tentang melayu islam dan raja


pembaca akan disedarkan siapa melayu
akan disedarkan siapa islam
akan disedarkan sipa raja
kah kah kah - Tukar Tiub
 
 
 


Badai tengkujuh yang menyelimuti Pantai Timur telah menyaksikan daerah di Kuantan, Kemaman, Indera Mahkota, Dungun mengalami kesan paling buruk.

Ribuan ribu rakyat jembel dan seluruh warga daerah yang terlibat telah berpindah ke pusat pemindahan dan juga menumpang di rumah saudara mara.

Hujan lebat dibantu fenomena air laut pasang menyebabkan banjir paling teruk melanda daerah kuantan dan kemaman semenjak merdeka.
Ribuan rakyat juga diuji dengan kegagalan electrik di banyak daerah sehingga menimbulkan rasa panik dan menambah perisa kepada derita rakyat. Agensi kerajaan juga agak lembap dalam menyelaras dan menghulurkan bantuan sehingga terdengar kisah kelaparan dan terlepas pandang bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

Muslim Care Malaysia, bersama jaringan sivil yang lain merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk melebarkan langkah membantu rakyat tanpa mengira jalur ideologi dan latarbelakang sosial.

Tim bantuan Muslim Care Malaysia dipimpin oleh naib Presidennya Zulkifli Nani telah menyelaras bantuan dengan NGO-NGO bantuan kemanusiaan yang lain.

Muslim Care Malaysia menjemput rakyat negara ini untuk sama-sama membantu menanggani krisis kemanusiaan, antaranya dengan menyumbang dana serta menguruskan bantuan material untuk pemberdayaan bantuan mangsa banjir.

Muslim Care Malaysia juga merayu pihak masjid, surau, pelbagai institusi untuk menggerakkan kempen bantuan ini.

Muslim Care dengan reputasi yang ada selama ini merasa tergerak untuk meringankan beban mangsa dan juga sebagai obligasi sosial bagi memastikan keberadaannya dirasai rakyat.

KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, ini seiring dengan kenyataan yang dibuat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sewaktu ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam yang antara lain berkata: "...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik".

“Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof mengarahkan semua Dewan Muslimat PAS negeri-negeri menubuhkan pasukan Ops Banjir (Muslimat cakna) bagi menggerakkan kutipan wang dan sumbangan serta menganjurkan munajat khas banjir.

Manakala di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir katanya, Dewan Muslimat PAS negeri menubuhkan Bilik Gerakan Ops banjir untuk memudahkan sebarang penyaluran bantuan secara terus, tepat dan cepat kepada mangsa banjir.

Beliau berkata, maklumat terkini berkenaan bantuan Ops Banjir akan dikemaskini di Facebook page rasmi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).

Menurut beliau, Dewan Muslimat PAS Malaysia amat prihatin dengan fenomena banjir yang sedang melanda di negeri Pahang, Terengganu dan Johor.

Beliau mewakili seluruh pimpinan Dewan Muslimat PAS mengucapkan tazkiah kepada semua mangsa banjir dan berharap semua pihak memohon doa kepada Allah supaya hujan berhenti dan banjir segera surut.

Katanya, tragedi banjir itu sememangnya di luar jangkaan manusia namun pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Kami berharap semua yang menghadapi masalah ini akan kekal tabah meneruskan kehidupan seharian." katanya.

Dalam masa yang sama beliau berharap para ibu bapa diminta agar sentiasa menjaga keselamatan ahli keluarga terutama anak-anak kecil.

Beliau berharap semua pihak tanpa mengira mangsa banjir atau tidak mesti menjaga hubungan dengan Allah seperti menunaikan solat, banyakkan doa, menjaga aurat, pergaulan dan tatasusila di tempat perpindahan banjir.

Sekiranya ada individu atau mana-mana agensi yang ingin turut serta memberi sumbangan melalui Dewan Muslimat PAS Malaysia, bolehlah salurkan ke akaun di bawah.

Nombor Akaun Maybank: 5640 2540 0711
Nama Akaun: DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Penyumbang dipohon memaklumkan amaun sumbangan melalui SMS ke nombor berikut untuk rekod pihak Dewan Muslimat: 019 3382 668 / 013 9629 969 / 019 2135 353
JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meminta Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) memberi penjelasan berhubung artikel tulisannya 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'.
              
Disiarkan sebuah akhbar tempatan Isnin lepas, artikel itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini.
              
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor.
              
"Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Baharu, kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor.
              
"Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada Raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap Raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini semalam.
              
Muhammad Ali memuatkan sajak tulisan anak bongsunya yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah' dalam kolum 'Khalifah Bisnes' yang disiarkan akhbar itu.
              
Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyerahkan surat rasmi kepada bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Johor Corporation itu dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan lanjut.
              
Beliau turut menasihati semua individu yang menerima gelaran 'Datuk' daripada Sultan Johor supaya sentiasa mengingati Sumpah Syarie yang dilafazkan ketika menerima darjah kebesaran tersebut.
              
Antara sumpahnya adalah untuk memperkasakan, meningkatkan dan menyokong kedaulatan Raja, undang-undang, negeri, rakyat dan darjah yang diberi.

Muhammad Ali menerima pingat Dato' Paduka Mahkota Johor pada 8 April 1984 yang membawa gelaran Datuk dan pingat Dato' Sri Paduka Mahkota Johor pada 8 April 1996. - Bernama

MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun,  perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan  berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh  media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat.

Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu ,  merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat.

Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar.

Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya  mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa .

Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan.

Tidak cukup dengan itu , berkeras suara pula menuntut orang Melayu bersatu bertindak memberi amaran kepada kaum lain yang dituding mengkhianati kerajaan.

Sementara itu Presiden dalam ucapan dasarnya , pula mengerah fikiran untuk melampiaskan serangan kepada seteru politik dan buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan 67 kali perhimpunanparti tersebut menayangkan video pemimpin lawan ditengah-tengah ucapan dasar.

Dimanakah kematangan dan kedewasaan politik perhimpunan Melayu jika ketika rakyat menghadapi penderitaan yang berat , politik merasuk sanubari perwakilan dari presiden sehingga ahli biasa.

Kami kesal dengan sikap ini. Suara seorang Ahli Parlimen supaya diusulkan Kuantan diistihar dharurat diherdik dan ditolak mentah-mentah.

Kami mendesak para pemimpin perhimpunan Melayu yang gah dan mewah itu turun segera ke Pahang , Trengganu serta Kelantan kerana banjir kali ini menunjukkan tanda mala petaka yang berskala besar.

Janganlah membuat kenyataan bahawa keadaan dalam kawalan, sedangkan puluhan ribu rakyat yang menjadi mangsa terkapai-kapai mendambakan bantuan dengan segera.

Mapim telah melancarkan Skuad Misi Bantuan Mangsa Banjir dan telah mengantar bantuan makanan , keperluan kanak-kanak dan membuka saluran akaun Tabung Mapim untuk orang ramai menyalurkan sumbangan.

Keadaan sehingga hari ini maseh menunjukkan bantuan memang maseh sangat diperlukan .

Sila hubungi Ketua Misi Abdullah Ismail 019 989 3707 yang sedang berusaha mengujudkan Pos Kecemasan MAPIM di lokasi yang didapati tidak mendapati bantuan yang mencukupi kerana terputus hubungan.
_________________________
Penulis adalah Presiden MAPIM
KOTA BAHARU:  Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam tadi naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah 2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang semalam.
              
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, lebih ramai penduduk yang tinggal di Rantau Panjang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang terus meningkat naik.
              
Jajahan Kuala Krai masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 762 orang dan berada di enam buah pusat pemindahan diikuti Pasir Mas di Rantau Panjang iaitu 681 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.
              
Pada sebelah petang, hanya 21 orang yang direkodkan berpindah di Rantau Panjang sebelum bencana itu terus merebak ke beberapa buah kampung lain.
              
Di Machang kini 230 orang masih ditempatkan di lima buah pusat manakala di Pasir Puteh 210 orang berada di tiga buah pusat.

Satu lagi jajahan yang terjejas adalah di Tanah Merah yang menempatkan seramai 186 orang di lapan buah pusat.
              
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan terus meningkat melebihi paras bahaya iaitu 10.39 meter melebihi bahaya 9 meter.
              
Sungai Lebir pada bacaannya di Tualang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard juga masih berada pada melebihi bahaya iaitu di Tualang 35.48 meter (bahaya 35 meter) dan Jambatan Guillemard 16.84 meter (bahaya 16 meter).
              
Satu lagi bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai bagaimanapun dilaporkan telah surut pada paras amaran berikutan tiada hujan sepanjang hari.
              
Menurut portal itu, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali beberapa jalan alternatif di Kuala Krai dan Pasir Mas yang ditutup kepada kenderaan ringan.
              
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca pada malam ini adalah baik. - Bernama

Tiada ulasan: