Jumaat, 6 Disember 2013

BANJIR BENCANA BERBENTUK UMUM....BENCANA BENTUK INDIVIDU ALLAH TUTUP TAUFIK DAN HIDAYAH


Tuan Guru Abdul Hadi mengharungi banjir melawat mangsa di Kemaman, petang semalam.

Tuan Guru Abdul Hadi menaiki bot meninjau kawasan banjir di Kemaman, petang semalam.
KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai ‘Kawasan Bencana’ akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.

Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.

Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat.

“Hati saya sungguh tersentuh melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan, ibu yang memandang dengan hampa, mangsa yang menggigil kesejukan tanpa pakaian dan selimut dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ujar beliau pihak PAS menerusi berbagai jenteranya telah dikerah untuk membantu dengan sepenuh tenaga, walaupun berdepan dengan berbagai kekurangan tetapi keperluan asas adalah masih sangat tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang dilanda musibah ini.

Katanya, ketiadaan bekalan air bersih ini akan menyebabkan wabak lain yang melanda sebaik sahaja air mula surut nanti.

Sehubungan dengan itu, kata beliau PAS menyeru kepada pihak kerajaan yang mempunyai dana khusus ini supaya dapat lebih proaktif dan segera bertindak bagi membantu rakyat kita yang dilanda bencana ini.

  
سُوۡرَةُ البَقَرَة

  صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ (١٨)

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (18)

KUALA LUMPUR: NGO Nisa' Malaysia sedang berada di dua lokasi di ibu negara bagi mengumpul barang-barang sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor.

Bermula jam 1.00 tengah hari tadi sehingga jam 12 tengah malam ini, sukarelawan Nisa' Malaysia berada di tempat letak kereta terbuka Padang Merbok dan Dataran Merdeka.

Justeru, warga kota dialu-alukan menghulurkan barang keperluan asas dan makanan untuk keperluan mangsa di pusat pemindahan banjir.

Barang-barang yang dikumpulkan hari ini akan terus dibawa ke tempat pengumpulan barang di Dewan Merbau seksyen 17 Shah Alam.

Penyumbang diminta untuk meletakkan label pada barang sumbangan terutamanya pakaian bagi mempercepatkan urusan penghantaran barang-barang ke pusat pemindahan banjir.

Lori pertama akan bergerak dari Dewan Merbau jam 9:30 malam ini ke lokasi-lokasi pusat pemindahan banjir.

Antara subjek paling susah yang saya pernah belajar ialah Ancient Indian Civilization yang diajar oleh Assc Prof Dr Arshad Islam. Subjek itu sangat susah bagi saya kerana ia merupakan maklumat yang hampir 100 peratus baru buat saya. Dalam masa yang sama Prof mengajar secara ‘old school‘ yang mana sebelum kami dibawa ke peringkat analisis, kami perlu sangat banyak menghafal. Peraturan nahu kitab Veda pun dipaksanya kami hafal.

Mengkaji Tamadun Indus awal, kami meneroka bersama data-data arkeologi dari Lembah Zhob di utara Baluchistan. Kami juga dikehendaki memahami tablet tembaga Mohenjo-daro hinggalah kepada menganalisis pengaruh Trio, Asvaghosa, Nagarjuna dan Aryadeva ke atas seni Gandharan.

Kajian-kajian di dalam subjek ini memahamkan kepada saya bagaimana perkembangan yang berlaku kepada agama Hindu, reformasi Buddha dan tajuk ‘assignment‘ akhir saya ialah “menganalisis kemasukan konotasi agama ke dalam sistem kasta pasca kedatangan kaum Aryan”.

Sejujurnya, banyak fakta yang saya sudah tidak ingat, namun subjek yang sangat perit ini banyak memberi pengetahuan kepada saya tentang perkembangan tamadun manusia di Benua India, yang merebak ke kawasan Teluk seperti Bahrain, hinggalah ke Lembah Bujang dan Borobudur.

Saya berkongsi cerita ini kerana tertampar oleh keangkuhan ahli politik, dan orang ramai yang merumuskan kemusnahan Candi 11 di Lembah Bujang sebagai remeh dan ia sekadar tinggalan HINDU.

AL-BIRUNI DAN TAMADUN INDIA

Mungkin kita terlupa atau tidak pernah tahu tentang Abū al-Rayhān Muhammad ibn Ahmad al-Bīrūnī. Beliau yang dikenali sebagai Alberonius atau Al-Biruni meninggal dunia pada 13 Disember 1048 di Ghazni.

Para pengkaji dalam bidang sejarah dan ketamadunan seperti Francis Robinson berpendapat bahawa al-Biruni yang merupakan seorang ulama Islam dan saintis terkenal, adalah pengasas kepada bidang INDOLOGY iaitu bidang yang mengkaji sejarah dan tamadun benua India. Al-Biruni menghasilkan kitab “Tarikh Al-Hind” (History of India) melalui sedekad keberadaan beliau di India di tengah-tengah masyarakat beragama Hindu.

Al-Biruni juga memberikan kepada kepada satu sampel kaedah penyelidikan yang  adil. Kerana itu beliau juga dianggap sebagai pelopor kepada bidang anthropologi. Al-Biruni tidak bias dalam menilai malah menganalisis dapatannya untuk menjelaskan mengapakah kaum Hindu sangat bermusuh dengan umat Islam. Al-Biruni juga akhirnya disenangi oleh pemuka-pemuka tempatan yang melihat beliau sebagai seorang ‘orang luar’ yang jujur dalam mencari ilmu pengetahuan.

Sikap menjaga amanah ilmu beliau disebut:

I shall not produce the arguments of our antagonists in order to refute such of them, as I believe to be in the wrong. My book is nothing but a simple historic record of facts. I shall place before the reader the theories of the Hindus exactly as they are, and I shall mention in connection with them similar theories of the Greeks in order to show the relationship existing between them.(1910, Vol. 1, p. 7;1958, p. 5)

Al-Biruni juga menghasilkan sebuah kitab yang mengkaji pemikiran kaum Hindu. Kitab itu dikenali sebagai “Critical Study of what India Says, Whether Accepted by Reason or Refused“, yang juga lebih dikenali sebagai Indica.

KEPENTINGAN ILMU MERENTAS AGAMA DAN BANGSA

Sangat tidak wajar untuk kita berkata, “ah, itu tinggalan Hindu”, “itu benda syirik” apatah lagi kita sedang membangunkan sebuah negara yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Aqidah adalah urusan kita sesama umat Islam dan Aqidah Islam mempunyai pandangannya terhadap kepercayaan-kepercayaan yang lain. Agama yang lain juga mempunyai ulasan dan kritikan mereka terhadap kepercayaan kita sebagai umat Islam.

Tetapi aspek ketamadunan, pengalaman manusia dalam membina kehidupan, ia merentas bangsa dan agama. Kita mengkaji segala-galanya. Dan pemusnahan Candi 11 itu mestilah menjadi tragedi terakhir di negara kita, manakala sumber-sumber sejarah yang lain di Lenggong, di Beruas dan lain-lain mestilah dipelihara untuk ilmu.

Dan kerajaan yang bijak, akan memanfaatkan ia untuk tujuan pelancongan yang berfaedah.

Kerajaan Turki memelihara bandar Birgi di Ödemiş Izmir, serta diwartakan seluruh wilayahnya sebagai World Heritage Centre oleh UNESCO pada tahun 2012, tanpa sedikit pun menjejaskan kepentingan pendudukan seperti yang dihujahkan secara dangkal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, malah yang dirisaukan adalah kehilangan satu Dewan Undangan Negeri, jika kawasan Lembah Bujang digazetkan!

Khuatir sekali, apa sahaja isu yang timbul di Malaysia, ahli politik akan menyempitkan isu tersebut kepada sentimen parti, bangsa, dan agama. Mangsa sebenarnya adalah ilmu, akademik dan pembodohan jangka panjang masyarakat.

Ya, ia memang sebuah ujian.

Ujian yang menguji sistem nilai kerajaan dan keupayaan mereka mengekalkan khazanah dunia bersama pemeliharaan kepentingan penduduk tempatan. Jika tidak tahu, pergi ke luar negara dan belajar daripada yang tahu.

Ironi sekali pada tahun 2013, kerajaan memutuskan untuk menjadi subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus, pada tahun yang sama Lembah Bujang dimusnahkan untuk projek perumahan.

http://saifulislam.com/ Soalan:
Bagaimana seseorang itu layak diikira sebagai anak susuan. Siapakah yang dikira mahram kepada adik-beradik susuan. terima kasih.

Jawapan:
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, ...dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu…,” (surah al-Nisa’: 23).

Pengharaman berkahwin dengan ibu susuan dan saudara susuan tidak hanya terbatas kepada dua golongan ini sahaja. Tetapi ada juga kelompok lain yang berkaitan dengan dua golongan ini yang haram dinikahi. Hal ini kerana Nabi sollalLahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Diharamkan (berkahwin) disebabkan penyusuan itu sebagaimana diharamkan (berkahwin) yang disebabkan oleh keturunan.” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan terdapat banyak riwayat lain yang menyatakan hal ini dengan lafaz yang berbeza-beza]

Pertama: Cabang yang terbit dari keharaman kahwin antara ibu dan anak susuan (lelaki).

Siapakah yang haram dikahwini oleh anak susuan (lelaki)?

1. Ibu susuannya; kerana dia menduduki tempat seorang ibu bagi si anak yang menyusu daripadanya. Ini juga bersandarkan dari firman Allah yang bermaksud : “…dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu…” (surah al-Nisa’ : 23)

2. Anak-anak perempuan kepada ibu susuan; sama ada anak daripada suami yang menyebabkan turunnya susu (suami sekarang) atau suami lain yang terdahulu. Kesemua mereka ini dikira saudara susuan walaupun daripada ayah berbeza.

3. Cucu kepada ibu susuan dan ke bawah (iaitu bawah dari cucu; cicit dan seterusnya); kerana mereka ini ialah anak kepada saudara susuan mereka. Sebagaimana anak saudara itu tidak halal dikahwini oleh bapa saudaranya.

4. Jika seorang wanita itu menyusukan dua orang bayi lelaki yang berlainan, maka mereka berdua menjadi saudara susuan dan anak-anak mereka (dan ke bawah) haram berkahwin antara satu sama lain.

5. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).

6. Bapa kepada ibu susuan (datuk susuan).

7. Adik-beradik perempuan kepada ibu susuan. Sebagaimana seorang ibu saudara itu haram dikahwini oleh anak saudaranya, begitu juga halnya dengan ibu saudara susuan. Adapun anak kepada ibu saudara susuan, maka itu tidak haram dikahwini sebagaimana sepupu (anak kepada ibu/bapa saudara).

8. Ibu susuan haram mengahwini anak kepada anak susuannya (cucu) dan ke bawah.

Kedua: Cabang yang terbit antara anak susuan (perempuan) dengan suami ibu susuan (iaitu bapa susuan)

Bapa susuan yang dimaksudkan ialah suami kepada ibu susuan yang menyebabkan adanya susu kerana adanya hubungan kelamin.

1. Anak susuan haram dikahwini oleh suami ibu susuan. Begitu juga haram ke atas anak lelaki suami yang datang daripada isteri yang lain (selain ibu susuan). Haram juga ke atas anak kepada anak-anak lelaki si bapa susuan (cucu). Jika seorang lelaki mempunyai dua orang isteri, dan setiap seorang isteri ini menyusukan dua orang bayi yang berbeza, maka kedua-dua bayi itu haram berkahwin sekiranya seorang lelaki dan seorang perempuan, kerana mereka berkongsi bapa susuan yang sama! Jika kedua-duanya ialah perempuan, maka seorang lelaki itu tidak boleh mengumpulkan kedua-duanya dalam satu perkahwinan (iaitu si A isteri pertama, si B isteri kedua – perkara ini tidak boleh kerana mereka adalah adik-beradik satu bapa susuan).

2. Haram ke atas bapa kepada bapa susuan (datuk susuan) untuk menikahinya.

3. Haram ke atas adik-beradik lelaki bapa susuan untuk menikahinya kerana mereka adalah bapa saudara susuannya.

4. Adik-beradik perempuan kepada bapa susuan adalah ibu saudara susuannya. Adapun anak-anak lelaki kepada ibu saudara susuan dan bapa saudara susuan, maka itu tidak haram untuk dikahwini sebagaimana sepupu itu tidak haram dikahwini.

Dalil pengharaman anak susuan ke atas bapa susuan dan kaum kerabat bapa susuan

Pertama: “Apa yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata: Selepas turunnya ayat hijab, Aflah, saudara kepada Abu Qu’ais, meminta izin daripadaku untuk masuk, aku berkata: Aku tidak akan benarkan sehinggalah aku minta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam, ini kerana bukan Abu Qu’ais yang menyusukan aku tetapi isterinya yang telah menyusukan aku. Kemudian Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam masuk kepadaku, lalu aku berkata kepada Baginda: Aflah, saudara Abu Qu’ais meminta izin kepadaku tetapi aku tidak benarkan sehinggalah aku meminta izin darimu. Lalu berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : Apa yang menghalang engkau untuk membenarkan bapa saudaramu masuk kepadamu?’ Aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya bukan lelaki itu yang menyusukan aku tetapi isteri Abu Qu’ais yang menyusukan aku. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata: Izinkanlah dia, sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu. Berkata ‘Urwah: Oleh itu, ‘Aisyah mengatakan apa yang haram disebabkan keturunan itu adalah haram juga disebabkan penyusuan. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].

Kedua: Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata mengenai anak perempuan Hamzah: “Sesungguhnya dia tidak halal untuk aku kahwini kerana dia adalah anak susuan kepada saudaraku”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].

Sejauh manakah pengharaman nikah yang disebabkan oleh penyusuan ke atas kaum kerabat anak susuan?

1. Ibu susuan dan bapa susuan haram mengahwini anak susuan dan ke bawah (iaitu anak kepada anak susuan, cucu kepada anak susuan dan seterusnya).
2. Berikut adalah mereka yang tidak haram dikahwini oleh ibu atau bapa susuan: Mereka yang sedarjat dengan anak susuan (adik-beradiknya) dan ke atas (seperti ibu dan bapa kandung anak susuan, ibu saudara, bapa saudara, nenek, dan datuk).
3. Ibu susuan boleh mengahwini ayah kepada anak susuannya. Begitu juga dengan abangnya atau bapa saudaranya.
4. Bapa susuan boleh mengahwini ibu kandung anak susuannya. Begitu juga dengan kakaknya, adiknya atau ibu saudaranya. 5. Anak kandung ibu susuan atau anak kandung bapa susuan (sama ada hasil perkahwinan dengan ibu susuan atau isteri yang lain) boleh berkahwin dengan adik-beradik anak susuan itu tadi.

Hal lain yang berkaitan dengan penyusuan

Kelompok lain yang termasuk dalam pengharaman hasil penyusuan ini adalah:

1. Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B (perempuan) dan si B mempunyai ibu susuan, maka si A tidak boleh berkahwin dengan ibu susuan B, nenek susuannya dan ke atas.
2. Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B (perempuan), dan B mempunyai seorang anak susuan, jika A telah ‘bersama’ dengan B maka anak susuan B tadi haram dikahwini oleh A. Begitu juga anak kepada anak susuannya dan ke bawah.
3. Isteri kepada bapa susuan (bukan ibu susuan tetapi isteri lain) atau isteri kepada datuk susuan tidak boleh dinikahi oleh anak susuan atau anak kepada anak susuan dan ke bawah.

Rujukan : al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan
KUALA LUMPUR: Jajahan Pasir Mas mencatat jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 1,686 mangsa dari 595 keluarga akibat banjir di negeri itu, menurut laporan rasmi e-banjir negeri itu.

Semalam di Pasir Mas hanya mencatatkan seramai 33 orang sahaja dipindahkan melibatkan 7 keluarga.

Sehingga tengahari ini, seramai 2438 orang telah dipindahkan dari 779 keluarga di seluruh negeri Kelantan yang meliputi lima jajahan.

Jajahan tersebut adalah Kuala Krai seramai 407 orang (94 keluarga), Machang jumlah mangsa 39 orang (10 keluarga), Pasir Puteh pula seramai 219 orang (57 keluarga) dan Tanah Merah mencatat seramai 23 orang (36 keluarga).

Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram; Machang meliputi Ulu Sat, Labok, Pulai condong dan Temangan; Pasir Mas meliputi Kangkong, Gual Periok, Rantau Panjang dan Kubang Gadong; Pasir Puteh meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.

Sebanyak 26 tempat Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka meliputi kelima-lima kawasan jajahan tersebut.

Sehingga kini tiada mangsa korban dan kemalangan yang dilaporkan di Kelantan.

20 Pusat Kawalan Operasi banjir dan Bilik Gerakan telah dibuka bagi peringkat negeri dan seluruh jajahan dengan jumlah tenaga kerja seramai 3386 orang.

Laporan tersebut turut menyatakan jalan alternatif yang telah dibuka bagi ke semua kenderaan adalah di Gua Musang, jalan masuk Chiku-Aring di Jambatan Sungai lebir (KM12.2).

Bagi jalan-jalan lain masih tutup kepada kenderaan-kenderaan ringan iaitu di Kuala Krai, Jalan Bukit Sireh - Kampung Bedal - Kuala Nal (KM 2.5).

Bagi jajahan Pasir Puteh jalan yang ditutup adalah laluan Pasir Puteh - Semarak, Tanah Merah meliputi Jalan Tanah Merah - Kusial - Kampung Ipoh (KM 2 dan 4).

Sementara itu di Pasir Mas jalan yang ditutup adalah laluan Rantau Panjang - Panglima Bayu (KM 8); Banggol Kulim lokasi 2 (KM 23 dari Pasir Mas); Bukit Tuku-Batu Hampar (KM 2.5); Pangkalan Rakit (KM 15) dan Pohon Tanjung - Rantau Panjang (jalan lama Kampung Siram - KM 11).

Manakala di Tumpat hanya laluan Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan (KM 2.0).

Jabatan Meterologi Malaysia turut meramalkan hujan akan berterusan selama semingg di Kelantan selama seminggu mulai hari ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.

Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.

Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.

Penulis berita tersebut juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu tersebut.

Mahkamah rayuan juga turut mengarahkan Utusan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM20,000.

Mohammad Nizar telah diwakili oleh dua peguamnya Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melaui tetuan Awi & Co manakala Utusan telah diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Maka sekaliannya kagum dengan Ustaz Kazim Elias yang Umno Najib lantik  jadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan sekaliannya kaget dengan Umno yang mengambil  agamawan menjadi salah seorang pemimpin tingginya.

Dengan mengambil agamawan Ustaz Kazim itu dikira Umno melakukan satu lagi transformasi politik mendekati dan meninggikan Islam. Kiranya Umno mula mengisi orang agama ke dalamnya.
   
Adakah pengambilan Ustaz Kazim dan Dr Asyraf Wajdi Dasuki itu Umno mula memberi tempat ulama dan Islam?
   
Ustaz  Kazim bukanlah agamawan atau ulama pertama Umno rekrut dalam pimpinan tertingginya dan Najib bukanlah pemimpin pertama Umno mengambil  lulusan tinggi Islam dalam Majlis Tertinggi Umno.
   
Tunku Abdul Rahman Putra membawa Tan Sri Syed Jaafar Albar yang bertarf ustaz sebagai Ketua Penerangan Umno dan Dato Haji Hassan Yunus lulusan Azhar dalam Majlis Tertinggi Umno. Hassan Yunus adalah Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.
    
Tunku juga melantik Datuk Dr Abdul Jalil Hassan, Timbalan Mufti Johor dan Dr Halim Ismail, ahli ekonomi dan lulusan Maahad Mahmud Alor Setar. Rakan-rakan Dr Halim melanjut pelajaran ke Mesir, dia melanjut pelajaran ke Universiti Malaya dan England.
    
Era Tunku dan Tun Razak juga merekrut Wan Kadir Ismail yang baru pulang dari Mesir duduk dalam MT Umno lalu diikuti oleh iparnya Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
   
Dr Mahathir pula haijek Anwar Ibrahim. Anwar bukan ulama tapi fahaman dan pegangan Islam bagaikan Hassan Albana, Jamaluddin al-Afghani dan Mohamad Abduh. Semua pemimpin gerakan Islam dunia mengira Anwar jurubicara ummah. Habis orang berjiwa Islam di luar PAS dan sebahagian dalam PAS ikut dia menjunjung Umno.
     
Tak terkira lagi Yusuf Nor, Hamid Othman, Jeneral Hamid Zainal Abidin, Abdullah Zain, Dasuki Ahmad, Imam Firdaus dan lain-lain. Tetapi Umno tetap macam Golkar, Al-Fatah dan parti politik yang dipimpin oleh Hosni Mubarak. Kecut perut dengan hudud dan gerun jika ramai orang belajar sekolah agama.
    
Orang tak kisah sangat Dr Asyraf Wajdi dijadikan MT Umno. Orang terkejut kalau dia masuk PAS. Tapi Ustaz Kazim yang bukan ahli Umno jadi MTnya yang dilantik, maka orang pun terkejut. Orang tak pelik kalau dia jadi calon BN, tapi MT Umno adalah pembuat dasar Umno. Kalau komunis mengambil orang bukan  ahli komunis duduk dalam Politburonya, maka payah nak dikira komunis itu masih komunis.
   
Tak adakah orang Umno yang kanan agamawannya lalu mengambil orang bukan Umno jadi MTnya? Dulu Najib guna bekas pemimpin PAS yang cemerlang untuk orang perantaraannya dengan ulama Mekah dan  jadi jurubahasanya. Seolah-olah tiada ulama Umno yang cemerlang lalu minta bantuan dari bekas pemimpin PAS yang tidak cemerlang.
   
Sekarang ambil pula  Ustaz Kazim yang tidak  diketahui kepakaran politiknya dan pendiriannya dalam politik untuk jadi MT bagi mengisi quota agamawan dalam Umno. Jelaslah ia bukti Umno kekeringan agamawan.
  
Ustaz Kazim tak tahu dia dilantik dan mengapa dia dilantik kerana katanya, politik bukan minatnya. Tumpuannya ialah dakwah.
   
Tujuannya ialah untuk mengIslamkan Umno.  Yusuf Nor, Abdullah Zin dan Dasuki Ahmad tak dapat jadikan Umno seperti Islam yang Najib mahu. Harapan itu ada pada Ustaz Kazim. Besar amanah yang diberi kepada Ustaz Kazim. Tugas ulama kiranya Ustaz Kazim ssetuju jadi MT ialah dakwah MT Umno setuju terima hudud  dan nak jadi isteri Perdana Menteri mesti bertudung kepala.
   
Kalau ia tak dapat dibuat jadilah Ustaz Kazim seperti lain agamawan yang pernah direkrut.
  
Apakah yang Ustaz Kazim dapat buat yang Anwar dulu tak dapat buat? Dan boleh Ustaz Kazim boleh buat lebih baik dari yang Anwar dapat buat. Harapan semua ialah dia boleh jadi lebih baik dari Anwar.

 * Ustaz Kazim Elias secara rasmi telah menolak pelantikannya sebagai MT Umno.

Tiada ulasan: