Selasa, 6 Ogos 2013

STEADY...JANGAN GOPOH2...SLOW2 INSYAALLAH SAMPAI KAMPUNG

Nak jadi hero isu Syiah, tapi solat cuai
Posted on Monday, August 05 @ 20:03:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: rozmal

"

Berikut ialah petikan dari Facebook seorang saudara baru, iaitu Ebit Lew : “Baru ini saya masuk satu dewan ceramah atas jemputan seorang pegawai hr. Mereka sedang buat kursus perubahan karektor diri dan kepimpinan untuk ketua. Saya sedih melihat dalam kursus begitu mereka disuruh pegang bahu orang sebelah sedangkan ada mereka lelaki perempuan yang bukan mahram.”


Juga dalam jadual tiada waktu solat. Saya tanya bagaimana solat mereka. Mereka solat masing-masing jer. Saya sedih dan kasihan.



Penceramah bukan islam ini dibantu 2 wanita hanya memakai skirt. Saya tanya berapa bayaran. Satu kepala rm6ribu untuk 3 hari. Peserta 150 orang diuruskan seorang bukan islam untuk ajar sikap.

Saya terus jumpa pegawai itu kerana kenal.

Kenapa saudara aturkan kursus seperti ini? Jawabnya kerana ada 4 orang bukan islam. Kerana 4 orang tuan korbankan agama bagi 146 orang.

Saidina umar tulis diatas semua kepala surat, saya memberati solat lebih dari perintah yang lain kerana saya yakin siapa jaga solat akan jaga perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat, dia akan cuaikan perintah yang lain.

Saidina umar bukan urus sebuah kampung. Tapi kerajaan yang lebih besar dari Malaysia ini. Bukan sebuah syarikat korporat atau organisasi yang kita rasa besar.

Bawalah umat ini kembali pada amalan islam. Jika mereka beramal dengan islam dan sunnah keberkatan akan datang dan hidup kita disayangi Allah Jadikanlah syarikat kita asbab manusia dekat pada Allah. Ya Allah kasihanilah umat ini

- Ebit Lew

 Isu Syiah, betulkah kita prihatin masalah umat Islam?
Posted on Monday, August 05 @ 20:00:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: rozmal

"


Betulkah kita (termasuk saya sendiri) dari kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie benar-benar prihatin dengan akidah umat Islam yang tercabar dewasa ini dari isu Syiahnya, isu anjingnya, isu kalimah Allah?


Minggu ni telah beberapa kali saya mendapat panggilan telefon dari mereka yang tidak saya kenali bertanyakan mengenai pusat pemulihan Islam untuk remaja perempuan yang terlanjur (berzina) kerana mereka menyangkakan saya yang menguruskan pusat ini, sedangkan saya hanya mengiklannya dalam blog saya beberapa ketika dulu.

Saya kata saya tidak menguruskannya, hanya sekadar mengiklankannya, dan saya pun tiada nombor telefon pusat tersebut dalam simpanan, perlu mencari semula dalam internet.

Di sini saya ingin merayulah kepada JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri dan Utusan Malaysia supaya mengiklankan secara besar-besaran nombor telefon pusat pemulihan Islam remaja perempuan yang terlanjur. Ramai di luar sana yang perlukan bantuan ini, tapi dalam laman web JAKIM dan portal Utusan Malaysia akhbar No 1 orang Melayu tiada maklumat ini.

Saya juga merayulah kepada JAKIM , dengan kutipan zakat yang bertambah pada tahun ini agar memperbanyakkan khidmat kaunseling atas talian, kerana apabila saya menonton rancangan soal jawab agama bertalu-talu orang telefon bertanyakan pelbagai masalah agama, masalah keluarga, masalah suami, masalah anak-anak hinggakan menangis-nangis secara langsung dalam TV dan radio.

Tolonglah, janganlah sekadar beri penerangan itu sesat, itu haram, itu salah.

Tolonglah mereka yang perlukan bantuan, tidak semestinya bantuan wang ringgit.

Barulah lebih ramai akan terpikat dengan kepimpinan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini. 


Pengembangan Syiah dikesan di 4 kota di S'gor
5:04PM Ogos 6 2013  
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap pengembangan ajaran Syiah yang kini dikesan di di empat bandar di negeri itu, iaitu Ampang, Gombak, Klang dan Puchong.

Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, ini ekoran titah Sultan Selangor bahawa isu itu mesti diambil serius pihak berkuasa dan umat Islam supaya ia tidak diamalkan.

"MAIS menjunjung titah DYMM Tuanku dan berpendirian bahawa fahaman ini wajib disekat kerana ia boleh merosakkan akidah dan memecah belah umat Islam serta mengancam keselamatan negara," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Adzib berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan agama, pengurusan masjid serta tokoh ulama bagi tujuan itu.

Ia antaranya dengan memantau pengajar bertauliah, mengetatkan pemberian tauliah.

Mais juga mendesak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap kumpulan dan web yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah, kata Mohamad Adzib lagi, badan penguatkuasaan agama majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga akan menyemak semula dan memperkemas kandungan buku teks agama yang digunakan di pelbagai peringkat.
Doktor wanita terlibat Syiah ditahan di Taiping
11:43AM Ogos 6 2013  
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.

Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.

Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.

"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.

- Bernama
Siasatan Scorpene juga siasat kemasukan Najib ke Perancis
 
Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.

Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.

Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".

Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada ‘Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.
Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya
 
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

NONE"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

BACA ini sebelum balik raya
Posted on Monday, August 05 @ 19:59:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: mahmod

"A. BERDOA

Bismillah,

Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya engkau maha pemurah,maha pengasih lagi maha penyayang.

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Selamatkanlah perjalanan kami, Jauhkanlah perkara yang tidak diingini disepanjang perjalanan kami ke kampung halaman kami. Selamatkanlah kami pergi dan balik ke kampung halaman kami dalam keadaan selamat dan ceria di sepanjang perjalanan kami.

Engkau Maha Pengampun, Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui segala-galanya, Perkenankanlah doa kami dan selamatkan perjalanan semua umat Islam sekalian.

Amen....Amen...Amen.

B. BAGI YANG MAMPU DAN ADA KESEMPATAN BOLEH AMALKAN SEMUA PERKARA BERIKUT ATAU IKUT KEMAMPUAN DAN KESEMPATAN MASING-MASING:

1. Sembahyang hajat

2. Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW

3. Baca ayat pengerak

4. Baca doa menaiki kenderaan

5. Bersedekah sebelum/semasa/setelah selamat sampai di destinasi

6. Baca Ayat Kursi

7. Baca doa Utama yang selalui Nabi Muhammad SAW – baca 3 kali

1. SEMBAHYANG HAJAT

ii) Sembahyang hajat pada malam atau sebelum perjalanan. Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan berdoalah.

iii) Dalam hadis yang lain, bila ada hajat utama, solatlah 2 rakaat dan sujud selepas salam bacalah doa utama 11 kali.

2. BERSELAWAT SEMASA MENAIKI KENDERAAN.

i) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Riwayat dari Muslim.)

ii) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – (Riwayat dari Thabrani)

3. BACA AYAT PENGERAK

Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat dan seumpamanya, maka sebelum bergerak bacalah doa ini sebanyak tiga kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita. "
 

Tiada ulasan: