Ahad, 11 Ogos 2013

APA MACAM

Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah?
Posted on Saturday, August 10 @ 21:14:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Shahbudin Husin

Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.

Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.

Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran 


mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu.

Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.

Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.

KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya.

Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.

Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?

Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini. Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah.

Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya.

Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.

Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?

Sebagaimana biasanya orang yang melancarkan buku, ia tentunya akan memuji kandungan buku tersebut, apakah kali ini Pak Lah akan menerima pujian yang sama daripada Nurul Izzah atau sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana anak seorang Ketua Pembangkang Malaysia yang juga musuh politik Mahathir akan melontarkan pujian kepadanya pula?

Memandangkan kandungan buku itu turut mengkritik Mahathir, apakah Nurul Izzah juga akan turut mengkritik Mahathir dalam ucapan pelancarannya nanti?

Oleh kerana majlis itu diadakan di Singapura, biasanya liputannya akan tersebar luas seantero dunia dan impaknya kepada Mahathir, Pak Lah serta Anwar tentunya akan menghasilkan kesan yang berganda.

Berbagai persoalan boleh timbul apabila Nurul Izzah disahkan akan melancarkan buku Pak Lah ini. Mungkinkah ia merupakan titik awal percantuman dua entiti sahabat untuk menyerang musuh yang sama?

Sebagaimana Mahathir masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai buku Pak Lah ini, pengesahan bahawa Nurul Izzah pula akan melakukan majlis pelancarannya, ia tentunya akan menyebabkan suhu badan bekas Perdana Menteri paling lama itu turut naik dengan mendadak selepas ini.

Mungkin nanti ulasan Mahathir mengenai buku ini turut berjela-jela jadinya. (SH 09/08/2013)

.............
http://shahbudindotcom.blogspot.com


 Mana Lebih Teruk Sebenarnya? Mahdey, Pak Lah Dan Najib?
Posted on Saturday, August 10 @ 21:07:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Wan Fauzdin NS



Mamak Kutty Mahdey, ramai pencacai Umporno kagum dengan kehebatan bapak kepada orang kuat Kilang arak Sun Miguel ini.  Kononnya mamak kutty yang pernah hina Sunnah Nabi itu adalah pemimpin atau tokoh dunia ketiga dan ianya memang tidak pelik kerana Mahdey memang terkenal sebagai pemimpin yang tidak pernah suka kepada Islam.

Takutnya Mahdey kepada Islam sampai ke kemuncaknya bila sanggup menfitnah Timbalan beliau ketika itu yang satu dunia tahu adalah tokoh Islam yang hebat yang telah memimpin ABIM iaitu DS Anwar Ibrahim.  Tiada siapa boleh nafikan Anwar ketika berada di dalam kerajaan lah maka wujudnya Universiti Islam, Perbankan Islam, dasar-dasar penerapan nilai-nilai Islam di seluruh jabatan kerajaan sehinggakan murid-murid sekolah menengah yang sebelum itu ke sekolah 'bertelanjang' (tidak menutup aurat) dinasihatkan menutup aurat.  Pelajar lelaki Islam memakai seluar panjang dan yang perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.  Mahdey amat takut semua ini kerana beliau sendiri tidak boleh memaksa isteri dan anak-anaknya menutup aurat.  


Maka Anwar pun difitnah seterusnya dipecat agar di dalam Umporno dan Kerajaan tidak akan berkembang ciri-ciri Islam ini.  Pencacai-pencacai dan pengampu terus menjilat Mahdey.  Bayangkan ada yang menangis dan berteriak macam orang gila sehingga tercabut tunit kasut bila Mamak Kutty ini mengacah untuk meletakkan jawatan.  Hebat sungguh puak-puak ini.
Sampai saat Mahdey sudah bersara pun, masih ramai lagi yang mengagung-agungkan tokoh yang menghina Sunnah Nabi ini.  Pak Lah naik selepas itu, Mahdey tetap mahu tunjuk dia masih hebat dan berkuasa.  Diganggunya pentadbiran Pak Lah kerana Mahdey tahu amat mudah untuk menggertak tokoh yang kuat tidor ini.  Kerja Mahdey ini berhasil, dan Pak Lah cabut juga dari Kerusi PM.  Maka, naik pula Najib tokoh Umporno yang isterinya juga 'bertelanjang' tanpa menutup aurat.  Kerja Mahdey untuk menjauhkan Umporno dari semangat Islam berhasil kerana selepas beliau tidak seorang pun PM yang isterinya menutup aurat.  Umat Melayu yang mengaku Islam di negara kita masih ramai yang berbangga memiliki PM yang isterinya 'bertelanjang'.  
Baru-baru ini, Pak Lah sudah terjaga dari tidor.  Sedar saja dari lena, Pak Lah terus serang Mahdey di dalam buku terbarunya.  Macam-macam Pak Lah perkatakan tentang Mahdey sehingga beliau sanggup kata jika beliau dulu mengikut telunjuk Mamak kutty ini pasti negara kita sudah pun bankrap sekarang.  Pak Lah sudah lewat untuk sedar, Pembangkang terutamanya Anwar sudah lama menyebut hal yang sama sewaktu Mahdey berkuasa lagi.  
Bila Pak Lah yang dikatakan kuat tidor itu boleh sebut Mahdey boleh bankrapkan negara, dan ramai yang kata Pak Lah itu lermah, bayangkan prestasi Najib sekarang.  Kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Bn sewaktu zaman Pak Lah boleh lesap 7 Kerusi bila tiba zaman Najib.  Ertinya Najib lebih teruk dari Pak Lah yang mana Pak Lah pula sebut Mahdey lagi teruk.  Jika sudah ketiga-tiganya teruk, buat apa tunggu lagi di dalam parti Umnorno?
Jawapannya, sebab mereka itu sanggup menjadi pencacai dari dulu, kini dan selama-lamanya.

........
http://wfauzdin.blogspot.com
 
 
Abu Hashim Jalal shared Islam Bangkit's photo.
Pak Lah pun bodoh jugak...dah tahu gitu bakpo dok sokong Umno lagi!
 
Gunakanlah bahasa yang baik-baik, ia melambangkan nilai kita sendiri
Posted on Saturday, August 10 @ 21:03:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias



Semalam saya menulis dengan bahasa yang sangat mudah tentang isu buku yang yakin menjadi bahan bacaan yang panas, iaitu, ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang bakal berada dipasaran.untuk difahami ramai. Saya memilih selama ini untuk menulis dalam bahasa yang sangat mudah kerana matlamat sesuatu penulisan itu ialah untuk memahamkan apa maksud semua yang saya tulis itu.

Setelah memahami apa yang saya tulis itu terpulang kepada pihak ramai untuk mempercayainya kerana ia merupakan sustu pemikiran peribadi saya dan sesiapa juga berhak untuk menolaknya dan tidak bersetuju dengannya. Selama ini pun saya menulis dengan bahasa yang mudah untuk memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dengan budaya membaca memahami segala apa yang saya catatkan.
Berhubung dengan isu Abdullah Badawi dan Dr Mahathir ini saya telah banyak menulis tentangnya beberapa tahun dahulu dalam blog yang tidak sepertinya ini. Blog ini menulis mengikut apa yang saya lihat secara peribadi. Saya tidak pernah menulis dari penyelidikan pihak lain yang dilakukan oleh professor-professor yang duduk di kerusi empuk sambil membuat komen-komen politik dari bilik berhawa dingin sahaja.
Itu sebabnya saya tidak memilih untuk membuat ‘cut and paste’ terhadap tulisan dan pemikiran orang lain dalam blog kecil saya ini. Samada orang suka atau tidak terhadap pandangan peribadi saya itu terpulang kepada selera masing-masing. Saya tidak pernah memarahi sesiapa yang tidak bersetuju dengan saya. Hanya saya sedikit terkilan dengan sikap setengah pengomen yang menggunakan bahasa yang kotor yang melambangkan mereka tidak mempunyai daya perbahasan yang baik dalamm benak mereka.
Mereka tidak percaya kepada hakikat bahawa nilai seseorang itu banyak dinilai dari cara percakapan dan bahasa yang digunakan dalam perbahasan mereka. Mereka kurang sedar bahawa cara kita bercakap dan memaparkan diri dalam media itu menunjukkan cara dan bagaimana mereka di besarkan oleh penjaga masing-masing.
Mungkin mereka tidak mahu sedar bahawa sikap kita itu melambangkan bagaimana ibu dan bapa kita mendidik kita semasa membesar dahulu. Maksud saya ia melambangkan nilai dan sifat ibu bapa mereka sendiri. Mereka yang menggunaka bahasa yang ‘abusive’ jelas-jelasnya tidak menyayangi ibu bapa mereka kerana perlakuan mereka melambangkan sikap dan sifat ibu bapa ibu bapa mereka sendiri. Kalau tidak kasihan kepada diri sendiri kesianlah kapada ibu bapa kita yang telah membesarkan kita.
Tulislah nama seseorang itu dengan betul. Seperti nama bekas PM kita Mahathir, jangan ditukar kepada Mahadey dan mamak kutty dan nama-nama yang tidak baik. Kalau Lim Kit Siang itu jangan ditukar dengan nama Lim Babi dan sebagainya. Mereka ada nama yang betul, maka panggillah mereka dengan nama mereka yang betul. Susah sangat ke kita hendak berbuat baik ini? Bercakap dan berbahas dengan bahasa yang baik itu adalah lebih disenangi oleh pembaca.
Saya selalu berkata ‘it does not cost anyone even 0.5 cents to be nice by not calling names to others’ Berbuat baik dengan memanggil seseorang itu dengan nama mereka yang betul bukannyanya mahal harganya.
Saya menyentuh hal ini kerana saya amat khuatir dengan budaya kasar yang terlalu jauh dari sifat kita sebagai orang Islam dan Melayu yang penuh dengan adab dan sopan yang tinggi. Kita jangan sekali-kali menghilangkan identiti kita sebagai orang timur apatah lagi kita mempunyai Tuhan dan agama.
Banyak bangsa didunia ini telah hilang dimuka bumi ini dan kehilangan bangsa-bangsa tersebut bermula apabila bangsa itu kehilangan identiti mereka. Bagaimana hendak kita katakan seseorang pemimpin itu tidak baik sedangkan kita sendiri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap diri kita dengan menzalimi diri kita sendiri dengan menunjukkan sikap angkuh dengan kata-kata yang kotor? Bagaimana kita hendak mempengaruhi orang lain dengan bahasa yang tidak senonoh dan menunjukkan sikap ‘arrogant’ bodoh kita?
Sebenarnya mereka yang kita panggil dengan nama-nama kotor itu tidak ada apa-apa kesan kepada mereka. Mereka tetap dalam keadaan yang sama. Tetapi kalau kita memanggil mereka dengan kata-kata kotor, maka kita yang berbeza dengan mereka. Kita telah menunjukkan kelemahan dan keaiban kita sendiri dengan menunjukkan sikap ganas dalam pemikiran kita dan tidak ada siapa yang akan mengikut kita.
Siapa yang hendak menimbangkan pemikiran kita kalau kita sendiri bersikap perongos dan tidak berbahasa? Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum itu? Tidak usah menunjukkan samseng dalam blog sesiapa dan berselindung di sebalik ‘anonymous’ dan tidak berani memaparkan wajah dan nama mereka yang betul. Itu menunjukkan kelemahan kita sendiri yang pengecut sahaja. Itu sebabnya saya menulis dalam blog saya sendiri dimana nama dan wajah saya dengan terbuka tanpa menggunakan nama samaran dan sebagainya kerana saya mahu bertanggungjawab diatas apa yang saya katakan dan tulis dalamnya.
Berkata-katalah dengan bahasa yang baik sepadan dengan budaya bangsa dan anutan agama kita yang suci ini. Sebelum kita membuat komen, ingat kepada ibu bapa kita samada yang masih didup dan lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia.
Ingat kalau kita berkata bahasa yang kotor ia akan melambangkan ibu bapa yang mendidik kita itu kotor dan tidak baik. Kalau kita tunjukkan perbahasan yang tidak sekata dengan bahasa yang baik dan berwibawa ia sekali gus menunjukkan yang kita telah dididik oleh pasangan ibu bapa kita yang berwibawa dan tinggi moralnya.
Walau bagaimana pun, terpulang kepada anda untuk memikirkannya. Kalau dengan berbahasa kasar dan busuk itu menyenangkan semua teruskanlah sikap itu. Kita pun tidak boleh berbuat apa-apa kerana yang bathil itu amat mudah mempengaruhi seseorang itu. Pemikiran yang kotor itu adalah tempat yang paling subur bagi syaitan dan iblis untuk bersarang.
Ikutlah selera masing-masing.

.....
http://aspanaliasnet.blogspot.com
 
 
Arfan Suib shared MD Akbar Jalit's photo.
10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.
 
 

“Nak Pakai Seluar Dalam” Rayu Wanita Ketika Dicekup Khalwat

wateSeorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya. Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan. “Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya. – paapaada.blogspot

 Umat Islam perlu bersatu untuk henti gejala minum arak
Posted on Saturday, August 10 @ 21:00:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Marilah semua umat Islam di Seremban dari semua lapisan parti politik terutamanya dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersatu mengadakan bantahan untuk membanteras gejala minum arak di kalangan orang Islam di sini. Saya mendapat SMS berikut respon dari artikel di bawah ;

“ Kami di Bandar Seri Putra, Bangi bersatu atas nama persatuan penduduk dan surau-surau. Keluar surat rasmi, beri tempoh seminggu kepada kedai-kedai yang jual arak seperti Speedmart, 7/11 dan lain-lain. Kalau tak, banner akan dinaikkan menggesa semua orang Islam boikot kedai tersebut. Alhamdulillah dah 12 tahun kedai di sini tak jual arak”.



Jom kita kongsi artikel ini, demi Islam, demi bangsa.
Pantau jualan arak di kawasan majoriti Islam
2 Syawal 1434 H / 7 Ogos 2013
Bandar Baru UDA, Ampangan adalah sebuah bandar kecil dipinggir kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan penduduknya adalah rata-ratanya orang Melayu. Kawasan ini boleh dikatakan ialah kawasan rizab Melayu.
Yang hendak saya sampaikan ialah bagaimana sebuah pasaraya di kawasan Melayu ini ada menjual arak sedangkan kebanyakan orang yang datang membeli-belah adalah orang yang beragama Islam dan mereka yang bertugas di kaunter bayaran serta pekerjanya yang lain adalah orang Islam.
Diharap pihak yang berwajib berhubungkait dengan agama mengambil perhatian dan jika boleh memberikan syarat tertentu supaya penjualan arak dipremis jualan minuman keras di pasar raya berkenaan ditiadakan. Memandangkan ia tidak sesuai dijual ditempat dimana majoriti penduduknya terdiri orang Islam.
Tidak dinafikan pasaraya ini dibenarkan menjual arak kerana setiap pusat membeli-belah yang besar dibolehkan kerana mempunyai lesen perniagaan untuk menjual makanan ataupun minuman yang tidak halal tetapi apabila pasar raya tersebut terletak dikawasan penduduk majoritinya 95 peratus orang yang beragama Islam adalah rasa agak janggal dan sangat tidak sesuai.
Walaupun nampak saperti perkara remeh temeh dan kecil sahaja tetapi impaknya besar dari segi sudut agama kerana apabila disesuatu kawasannya itu ada perkara haram atau maksiat berlaku tetapi dipandang enteng oleh masyarakat Islam sekeliling, maka keberkatan kawasan itu akan hilang dengan sendirinya.
Syed Abdullah Syed Osman ,
Seremban

 Jumpa, lama tak jumpa
Posted on Saturday, August 10 @ 20:59:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Lama tidak berjumpa. Apabila berjumpa, maka bamyaklah ceritanya. Macam macam cerita. Semya cerita boleh dikatalam menarik belaka.

Tetapi memang ada yang paling menarik menyentuh naluri penulis.Cerita yang menarik pada penulis itu sedih sikit berbanding dengan banyak banyak cerita.

Ceritanya berbunyi bergini: “menang pun tak guna juga memerintah” Ia ditujukan kepada parti PAS yang sangat besar harapan untuk memerintah Terengganu pada PRU 13 lalu.

Kawan penulis yang bawa cerita ini bukan calang calang kakitangan kerajaan. Beliau ini pernah jadi pengarah salah satu jabatan kerajaan Persekutuan.
Kita dengar cakap cakap pada penulis apabila lama tak jumpa pasti akan disebut itu prajudis namanya.
Bagi penulis ia bukan prajudis tetapi suatu reality kerana beliau sudah membuat penilaian tentang kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan PAS Kedah (2008-2013).
Dalam pada itu beliau menyebut Kelantan lain sikit kerana metaliti rakyatnya sangat berbeza dengan rakyat Terengganu dan Kedah.
Penulis setuju dengan pandangannya, memang semasa pas memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) terlalu banyak yang tak kena.maklumat sahaja baru menang dan dapat kuasa yang diharap harapkan selama ini.
Kerajaan yang memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) lebih mengutamakan pandangan musuh berbanding pandangan orang PAS sendiri dalam banyak perkara.
Hal ini telah dijadikan amalan atas alasan untuk menjinakkan musuh agar memberi sokongan pada kerajaan PAS.
Rupa rupanya rencana itu tidak menjadi, kerana musuh tetap menjadi musuh punca PAS Terengganu kalah teruk pada PRU (2004-2008) dan PAS Kedah kalah pada PRU 13 lepas.
Maka sesungguh semacam amat wajar dia berkata “menang pun tak guna juga memerintah”. PAS Terengganu ada juga jasanya, kerana membuat undang undang jinayah syariah, manakala PAS Kedah tak ada jasa langsung, kerana judi 4 nombor ekor dan TOTO tidak diharamkan.
Bukan beliau seorang sahaja yang bercerita mengenai perkara tersebut, malahan ramai kalangan orang atasan yang menyokong PAS berkata macam itu kepada penulis.
Penulis tidak tahu mengapa boleh jadi macam itu. Mungkin terlalu percaya dengan musuh sehingga abai langsung pandangan orang sendiri.
Selepas solat Idil Fitri penulis didatangi salah seorang penyokong PAS dan berkata seorang Ahli parlimen yang menang PRU 13 melakukan kaedah yang serupa dengan kaedah wakil wakil rakyat dan ahli parlimen yang menang pada PRU 1999.

Institusi keluarga di Malaysia menuju kehancuran, kita masih leka
Posted on Saturday, August 10 @ 20:57:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"

Melihatkan tajuk akhbar hari ini Sabtu 3 Syawal 1434 H bersamaan 10 Ogos 2013 memang amat sedih sekali. Adakah kita sudah lali dengan tajuk akhbar begini, dan berkata tak apa, bukan keluarga aku, yang penting mana nak beraya hari ini?

Di mana keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia, saudara se Islam, mazhab Syafie, Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Sekurang-kurangnya doakanlah agar Allah beri petunjuk dan hidayah kepada semua kita agar dapat mencari jalan keluar dari kemelut ini.

TV terutamanya perlu banyakkan rancangan soal jawab agama, kaunseling, ceramah, kuliah pada waktu perdana antara 9 malam – 11 malam. Kurangkanlah rancangan hiburan dan gelak ketawa yang melalaikan kita dari permasalahan di sekeliling kita.


TIGA KES PERCERAIAN PASANGAN MUSLIM DALAM SETIAP JAM
KUALA LUMPUR: Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini. Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011. "Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.

KANAK-KANAK PUN MULA MENCUBA SEKS SEMUDA 12 TAHUN
KUALA LUMPUR - "Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun. "Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.

HANTARAN KAHWIN TINGGI PUNCA RAMAI MEMBUJANG
KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda. Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

HANTARAN TINGGI HARAM
KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak. Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

AIR KETUPAT LUNAS MARAH
Kuala Lumpur: Sukar digambarkan penderitaan seorang isteri yang kini bertarung nyawa di hospital berikutan melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah air panas oleh suaminya sendiri. Lebih memilukan air panas itu dijerang mangsa untuk merebus ketupat yang dibuat khusus bagi memenuhi permintaan suaminya yang baru dibebaskan daripada penjara. Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 9 malam menjelang 1 Syawal di Kepong Rabu lalu selepas pasangan suami isteri berusia 40-an itu bertengkar, namun tidak dapat dipastikan puncanya.

RAMAI JADI SI TANGGANG MODEN
PETALING JAYA - Tidak diketahui di mana silap, hari demi hari semakin ramai anak mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa masing-masing sehingga ada yang tergamak membuang warga emas itu ke pusat jagaan. Bertitik-tolak daripada kemelut sikap anak-anak yang boleh diibaratkan seperti Si Tanggang Moden itu, seorang bekas jururawat terpanggil untuk membuka Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti, Puchong pada tahun 2004. Muji Sulong, 53, memberitahu, dia sudah 10 tahun mengusahakan pusat jagaan itu yang kini menempatkan 66 warga emas yang terdiri daripada 37 wanita dan 29 lelaki.

KES DERA SUAMI PERLUKAN PERHATIAN SERIUS
KUALA LUMPUR - Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia. Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin.

Kritikan Pak Lah ke atas Dr M seperti ‘pulang paku buah keras’
Posted on Saturday, August 10 @ 10:46:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh DIYANA IBRAHIM
Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul “The Awakening” diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin (gambar).
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.


Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama. "Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk melakukan perkara demikian," kata blogger itu.
Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.
 Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea" dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal masalah tidur.
Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.
"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.
"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.
Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup. - MalaysianInsider

Tiada ulasan: