Rabu, 28 Ogos 2013

JANGAN TERSILAP BODEK DAN FAKTA

Kenapa Afrika sasaran di Ridzuan Condo
 
Tidak semua warga asing tidak dialu-alukan sebagai penyewa di Ridzuan Condominium, kata penduduk, menjelaskan rasa "tidak selesa" mereka dengan tindakan menerima warga Afrika di harta tanah di Bandar Sunway, Selangor itu.

Pihak yang diwawancara menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang meminta 'warga Afrika' yang sedang menyewa meninggalkan tempat itu dalam masa tiga bulan.

Ia tidak senada dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa tindakan JMB yang dilapor melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika menghantar isyarat salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Kami boleh terima orang Islam, Cina, Thai, Filipina, bahkan Pakistan dan Arab Saudi... Orang Asia tidak cetuskan masalah... kami boleh terima (semua orang) tetapi bukan warga Afrika," kata lelaki pertengahan umur yang hanya mahu dikenali sebagai Lim kepada pemberita di luar kondominium itu lewat semalam.

"Manusia biasa akan balik ke rumah dan tutup pintu, urusan masing-masing... kami tidak berkeliaran dan buat bising."

Sebuah portal berita semalam melaporkan, (JMB) kondominium tersebut memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing.
DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

NONEPendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) (kanan) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.

Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

"Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin.
Di P'jaya sendiri masih kurang bendera berkibar
 
Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.
- Bernama
Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram
5:19PM Ogos 27 2013  
Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

NONEKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.
Pemuda MCA: Apa berlaku, pengarah bertanggungjawab
5:48PM Ogos 27 2013  
Pembikin Tanda Putera perlu bertanggungjawab jika berlaku "kekacauan masyarakat" akibat babak fiksyen berkaitan peristiwa 13 Mei yang dimuatkan dalam filem itu, kata Pemuda MCA.

wee ka siong spying case 160813 03Ketuanya Wee Ka Siong (kiri) berkata,babak kencing yang dipaparkan memaparkan masyarakat Cina secara buruk, tidak jelas menyatakan ia fiksyen semata-mata.

"Jika, dalam senario yang tidak diingini, kekacauan masyarakat berlaku akibat penonton filem itu dikesani oleh babak kencing, (pengarah) Shuhaimi Baba dan pihak yang terlibat dalam pengarahan dan penerbitan filem itu mesti bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan.

Babak itu memaparkan sekumpulan pemuda Cina kencing di tiang bendera di rumah bekas menteri besar Selangor Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Babak itu, menurut seorang saksi rusuhan 13 Mei 1969, satu "fiksyen" dan "mustahil" berlaku,

Ahmad Habib, yang ketika itu pelajar tahun dua ijazah pertama di Institut Teknologi Mara (ITM), berkata tiang bendera itu bukan sahaja berada di halaman yang dikawal rapi, malah menteri besar sendiri duduk di depannya.

Shuhaimi enggan mengulas berhubung perkara itu.
Pendakwaan fail rayuan kes Altantuya
 
Keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dan melepaskan Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu akan berlarutan ke Mahkamah Persekutuan.

Pendakwaan dalam kes tersebut telahpun memfailkan notis rayuan pada Jumaat lalu sebaik Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut.

Timbalan Peguamcara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam satu kiriman SMS mengesahkan bahawa notis berkenaan telah difailkan.

“Notis berkenaan (untuk rayuan) difailkan pada hari yang sama dengan keputusan tersebut,” kata Tun Majid.

Menurut laporan, Azilah dan Siruyl dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan apabila Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, anggota ketiga korum mahkamah, memutuskan bahawa terdapat kesilapan yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut.

Ia melibatkan tindakan mahkamah yang tidak memanggil pembantu peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak, DSP Musa Safri, yang didakwa memaklumkan kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda bahawa seseorang akan dihantar untuk membantu dalam isu melibatkan Altantuya.

Pada kebiasaannya dalam jenayah, pihak yang tewas boleh memfailkan notis dalam tempoh 14 hari selepas keputusan mahkamah.
Ibu bapa dakwa polis bohong isu siasat pelajar
 
Sekumpulan ibu bapa pelajar SK Seri Pristana menafikan dakwaan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang bahawa anggota pasukan itu tidak menyoal pelajar berhubung penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah tersebut.

Seorang eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 39, mendakwa anak perempuannya yang berusia sembilan tahun telah disoal oleh pegawai polis sebanyak dua kali semasa berada di kawasan sekolah antara bulan Julai dan Ogos.

"Dia (anak perempuan Raj) begitu takut selepas disoal siasat oleh polis dan menangis tidak mahu pergi ke sekolah lagi.

"Ketua Polis Daerah ini telah membuat satu pembohongan besar," kata Raj dalam sidang media bersama sembilan lagi ibu bapa pelajar  SK Pristana.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Selain itu, beliau berkata lagi, sembilan ibu bapa lain juga mengadu bahawa anak mereka telah "diganggu" oleh pihak polis.

"Bagaimana mereka (polis) boleh bercakap dengan anak-anak kita tanpa kehadiran kita?," soal Raj.
Ibu bapa pindah anak dari SK Seri Pristana
 
Sekumpulan ibu bapa bertindak memindahkan anak mereka dari SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Selangor selepas polis menahan seorang bapa kepada murid tersebut, V Kumancan, 32, semalam.

MP Subang R Sivarasa berkata seramai ibu bapa kepada 10 orang pelajar tersebut memutuskan demkian kerana bimbang anak mereka juga akan diganggu oleh polis.

Katanya, kumpulan ibu bapa tersebut merupakan individu yang membuat laporan polis mengenai kes pelajar yang terpaksa makan di bilik persalinan sekolah tersebut semasa bulan Ramadan lalu.

Tambahnya, seramai tiga orang murid telahpun berjaya dipindahkan ke sekolah lain.

Kumancan ditahan apabila guru besar sekolah terbabit Mohd Nasir Mohd Noor mendakwa lelaki tersebut membuat ugutan ke atasnya.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 4.45 petang semalam dan dijangka akan didakwa atas tuduhan ugutan jenayah pada 9 September.

Tiada ulasan: