Sabtu, 31 Ogos 2013

JAGA BERSAMA ATAU SAMA2 JAGA....DAH TIADA BARU RASA KEPENTINGANNYA....KECUALI MEMANG PASANGAN KITA JAHAT DAN TAK IKUT AKHLAK ISLAM@PERINTAH ALLAH....BILA TIADA TERASA LEGA

Saya Tidak Akan Tunggu Pihak Polis, Saya Akan Bina Sendiri Pondok Polis.
Posted on Saturday, August 31 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Kenyataan Akhbar Yb Iskandar A. Samad

Tragedi yang menimpa eksekutif sebuah syarikat penerbangan, Shahrinawati Abu Bakar, yang meninggal dunia setelah disamun di Taman Cempaka, Ampang amat menyayatkan hati.

Sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Chempaka, saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarhamah.

Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.

Juga sebagai Ahli Dewan Negeri, saya merasakan sesuatu yang drastik perlu dilakukan di kawasan tersebut untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.

Pejabat saya telah menerima terlalu banyak aduan tentang kejadian jenayah seperti ragut, samun dan pecah rumah di kawasan-kawasan di sekitar Taman Chempaka.

Pada 22 Julai lepas, lebih kurang 500 meter dari tempat Allahyarham disamun, pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang cuba menampal notis pada sebuah gerai haram di Kg Pandan telah diserang dengan parang oleh 7 orang lelaki.

Hingga ke hari ini, tidak ada siapa yang didakwa di mahkamah berhubung kes tersebut tetapi gerai haram yang hendak disampaikan notis itu masih bebas beroperasi.

Sebagai langkah awal, Pejabat saya akan mula membina 5 pondok Polis sepertimana yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013.

Dalam tahun 2008, saya pernah bertanya kepada Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar ketika beliau merupakan Ketua Polis Negeri Selangor tentang hasrat saya untuk membina pondok-pondok Polis. Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada jaminan pihak Polis boleh menempatkan anggota di setiap pondok yang dibina.

Tetapi suasana hari ini telah menjadi tidak terkawal. Saya tidak akan menunggu jaminan pihak Polis. Pembinaan akan dimulakan secara berperingkat-peringkat pada bulan Oktober ini.

Sekiranya pihak Polis tidak dapat menempatkan anggota mereka, terdapat penduduk yang sanggup melakukan rondaan secara sukarela. Pejabat saya juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk yang mahu memastikan keselamatan kawasan dan hartabenda mereka terjamin.

YB Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
30 Ogos 2013

Facebook YB Iskandar


 Mak nyah sertai perbarisan
Posted on Saturday, August 31 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.



"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.-SH


Tandas Putera Kah! Kah! Kah!
Posted on Saturday, August 31 @ 14:25:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Wak Labu
Wak tak heran kalau benar bagai di katekan yang nonton filem Tanda Putera di hari Tayangan Pembukaan tu hanye 12 orang. Sebenarnye filem ni hanye untuk tayangan kepade orang2 UMNO sahaje, sebab nye ianye dibikin oleh orang UMNO.

Wak yakin bahawe orang dari Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan menjejak kan kaki nye kepanggung untuk nonton filem yang di bikin oleh UMNO ni. Kalau ade pun mungkin ade seorang due yang nonton untuk mencari bahan kritikan di dalam blog atau akhbar2 pro Pakatan Rakyat.

Sebenar nye kalu mengikut penyokong parti, PR menguasai 51% jumlah rakyat yang menyokong nye, sedangkan UBN pule menguasai 49%. Dalam seramai 49% penyokong UBN ni agak2 nye berape ramaikah yang datang nonton filem tu? Kalau bagi penyokong PR yang berjumlah 51% tu sudah pasti tidak sudi nontok filem buatan UMNO ni.

Sebenar nye rakyat hari ni tidak same macam orang2 di tahun2 lime puluhan atau enam puluhan dulu. Orang di zaman tu memang boleh di terpengaruhi oleh cerite dari filem2. Kalau filem tu cerite sedih2 make berlinangan lah air mate dan berlelehan lah hingus menangis ter esak2. Dan kalau ade adingan hero pukul lawan nye, make riuh rendah penonton nye bertepuk tangan dan bersorak2, itu hanye berlaku pade penonton2 filem di zaman bahari kale.

Tapi Wak tak heran kalu dengar kunun nye ramai juge orang UMNO termasuk pemimpin nye yang nangis nonton filem Tanda Putera tu, sebab nye yang bikin filem tu orang UMNO make adelah lebih baik orang UMNO juge yang nangis kalu tidak siape lagi yang nak nangis.



biaqpila.blogspot.com
 


 Kencingnya sebuah karya seni
Posted on Saturday, August 31 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Kencingnya  “Tanda Putera” sebagai karya seni dan “Pengkhianatan Gerakan 30 September/PKI (1984)” sebagai bukti sejarah versi politik.
1.0 
Dalam buku John Rossa, “ dalih pembunuhan massal – GERAKAN 30 SEPTEMBER DAN KUDETA SUHARTO”, Institut Sejarah Sosial Indonesia. Jakarta: 2008:10-112,  kita temui sesuatu tentang filem sebagai alat propogandanya Sang Penguasa:


“Semalam sebelumnya semua stasiun televisi diwajibkan menyiarkan film buatan pemerintah,   Pengkhianatan Gerakan 30 September/PKI (1984).  Film  sepanjang empat jam yang melelahkan ini bercerita mengenai penculikan dan pembunuhan tujuh perwira Angkatan Darat di Jakarta, dan menjadi tontonan wajib setiap tahun bagi anak-anak sekolah.  Film ini dimulai dengan sorotan berpanjangan terhadap monumen itu, diiringi pukulan ratapan genderang yang murung.  Lubang Buaya ditanamkan dalam kesadaran publik sebagai tempat PKI melakukan kejahatan bera.”
Lihatlah bagaimana sebuah regime menceritakan versinya kerana “bagi rezim Suharto, kejadian 1 Oktober 1965 menyingkap kebenaran tentang PKI yang khianat  dan antinasional.  Ia mendiskreditkan prinsip yang digalakkan Sukarno, yaitu Nasakom – akronim yang menyatakan azas tritunggal nasionalisme, agama dan komunisme  - yang memberikan keabsahan bagi PKI sebagai komponen dasariah dalam perpolitikan Indonesia.”
2.0
Sementara itu dalam artikel bertajuk “45 Years of 30th September Movement : Watching That Film Again” (sila rujuk  http://montasemagz.com/article/article-magz/45-years-of-30th-september-movement-watching-that-film-again.html), kita temui rekod seperti berikut:
“Pengkhianatan G30S was an official version which the most popular in society. Certainly, it was because when it was released at 1983, every students were obligated to watch this film. 699,282 people watched this film at 1984. From 1984 to 1998 every 30th September this film had been rolled in television. It stopped when the ministry of Information was Yunus Yosfiah”.
Pada bahagian artikel ini juga, kita temui petikan tentang isi perut Sang Penguasa ketika itu:
“Tempo Magazine on 7th April 1984 edition said, Soeharto already watched it on January 1984. His comment that time was “…. there are still many untold stories…. therefore, there will be a sequel of it..” (fortunately, there was not). In the same magazine, the persecution at Lubang Buaya was considered “less sadistic”.
 
3.0
Zohor tadi (Jumaat, 30 Ogos 2013), dari mimbar surau Jumaatku dilaung-laungnya lagi sebuah khutbah Jumaat.  Kali ini ― hari ini khutbahnya memperkatakan tentang kemerdekaan dan segala basa basi betapa pentingnya sebuah kemerdekaan itu dihargai (agaknya sang penulis skrip terlupa tentang pengisiannya atau ― apakah mungkin tidak ada lagi yang dapat ditulis tentang pengisian sebuah kemerdekaan itu?!).  Dan di celah-celah dengkuran sebahagian besar makmun, aku tertunggu-tunggu ― kalau-kalau ada sepatah ayat tempik, “Celakalah! Ya, celakalah kalian segala perasuah yang telah merompak kemerdekaan buat rakyat!”  Ayat itu tak juga muncul.
Apa pun ada juga yang positif tentang khutbah nikmat kemerdekaan yang ditojoh ke kerongkong para Jumaatan, nama-nama Tok Janggut dan Dr Burhanudin Al-Helmi juga disebut khatib.  Meminjam kata teman-temankuku di Jogja dulu, “Mendingan masih kebagian!”

BARAJIWA
http://barabarajiwa.blogspot.com


 Merdeka Kah Dengan Tarian Macam Ni?
Posted on Saturday, August 31 @ 14:16:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Apa erti merdeka wahai sahabat? Muda mudi terloncat macam beruk dengan bercampur gaul laki perempuan.

Bukan nak menongkah arus kemodenan tetapi amat sedih melihat keadaan macam ni.

Adakah mereka ini akan berjuang mempertahankan tanah air?

Tepuk dada tanya iman kita.

kerabubersuara.blogspot.com


 Persuratan Kitab - Zaman Pasai
Posted on Saturday, August 31 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Perlu disebut di sini berkenaan penggunaan istilah `Sastera` dan `Persuratan`. Dalam penggunaan umum, istilah sastera merangkumi apa yang bersifat sastera termasuk juga karya Ilmu. Bagi penulis ada perbezaan dan melihat segala penulisan semuanya termasuk di bawah persuratan.

Ada di bawahnya persuratan ilmiah dan sastera termasuk kreatif. Istilah `Surat` diambil dari al-Qur`an `Surah` bagi awal setiap surah di dalam al-Qur`an. Surat juga bermakna menyurat = menulis.  Di bawah Persuratan ada yang bersifat Ilmu seperti kitab Fiqh, usuluddin dan sebagainya dan di bawah persuratan juga terdapat tulisan yang bersifat sastera sebagaimana yang telah dibicarakan. Penggunaan peristilahan ini akan dibicarakan lebih detail apabila membicarakan tentang Gagasan Pesurat & Teori Takmilah.


Sebagaimana diperkatakan bahawa tradisi persuratan dan penulisan dalam bahasa Melayu dicetus dan dimulakan oleh Islam dengan pengenalan huruf al-Qur`an menjadi abjad Jawi. Dari segi logiknya tumpuan utama dari segi persuratan sejak menerima Islam di Alam Melayu ialah usaha-usaha menghasilkan karya-karya ilmu bagi menyibarkan Islam itu sendiri. Sememangnya sejak menerima Islam muncul pusat-pusat pengajian dan penyebaran agama Islam. Antara pusat-pusat pendidikan dan penyebaran Islam ialah:

 Pasai

Diakui antara tempat terawal menerima Islam dan menjadi antara tempat terawal bagi kebudayaan Melayu Islam (1280-1400) ialah Pasai bergelar Darul Salam. Pemerintah terkenal ialah Merah Silu yang sesudah Islam (1292M.) bergelar Sultan Malikul Sallih. Pada zaman pemerintahannya dan anaknya Malikul Mansur Pasai berkembang sebagai pusat perdagangan penting. Pasai dikunjungi tokoh-tokoh Islam penting. Antaranya Ibn Battutah pernah berkunjung ke Pasai pada 1336 M. Dia melaporkan semasa di Pasai beliau menemui Amir Dawlasa dari Delhi, Kadi Amir Said dari Shiraz dan Tajuddin seorang ahli hukum dari Isfahan. Menurut Ibn Battutah Sultan Pasai adalah seorang yang amat berminat soal-soal agama dan istananya menjadi tempat perbahasan mengenai soal-soal agama.

(Mohd. Nor Ngah (UM) dan Ismail Hamid (UKM), dlm. Hamdan Hassan (Penyunting), Islam & Kebudayaan Melayu, Utusan Publications And Distributors, Kuala Lumpur, 1979: 126).

Pasai lebih awal muncul sebagai pusat dagangan dari Melaka dan kemajuan pelabuhan dan tamadun dan peradaban keilmuan juga mendahuli Melaka. Di dalam Sejarah Melayu ada menyebutkan bahawa seorang guru di Makkah, iaitu Maulana Abu Ishak telah mengarang kitab berjudul al-Durrul Manzum. Beliau meminta muridnya yang mempelajari kitab tersebut turun ke Melaka. Dalam Sejarah Melayu ada mencatat:

``Telah berapa lamanya di laut sampailah ke Melaka. Maka sangat dipermulia oleh Sultan Mansur Shah; dan Kitab Durrul Manzum disuruh baginda arak lalu ke balairong. Maka Sultan Mansur Shah pun berguru pada Maulana Abu Bakar. Maka Sultan Mansur Shah sangat dipuji oleh Maulana Abu Bakar, terlalu amat terang hati baginda, maka banyaklah ilmu diperoleh baginda. Maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai pada Makhdum Patakan. Maka oleh Makhdum Patakan Durrul Manzum itu diertikannya. Telah sudah maka dihantarkannya kembali ke Melaka. Maka terlalu sukacita Sultan Mansur Shah melihat Durrul Manzum itu sudah bermakna, maka makna Durrul Manzum itu ditunjukkan baginda pada maulana Abu Bakar, serta dipujinya Tuan Patakan itu. Maka segala orang besar-besar Melaka sekaliannya berguru pada Maulana Abu Bakar.``

(Shellabear, W.G., Sejarah Melayu, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967: 149).

Apa yang hendak ditekankan di sini, bahawa Pasai pada zaman Sultan Mansur Shah dianggap lebih menguasai keilmuan, sebab itu kitab berbahasa Arab berjudul al-Durr al-Manzum (Bukan al-Dar al-Mazlum – Penulis telah menulis mengenai tajuk ini. Al-Dar al-Mazlum bererti `Negeri Kena Zalim, tetapi kandungan kitab yang dikatakan  al-Dar al-Mazlum membicarakan soal zat, sifat dan af`al – Ianya merupakan Untaian Mutiara yang dimaksudkan dengan al-Durr al-Manzum. Judul Kitab ini (al-Durr al-Manzum) terdapat di dalam kepustakaan kitab-kitab Islam). Makhdum Patakan adalah salah seorang guru terkenal di Pasai, di samping guru-guru yang lain.

Kealiman Pasai dapat dibuktikan lagi, bahawa pergantungan Melaka dengan Pasai bukan setakat permintaan menterjemahkan Kitab al-Durr al-Manzum, tetapi banyak lagi persoalan-persoalan yang rumit terpaksa dibawa ke Pasai untuk mendapat jawapan. Sejarah Melayu mencatat:

``Arakian, maka Sultan Mansur Shah menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai bertanyakan suatu masalah; Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga dan segala isi neraka itu kekalkah ia di dalam neraka ?` dengan membawa emas urai tujuh tahil dan membawa perempuan dua orang peranakan Mengkasar, Dang Bunga namanya seorang, anak biduanda Muar, Dang Bibah namanya seorang. Adapun bingkis Sultan Mansur Shah akan Raja Pasai kamkha kuning berbunga sepucuk, kamkha ungu sepucuk, nuri merah seekor, kakatua ungu seekor. Maka titah Sultan Mansur Shah pada Tun Bija Wangsa, ``Tanyakanlah oleh Tun Bija Wangsa pada segala pendeta di Pasai, segala isi syurga itu kekalkah ia dalam syurga dan segala isi neraka itu pun kekalkah ia di dalam neraka ? Tanyakan , barang siapa dapat mengatakan dia, berikan oleh Tun Bija Wangsa emas tujuh tahil dengan perempuan dua orang ini padanya. Dan kata itu hendaklah tabalkan  oleh Tun Bija Wangsa bawa ke mari.``

(Sejarah Melayu, 1967:150).

Daripada petikan di atas menunjukkan ada beberapa orang lagi ulama terkenal di Pasai selain dari Makhdum Patakan iaitu Makhdum Muda dan Tun Hassan murid Makhdum Patakan.

Apa yang hendak ditarik perhatian juga bahawa pengajian di Pasai bukan setakat tahap biasa, sebaliknya dari persoalan yang dibangkitkan ke Pasai, bahawa terdapat mereka yang belajar dan membicarakan persoalan-persoalan yang bersifat falsafah. Ternyata apa yang ditanya dan dibahaskan ialah apa yang menjadi perbincangan oleh tokoh falsafah Islam seperti oleh Ibn `Arabi di dalam kitabnya yang berjudul Futuhat Makkiyyah dan juga dibicarakan oleh Abdul Karim al-Jili di dalam kitabnya yang berjudul al-Insan al-Kamil. Sebenarnya pengajian yang bersifat falsafah seperti itu akan berlanjutan dan menjadi perbahasan di Aceh, terutama pada satu pihak oleh Hamzah Fansuri dan Shamsuddin al-Sumatrani, manakala pihak yang lain ialah oleh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Dengan ini menunjukkan persoalan-persoalan keagamaan telah dibahaskan di Pasai pada tingkat tinggi.

Dengan kedudukan pengajian sedemikian dijangka sudah ada kitab-kitab penulisan dihasilkan yang bukan setakat terjemahan. Walau bagaimana setakat yang diwarisi ialah Hikayat Raja-Raja Pasai. Kata Mohd. Nor Ngah dan Ismail Hamid;

``Dengan berkumpulnya para cerdik pandai di Pasai tidak syak lagi bidang pengajian dan penulisan telah dilakukan maupun tulisan-tulisan yang bercorak keagamaan atau kesusasteraan. Sebuah karya kesusasteraan sejarah yang mengesahkan tentang Pasai yang berjudul `Hikayat Raja-Raja Pasai` telah dituliskan. Walaupun nama pengarang dan tarikh penulisan hikayat ini sukar ditentukan, tetapi dipercayai penulisnya adalah terdiri dari seorang yang melalui disiplin keislaman kerana hikayat ini memperlihat ciri-ciri keislaman dalam gaya tulisannya.``
(Hamdan Hassan, 1979: 126).

Hikayat Raja Pasai Bertolak dari cerita dua beradik, iaitu raja Ahmad dan Muhammad di negeri Pasai hendak membuka negeri Semerlanga. Raja Ahmad mendapat anak lelaki dan Raja Muhammad mendapat anak perempuan yang dikahwinkan yang akhirnya melahirkan turunan Merah Silu. Raja Merah Silu ini adalah Raja Pertama menerima Islam di  Samudera Pasai bergelar Malikul Salleh (1292).

Dua watak utama dari kalangan ulama yang mengislamkan Malikul Salleh ialah Faqir Muhammad dan Syeikh Ismail: Catatan tentang pengislamannya:

``Apabila datang ke hadapan Merah Silu atau Sultan Malikus Salleh itu, maka Syeikh Ismail pun lalu berkata pada Merah Silu, katanya, ``Hai Merah Silu, ucap dan sebutlah olehmu akan kalimah shahadah.`` Maka Sultan Malikus Salleh pun mengucap kalimah suci itu dengan sebutan yang petah, tiada sedikit pun yang bersalahan.`` Seterusnya,
Dicatatkan yang Sultan Malikus Salleh berguru dengan Syeikh Ismail dan Faqir Muhammad:

``Telah keesokan harinya, lalu Syeikh Ismail dengan Faqir Muhammad pun naik pula ke darat dengan membawa Kitab Suci al-Qur`an ke hadapan Sultan Malikus Salleh. Maka baginda pun menyambut Kitab Suci itu dengan hormat, seraya dijunjung dan dikucupnya. Selepas itu Merah Silu pun membuka dan membaca akan kitab yang tersebut itu di hadapan Syeikh Ismail dan Faqir Muhammad. Maka tiadalah payah diajar lagi akan Merah Silu membaca Qur`an yang tersebut itu.``
Berikut dari itu rakyat jelata dihimpun dan semuanya memeluk agama Islam menurut Raja mereka Sultan Malikus Salleh.

(Abdullah Haji Musa Lubis, Kesah Raja-Raja Pasai, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1963: 29-30).

Cerita tentang Pasai, tidak terlepas dari unsur metos dan legenda yang menjadi elemen di dalam karya-karya sastera tradisional, tetapi dari cerita, terutama dari Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai membuktikan tentang keislaman negeri Pasai lebih awal dari Melaka. Hasil dari keislaman ini mencetuskan tradisi pengajian keilmuan Islam. Pasai lebih terkehadapan dari Melaka di dalam soal-soal keilmuan Islam. Banyak persoalan keislaman yang tidak dapat diselesaikan di Melaka diangkat ke Pasai. Sebuah karya yang penting dihasilkan di Pasai dicetuskan oleh Islam ialah Hikayat Raja-Raja Pasai.

Sekian.

Dr Shafie Abu Bakar

http://drshafie.blogspot.com
 
 Catatan 009:Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah
Posted on Saturday, August 31 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sumber link

 Rahsia Tidur Berbantalkan Celah Ketiak Suami
Posted on Saturday, August 31 @ 08:57:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

" BONGKAR!!! Rahsia Tidur Berbantalkan Celah Ketiak Suami | Rahsia Tidur Berbantalkan Celah Ketiak Suami [SAKSIKAN...]

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA…. Serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?


Sumber  [Link..]

Tiada ulasan: