Sabtu, 24 Ogos 2013

ALLAH TAHU...AKHIRAT MEREKA YANG BUNUH TAK BOLEH LARI

Rumah terbuka Zahid pun diganggu samseng
 
Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.
'Abu Kassim mahu jawab tapi Taib kata tak rujuk pada SPRM'
6:26PM Ogos 24 2013  
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata beliau mahu menjawab kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan mendakwa suruhanjaya itu sebagai 'nakal dan tidak jujur'.

akbhar satar ti-m president with rafizi ramli and macc chief abu kassimSeperti di dalam video, apabila Taib berkata "kita nakal dan tidak jujur", katanya, beliau mahu menjawabnya.

"Tetapi pegawai perhubungan awam saya berkata Tan Sri (Taib) telah menjelaskan bahawa beliau tidak merujuk kepada SPRM.

Jika tidak, tegas Abu Kassim, beliau akan beritahu Taib supaya menyerahkannya kepada undang-undang untuk menentukannya.

Abu Kassim menyatakan demikian dalam nada yang tegas semasa forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-7 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, untuk memulakan sesi tersebut, video KiniTV telah dimainkan di mana Ketua Menteri Sarawak itu ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan SPRM yang mana beliau menjawab: "Mereka tidak berhak mendapat kerjasama saya kerana mereka nakal dan tidak jujur. "

taib mahmud responds to global witness report storyBagaimanapun, pejabat Taib kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa beliau telah merujuk kepada SPRM.

Abu Kasim berkata SPRM sudah dibiasa dipanggil nakal tetapi jarang pula dituduh tidak jujur.
"Kami jaga tepi kain orang, itulah sebabnya kita dipanggil nakal," katanya berseloroh.

Abu Kassim menegaskan bahawa siasatan SPRM terhadap Taib (bawah) masih berterusan.

Beliau juga nampaknya menyentuh tentang kes terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang terbabit dalam kontroversi apabila sekutu rapatnya ditangkap oleh pihak berkuasa bersama RM40 juta dalam mata wang Singapura ketika cuba untuk meninggalkan Hong Kong.

Tanpa menyebut nama, Abu Kassim berkata SPRM telah meminta kerajaan memperkenalkan undang-undang di mana derma politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya," katanya.
'Benarkan pembuat kereta baru akan turunkan harga'
 
Harga kereta akan jatuh apabila kerajaan melaksanakan Dasar Automotif Negara (NAP) untuk membolehkan pembuat kereta baru memasuki pasaran Malaysia, kata Institut Automotif Malaysia (MAI).

"Buat masa ini, hanya pengeluar kereta baru yang membuat kereta melebihi 1.8 cc akan diberi lesen dan ia mesti berharga melebihi RM150,000.

"Tetapi dasar baru ini akan menghapuskan itu. Sesiapa sahaja boleh datang ke Malaysia untuk membuata kereta mana-mana segmen dengan syarat ia adalah kenderaan yang jimat bahan api," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari di sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia ke-7 hari ini.

Beliau berkata peningkatan pengeluaran kereta di negara ini akan mewujudkan persaingan dan secara semula jadi menurunkan harga kereta.

Kerajaan sebelum ini berkata, ia bertujuan untuk mengurangkan harga kereta melalui "kuasa pasaran" tanpa pemotongan cukai eksais yang besar.

[Baca berita Penuh]
http://www.malaysiakini.com/news/239207
Bukit Aman tubuh skuad khas perangi jenayah berat
1:14PM Ogos 24 2013  
Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
  
Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.
  
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.
  
"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah di sebuah hotel di Bandar Sunway  hari ini.
  
Ahmad Zahid berkata skuad itu yang ditubuhkan secara tetap, terlibat dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang, baru-baru ini.
  
"Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.
  
Forum sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).
  
Ia diadakan bertujuan mendapatkan input pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, badan bukan kerajaan dan peserta forum mengenai penggubalan undang-undang pencegahan jenayah.
Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata resolusi forum itu perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperinci, termasuk mengenai sama ada perlu mewujudkan semula undang-undang pencegahan.
   
Beliau berkata apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ia menyukarkan pihak penguatkuasa terutama polis melaksanakan tindakan pencegahan.
   
Susulan pemansuhan itu, antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pihak keselamatan membanteras penjenayah ialah saksi takut untuk tampil ke hadapan selain identiti penjenayah sukar dicam saksi, dan keterangan tidak mencukupi untuk menangkap penjenayah.
   
"Dalam perbincangan untuk (mewujudkan) undang-undang baharu yang dibuat sekarang, kita akan pastikan resolusi forum ini dimasukkan sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang," katanya.
   
Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa beliau telah dilantik oleh Najib sebagai pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Rabu lepas.

Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

- Bernama
Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India
 
Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India.

Hari ini di Forum Pencegahan Jenayah, Hadi berkata senarai polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali sehingga 30 Julai menunjukkan 71 peratus adalah kaum India, 23 peratus Cina dan hanya bawah lima peratus Melayu.

Dalam pembentangannya, beliau berkata kumpulan India telah menggunakan selatan Thailand.
Menteri: Kes jangkitan kencing tikus semakin membimbangkan
2:30PM Ogos 24 2013  
Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend membimbangkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.
  
"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268  kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665  kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat Kota Kinabalu hari ini.
  
Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.
  
Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong-royong membersihkan kawasan.
  
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.
  
Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis  makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.
  
Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.
  
"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.
  
Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.
  
Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama.
  
- Bernama
Zahid: PDRM siap siaga jika ada pihak ugut lancar perang terhadap polis
6:02AM Ogos 24 2013  
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM sentiasa berada dalam  keadaan bersiap siaga jika ada pihak yang mengugut untuk melancarkan  perang terhadap polis berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan  pasukan keselamatan itu menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang, Isnin lepas.
  
Beliau mengulas khabar angin menyatakan beberapa kumpulan  kongsi gelap akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan  tindakan polis memerangi jenayah berat, khususnya yang melibatkan  senjata api.
  
"Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.

"Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.

- Bernama
Sekian lama terpisah, tunang Azilah kini gembira
 
Tunang kepada Cif Insp Azilah Hadri berkata beliau bercadang untuk meluangkan masa dengan kekasihnya itu, setelah tujuh tahun terpisah.

Noorazilah Baharuddin berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah hari ini, walau tunangnya itu terpaksa mengarungi tempoh yang sukar di penjara.

Katanya, mereka sentiasa berdoa agar Azilah akan dibebaskan dan bersyukur kerana ia berlaku pada hari ini.

Sementara itu, Azilah berkata beliau ingin mengunjungi penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada para warden di situ.

“Saya akan tunaikan fardu Jumaat di sana dan menguruskan beberapa perkara selepas itu,” katanya.

Tertuduh kedua Kpl Sirul Azhar pula bersyukur kerana kesemuanya telah selesai.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada peguam, keluarga dan terutama sekali kepada ibu saya yang berdoa agar saya dibebaskan,” kata duda tersebut.

“Saya mahu kembali kepada kehidupan biasa,” katanya.

Sirul dalam keterangan di mahkamah sebelum ini berkata beliau dianiaya dalam kes tersebut dan mendakwa barang kemas milik Altantuya telah diletakkan di pangsapurinya.

Anaknya yang berusia 13 tahun ketika ditemui berkata beliau merindui bapanya dan gembira dengan pembebasan bapanya itu.
Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya
 
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
altantuya trial 160707 azilahHakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.
Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk  Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.
Suasana di mahkamah senyap seketika semasa hakim menyampaikan penghakiman sementara Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.
  
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.
  
Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
  
Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.
  
Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar.
  
Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.
  
"Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.
  
Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.
Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.
   
"Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.
   
Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.
   
Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
   
Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.
   
Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.   
Bagi alasan lain, Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).
   
Beliau berkata pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.
   
Serupa juga, kata hakim, dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.
   
Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.
   
"Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa," kata hakim.
NGO terkejut mahkamah bebas Azilah, Sirul
 
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini berkata, mereka terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota polis atas tuduhan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

NONEPengarahnya Cynthia Gabriel (kanan) berkata, keputusan terhadap kes pembunuhan pada 2006 itu menimbulkan persoalan siapa yang membunuh wanita itu.

"Ia juga melontarkan soalan bagaimana dia dibunuh. Bagaimana letupan C4 diperoleh? C4 bukan boleh dibeli di kedai 7-Eleven," katanya.

Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh Altantuya.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Tiada ulasan: