Posted on Friday, August 30 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Anim Agro
POKOK KABONG (Arenga pinnata) merupakan tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang boleh menghasilkan manisan. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah kabung diatas).
Saya mengenali pokok kabong atau dikampong saya yang hanya dipanggil Pokok Enau dimana ia amat ditakuti kerana menghasilkan cecair yang gatal apabila terkena pada kulit kita. Dalam peribahasa Melayu terdapat ungkapan iaitu "Seperti Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-masing" bermaksud seseorang yang ingin menduduki tempat teratas dengan memijak rakan-rakan yang lain iaitu sifat negatif yang kita harus elakkan. Pokok Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam kumpulannya iaitu Nipah, Kelapa dan sebagainya.
Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa rujukkan, saya mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok kabong akan menghasilkan buah kabong yang diproses untuk dijadikan isi buah kabong yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman.
Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok kabong dan kegunaannya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan saintifik berdasarkan pengalaman, pemerhatian, temubual dengan pengusaha halwa kabong dan rujukan yang penulis buat dari banyak sumber.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bagaikan 'Bulu burung'. jika dilihat dari kejauhan (Lihat foto sebelah). Ini disebabkan susunan daunnya yang melempai kebawah dari pelepah daun dengan kelihatan meurun seperti bulu burung merak atau burung kawasari.
Batang pokok Kabong seperti pokok Arecaceae lain adalah berdiri kukuh dimana ia mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang boleh juga digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun atau dalam jambak dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan.
Tangkai bunga jantan Pokok Kabung apabila dipotong dan dikutip air niranya boleh diproses untuk menghasilkan tuak, todi dan sebagainya serta boleh diproses untuk dijadikan cuka atau gula. Ia sama juga dengan kaedah pemungutan air nira pada pokok nibong, pokok kelapa yang lebih dikenali ramai.
Apa yang saya perhatikan, buah Pokok Kabung dihasilkan dari pokok matang dengan buahnya akan kelihatan berjuntai-juntai pada tandan sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan buah kabong mempunyai purata sebanyak 10 tangkai. Kiraan yang saya buat mendapati setiap tangkai terdapat lebih kurang 50 biji buah kabung. Buah kabong mempunyai kulit berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal (Lihat foto sebelah).
Buah berbentuk bulat bersegi ini seakan bulat mempunyai saiz ukurlilit berbeza sekitar 8 - 15 cm garispusat bergantung kepada umur pokok dan kesuburan pokok.Bentuknya seakan buah pinang. Kaedah memetik tandan buah kabung dengan cara ia perlu dikait dengan pengait mengikut ketinggian pokok diantara 15 - 30 kaki tinggi atau ada yang terus panjat pokok. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi ia adalah lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileraikan (dipisahkan) dari tangkainya selepas dipotong tandan untuk proses selanjutnya.
Saya difahamkan oleh beberapa pengusaha buah kabong menyatakan buah kabung segar perlu direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan sebagai langkah awal memprosesnya. Setelah ia telah 1 - 2 jam ditebus, maka buah tadi dibelah dua atau tiga. apa yang diperhatikan lazimnya ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Kulit buah kabong adalah agak keras untuk dibelah bagi mendapatkan bijinya.
Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang mempunyai tekstur kenyal atau dikatakan rasa liat. Isi ini berwarna putih jernih berbentuk lonjong bulat berukuran 2-3 cm panjang dan 1-1.5 cm lebar. Biji yang sperti agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam sehingga agak lembut sebelum digunakan sebagai buah kabong. Dalam memberi nilai tambah, isi buah kabong ini akan dimasukkan dalam air gula berwarna warni sebelum dibungkus dan dijual dipasaran.
Isi buah kabung kekadang disebut sebagai buah enau dimana ia paling banyak dijual pada bulan Ramadan bagi tujuan berbuka puasa. Isi kabong ini juga sering dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai salah satu daripada hidangan yang sangat popular dicelah-celah pelbagai kueh raya diatas meja.
Isi buah kabong ini yang mempunyai pelbagai warna, rasa manis, kenyal dan seperti agar-agar amat enak dimakan dan dipercayai dapat menurunkan suhu badan. Isi Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang dan minuman Lai Ccee Kang serta 'Cocktail'. Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau.
Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
Saya belum jumpa petani atau pengusaha yang menanam pokok kabong secara monokrop atau komersil. Lazimnya pengusaha buah kabong hanya mengutip buah kabung yang tumbuh sendiri secara semulajadi. Kalau ada yang ingin menanamnya boleh mangutip anak benih liar yang tumbuh disekeliling pokok kabung matang atau membuat semmaian sendiri.
Jarak tanaman sesuai mungkin sekitar 6 m x 6 m dengan susunan 4 segi sama. Pokok kabung tidak banyak maklumat mengenai cara pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta maklumat pengurusan agronomi. Kalau dirujuk kepada keluarga Arecaceae, kemungkianan serangan penyakit dan perosak adalah mungkin hampir serupa.
Maklumat mengenai kadar penghasilan buah sepokok dan jumlah nira yang boleh dikutip juga tidak banyak rujukan dan kajian dijalankan. Apa yang saya kaji mendapati harga isi buah kabong yang siap dobungkus sekitar RM3.00 - RM 6.00 sekilogram bergantung kepada kualiti dan lokasi jualan. Kemungkinannya sebahagian daripada buah kabong yang dijual di Malaysia adalah diimpot daripada negara Indonesia. Wallahualam!. Bersambung kepada cara proses dan khasiat buah kabong (Sila klik disini).
POKOK KABONG... ENAU NAMANYA....
ARECACEAE... NAMA KELUARGANYA...
BUAH BERTANDAN... BANYAK BIJINYA...
PERLU DIREBUS...DIBELAH CARANYA...
ISINYA PUTIH... KENYAL AGAR RASANYA...
DICELUP GULA... DIMAKAN ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bukit Senggeh, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(21 Syawal 1434H)
Sumber: animhosnan.blogspot.com
Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia
Posted on Friday, August 30 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;
Samakan Dengan Anjing
Walaupun
manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara
umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan
pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat
Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya)
“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Memegang Anjing?
Ada
yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia
najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis
dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika
membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan
bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah
dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan
hukum yang cetek.Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Memelihara Anjing Dalam Rumah
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Isu petisyen pilihanraya hangatkan dewan
Posted on Friday, August 30 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada hari kedua hangat apabila Ketua Pembangkang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin membawa isu petisyen pilihanraya.
Berucap ketika membahaskan Titah ucapan DYMM Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah 27 Ogos lalu, beliau menyifatkan demokrasi di negara khususnya di Perak telah dinyahkan dari muka bumi ini.
Adun Changkat Jering itu berkata, hak rakyat untuk mengemukakan hujjah dan bukti tentang penyelewengan pilihanraya telah dinafikan.
Katanya, Pakatan Rakyat telah menyahut seruan Pengerusi SPR untuk memfailkan petisyen di mahkamah jika tidak berpuas hati dengan proses pilihanraya namun ianya ditolak sebelum bicara.
Jelasnya, tindakan tersebut sangatlah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah menyekat untuk rakyat mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PRU13 lalu.
"Memfailkan petisyen ke mahkamah adalah satu-satunya kaedah yang dibenarkan kepada kami untuk mengemukakan bantahan namun ianya tetapi dinafikan apabila ianya ditolak tanpa didengar dan dibicara.
"Kami yang mempunyai bukti yang sangat kukuh, misalnya apa yang berlaku Dun Pasir Panjang iaitu sogokan pilihanraya secara langsung oleh agen-agen BN tetapi ianya tidak dapat dibuktikan apabila petisyen ditolak diperingkat awal," dedahnya hingga menimbulkan rasa tidak senang wakil rakyat BN.
Nizar menyatakan, selepas petisyen ditolak, Pakatan Rakyat telah dizalimi apabila terpaksa menanggung kos yang tinggi iaitu sebanyak RM965,000,000 secara keseluruhannya.
Ini katanya adalah tindakan zalim dan penganiayaan besar setelah petisyen ditolak seawal bantahan awal.
"Hak kami dinafikan mahkamah, saya sebagai ketua pembangkang berasa tanggungjawab untuk suarakan perkara ini di Dun agar rakyat mengetahui apa yang berlaku," jelasnya.
Mohammad Nizar menjelaskan, Pakatan Rakyat menyifatkan kemenangan yang dicapai oleh Adun BN khususnya kawasan yang dikemukakan petisyen adalah satu kemenangan yang tidak berhormat kerana ianya diperoleh dalam suasana pilihanraya yang tidak berlaku adil.
Sumber: perakitedaily
Multaqa Ulama' 914 : Ulama' Haraki Benteng Izzah Islam
Posted on Friday, August 30 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
1. Saya sangat gembira melihat perkembangan ini. Jelasnya ulama' yang melibatkan diri dengan Gerakan Islam [PAS] ini mestilah aktif dan meletakkan diri mereka sebagai penggerak utama segala aktiviti Amal Islami ke arah mendaulatkan Islam dan menobatkan gerakan perjuangannya. Justeru inilah tanggungjawab dan amanah penting yang digalaskan oleh al Mustafa saw ke atas bahu ummatnya yang berilmu sebagai pewaris mutlak untuk meneruskan perjuangan Islam ini merentas zaman.
2. Amanah ilmu yang sedia terpikul dipundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.
3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.
4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah :
- Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.
- Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.
- Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.
- Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.
- Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.
- Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.
- Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.
- Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.
- Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.
- Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.
5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS..
6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.
7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.
8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt. ? Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.
9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh - tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.
10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini.
[ Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh - tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti. ]
[ Insyaallah pada 4, 5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor ]
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Artis Zed Zaidi UMNO-kan SENIMAN...?
Posted on Friday, August 30 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Orang Ni
KLIK
Rozaidi Bin Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi artis tanahair yang sekarang meroyan dalam politik UMNO semakin mengila dek kerana baru-baru ini kecoh tersebar yang beliau sedia bertanding untuk jawatan exco pemuda UMNO untuk pemilihan parti pusaka jajahan British (UMNO) yang akan datang.
Dalam tweet terbaru Zed Zaidi menjemput pemuda-pemuda UMNO untuk majlis aidilfitri....wah..!!! Dah mula melobi le pulak yer.... maklumlah duduk dalam UMNO,kerja melobi,merasuah dan membodek adalah perkara asas wajib.
Tapi yang malangnya Zed Zaidi yang kini konon-nya Presiden SENIMAN mengheret pertubuhan tersebut kedalam ruang longkang busuk politik UMNO.
Kalau nak main politik pun...janganlah pertubuhan untuk anak seni macam SENIMAN pun dijadikan batu loncatan untuk kejar jawatan dalam UMNO bro.... kalau nak bagi nampak ok,jemput semua pemuda dalam politik... Pemuda PAS,Pemuda DAP,AMK dan sebagainya.... ada bran ke Bro Zaidi..? Hahaha....
Cukuplah UMNO saja yang busuk... jangan ditambah busuk SENIMAN yang selama ini memang dah busuk dek kerana lu bro... hahaha...
Sumber: orangni.blogspot.com
The State of the Nation
Posted on Thursday, August 29 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
The Penang government must do what it thinks is right. If it thinks and believes that screening of the film Tanda Putera would likely cause hatred and communal tension, then it must ban the screening. It's not up to the film director to pronounce whether cinemas in Penang are likely to lose their licenses. She is just a business person hoping to recover enough money to repay the loan she takes. Or to justify the grant given her by the right wing UMNO politicians.
If the national body of film FINAS endorses such a move, then FINAS itself is a racist nest.
The Penang government must never be a shilly-shallying government like Najib's. Many of us know the true nature of Najib. He believes in a twisted version of elegant silence. That's insulting TUn Musa Hitam.
To him saying nothing seems to infer some halo of statesmanship around him. So he thinks. Well, if its winter time and he is skating on a pool, his political bullshit is warm enough to liquefy the surface on which he stands. His mind says the film is not good, but his blackened heart wants to go along with the right wingers of UMNO. He plays both sides. Front and behind.
But the Penang government must also be even-handed. The film New Village must also be disallowed if it causes the same emotions.
If the government wants to test the maturity of its citizens, allow both Tanda Putera and New Village to be screened. If not, ban both. The films can either be bad or good. They can't be both. Either they will create racial tension or not. The government must decide promptly.
My own feeling is the government will allow Tanda Putera to be screened while outlawing New Village. Might is right and the mighty defines how the script is written. The fact is, the UMNO hoi poloi needs this emotive booster. They have been brainwashed for so long into believing their sorry lot is caused by others not but the incompetency of this government.
The movie Tanda Putera is necessary to reaffirm the reason for UMNO's existence. The reasons for its being have been eroded by the compromising posturing of the diffident Najib , such that some deliverance and redemption are needed. Tanda Putera fulfils the yearnings. It has to be screened and it must.
This is what UMNO does best. It redirects energies of people away from the basic and most fundamental issue- are they running this country with the best talent in the best manner? UMNO is afraid to answer these questions and so it directs people's attention to contentious issues that sap the energy and vibrancy of this nation. And judging from the quality of people Najib places in his cabinet, we are indeed marching speedily towards mediocrity. What can we expect from these people if the standard responses from BN MPs are to ridicule, discredit the person and asking opponents to go outside and have a fight? We can't run this country with mediocre talent like how UMNO is doing. And so, it puts up all the smokescreen and red herring issues such as debating whether to screen Tanda Putera and New Village or not.
The present generation is not stupid. They grow up with different life-experiences and has acquired knowledge and awareness in the process. I am confident enough, if both Tanda Putera and New Village are screened; people will not go into the streets to look for a fight.
So I am a little amused to see a person of calibre like Wee Ka Siong warning the director of Tanda Putera to be responsible if there are racial riots. There won't be if our police do their job well. They won't be if the government comes down hard on the right wingers in UMNO and NGOs are prevented from doing so.
But the obvious glaring point is, Wee‘s caveat only displays the effeminate nature of the current MCA. That is why MCA is being buggered. Now, that is substantive sodomy!
sakmongkol AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
Shahrizat’s appointment Najib’s ‘gift to the corrupt’
Posted on Friday, August 30 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Shahrizat Abdul Jalil’s appointment as Prime Minister Najib Abdul Razak’s advisor on women’s affairs shows that the latter is ‘disinterested’ in combating graft, said PKR.
In a statement today, PKR Wanita deputy chief Rodziah Ismail said this is because Shahrizat was appointed despite her alleged involvement in the National Feedlot Centre (NFC) project scandal.
She demanded that the Najib revokes Shahrizat’s appointment.
“The appointment for Shahrizat, who is implicated in the NFC scandal is a gift and a reward from Najib to the corrupt,” she said.
Shahrizat was reported saying that she had received her appointment as Najib’s advisor on Aug 15.
Shahrizat, who was women, family and community development minister at the time, had denied any involvement in the company, however, the scandal prompted her to resign as a federal minister.
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), too, last year cleared Shahrizat of involvement in the awarding of the multi-million ringgit NFC contract to her family.
Meanwhile, her husband, National Feedlot Corporation chairperson Mohamad Salleh Ismail is facing two charges of criminal breach of trust and two other charges under the Companies Act 1984 in relation to the NFC scandal and its RM250 million soft loan from the government.
Malaysiakini
Catatan 007: Kisah Neraka Jahanam
Posted on Thursday, August 29 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Sumber Link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan