Sabtu, 31 Ogos 2013

AWAS MUSLIHAT IBILIS DAN SYAITAN LAGI DAHSYAT

Siapa naib presiden baru Umno?

Subky Latif, 30 Ogs 2013
Sekali pun Najib pernah menyatakan dia bersikap terbuka jika dia cabar dalam pemiliihan Presiden Umno hujung tahun ini, tetapi ruang yang dibuka itu seperti menutup jalan kemungkinan adanya cabaran itu. Secara spontan timbul sangkaan banyak pihak bahawa tidak terbuka hati melihatnya dicabar sekalipun prestasi PRU13 adalah lebih buruk daripada pencapaian Tun Abdullah Badawi sebelumnya.

Jika pencapaian buruk Pak Lah membuka medan dia dicabar. Jika tiada siapa mahu mencabar Pak Lah, Tengku Razaleigh sedia. Jika sekarang tiada yang hendak mencabar Najib, Ku Li juga bersedia. Tetapi dengan apa yang dikatakan Najib tentang keterbukaannya dicabar, menjadikan peluang Ku Li dapat mencabar Najib lebih payah dari mencabar Pak Lah.

Yang menyulitkan Ku Li dulu disebabkan adanya cabaran dalam selimut oleh Najib. Tetapi dengan kosong kemungkin Najib dicabar oleh Muhyidin Yasin, pun peluang itu tertutup bagi Ku Li.

Suasana selesa Najib itu ditumpang selesa sama oleh Muhyidin.

Cuma belum tentera selesa ialah kerusi Naib Presiden. Tidak semua pemegang jawatan sekarang selesa. Tidaklah ketiga-tiganya gugur, tetapi antaranya mungkin gugur.

Siapa antara Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein dan Shafie Afdal akan gugur tidak dipastikan. Tetapi dengan tawaran yang dibuat oleh Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman boleh menyebabkan ada yang menunggu itu gugur. Terutama apa yang mencabar itu Ketua Menteri Sabah sendiri.

Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.

Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.

Kuasa Umno/BN terselamat dalam PRU 2008 adalah kerana sumbangan solid dari Sabah dan Sarawak. Dan kuasa itu sendiri goyang ketika itu adalah keinginan antara orang di Sabah mahukan perubahan dan  siapa yang menilai sumbangan Sabah itu penting.

Sedar akan ancaman Sabah itu, BN berupaya menyelamatkan ancaman 16 September, 2008, tetapi bagi menjamin sokongan Sabah itu kekal, bukan sekadar memberi banyak tempat dalam kerajaan kepada orang Sabah, maka perlu diberi kedudukan penting dalam Umno kepada orang Sabah. Maka nasib memihak kepada Shafie.

Tetapi adakah Umno mahu dua orang Sabah jadi Naib Presiden? Jika Umno sudah terbuka, tiada apa yang membimbangkan Shafie, tetapi ia mengancam kedudukan dua Naib dari Semenanjung, Zahid dan Hishamuddin. Hanya seorang saja dari semenanjung boleh jadi Naib.

Itupun kalau Ali Rustam dan Isa Samad tidak menjadi cabaran yang berpotensi. Kalau keduanya atau salah seorang daripada mereka ada nasib, kedua-dua Naib dari Semenanjung yang ada itu mungkin terlepas peluang.

Kedua-dua Ali Rustam dan Isa Samad adalah orang yang pernah menjadi Naib Presiden bersama Mahyuddin dulu. Masa itu kedua-duanya lebih kanan dari Muhyiddin. Apakah kedua-duanya masih ramai orang yang seangkatan dalam perwakilan. Jika penyokong lama masih ramai, jika sentimen mahu wakil orang lama terus ada dalam Umno, ia mengurangkan peluang Zahid dan Hishamuddin untuk kekal.

Apakah pemimpin kali ini mengulang perlumbang yang sengit lagi? Memandang ramai orang-orang terkenal tidak sedia bertanding Majlis Tertinggi, mungkin di bawah Najib orang lebih sayangkan  Umno dari mencari  kedudukan ssendiri. Adakah ini kehebatan Nailb?

Nisa' Wilayah ajak belia semarak sambut merdeka

Harakahdaily, 30 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Merdeka tahun ini, badan bukan kerajaan (NGO) Nisa' Wilayah Persekutuan akan mengadakan kempen Semarakkan Sambutan Kemerdekaan bermula malam ini sehingga 16 September sempena Hari Malaysia.

Menurut ketuanya, Khairy Syutina Mahmood, kempen tersebut bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri warga negara khususnya golongan belia agar mereka merasai nikmat kemerdekaan di samping mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu.

"Nisa’ Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan kemerdekaan ke 56 tahun ini wajar disambut dengan penuh kesyukuran kerana Malaysia bebas dari penjajahan di samping menikmati keamanan, kesejahteraan dan perpaduan kaum dikeceapi bersama oleh pelbagai bangsa di negara ini.

"Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan bendera Malaysia yang melambangkan keamanan, kesejahteraan dan kebebasan yang dikecapi," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia perlu menginsafi keperitan dan kepayahan perjuangan generasi terdahulu yang membebaskan negara dan bangsa dari jajahan kaum penakluk selama berabad lamanya. Sejarah tidak melupakan bagaimana Tanah Melayu pernah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dunia ketika bermula dengan zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan sehinggalah Malaya mendapat kemerdekaan mutlak pada tahun 1957.

"Dalam tempoh tersebut, pelbagai tokoh dan pejuang bangsa lahir membasahi tubuh mereka dengan darah dan air mata dengan mengorbankan diri mereka demi negara tercinta. Justeru, nama mereka wajar dikenang sehingga ke akhir hayat.

"Kita juga menginsafi beberapa negara yang bergolak yang masih di bawah penjajahan rejim zalim seperti Syria, Palestin dan Mesir. Tangisan air mata masih tidak mampu menyingkapi penderitaan segolongan umat yang berkubang darah demi membebaskan negara mereka dari kezaliman pemerintah," katanya lagi.

"Nisa Wilayah Persekutuan mencetak 500 button serta risalah dan akan mengedarkannya mengikut kawasan. Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu bermula dari Kawasan Batu dan diakhiri dengan Kawasan Putrajaya," katanya.

Justeru, Nisa Wilayah Persekutuan mengajak NGO-NGO serta mahasiswi untuk turut serta menjalankan kempen ini.

Info lanjut mengenai Nisa layah Persekutuan boleh didapati di http://nisawp.blogspot.com/ atau facebook Nisa Wilayah Persekutuan.

Awas tipu muslihat Amerika!

Syed Abdullah Syed Osman,
Jangan terlalu awal kita bertepuk tangan apabila ratusan peluru barpandu Amerika Syarikat dan barat akan dilancarkan ke arah askar Presiden al-Assad. Hal ini kerana kita tidak tahu apa muslihat yang tersirat di sebalik 'Superman' hendak menyelamatkan rakyat Syria daripada kekejaman Presidennya itu.

Di atas kertas memang nampak cantik dan membantu tetapi sedarkah kita setiap kali Amerika Syarikat yang didalangi oleh rejim Yahudi itu melakukan sesuatu pasti akan menimpakan mala petaka kepada negara yang hendak diselamatkan itu.

Afghanistan, Iraq dan begitu juga Libya - pada mulanya rakyat negara-negara berkenaan begitu teruja dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Amerika Syarikat yang kononnya telah 'memerdekakan' mereka tetapi setelah beberapa tahun sahaja barulah rakyat negara berkenaan sedar bahawa mereka telah masuk kedalam perangkap permainan yang cukup licik dan terancang untuk memeras ugut dan menjajah secara tidak langsung negara tersebut. Pada masa yang sama negara yang telah dijajahkan itu akan dihuruharakan dengan masalah dalaman saperti perang saudara yang tidak berkesudahan itu.

Lihat semula sejarah bagaimana Amerika Syarikat memperalatkan Presiden Saddam Hussein. Iraq telah dibekalkan dengan senjata canggih termasuk senjata kimia untuk menyerang Iran dalam peperangan dari tahun 1980 hingga 1988 yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa kedua-dua belah pihak yang akhirnya peperangan itu dihentikan begitu sahaja apabila tentera Iraq gagal dalam misinya menawan Iran dibawah pimpinan Ayotollah Khomeni. Akhirnya  Saddam Hussein itu sendiri menjadi mangsa percaturan dan perancangan jahat Amerika Syarikat.

Begitu juga huru-hara yang berlaku di Mesir ketika ini yang dipercayai bahawa dalang di belakang rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir itu sendiri adalah Amerika Syarikat dan Israel.

Soalannya adakah benar askar Syria menggunakan senjata gas kimia keatas penduduk Syria ataupun sebaliknya tentera rejim Yahudi yang melakukannya tetapi menuduh tentera Syria pula. Walauapapun sepatutnya diserahkan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya tentera Amerika yang cuba memandai-mandai menceroboh negara lain.

Tanda Putera: Tiada tindakan siapa abai nasihat

Harakahdaily, 30 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dalam menegakkan kebebasan bersuara dan mengutuk keras kebencian kaum, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengabaikan nasihat berkenaan ‘Tanda Putera’ yang penuh dengan pembohongan, menyerang kumpulan minoriti dan beribu-ribu rakyat Malaysia yang tidak bersalah yang terbunuh semasa 13 Mei 1969.

“Memandang isu ini bersabit hal sejarah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral untuk mengambil pendirian yang jelas dan nyata untuk menentang sebarang usaha bagi menulis semula sejarah yang terlalu tidak konsisten dengan kejadian dan fakta sebenar,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, kata beliau mereka yang cenderung kepada Kerajaan Persekutuan BN telah mengambil pendekatan yang bertentangan dengan mengancam untuk menutup pengendali pawagam dan lain-lain bentuk tindakan undang-undang jika Tanda Putera tidak ditayangkan.

“Ini adalah perbezaan di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana, di negeri ini, mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri masih boleh memaparkan persembahan mereka tanpa gangguan.

“Inilah yang perlahan-lahan menjadikan Pulau Pinang kota seni Malaysia kerana artis menikmati kebebasan bersuara,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Walau bagaimanapun, katanya kebebasan bersuara tidak bererti kebebasan untuk berdusta.

Justeru, ujarnya kerajaan negeri telah mengambil langkah itu untuk mengeluarkan nasihat mengenai Tanda Putera kerana filem itu telah melintasi garis sempadan dengan menggunakan dana awam untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.

“Berikutan ancaman daripada kerajaan Persekutuan, kami telah dimaklumkan bahawa semua pengusaha pawagam akan menayangkan filem ini tidak lama lagi di Pulau Pinang,” katanya.

Justeru, jelasnya kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak tetapi berharap semua pihak termasuk penonton dan pengusaha filem boleh melihat di sebalik pembohongan dan kebencian perkauman tertanam dalam filem itu.

Mesir: PAS gesa Malaysia beri signal tegas

Anis Nazri, 30 Ogs 2013
SUBANG JAYA: PAS menggesa Kerajaan Malaysia memberikan signal tegas dan jelas kepada pemerintahan Mesir agar mengembalikan semula hak rakyat republik itu yang dirampas kudeta, sejak hampir tiga bulan lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pentadbiran Mesir perlu disedarkan tentang hak rakyat negara itu yang telah memilih presiden mereka melalui proses pilihan raya yang adil dan demokratik.

Sehubungan itu, Mohamad berkata hak rakyat Mesir yang dirampas tentera negara itu perlu dikembalikan bagi memastikan krisis Mesir dapat ditamatkan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Tergempar Peringkat Serantau: Pembunuhan Awam, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir, di Dewan Seminar Masjid Al-Falah, di sini, pagi tadi.

Tambah Mohamad, kemenangan yang diperoleh Presiden Dr.Mohamad Morsi merupakan satu kemenangan mutlak apabila dipilih melalui pilihan raya yang demokratik buat kali pertama setelah sekian lama berada dalam pentadbiran diktator.

"Apabila berlaku rampasan kuasa ke atas satu sistem yang demokrasi, ia merupakan petanda demokrasi itu terhapus dan menafikan hak rakyat yang telah memilih pemimpin mereka sebelum ini," tegas beliau lagi.

Ia juga, katanya sebagai satu kesilapan apabila Panglima Tentera Mesir, Jeneral Fatah Al-Sisi mula berpihak ketika menyeru rakyat Mesir untuk berdemonstrasi bagi membantah himpunan aman para penyokong Morsi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata isu di Mesir bukan merupakan isu Mesir semata-mata, sebaliknya ia membabitkan isu umat Islam serantau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat, berkata Mesir merupakan sebuah negara yang memainkan peranan penting terhadap negara-negara Islam lain.

"Mesir antara negara yang banyak menyumbang kepada negara Palestin yang ditindas sekian lama, khususnya di bawah pentadbiran Morsi. Jadi, menjadi tanggungjawab kepada negara Islam untuk berperanan mengutuk serangan yang dilakukan tentera Mesir, selain membantu untuk mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut," tegas Ahli Parlimen Tumpat itu.

Malah, katanya terdapat juga negara barat seperti Eropah yang mengambil tindakan bagi menyatakan pendirian mereka yang menentang keganasan yang berlaku di Mesir.

Turut berucap pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat.

Persidangan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) bersama Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat serta beberapa NGO lain itu dihadiri kira-kira 100 peserta.

Persidangan itu turut membariskan beberapa wakil dari negara serantau seperti Indonesia, dan Kemboja, selain wakil dari Turki, dan Mesir.

Program petang ini dijangka lebih hangat apabila wakil Ikhwanul Muslimin, Ahmad Fahmi Al-Watidi  yang juga Jurucakap Freedom and Justice Party (FJP) akan turut hadir.

Antara pimpinan PAS yang hadir pada persidangan ini ialah AJK PAS Pusat, Khalid Samad, dan Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop.

Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 30 Ogs 2013
Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas.

Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas.

Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."

“...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah : ayat 237)

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang terbentang seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kema-rahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah al-Imran : ayat 133-134)

Ingatlah antara tanda-tanda seseorang itu orang yang bertaqwa ialah kemampuan dan keterbukaan hatinya untuk memaafkan kesalahan seseorang.

Ingatlah juga, kita wajib memberi maaf jika telah diminta dan adalah lebih baik lagi, sekiranya kita dapat memaafkan dalam keadaan tidak diminta.

Sebaliknya, orang-orang selalu berkata "tiada maaf bagimu" mahupun tidak mengerti nilai kemaafan sebenarnya sibuk melayan bisikan syaitan.

Fahami ayat ini sekali lagi bagi yang masih tidak memahami apa yang dimaksudkan kemaafan:

Kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."

Perkara yang lepas, sudah lepas, lepaskan sahaja kerana kita tidak mungkin dapat mengubahnya - oleh itu lepaskanlah segala harapan bahawa kita boleh mengubah masa silam, maafkanlah si dia, dan fokus ke hari ini dan langkah seterusnya dalam kehidupan.

Tanyalah diri, sekiranya "masa silam" betul-betul wujud sebagai satu benda, di manakah si "masa silam"?

Sukalah kalau Allah ampunkan dosa kita, maka maafkanlah juga sikap orang kepada kita. Maafkanlah kerana kita lebih layak menikmati ketenangan.

Tiada ulasan: