Gadis ejen licik menipu
- Kesemua mangsa penipuan menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung ejen pelancongan berkenaan.
Gadis tersebut juga didakwa giat menjalankan pelbagai perniagaan dengan menawarkan khidmat menjadi ejen produk tetapi liat ketika diminta menjelaskan bayaran dengan pelbagai alasan.
Pengadu, Nor Suriani Badri, 34, berkata, dia termasuk 13 individu lain telah membuat tempahan bercuti ke Bali selama empat hari tiga malam melalui ejen berkenaan pada tarikh 11 Ogos lalu, namun perjalanan dibatalkan hanya beberapa jam sebelum bertolak.
“Empat orang sudah pun berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) apabila dimaklumkan jam 3 pagi bahawa perjalanan kami dibatalkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian.
Nor Suriani berkata, walaupun ejen terbabit sudah menjelaskan RM6,500 setelah dipaksa, tetapi mereka tetap mahu bersemuka dengan gadis berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.
[KES 2] Mangsa, Nasrul Md Junid, 42, berkata, sebaik sahaja mengetahui perjalanan ke Bali dibatalkan saat akhir, dia bersama 22 ahli keluarga yang membuat tempahan ke Semporna, Sabah September nanti khuatir apabila mengetahui menggunakan khidmat ejen yang sama.
Nasrul berkata, sebaik sahaja mengetahui lawatan ke Bali dibatalkan, dia telah membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan dan tempat penginapan yang didakwa sudah ditempah, namun tiada nama ahli keluarganya.
“Pada Mei lalu, kami telah membayar lebih RM8,000 untuk penerbangan dan hotel selain membuat tempahan sendiri untuk aktiviti sukan di sana lebih kurang RM3,000.
“Pada 16 Ogos lalu, gadis berkenaan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang ahli keluarga mengatakan tiket penerbangan telah ditempah.
“Khuatir ditipu, kami membuat pengesahan dengan syarikat penerbangan tetapi dimaklumkan bahawa ejen hanya membayar RM440 manakala tempahan hotel juga tidak dilakukan,” katanya.
Nasrul berkata, maklumat terbaru diperoleh, tempahan untuk ahli keluarganya dibatalkan syarikat penerbangan kerana tiada bayaran sepenuhnya dibuat dalam tempoh tertentu sedangkan dia sudah membuat pembayaran sepatutnya.
Bagi mendapatkan penjelasan, ahli keluarga menghubungi ejen terbabit tetapi semua talian tidak berfungsi. Menurutnya, dia mahukan ejen pelancongan terbabit membuat tempahan semula penerbangan atau memulangkan kembali harga tiket mengikut kadar semasa memandangkan semua persiapan telah dibuat termasuk memohon cuti kesemua ahli keluarga
termasuk yang tinggal di luar daerah.
[KES 3] Mangsa, Rasinah Saad, 37, mendakwa, kegiatan gadis berkenaan dijalankan secara licik di mana modus operandi sama dilakukan melibatkan penipuan wang. “Dua tahun lalu, gadis sama telah menjadi ejen produk penapis air melibatkan kos lebih RM4,000 namun hanya membayar separuh daripadanya,” katanya.
[KES 4] Leana Ramli, 29, turut menggunakan khidmat ejen pelancongan sama ketika bercuti ke Hatyai 10 Ogos lalu bersama 30 ahli keluarganya. Menurutnya, khidmat yang diberikan tidak memuaskan selain terpaksa membuat bayaran tambahan kepada pemandu van dan bas setelah tiba di sana.
“Kebanyakan destinasi dituju tidak sama seperti dirancang termasuk pengangkutan terpaksa dibayar dengan wang sendiri,” katanya.
Menurut Leana, kebanyakan urusan dilakukan menerusi laman sosial Facebook dan tidak menyangka lebih ramai mangsa ditipu selepas pendedahan dibuat menerusinya.
Gadis tersebut turut dikesan melakukan penipuan kepada pelanggan yang berada di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Selangor apabila masing-masing menunjukkan laporan polis dibuat menerusi laman sosial berkenaan.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Bot Sayong imbau kembali nostalgia
KUALA KANGSAR - Generasi baru di Kuala Kangsar akan berpeluang merasai pengalaman menaiki ‘Bot Sayong’ tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad berkata, nostalgia menaiki Bot Sayong bakal diimbau kembali di daerah itu dan ia dijangka beroperasi dalam beberapa bulan lagi.
Menurut beliau, pihaknya berjaya mendapatkan sumbangan untuk membeli bot tersebut dari Jabatan Perdana Menteri.
“Orang-orang lama yang tinggal di Kuala Kangsar memang tahu dan ingat dengan Bot Sayong ni tetapi generasi baru mungkin tidak pernah lihat lagi bot ini.
“Dengan adanya bot itu nanti, ia memberi peluang kepada orang ramai dan pelancong dari luar daerah untuk merasai pengalaman menaiki bot yang pernah menjadi pengangkutan utama di daerah ini suatu masa dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed memaklumkan urusan pembelian bot ini sudah selesai dan bot tersebut dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun.
Sinar Harian difahamkan Bot Sayong merupakan bot tambang dan menjadi pengangkutan utama penduduk di sekitar Sayong menyeberang Sungai Perak untuk pergi ke pekan Kuala Kangsar.
PORT DICKSON – Kejayaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku
(Combi) dalam menurunkan kes denggi di negeri ini akan dijadikan
inspirasi kepada penubuhan Combi Kawalan Tikus bagi membanteras
penyebaran virus kencing tikus.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus sangat baik dan ini juga menunjukkan betapa pihaknya serius menangani isu berkaitan virus kencing tikus ataupun nama saintifiknya leptospirosis.
“Melalui perlaksanaan Combi, masyarakat di negeri ini membantu pihak berkuasa menurunkan kes berkaitan denggi dan formula ini akan ditambah baik mengikut kesesuaian dalam membanteras virus kencing tikus tikus," katanya pada Majlis Perasmian Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Port Dickson di Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki Yahya dan Pegawai Mara daerah, Hafizan Sarjin.
Tun Hairudin berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus ini adalah yang pertama diwujudkan di negeri ini.
“Sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung, status kebersihan perlu diberikan keutamaan ditambah kawasan Batu 4 ini adalah lokasi hotspot pelancongan.
"Malah, diharap penubuhan Combi ini juga memberi kesedaran kepada semua peniaga di sini mengenai aspek pengurusan kebersihan bagi mengawal tikus,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Combi Kawalan Tikus Peringkat Lokaliti Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, Mohd Jasrin Kasnin berkata, seramai 40 peniaga di sekitar kawasan Arked Mara mendaftar sebagai ahli Combi Kawalan Tikus.
Menurutnya, walaupun kehadiran tikus di kawasan Batu 4 masih terkawal, namun usaha untuk terus meminimumkan kehadiran haiwan itu ataupun sehingga mencecah sifar akan dilaksanakan.
KOTA KINABALU - Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes
jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi
tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend
membimbangkan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268 kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665 kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.
Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.
Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.
Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.
Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.
"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.
Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.
Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. - Bernama
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad berkata, nostalgia menaiki Bot Sayong bakal diimbau kembali di daerah itu dan ia dijangka beroperasi dalam beberapa bulan lagi.
Menurut beliau, pihaknya berjaya mendapatkan sumbangan untuk membeli bot tersebut dari Jabatan Perdana Menteri.
“Orang-orang lama yang tinggal di Kuala Kangsar memang tahu dan ingat dengan Bot Sayong ni tetapi generasi baru mungkin tidak pernah lihat lagi bot ini.
“Dengan adanya bot itu nanti, ia memberi peluang kepada orang ramai dan pelancong dari luar daerah untuk merasai pengalaman menaiki bot yang pernah menjadi pengangkutan utama di daerah ini suatu masa dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed memaklumkan urusan pembelian bot ini sudah selesai dan bot tersebut dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun.
Sinar Harian difahamkan Bot Sayong merupakan bot tambang dan menjadi pengangkutan utama penduduk di sekitar Sayong menyeberang Sungai Perak untuk pergi ke pekan Kuala Kangsar.
Guna formula Combi banteras ancaman tikus
- Tun Hairudin (kanan) menyerahkan perangkap tikus dan tong sampah beroda kepada Mohd Jasrin sempena pelancaran Combi Kawalan Tikus.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus sangat baik dan ini juga menunjukkan betapa pihaknya serius menangani isu berkaitan virus kencing tikus ataupun nama saintifiknya leptospirosis.
“Melalui perlaksanaan Combi, masyarakat di negeri ini membantu pihak berkuasa menurunkan kes berkaitan denggi dan formula ini akan ditambah baik mengikut kesesuaian dalam membanteras virus kencing tikus tikus," katanya pada Majlis Perasmian Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Port Dickson di Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki Yahya dan Pegawai Mara daerah, Hafizan Sarjin.
Tun Hairudin berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus ini adalah yang pertama diwujudkan di negeri ini.
“Sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung, status kebersihan perlu diberikan keutamaan ditambah kawasan Batu 4 ini adalah lokasi hotspot pelancongan.
"Malah, diharap penubuhan Combi ini juga memberi kesedaran kepada semua peniaga di sini mengenai aspek pengurusan kebersihan bagi mengawal tikus,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Combi Kawalan Tikus Peringkat Lokaliti Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, Mohd Jasrin Kasnin berkata, seramai 40 peniaga di sekitar kawasan Arked Mara mendaftar sebagai ahli Combi Kawalan Tikus.
Menurutnya, walaupun kehadiran tikus di kawasan Batu 4 masih terkawal, namun usaha untuk terus meminimumkan kehadiran haiwan itu ataupun sehingga mencecah sifar akan dilaksanakan.
Kes kencing tikus semakin membimbangkan
- Rahman Dahlan melihat beberapa ekor tikus yang berjaya ditangkap sempena program Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di Pekan Menggatal. - Foto Bernama
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268 kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665 kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.
Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.
Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.
Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.
Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.
"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.
Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.
Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. - Bernama
Hishammuddin sokong Waytha Moorthy letak jawatan
KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
hari ini menyokong gesaan supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri P.Waytha Moorthy meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan
tindakan polis.
Beliau berkata, Waytha Moorthy dilihat gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab secara kolektif sebagai anggota Kabinet.
"Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul.
Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini supaya Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Hishammuddin berkata, beliau dan Zahid masing-masing mempunyai pandangan peribadi, namun sebarang pertimbangan atau kenyataan yang dibuat sebagai anggota kabinet sentiasa berlandaskan tanggungjawab kolektif.
"Sekiranya saya beremosi dalam membuat keputusan kes tragedi bas di Genting Highlands baru-baru ini, saya akan hentikan semua perkhidmatan bas ke Genting.
"Tetapi saya tidak boleh ikut emosi dan harus membuat keputusan berdasarkan kepimpinan yang waras," tegas Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan.
Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal tindakan polis kerana mendakwa sukar mempercayai berlaku kejadian tembak-menembak selepas melihat gambar mayat. - Bernama
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong
sebarang usaha untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini khususnya
dalam membanteras kegiatan jenayah termasuk kes tembak yang semakin
berleluasa kebelakangan ini.
Menurutnya, pelaksanaan salah satu daripada hukum- hukum ditetapkan ALLAH SWT ini bukan sahaja akan memberi jawapan kepada persoalan yang timbul sebelum ini, sebaliknya membantu mengembalikan keamanan sejagat.
“Kalau kita boleh melaksanakan hukum hudud ini, memang diyakini banyak persoalan yang dihadapi sebelum ini diatasi, kita tengok di Arab Saudi berapa peratus sahaja jenayah, paling rendah dalam dunia.
“ALLAH SWT telah memberi jaminan, kalau kita boleh laksanakan (hudud) memang kita yakin bahawa persoalan- persoalan yang kita hadapi boleh diatasi, cuma soal bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud itu, apakah ada halangan-halangan itu persoalan yang lain, tapi kalau hudud itu sendiri memang (Allah) sudah bagi jaminan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir selain 600 peserta yang terdiri daripada wakil- wakil jabatan, agensi, badan bukan kerajaan dan pemimpin di setiap peringkat.
Mohamad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung kesediaan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud yang kini dalam rangka mengadakan satu Sidang Meja Bulat bagi membentuk resolusi dan cadangan untuk meneruskan perlaksanaan hukum tersebut.
Ahmad berkata, perkara itu dilakukan setelah beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang menyatakan terdapat ruang untuk melaksanakan hukum tersebut.
Mengakui pelbagai kekeliruan timbul di sebalik usaha untuk melaksanakannya, Mohamad Shukri berkata, dalam isu tersebut, pendekatan melalui perbincangan perlu diambil bagi mengatasinya.
“Barangkali kekeliruan yang timbul begini, hudud hukum ALLAH SWT, pelaksanaan hudud ini yang harus dibincangkan, bagaimana hendak melaksanakan itu, apakah ada halangan , itu yang menjadi masalah, itu yang harus dibincangkan, bagi saya kalau dapat dilaksanakan memang saya menyokonglah,” katanya.
Sementara itu, mengulas fenomena semasa apabila sebahagian masyarakat tetap mempertikaikan fatwa dikeluarkan, Mohamad Shukri berkata, perkara itu berlaku apabila wujud krisis keyakinan dalam diri individu terlibat.
“Kita perlu kepada satu pendidikan yang lebih menyeluruh sehingga masyarakat boleh kembali kepada keyakinan, jika individu itu tidak ada krisis (keyakinan) dia boleh terima sahaja.
“Tetapi bila ada krisis mereka memerlukan kepada huraian yang kadangkala tidak difahami kaedah- kaedah yang kita gunakan kerana mereka tidak pernah belajar untuk memahami kaedah tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Waytha Moorthy dilihat gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab secara kolektif sebagai anggota Kabinet.
"Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul.
Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini supaya Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Hishammuddin berkata, beliau dan Zahid masing-masing mempunyai pandangan peribadi, namun sebarang pertimbangan atau kenyataan yang dibuat sebagai anggota kabinet sentiasa berlandaskan tanggungjawab kolektif.
"Sekiranya saya beremosi dalam membuat keputusan kes tragedi bas di Genting Highlands baru-baru ini, saya akan hentikan semua perkhidmatan bas ke Genting.
"Tetapi saya tidak boleh ikut emosi dan harus membuat keputusan berdasarkan kepimpinan yang waras," tegas Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan.
Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal tindakan polis kerana mendakwa sukar mempercayai berlaku kejadian tembak-menembak selepas melihat gambar mayat. - Bernama
Mufti sokong laksana hudud
- Mohamad Shukri (empat kanan) diiringi Ahmad Razin (kiri) bersalaman dengan peserta selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Menurutnya, pelaksanaan salah satu daripada hukum- hukum ditetapkan ALLAH SWT ini bukan sahaja akan memberi jawapan kepada persoalan yang timbul sebelum ini, sebaliknya membantu mengembalikan keamanan sejagat.
“Kalau kita boleh melaksanakan hukum hudud ini, memang diyakini banyak persoalan yang dihadapi sebelum ini diatasi, kita tengok di Arab Saudi berapa peratus sahaja jenayah, paling rendah dalam dunia.
“ALLAH SWT telah memberi jaminan, kalau kita boleh laksanakan (hudud) memang kita yakin bahawa persoalan- persoalan yang kita hadapi boleh diatasi, cuma soal bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud itu, apakah ada halangan-halangan itu persoalan yang lain, tapi kalau hudud itu sendiri memang (Allah) sudah bagi jaminan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir selain 600 peserta yang terdiri daripada wakil- wakil jabatan, agensi, badan bukan kerajaan dan pemimpin di setiap peringkat.
Mohamad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung kesediaan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud yang kini dalam rangka mengadakan satu Sidang Meja Bulat bagi membentuk resolusi dan cadangan untuk meneruskan perlaksanaan hukum tersebut.
Ahmad berkata, perkara itu dilakukan setelah beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang menyatakan terdapat ruang untuk melaksanakan hukum tersebut.
Mengakui pelbagai kekeliruan timbul di sebalik usaha untuk melaksanakannya, Mohamad Shukri berkata, dalam isu tersebut, pendekatan melalui perbincangan perlu diambil bagi mengatasinya.
“Barangkali kekeliruan yang timbul begini, hudud hukum ALLAH SWT, pelaksanaan hudud ini yang harus dibincangkan, bagaimana hendak melaksanakan itu, apakah ada halangan , itu yang menjadi masalah, itu yang harus dibincangkan, bagi saya kalau dapat dilaksanakan memang saya menyokonglah,” katanya.
Sementara itu, mengulas fenomena semasa apabila sebahagian masyarakat tetap mempertikaikan fatwa dikeluarkan, Mohamad Shukri berkata, perkara itu berlaku apabila wujud krisis keyakinan dalam diri individu terlibat.
“Kita perlu kepada satu pendidikan yang lebih menyeluruh sehingga masyarakat boleh kembali kepada keyakinan, jika individu itu tidak ada krisis (keyakinan) dia boleh terima sahaja.
“Tetapi bila ada krisis mereka memerlukan kepada huraian yang kadangkala tidak difahami kaedah- kaedah yang kita gunakan kerana mereka tidak pernah belajar untuk memahami kaedah tersebut,” katanya.
Tukang urut lari berbogel
SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari
dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki
Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu
Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.
Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Eddy kesal ikut hawa nafsu
KUANTAN – Akibat terpengaruh dengan ajakan kawan, seorang banduan dari
Penjara Penor, dekat sini, terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya
kerana masih menjalani hukuman atas segala perbuatannya itu.
Eddy (bukan nama sebenar), 21, sudah meringkuk sembilan bulan di dalam penjara atas kesalahan menyamun secara berkumpulan di sebuah pam minyak.
Menurutnya, mengikut hukuman, dia dikenakan penjara selama dua tahun enam bulan dan selama itu juga dia hanya mampu memendam rindu terhadap isteri yang dinikahi dua tahun lalu dan seorang anak berusia lapan bulan.
“Jika dikenangkan kembali peristiwa hitam yang saya lakukan memang tidak berbaloi dengan hukuman yang saya terima.
"Kali pertama mengikut rakan menyamun sebuah kedai telefon sebelum ke sebuah stesen minyak telah membuatkan saya terpaksa berpisah dengan keluarga," katanya dengan nada sedih.
Perpisahan memeritkan
Kata Eddy, perpisahan dengan isteri yang ketika itu sarat mengandung anak pertama mereka amat memeritkan.
“Saya memang kecewa dan sedih saat isteri bertarung nyawa untuk melahirkan anak, saya tidak ada di sisinya, saya juga sangat terkilan kerana tidak dapat mengazankan anak kami.
"Namun perkhabaran gembira yang dibawakan ibu dan ibu mentua, saya terima dengan tabah apabila diberitahu saya sudah menjadi ayah,” katanya.
Dia menceritakan peristiwa itu kepada pemberita ketika Majlis Jalinan Kasih (Perjumpaan Bersemuka) Peringkat Penjara Penor sempena Aidilfitri, dekat sini, kelmarin.
Eddy yang berasal dari Gambang dan bekerja sebagai mandur di ladang nangka sebelum ini, tekad untuk berubah, malah ingin membina kehidupan baru bersama isteri dan anak setelah tamat tempoh hukuman pada 7 Julai 2014.
Pertama kali dapat peluk anak
“Sejak masuk ke sini saya tidak pernah bertemu dengan anak saya dan ini kali pertama saya menyentuh, mencium dan memeluknya.
“Rasa hiba memang ada bila melihat wajahnya memandangkan sepatutnya ini kali pertama saya dapat beraya bersamanya dan isteri, tetapi keadaan sebaliknya," katanya.
Kata Eddy, suami dan bapa mana yang tidak rindukan isteri dan anak, tetapi mujurlah ibu dan ibu mentua banyak membantu isterinya dalam menjalani kehidupan.
“Saya sebenarnya tidak sangka dapat menyertai program ini memandangkan masih baru menjalani hukuman, mungkin ini rezeki saya untuk berjumpa anak dan isteri dan begitu berterima kasih kepada pihak penjara.
“Walaupun sedang menjalani hukuman dan pernah melakukan kesilapan, isteri masih menerima saya dan sanggup menunggu saya sehingga tamat tempoh hukuman untuk memulakan hidup baru bersama," katanya.
'Sentiasa berdoa dia berubah'
Isterinya, Ida (bukan nama sebenar), 21, berkata, sebagai isteri, dia sentiasa berdoa agar suaminya dibebaskan, berubah dan kembali menerimanya seperti sedia kala.
“Saya pun mungkin akan sambung belajar untuk mengukuhkan lagi ekonomi keluarga kami, dan rasanya dalam tempoh menunggu ini saya mungkin boleh selesaikannya.
“Saya reda dengan apa yang terjadi dan sama-sama tekad bila keluar nanti kami akan mencari satu tempat yang sesuai dan membina kehidupan baru," katanya.
Hanya 10 banduan terpilih
Sementara itu, Pengarah Penjara Penor, Penolong Kanan Komisioner, Ahmad Saidi Hamzah berkata, bukan semua banduan berpeluang mengikuti program Jalinan Kasih.
“Untuk program kali ini, hanya 10 banduan dipilih untuk bertemu ahli keluarga masing-masing.
“Mereka terpilih adalah golongan yang berjaya mengikuti pemulihan dengan baik, dinilai dari segi perubahan sikap positif, perkembangan disiplin dan beberapa lagi kategori,” katanya.
Beliau berkata, program berkenaan diatur untuk memberi peluang kepada banduan bertemu ahli keluarga dengan harapan membawa manfaat kepada mereka.

Pagar kawasan elak khurafat
MELAKA - Pemilik tanah persendirian dicadangkan supaya memasang pagar
di kawasan tanah mereka sekitar kawasan Pulau Besar sebagai salah satu
langkah membendung kegiatan khurafat.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, kegiatan khurafat dilihat masih berlaku di kawasan berkenaan, meskipun langkah pencegahan sudah diambil pihaknya sebelum ini.
“Kita akan berunding dengan pemilik tanah supaya dapat memagari kawasan tanah mereka sebab menerusi pemantauan dibuat, pengunjung didapati mengambil kesempatan untuk menghidupkan kembali aktiviti pemujaan.
“Kita juga mencadangkan supaya Majlis Agama Islam Melaka (Maim) membangunkan tanah milik mereka terutama di kawasan yang dijadikan tempat pemujaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Rahimin berkata, Jaim sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa untuk membendung gejala itu.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan kewujudan aktiviti pemujaan di Pulau Besar dikesan dengan penemuan sembilan kubur palsu di kawasan tapak bekas Kubur Tujuh Beradik di pulau berkenaan.
Pememuan itu dipercayai ada kaitan dengn aktiviti khurafat menyebabkan Jaim, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis bertindak meratakan semula kubur berkenaan bagi mengelakkan ia dijadikan lokasi individu yang berhajat mencari jodoh, memperoleh tuah, membuang sial dan mendapatkan nombor ekor.
DAMSYIK - SYRIA. Ribuan penduduk mengalami gejala keracunan neurotoksik
dan seramai 355 lagi terbunuh di Damsyik membabitkan satu serangan
senjata kimia.
Pengarah perubatan kumpulan bantuan Medecins Sans Frontieres (MSF), Bart Janssens berkata, seramai 3,600 mangsa membanjiri tiga hospital hanya dalam tempoh sejam sejurus pinggir bandar al-Ghouta diserang.
"Majoriti pesakit menunjukkan tanda-tanda terdedah kepada agen gas neurotoksik, namun MSF tidak dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," kata Janssens dalam laporan MailOnline.
Janssens berkata demikian selepas ketibaan Wakil Tertinggi Hal Ehwal Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angela Kane ke Damsyik bagi tujuan menggesa
kumpulan penyiasat badan itu diberi pelepasan memasuki lokasi serangan.
Minggu lalu, beberapa hari sebelum serangan, sepasukan pemeriksa khas PBB tiba di Syria untuk menyiasat kewujudan penggunaan senjata kimia. Setakat ini, kumpulan anggota
Tentera Pembebasan Syria (FSA) menafikan dakwaan bertanggungjawab terhadap serangan namun enggan membenarkan pasukan khas PBB itu memasuki lokasi kejadian.
Kelmarin, stesen TV tempatan melaporkan sepasukan keselamatan Syria berjaya mengepung sebuah gudang dalam kawasan Jobar, dipercayai menjadi tempat simpanan bahan bertoksik tinggi.
Sementara itu, aktivis antarabangsa berkata, insiden gas beracun di Damsyik bakal dilabelkan sebagai serangan terbesar di Syria sejak kejadian pembunuhan etnik Qurds ketika di zaman pemerintahan Saddam Hussein.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, kegiatan khurafat dilihat masih berlaku di kawasan berkenaan, meskipun langkah pencegahan sudah diambil pihaknya sebelum ini.
“Kita akan berunding dengan pemilik tanah supaya dapat memagari kawasan tanah mereka sebab menerusi pemantauan dibuat, pengunjung didapati mengambil kesempatan untuk menghidupkan kembali aktiviti pemujaan.
“Kita juga mencadangkan supaya Majlis Agama Islam Melaka (Maim) membangunkan tanah milik mereka terutama di kawasan yang dijadikan tempat pemujaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Rahimin berkata, Jaim sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa untuk membendung gejala itu.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan kewujudan aktiviti pemujaan di Pulau Besar dikesan dengan penemuan sembilan kubur palsu di kawasan tapak bekas Kubur Tujuh Beradik di pulau berkenaan.
Pememuan itu dipercayai ada kaitan dengn aktiviti khurafat menyebabkan Jaim, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis bertindak meratakan semula kubur berkenaan bagi mengelakkan ia dijadikan lokasi individu yang berhajat mencari jodoh, memperoleh tuah, membuang sial dan mendapatkan nombor ekor.
Bukti gas beracun di Syria
- Foto yang didakwa sebagai bahan bertoksik tinggi yang disimpan di dalam stor anggota FSA di bandar Jobar.
Pengarah perubatan kumpulan bantuan Medecins Sans Frontieres (MSF), Bart Janssens berkata, seramai 3,600 mangsa membanjiri tiga hospital hanya dalam tempoh sejam sejurus pinggir bandar al-Ghouta diserang.
"Majoriti pesakit menunjukkan tanda-tanda terdedah kepada agen gas neurotoksik, namun MSF tidak dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," kata Janssens dalam laporan MailOnline.
Janssens berkata demikian selepas ketibaan Wakil Tertinggi Hal Ehwal Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angela Kane ke Damsyik bagi tujuan menggesa
kumpulan penyiasat badan itu diberi pelepasan memasuki lokasi serangan.
Minggu lalu, beberapa hari sebelum serangan, sepasukan pemeriksa khas PBB tiba di Syria untuk menyiasat kewujudan penggunaan senjata kimia. Setakat ini, kumpulan anggota
Tentera Pembebasan Syria (FSA) menafikan dakwaan bertanggungjawab terhadap serangan namun enggan membenarkan pasukan khas PBB itu memasuki lokasi kejadian.
Kelmarin, stesen TV tempatan melaporkan sepasukan keselamatan Syria berjaya mengepung sebuah gudang dalam kawasan Jobar, dipercayai menjadi tempat simpanan bahan bertoksik tinggi.
Sementara itu, aktivis antarabangsa berkata, insiden gas beracun di Damsyik bakal dilabelkan sebagai serangan terbesar di Syria sejak kejadian pembunuhan etnik Qurds ketika di zaman pemerintahan Saddam Hussein.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan