Ahad, 18 Ogos 2013

ORANG BERJIHAD...TETAPI MEREKA BUAT JAHAT...NI KESAN SYARIAT TAK DIPEGANG...AKIDAH LINTANG PUKANG

Tunggu 5 jam di hospital, hanya dapat Panadol - Mufti Perlis

Tunggu 5 jam di hospital, hanya dapat Panadol - Mufti Perlis
KUCHING: Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi Sabtu.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 18, 2013 07:10 (MYT)
Tag: Juanda, rompak

Rumah Dr Juanda di Kuching disamun

Rumah Dr Juanda di Kuching disamun
KUCHING: Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 16, 2013 22:20 (MYT)
Tag: dr juanda jaya, disamun

6 kali lakukan seks dengan teman lelaki baru dikenali

jaruREMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.
Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.
Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.
Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.
“Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.
“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin),” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan,” katanya. -Sh

Pemilik pusat kecantikan dibunuh kejam

tikammJOHOR BAHRU  - Seorang wanita pemilik sebuah pusat kecantikan ditemui mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat ditikam dan dikelar di premisnya di Jalan Indah, Taman Bukit Indah di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun ditikam sebanyak dua kali di bahagian perut. Mangsa turut dikelar empat kali di leher serta masing-masing satu di belakang badan dan pergelangan tangan kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Supritendan Razak Md Said berkata, hasil siasatan awal percaya motif kejadian adalah samun kerana dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sejumlah wang didapati hilang selepas kejadian. – UTUSAN
Noah Zig shared Zar Ali III's photo.
Posted August 18, 2013 by Mahadzira in Berita Terkini

Aidil cetek agama, tendang saya seperti bola – Rita Rudaini
aidil zafuan

Kemelut perkahwinan yang dilalui aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar, 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini lapor Berita Harian.

Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.
Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Biarpun diceraikan pada hari baik, bulan baik, tiada apa yang nak dikesalkan, Rita mahupun dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa nakhoda keluarga.

Malah, anak-anak juga tidak lagi mengenali Aidil apabila sekian lama tidak bersua muka.

Buka buku baru

Rita sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.
Di kala sibuk melayani anak-anak yang kian membesar, Rita termenung seketika. Aktres kelahiran Perlis itu berkata, “Hati saya sudah lama kosong… kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.

Bila sudah benci

“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Majalah Review Malaysia.

Pas Bagan Parit Sulong shared Mesir Kini's photo.
Penyanyi Mohamed Bayomi telah syahid akibat ditembak oleh pasukan tentera dan polis di Ramsis.

Lagu terbaru beliau ialah Tetshal Elayadi (Allah melumpuhkan tangan mereka).

Rehatlah dalam keadaan aman, wahai As Syahid.

Lagu terakhir beliau : http://www.youtube.com/watch?v=FmqQIOfG3R8

Sumber : Egyptians Against Coup
#mesirkini

Teacher · 44,292 likes
ULAMA MUALAF DARI AUSTRALIA: YANG DI
PERLUKAN MESIR KINI ADALAH MUJAHIDDIN !


Syaikh Musa Cerantonio yang merupakan seorang
ulama berasal dari Australia yang juga seorang
mualaf mengatakan di halaman FaceBooknya,
bahawa yang diperlukan oleh Muslimin di Mesir di
tengah krisis ini adalah kehadiran Mujahidin ,
bukan yang lain.

“Hanya dengan Jihad dan Mujahidinlah kita akan
mampu melawan kejahatan tentera Murtaddin al
Sisi dan memenangkan Islam di Mesir,“ ujarnya.

Beliau yang dahulu nya seorang penganut juga
mengatakan,

“Andai saya ada di Mesir sekarang, saya tidak
akan ikut bergabung dalam aksi demonstrasi di
dataran Tahrir maupun Raba’a. Tapi saya akan
memilih cara terbaik,iaitu membuka jalan bagi
Mujahidin di luar Mesir untuk masuk, dan
membersihkan Mesir dari para Tiran dan
Murtaddin.

Saya percaya, semua Mujahidin di
Libya,Sudan, dan negara sekitar Mesir lainnya kini
ingin sahaja bersatu padu dengan Mujahidin di
Mesir dan bersama-sama menyerang alSisi
beserta para pengikutnya,”

tambahnya.
Sementara itu, dikhabarkan kelompok Jihadis di
Sinai yang berafiliasi dengan Daulah Islam Iraq
dan Syam bersumpah akan membalas keganassn
pasukan keamanan Mesir.

Satu malam pasca
insiden berdarah Mesir, Mujahidin Sinai juga telah
dikhabarkan telah melakukan sebuah serangan
penyergapan dan menewaskan 7 anggota tentera
Mesir, sebagaimana yang diberitakan oleh
beberapa media internasional.

“Semoga Allah menambah kekuatan saudara-
saudara kita Mujahidin di Semenanjung Sinai, dan
memberikan mereka kemenangan, “ do’a Syaikh
Musa.
Aamiin..

-muiz-

Pas Bagan Parit Sulong shared Azmi Jusoh's photo.
Pegawai tertinggi tentera mesir yg telah dibunuh kerana enggan utk melancarkan serangan di medan raba'ah dn nahdah smlm.
نصوحا إبراهيم‎ and Osman Aziz shared Abdul Latip's photo.
Pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan Khalifah lalu menjadi pemerintah di Turki. Kemudian beliau merencana pelbagai kekacauan dan kemusnahan lalu menuduh mereka yang kuat agama melakukannya. Akibatnya alim ulama dibunuh malah mereka yang memakai serban dan jubah juga turut dibunuh.

Atas nama inginkan kemajuan, Mustafa Kamal Ataturk menghapuskan sisterm khalifah dan menukar Negara Turki menjadi Negara sekular. Ekoran dari itu masjid ditutup, dijadikan kandang kuda dan gudang. Kegiatan dakwah dilarang malah menyebut nama Allah dianggap satu kesalahan.

Apakah perkara yang sama akan berlaku di Mesir pula?. Setelah Sisi berjaya menjatuhkan Presiden Mesir yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya, berlaku pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri. Masjid diserbu dan dibakar malah hospital juga turut dimusnahkan.

Jika pemimpin yang zalim seperti sisi ini terus berkuasa tidak mustahil beliau sanggup melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk semasa memerintah Turki.

Sekiranya Sisi terus berkuasa, pihak pertama yang dihapuskannya ialah Ikhwan Muslimin diikuti gerakan Islam yang lain. Akhirnya Mesir menjadi Negara yang tidak ada lagi gerakan Islam.

Ramai yang memuji sikap pemimpin Turki yang bersuara lantang menentang kekejaman yang berlaku di Mesir. Semoga Turki tidak mengulangi sikap kerajaan Uthmaniyah di suatu ketika dahulu yang berdiam diri terhadap apa yang di lakukan Ratu Isabella terhadap umat Islam di Sepanyol.

Ramai yang memuji rakyat Mesir yang sanggup mendedahkan diri dengan maut akibat ditembak oleh polis, tentera dan samseng demi untuk sebuah perjuangan masa depan agama, bangsa dan negara mereka.

 


PAS gesa pertubuhan antarabangsa gantung Mesir

Harakahdaily, 18 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: PAS menggesa pertubuhan antarabangsa menggantung keanggotaan Mesir sebagai suatu tekanan politik terhadap negara itu sehingga rejim tentera yang merampas kuasa kembali kepada demokrasi dan mengembalikan hak rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat gesaan itu ketika berucap pada majlis Munajat Membantah Kekejaman Kudeta Mesir di Padang Merbok, di sini malam tadi.

Katanya, desakan masyarakat antarabangsa akan menyebabkan berlaku perubahan kepada negara itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan demikian perlu dilakukan sebagaimana yang diambil oleh Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Mesir.

“Kehadiran malam ini cukup ramai, menandakan simpati kita terhadap rakyat Mesir, mereka yang dizalimi.

“Himpunan pada malam ini insya Allah akan dilapor media antarabangsa,” ujarnya.

Beliau menegaskan himpunan yang diadakan itu menandakan PAS bersama dengan masyarakat antarabangsa membantah kezaliman yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir terhadap rakyat negara itu.

Turut berucap ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat, Dr Kahiruddin Aman Razali dan Datuk Abu Bakar Chik.

Majlis yang bermula sejak petang ditersukan dengan solat Maghrib berjemaah, solat ghaib, solat hajat, ucapan pemimpin dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.


[BERGAMBAR] Himpunan Munajat Perdana Padang Merbok Kutuk Kezaliman Mesir

Posted by Pencacai SeMalaysia® Sunday, August 18, 2013 0 341 comments


Enggan kecam kezaliman di Mesir, Najib tunduk kepada kuasa besar
Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut, demikian lapor selangorku.com

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.

“Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir.

“Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut.

“Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu.

Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu.

Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir.

Sementara itu, Sinar Harian mepalorkan rakyat Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi.

Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri.

Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang.

Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku.

'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan.



Perumpamaan Umat Islam sebagaimana digambarkan Rasulullah Saw. bagaikan satu tubuh. Hadits Rasul yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berbunyi: 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى 
Artinya: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam. (HR. Muslim).

Bila seorang atau sekelompok mukmin menderita kesulitan, maka yang lainnya juga seharusnya merasakan itu. Itulah makna ukhuwah sesungguhnya. Islam mendorong Umatnya untuk menerjemahkan ukhuwah dalam kehidupan sehari-hari. Agar mereka dapat merasakan apa yang diderita saudaranya se-agama, untuk selanjutnya memberikan bantuan apapun bentuknya yang dapat meringankan beban dan penderitaan saudaranya itu.  

Dalam Perhimpunan ini disajikan dengan pidato-pidato yang hebat dari Dewan Pemuda sendiri dan di akhiri oleh Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tok Guru yang uzur dan keletihan sehingga terpaksa bersandar di tepi pagar lori dan apabila diberikan kerusi oleh Unit Amal tetap memilih untuk berdiri dan meneruskan pidato beliau dengan penuh bersemangat . 

Dalam pidato yang disampaikan Tok guru memberitahu beliau sudah mengenali IKHWAN sudah lebih 50 tahun sejak dibangku sekolah lagi dan apabila beliau belajar di Mesir beliau telah bersama dengan IKHWANUL MUSLIMIN. Diakhir himpunan ini dengan solat berjemaah Isyak dan dibacakan Qunut Nazilah oleh Tok Guru sendiri...
gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

gambar-perhimpunan-di-padang-merbok-18-Ogos-2013.jpg

Tiada ulasan: