Posted on Friday, August 30 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Sumber link
Manfaat wuduk sebelum tidur
Posted on Friday, August 30 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci".
(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)
Manfaat Wuduk Sebelum Tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.
Sumber: Detik Islam
Lagi pelantikan "kitar semula" oleh DS Najib
Posted on Friday, August 30 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Setelah
pelantikan Jemaah Menteri yang termasuk beberapa kes "kitar semula",
Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak nampaknya
terus melaksanakan pelantikan "kitar semula" apabila dilaporakan
sebagai telah atau akan melantik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
selaku "penasihatnya" berkaitan "isu wanita".
Saya tidak nampak apa-apa kelebihan dalam pelantikan Shahrizat, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Apakah pelantikan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak Wanita UMNO
yang dipimpin oleh Shahrizat atau "membalas budi dan sokongan" mantan
Ahli Dewan Negara yang ditumbangkan oleh naib presiden PKR Nurul Izah
Anwar pada PRU-12 di Lembah Pantai itu?
Apakah kerana Shahrizat mengetuai Wanita UMNO maka dia mesti diberi
jawatan walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat yang dipilih melalui
pilihan raya ataupun dilantik melalui pintu Dewan Negara?
Atau apakah Shahrizat begitu hebat dan dia tidak boleh diketepikan
oleh Najib sehingga dilihat sebagai membelakangi Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim?
Rohani, tokoh wanita dari Sarawak, nampaknya kurang senang dengan
pelantikan itu apabila dia dikutip media sebagai berkata "Beliau
(Shahrizat) bukan penasihat dikementerian saya". Jelas sekali Rohani
tidak memerlukan seorang penasihat untuk menjalankan tugas. Kementerian
berkenaan mempunyai pegawai dan pakar yang mencukupi untuk "menasihati"
menteri, jika perlu, berkaitan isu wanita.
Sesiapapun yang mengetaui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat pasti akan rasa tersinggung mengenai pelantikan seorang
"penasihat" berkaitan isu wanita sedangkan sudah wujud sebuah
kementerian khusus untuk itu.
Najib mesti sedar bahawa dia tidak boleh "menggembirakan" semua orang
dan harus peka akan hakikat tersebut. Mungkin Najib sendiri "dinasihati"
oleh seorang wanita tertentu untuk melantik Shahrizat dan dia terpaksa
akur dengan "nasihat" itu.
Saya setuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh,
bahawa pelantikan Shahrizat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri
dalam isu wanita sebagai satu "produk kitar semula" menggunakan wang
pembayar cukai. Katanya, Shahrizat tidak membawa sebarang "tambah
nilai" terutamanya dalam isu-isu wanita.
Selain pelantikan Shahrizat, saya difahami bahawa seorang ahli politik
yang tiga kali "melompat parti" dari UMNO kepada PKR dan kembali
berpaut kepada UMNO, akan dilantik sebagai Duta Besar ke Republik
Indonesia. Ini pun satu pelantikan "kitar semula" untuk membalas
"sokongan" tokoh berkenaan kepada Najib dan UMNO sebelum PRU-13.
Nampaknya, Najib sedang menguji kesabaran ahli UMNO yang mulai kurang
senang dengan beberapa tindakan dan keputusan yang dibuatnya.
KUDA RANGGI
http://kudaranggi.blogspot.com
PAS ragu pemilihan kakitangan Kuisas
Posted on Friday, August 30 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, terdapat pelbagai kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas).
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, pentadbiran kolej di bawah urus tadbir kerajaan negeri itu seolah-olah bersifat kroni.
Adun Changkat Jering itu berkata, beliau meragui akan pemilihan kakitangan dan pensyarah yang dilihat tidak mengikut pekeliling perkhidmatan awam.
Menurutnya, pelbagai pihak musykil tentang kenaikan pangkat empat orang pegawai tadbir gred N41 telah dinaikkan pangkat N44 secara mengejut dan tergesa-gesa dalam jangka masa pendek.
Proses kenaikan pangkat tersebut juga, katanya mempunyai kesalahan antaranya tiada ujian kelayakan ataupun penilaian kompitesi kenaikan pangkat dan dilakukan secara eksklusif, berkelompok dan menafikan hak pegawai-pegawai lain yang jauh lebih senior serta tiada polisi kenaikan pangkat.
"Kami melihat berlaku keadaan tidak telus dalam perkara ini, pengambilan juga tidak berdasarkan kepada merit dan kelayakan tetapi lebih berunsur kroni.
"Pengambilan itu juga tidak berdasarkan keperluan penjawatan dan permintaan suatu jabatan pengajian ataupun fakulti," katanya selaku Ketua Pembangkang ketika berucap dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, semalam.
Tambahnya, oleh kerana pengambilan secara rambang ini, terdapat kakitangan kolej yang tidak berkelayakan, tidak berkualiti dan tidak berakhlak sehingga berlaku kes-kes yang tidak diingini.
Sumber: Harakahdaily
Meminta-minta jadi pemimpin
Posted on Friday, August 30 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ
سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ
مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ
مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا ( رواه البخاري ومسلم(.
Terjemahan HadisDaripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan mengenai perawai Hadis. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW.
Nilai Hadis .
Hadis ini menerangkan tentang larangan meminta – minta jawatan pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah SWT .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Larangan meminta – minta jawatan pemimpin , kerana ia dianggap cara yang tidak bermoral, sabda Rasulullah SAW :
أنَا وَاللهِ لاَ نُوَلَّي أَحَدًا طَلَبَهُ اَوْ حَرْصِيْ عَلَيْهِ
Sesungguhnya demi Allah kami tidak memberi jawatan menjadi pemimpin,
seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.2.Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin secara meminta –minta .
Pemimpin adalah orang yang memikul beban dan amanah bukannya kemegahan
dan kemuliaan . Maka jawatan pemimpin itu adalah terbuka kepada mereka
yang benar-benar layak menyandangnya , kalaulah seseorang meminta-minta
jawatan pemimpin itu kurang layak , maka ia akan menutup peluang kepada
mereka yang lebik layak memegangnya . Dia tidak dapat menjalankan tugas
dengan baik kerana tidak ada mempunyai kelayakan .Bertanggungjawab
sepenuhnya di dalam menjalankan tugas jawatan itu ,tanpa mendapat
pertolongan dari pihak lain .
3. Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin tidak secara meminta –minta iatu dipilih/dilantik
a. Orang ramai akan rasa puas hati kerana dilantik/ dipilih atas
pilihan mereka, maka senanglah ia menjalankan tugas kerana mendapat
sokongan dan kerjasama dari mereka.
b. Dapat menjalankan tugas dengan baik kerana ia memgang jawatan itu di atas dasar benar –benar layak memegang jawatan itu .
c.Mendapat kerjasama dan pertolongan dari semua pihak ,baik dari pihak
berkuasa atau pihak orang ramai di dalam menjalankan tugasnya.
Pengajaran Hadis .
1.Rasulullah SAW melarang seseorang itu meminta – minta untuk memegang jawatan pemimpin.
2.Tugas dan tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh orang memegang
jawatan itu tanpa pertolongan dan kerjasama dari pihak lain .3.Seseorang yang memegang jawatan pemimpin yang dipilih / dilantik akan mendapat pertolongan dan kerjasama dari semua pihak .
Hadis ini jelas isi dan keterangannya.
Pilihanraya Umum sudah lebih 3 bulan berlalu, kini masing-masing yang
telah terpilih sedang sibuk menyusun perancangan dan melaksanakan tugas
masing-masing. Bagi yang baru dipilih sudah pastilah ia pengalaman baru,
maka amanah yang telah diberikan perlu digalas dan dilaksanakan dengan
sempurna. Begitu juga yang dipilih lebih sepenggal, pastikan amanah yang
diberikan dipelihara dan dipikul sebaik mungkin.
Saya masih ingat betapa hangatnya suasana sebelum PRU lalu. Lebih
hangat lagi apabila masing-masing parti memerah otak menyenarai pendek
dan memilih calon-calon untuk dikemukakan kepada rakyat. Ada yang
diterima ada yang terpaksa digugur dan diganti “last minute”, tetapi
yang paling malang sebagaimana iktibar dari Hadis di atas adalah bagi
yang melobi dan meminta-minta untuk dijadikan calon!
Jangankan
dalam BN dan Umno saya tahu dalam PAS juga ada yang sedemikian.
Alhamdulillah dalam PAS ada mekanisma yang menepati syarak yang
digunakan dalam proses memilih dan mengenal pasti calon, namun lantaran
ahli-ahli PAS bukan malaikat, maka ada juga berlaku insiden ini.
Setahu saya seorang pemimpin telah melobi diri menjadi calon dari satu
kawasan ke satu kawasan akhirnya lobi beliau gagal walaupun disaat akhir
dikhabarkan telah pun siap mengambil gambar untuk dijadikan poster
calon. Ini jika berlaku dalam PAS perlu sangat dimuhasabahkan kerana ia
menurut Rasulullah adalah satu amalan yang tidak bermoral dalam Islam.
Semalam pula saya terbaca satu laporan seorang lagi pemimpin PAS, yang
walaupun kelihatan menolak perlantikkan beliau untuk beberapa jawatan
dalam kerajaan, tetapi dalam waktu yang sama menonjolkan pula dirinya
untuk jawatan lain. Dalam laporan itu beliau menyatakan beliau layak
untuk jawatan berkenaan.
Ini pun saya kira termasuk dalam skop Hadis di atas dan wajarlah pemimpi itu bermuhasabah.
Memang sukar apabila kita merasakan diri kita layak tetapi pihak yang
bertanggungjawab seolah terlepas pandang akan kita. Maka naluri manusia
dalam jiwa kita akan memberontak, mengapa lantik si anu sedangkan aku
lebih layak. Akibatnya kita akan terbit dengan pelabagi tuduhan, ada
konspirasi ada niat jahat, orang yang bertanggungjawab mengamalkan
kronisma.
Dunia ini ibarat roda yang berputa kadangkala kita di atas dan
kadangkala di bawah. Allahyarham Ustaz Fadzil Nor pernah berkata, bila
kita di atas kita lihat orang di bawah kecil-kecil belaka, kita lupa
bahawa orang di bawah juga lihat kita di atas itu pun kecil.
Menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.
baik berupa peraturan mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada
Allah s.w.t., itulah redha, satu sifat yang perlu ada dalam pemimpin dan
pejuang Islam. Sifat redha dikatakan adalah daripada sifat makrifah dan
mahabbah kepada Allah s.w.t.
Jangan kerana tidak dipilih kita menyerang mereka yang tidak memilih
kita. Mereka itu buta, mereka itu bongkak, sombong, tetapi kita?
Sesungguhnya tiada seorang yang terlebih istimewa dalam perjuangan ini
sehingga perjuangan tidak dapat diteruskan tanpanya. Semoga PAS terus
kekal sepanjang zaman.ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan