Isnin, 19 Ogos 2013

YA ALLAH JADIKAN AKU@KAMI GULUNGAN SATU...GULUNGAN YANG ENGKAU MASUKKAN DALAM SYURGA BUKAN GULUNGAN 72 YANG ENGKAU MASUKKAN KEDALAM NERAKA SEBAGAIMANA HADIS RASULLULLAH SAW

Suami Terlampau Bunuh Isteri dan Muat Naik Gambar di Facebook
Posted on Sunday, August 18 @ 18:35:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

Kejadian yang terjadi ini memang mengejutkan. Seorang lelaki berumur 31 tahun telah membunuh dan memuat naik gambar mayat isterinya itu di laman sosial Facebook untuk tatapan umum.

Kejadian yang berlaku di Florida ini melibatkan Derek Medina, telah membunuh isterinya, Jennifer Alfonso, 26 tahun atas alasan tidak tahan dipukul dipukul oleh isterinya itu. Sejurus selepas itu, Medina memuat naik gambar mayat isterinya di Facebook dengan caption “RIP Jennifer Alfonso”.


‘My wife was punching me and I am not going to stand anymore with the abuse so I did what I did I hope u understand me.’, katanya.

Selain itu, Derek Medina sempat menulis bahawa dia akan ke penjara selepas ini.

‘Im going to prison or death sentence for killing my wife love you guys miss you guys takecare Facebook people you will see me in the news,’






Sumber


  Bicara Asia Barat - Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Posted on Monday, August 19 @ 00:09:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Perbincangan Isu-Isu kebangkitan rakyat di Asia Barat serta cabaran Gerakan Islam. Pembentangan oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di program Bicara Asia Barat anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Auditorium MBSA, Shah Alam. Video tahun 2011



Masih mengenai video lama. Nanti akan ada video baru - ALBA


 Demokrasi bukan untuk menang undi sahaja, kendung semangatnya sekali
Posted on Sunday, August 18 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Demokrasi itu mudah difahami. Pihak mana yang menang pihak itulah yang mentadbir dan menjadi kerajaan kepada negara yang mengamalkan demokrasi itu. Kepada yang kalah pihak itu akan menjadi pembangkang di dewan Legislatif dalam apa-apa perbahasan terhadap dasar dan keputusan dibuat oleh pihak yang memerintah. Itu definasi yang simple untuk kefahaman ramai.
Di dalam parti-parti politik yang mengambil demokrasi sebagai sistem parti itu, sesiapa yang menang untuk jawatan tertinggi parti itu misalnya, dia lah yang menjadi peneraju kepada parti itu. Dalam demokrasi selalunya yang menang ambil semua dan yang kalah, kalah semua dan kembali menjalankan fungsinya sebagai pembangkang dalam negara demokrasi tersebut.

Tetapi dalam apa-apa sistem sekali pun yang paling penting ialah untuk mengenakan dan memperkayakan semangat demokrasi itu sendiri. Pemilihan oleh pengundi itu adalah ‘hardware’ kepada demokrasi itu, dan semangat kepada demokrasi itu adalah ‘software’ nya.
Adalah penting bagi kita memperkayakan ‘hard ware’ serta ‘soft ware’ kepada demokrasi tersebut. Maksud saya dengan hanya memenangi dalam pemilihan itu sahaja tidak memungkin demokrasi itu terlaksana dengan sempurna. Contohnya setakat kita menyempurnakan syariat dan hukum agama itu sahaja tidak memberikan kesempurnaan kepada hidup beragama kita jika kita tidak selarikan dengan ketuhanan. Kita tahu, syariat tanpa hakikat itu hampa, hakikat tanpa syariat iu batal.
Pengendali demokrasi yang betul ialah dengan pengendalian hakikat demokrasi dan semangatnya dengan betul. Demokrasi itu ada moral dan semangatnya sendiri. Tetapi pengendali dan pengamal demokrasi kini sudah tidak lagi mengamalkan demokrasi itu selari dengan kehendak moral pemimpin lagi. Bagi mereka menang dengan satu undi pun itu menang namanya. Tetapi tidak pula ada yang menilai apa kah cara dan kaedah mendapatkan kemenangan setipis satu undi itu?
Dulu-dulunya pemimpin kita mengendalikan demokrasi itu dengan semangatnya sekali. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk bersara setelah beliau mendapat isyarat untuk bersara apabila Perikatan yang dipimpin beliau hampir kehilangan mandat dari rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Hussein Onn pun begitu. Apabila ada permainan politik dalam UMNO menyebabkan Sulaiman Palestin tampil menentang jawatan Presiden UMNO yang disandang beliau (Hussein). Walaupun Hussein mendapat kemenangan yang begitu besar beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan berikutnya.
Hussein tidak melakukan tindakan politik dengan berunding dan bermuafakat dengan sesiapa pun, kerana beliau mahukan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya. Beliau bukan menumpukan masa politik beliau untuk bertindak semata-mata untuk memaksa keadaan menambah sokongan terhadap diri mereka. Yang penting bagi pemimpin seperti dan sejenis Hussein Onn dan pimpinan sebelum beliau. Hussein tidak mahu menjadi pemimpin dengan cara memaksa dan permainan politik yang disusun secara politiking yang kotor.
Bagi Hussein mendapatkan kedudukan dengan permainan politik kotor itu tidak bermoral pada anggapan beliau. Beliau sanggup meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Timbalannya yang tidak sabar untuk mengambil alih jawatan beliau sehinggakan melakukan beberapa kaedah politik yang tidak bermoral terhadap rakan-rakan seperjuangan.

Margaret Thatcher tidak tewas apabila ditandingi oleh Micheal Hesseltine tetapi beliau meletakan jawatan kerana beliau merasakan sudah ramai dikalangan ahli partinya sudah menunjukan tentangan terhadap beliau. maka laluan diberikan kepada John Major untuk menerajui kerajaan Consevative Britain. Margaret Thatcher tidk pula mengharamkan parti Consevative nya apabila menang dengan tipis ditangan Hesseltine.
Bagi Hussein untuk berkuasa selama-lamanya bukan ‘ultimate’ bagi beliau. Tetapi adakah nilai-nilai itu di zaman ini? Jawapannya sudah tiada kerana pimpinan selepas itu lebih mementing politiking sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa. Ada pemimpin yang berkata menang satu undi pun menang.
Bagi pemimpin seperti Hussein dan sebelumnya bilangan undi dan sokongan itu adalah 'indicator' samada seseorang pimpinan itu mendapat sokongan padu. Jika memenangi undi dari kalangan ahli dengan majoriti kecil itu adalah isyarat untuk berundur. Tetapi pemimpin sekarang kekurangan majoriti itu adalah indicator atau tunjuk arah bagi mereka melakukan inovasi politiking untuk memperkuatkan kedudukan peribadi walaupun sehingga merosakkan parti yang dipimpinnya.
Justeru ada pemimpin yang setelah diberikan isyarat untuk bersara melakukan perundingan bagaimana untuk meneruskan kekuasaan dengan cara apa sekali pun. Dalam mencari kaedah mendapatkan formula untuk terus berkuasa berbagai-bagai cara dilakukan untuk memenuhi kehendak nafsu dan kemahuan mereka.
Ada pemimpin yang mengharamkan partinya dan ada pemimpin yang menukar perlembagaan parti seperti menukar seluar dalam. Sekarang pula ada pemimpin yang beriya-iya untuk mengambil kuasa bertemu dan berbincang dengan pihak yang diisyaratkan untuk berhenti dengan diatas nama kerajaan perpaduan dan berbagai-bagai lagi. Tetapi tidak sedar dengan hakikat kedua-dua yang sedang berunding itu sudah di isyaratkan oleh rakyat yanga menyandang itu patut bersara dan yang pihak yang kepingin untuk mengambil alih kuasa itu juga telah di isyaratkan untuk tidak menjadi gantian kepada penyandang itu.
Itu sebabnya saya sebut dalam posting yang lepas, kedua-dua yang merundingkan kerajaan itu sesungguhnya tidak selayaknya menjadi perunding kepada kerajaan perpaduan atau apa-apa nama pun kepada kerajaan itu.
Isyaratnya telah diberikan oleh rakyat yang Najib perlu meletakkan jawatan dan bersara, Anwar pula mendapat isyarat yang rakyat tidak mahu beliau menjadi gantian kepada pimpinan UMNO yang rosak itu.
Kedua-duanya patut bersara kerana telah pun di isyaratkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang baru berlalu itu.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
 Gambar Kekejaman Kerajaan Kudeta MESIR
Posted on Sunday, August 18 @ 22:53:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Salam untuk semua, moga dirahmati Bermula Ramadhan hingga Syawal, rakyat Mesir berubah wajah selepas rampasan kuasa oleh laknatullah AsSissi, terhadap Kerajaan Yang Sah Dr Muhammad Mursi. Rakyat disembelih dan dibunuh setiap hari. Aku agak kecewa, masih ramai rakyat Malaysia terutama beragama Islam yang gagal menghadam isu ini sebaik mungkin. Tidaklah menuntut menjadi pakar dan pengkaji sejarah tetapi fakta yang dihidang kepada mereka terlalu banyak songsang.

Melihat kepada ruangan FB yang terbuka, terdapat segelintir meletakkan salah kepada rakyat yang bangkit menentang Kerajaan Kudeta (kerajaan Haram) dengan melabel mereka sebagai pengganas sebagainya. Meletakkan pula salah punca ini daripada Ikhwanul Muslimin sebagai dalang pemerontakan. Kerajaan yang sah digulingkan oleh Kerajaan haram, yang menentang digelar pemberontak?? Yang merampas Kerajaan Sah Dr Mursi, dilabel hero. Hah! Pemikiran Yahudi sudah berjaya...



Klik utk Gambar-gambar lain...


 






 

 

 

 




 








 


 


 





SUMBER: FB amru.salahuddien
 Berkata baik dan memuliakan jiran
Posted on Sunday, August 18 @ 23:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Ini adalah hadith ke lima belas (15) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan hadith ini dan mengambil pengajaran sebagai panduan hidup kita bersama.


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan Hadith Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Kefahaman Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu
Pergaulan yang baik dengan menyebarkan kasih sayang antara manusia serta mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.

Menjaga Lidah dengan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus dan memlih diam adalah lebih baik.

Jika ada perkara kebaikan hendaklah bercakap dengan bahasa yang baik.

 Presiden PAS Haji Hadi Awang "bercerita" tentang Syiah
Posted on Sunday, August 18 @ 22:03:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Yang mengeluarkan video ini tidak setuju dengan Presiden PAS (baca komen di youtube). Saya pula berpendapat yang mengeluarkan video ini tak faham bahasa Melayu dan nasihatkan supaya dia dengar betul-betul apa yang disebut oleh Presiden PAS.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=yUySqW5in1Q


Kalau dengar dengan nafsu dan dengar dengan ilmu ada perbezaannya. Saya keluarkan semula video tahun 2011 ini untuk perbincangan secara ilmiah dan hati terbuka. - ALBA


 Penjelasan Presiden PAS tentang isu penggunaan nama Allah & Wahabi
Posted on Sunday, August 18 @ 21:04:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Petikan Dialog Presiden PAS dan NGO Islam tentang isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Pada 31 Jan 2010  Kredit: www.ann.com.my (Sumber asal video)





Video ini dipaparkan bagi tujuan membuka perbahasan yang lebih ilmiah dalam menangani isu-isu semasa - ALBA


Nama “Muhammad” Kini Nama Paling Popular Di Britain
Posted on Sunday, August 18 @ 20:40:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Nama Muhammad merupakan nama paling popular di London dan menjadi pilihan untuk bayi yang baru dilahirkan sejak tiga tahun berturut-turut.

Muhammad iaitu nama sempena Nabi Muhammad S.A.W itu paling popular, namun ia dieja dengan abjad berbeza iaitu Muhammad, Mohammed dan Mohammad.
Sejak 1999, nama bayi yang diberi nama Mohammed, telah meningkat lebih daripada separuh.
Nama pilihan lain iaitu Harry dan Jack, telah menduduki senarai 100 nama pilihan untuk bayi lelaki dalam rekod Jabatan Pendaftaran.
Selain nama Harry dan Amelia yang turut menjadi nama pilihan pada tahun lepas, nama lain yang turut serta ialah Hugo, Sonny dan Seth untuk lelaki.
Manakala nama Ivy, Darcey, Tilly dan Violet juga merupakan nama popular untuk kanak-kanak perempuan.
Sementara nama seperti Ashton dan Reece untuk lelaki serta Nicole dan Kayla untuk perempuan telah terkeluar daripada 100 senarai nama pilihan pada tahun ini.
Menurut pengasas kelab keibubapaan, Bounty.com, Lisa Penney, biarpun selebriti menamakan anak-anak mereka dengan nama yang pelik, namun ibu bapa lain lebih suka memberikan nama kepada anak mereka dengan nama tradisional dan mudah disebut.
“Kita melihat trend nama untuk orang tua ini semakin meningkat.
“Beberapa tahun lalu, nama Ava dan Isla jarang didengar untuk bayi perempuan, namun kini nama itu menduduki tangga 20 teratas,’’ katanya.



72 Golongan Masuk Neraka, Hanya Satu Masuk Syurga


Assalamu’alaikum. Di sini saya ingin membicarakan satu hadis yang dibahaskan oleh Yusuf Qardawi berdasarkan petikan buku Fiqh Ikhtilaf tulisan Yusuf Qardawi dan diterjemahkan oleh saudara Hasnan Kasan (Pusat Pengajian Umum, UKM) ke bahasa melayu.

“Orang-orang yahudi berpecah belah menjadi 71 atau 72 golongan, orang-orang Nasrani berpecah belah menjadi 71 atau 72 golongan, sedangkan umatku berpecah belah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan iaitu ahli Sunnah wal jamaah.”
Hadis ini begitu popular sekali terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam agama dan juga orang yang fanatic beragama.
Orang yang berjinak dalam agama mengatakan jemaahnya la yang akan masuk syurga kerana kurang ilmu manakala orang fanatic akan mengatakan jemaahnya lah yang akan masuk syurga kerana sikap keras kepala mereka. Pada fikiran mereka, hanya merekalah yang betul walaupun mereka tidak terdedah kepada kepelbagaian ilmu dalam Islam.
Hadis di atas sangat-sangat penting untuk diteliti dan dikaji kerana ia membawa banyak perbuatan kafir-mengkafir sesama umat Islam walaupun telah ditegah oleh kekasih Allah melalui hadisnya yang berbunyi
“sesiapa menuduh kafir seseorang atau memanggil: “wahai musuh Allah”, padahal orang yang dipanggil tidak demikian maka tuduhan kafir itu kembali padanya.”
“Sesiapa menuduh kafir seorang mukmim, maka ia seperti membunuhnya.”
Berkenaan hadis yang saya sebutkan pada awal; Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, ia diriwayatkan dari sebahagian sahabat; Abdullah B. Amer, Muawiyyah, Auf B. Malik dan Anas r.a. Akan tetapi, semuanya mempunyai sanad yang lemah dan para perawi hadis menguatkannya dengan menghubungkan antara satu riwayat dengan riwayat yang lain.
Memandangkan hadis ini menimbulkan banyak kemusykilan, Al-Alamah Ibn Wazir menganggap hadis ini lemah secara keseluruhan (terutamanya Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan)
Di dalam kitabnya Al-‘Awasyim, Ibn Wazir berkata; “Janganlah kamu tertipu oleh (hadis lemah yang mengatakan) Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan . Itu adalah tambahan yang batil bahkan merupakan rekaan orang-orang mulhid.
Ibn Wazir juga memetik kata-kata Ibn Hazam:
“Ini adalah hadis palsu. Tidak mauquf (sampai pada sahabat) juga tidak marfu’ (sampai kepada Nabi S.A.W).”
Walaubagaimanapun, terdapat hadis yang dinyatakan hasan sahih oleh Tarmizi serta disahihkan oleh Ibn Hibban dan Al-Hakim iaitu hadis yang saya nyatakan diatas tanpa tambahan Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan melalui riwayat dari jalan Muhammad B. Amer B. Al-Qamah B. Waqash Al-Laitsi.
Bagi saya, saya bersetuju dengan hadis asal yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Ibn Hibban dan Al-Hakim tetapi menolak hadis yang mempunyai tambahan Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan.
Saya bersetuju dengan pandangan Yusuf Qardawi bahawa perpecahan ummat itu satu reality dan bukannya mainan. Hal ini kerana kepelbagaian cara pemikiran, bentuk geografi muka bumi dan sebagainya. Umum mengetahui 124 ribu orang sahabat dan pengikut Nabi keluar bertebaran ke serata alam untuk berdakwah dan kerana itu tidak mustahil ada berlaku perbezaan tetapi tidak sampai ke tahap terkeluar dari akidah ummat Islam.
Dan perpecahan umat itu pasti berlaku sebagaimana Hadis yang diriwayatkan Muslim dari Saad dan berbunyi
“Aku meminta kepada Allah tiga perkara. Lalu dia memberiku dua perkara dan menolak yang satu lagi…………… dan aku memintaNYA agar tidak menimpakan kebinasaan sebahagian ummatku kepada sebahagian yang lain tetapi DIA menolak permintaanku ini.”
Bagi saya, perbezaan pendapat dalam islam itu Nikmat dan juga Laknat. Ianya merupakan nikmat sekiranya perbezaan pendapat atau perpecahan itu melibatkan hal-hal Fiqh dan Muammalat. Perbezaan pendapat juga boleh menjadi laknat sekiranya ia melibatkan perbezaan akidah. Saya ambil contoh yang cukup mudah berdasarkan perbahasan yang sebelum ini cukup panas di dalam yahoo group Voice of Islam milik Biro Kerohanian USMKK iaitu isu di mana Allah. Bagi saya, isu ini merupakan perbezaan Nikmat dan juga Laknat.
Pertamanya, ia laknat apabila berlaku perbahasan bahawa Allah itu berada di mana-mana hatta di dalam diri dan bersatu dengan manusia kerana ia jelas berlanggar dengan sifat Allah.
Akan tetapi, berlaku kekhilafan dalam mentafsirkan ayat “Istiwa a’la Arasy” dalam kalangan Salaf dan Khalaf. Salaf mengatakan Allah bersemayam di atas Arasy manakala Khalaf mengatakan bahawa Allah tidak bersemayam di atas arasy sebaliknya lebih tinggi. Manakala saya pula lebih selesa mengambil pendapat sebahagian ulama lain yang mengatakan Allah ini diluar ciptaannya dan tidak merangkumi jisim, masa dan ruang. Kesemua pendapat ini sebenarnya betul Cuma kita sahaja yang terlampau memperbesarkan isu ini. Dek kerana perbuatan kita yang melampaui batas, maka timbullah perbalahan yang saling mengkafirkan ummat islam dari aliran yang berlainan hingga menuduh satu-satu pihak itu kafir dan masuk neraka.
inshaALLAH, kita semua akan masuk Syurga dengan Belas dan Ihsan dari Allah S.W.T kerana Allah telah berfirman dalam surah Al Kahfi yang berbunyi seperti berikut
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."[18:110]
Dan ulamak juga sependapat bahawa sekiranya hadis dengan tambahan di atas itu benar, maka 72 golongan tersebut akan masuk neraka seperti mana orang Islam yang masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi, InshaALLAh dengan syafaat daripada orang yang berhak memberinya dan amal-ibadatnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.
Semoga selepas ini, kita sama-sama berusaha mencari redha Allah. Perpecahan itu pasti berlaku Cuma kita mesti sedaya upaya untuk menghalangnya dan terus untuk berada dalam satu jemaah yang bernama “Islam”

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.
REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]


Siapa yang ingin mengaku mereka 72 golongan itu

Dalil tentang Islam akan terpecah menjadi banyak golongan.

“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi bersabda:“dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di syurga iaitu al-Jama’ah”. Hadis Riwayat Abu Dawud.


SIAPA 72 GOLONGAN ITU?

Masalah yang timbul ialah, tiada siapapun mengaku mereka ialah dari 72 golongan.
Syiah, Assya'irah, Maliki, Hambali, Hanafi, Syafii, Zahiri, Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Wahabi, khawarij, Al-Maaturidiyyah, Salafiah, Jaafari, Ismailiah, Zaidiah, dan lain-lain.
Maka, penetapan yang mudah ialah, maksud Al Jamaah itu bererti ramai. Maka dalam konteks kumpulan yang ramai inilah yang selamat sebenarnya.



Malah diceritakan hampir kesemua orang Islam yang berpegang pada hatinya "Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" adalah layak memasuki syurga. Tidak kira sama ada Wahabi, Dr Maza, Khomenini, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Tun Mahathir, Dato Najib Tun Razak, Nik Aziz Nik Mat, Mat Sabu, Anuar Ibrahim, Moammar al-Qadhafi, Khairy Jamaludin, pelajar Al-Azhar, Yaman, Syria, Jordan, pondok Malaysia, sufi, kumpulan tarekat, Tabligh, orang PAS, orang UMNO, Mat Rempit, kaki bohsia, bohjan, gigolo, pelacur, hisap gam, telan pil kuda dan sekalian pembaca blog sekalian. Semuanya jika satu akidah, Insya Allah masuk syurga.

Tiada orang Islam yang akan tertinggal di belakang, kecuali bagi mereka yang dicuci dosanya terlebih dahulu sama ada dengan sekali celupan mahupun beribu tahun kerana masalah tidak solat, tidak berpuasa, tidak berzakat, pemerintah yang zalim, tidak menutup aurat dan lain-lain lagi dosa besar. Dalilnya:

1. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahwa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku tahu penghuni neraka yang terakhir keluar darinya, dan penghuni neraka yang terakhir masuk surga; yaitu seseorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman, ‘Pergilah dan masuklah ke surga.’ Begitu masuk surga ia melihat seolah-olah surga sudah penuh. Karena itu, ia lalu kembali lagi dan berkata, ‘Ya Tuhanku, aku mendapati surga sudah penuh.’ Allah berfirman, ‘Pergilah dan masuklah ke surga, karena masih ada tempat untukmu seluas dunia atau bahkan sepuluh kali lipatnya.’ Ia berkata, ‘Apakah Engkau sedang mengolok-olok aku? Atau karena Engkau Yang Kuasa lalu Engkau menertawakan aku?’ (Aku [Abdullah bin Mas’ud] melihat Rasulullah SAW tersenyum sehingga tampak gigi depannya) Konon, ia penghuni surga yang paling rendah kedudukannya.”

2. "Dihadapkan orang yang paling merasakan kenikmatan di dunia dari ahli neraka, lalu ia dicelupkan ke neraka sekali celup. Kemudian ditanyakan kepadanya. ’Wahai anak Adam, apakah kamu melihat satu kebaikan pun? Apakah telah berlalu di hadapanmu satu kenikmatan pun?’ Ia menjawab, ’Tidak, demi Allah wahai Robb’, Lalu diahadapkan orang yang paling menderita di dunia dari ahli surga. Ia dicelupkan sekali celupan di surga dan ditanyakan padanya, ’Apakah kamu melihat suatu penderitaan pun? Apakah pernah lewat di hadapanmu suatu penderitaan pun?’ Ia menjawab, ’Tidak, demi Allah wahai Robb, tidak pernah lewat di hadapanku suatu pemderitaan pun, dan aku tidak pernah melihat suatu kesusahan pun’” (HR. Muslim)


Nak masuk tempat baik dan bersih, kena mandi dulu. Mandilah dengan api neraka kemudian dengan maul hayat (air kehidupan) kemudian masuklah ke dalam syurga.

Janganlah kita saling menyesatkan sesama kita. Jangan Berselisih Hanya Kerana Perbezaan Furuiyah. Bagaimana mahu menasihati kalau mendekatkan diri sahaja tidak mahu, dan terus memelihara kebencian itu selamanya. Itu tak boleh terjadi!


Agak kejam menghukum seseorang itu sesat kerana mengadakan kenduri tahlil arwah.

Agak kejam menghukumkan seseorang itu sesat kerana berbeza letak tangan ketika qiyam dalam solat.

Agak kejam menghukumkan seseorang itu sesat gara-gara mengatakan Allah ada tangan, Allah itu cemburu dan Allah itu ketawa. Berkata Imam Malik mentafsirkan perkataan al-Istiwa’
الاستواء معلوم، والكيف مجهول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة
Al- Istiwa’ itu ma’lum (diketahui), dan caranya (cara istiwa’) tidak diketahui, dan beriman dengannya (sifat istiwa’) itu wajib, dan bertanya darinya (bertanya cara istiwa’) itu bid’ah

Agak kejam menghukum seseorang itu sesat gara-gara mengutuk guru/cikgu kita dan
Agak kejam seseorang itu yang saling mengkafirkan antara mereka dan guru mereka.

Perbezaan furuiyah itu tidak penting. Beza halnya kalau berbeza aqidah. Aqidah tetap satu, iaitu Allah itu satu, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Sesiapa yang mengatakan Allah itu dua, maka golongan inilah yang wajib ditentang dan mereka itu bukanlah Islam.

Walaupun ada yang mendakwa bahawa syiah dan sunni bukan berbeza dari segi furui'yah tapi perbezaan akidah, adakah layak kita mengkafirkan orang lain? Jika kita boleh mengkafirkan mereka, tiada bezanya mereka mengkafirkan kita. Ketentuan kafir bukan hak manusia, ya memang benar 'ada golongan' syiah menganggap Saidina Ali itu malaikat, nabi dan lain-lain lagi. Beza kerosakan akidah antara sunni dan syiah ialah, di kalangan sunni bukan ulama yang rosak akidahnya, tetapi pengikutnya yang banyak bertelagah dan bermasalah dari aspek akidah. Lain halnya dengan syiah, ulama mereka yang mengajarkan sesuatu akidah luar biasa dari pada pandangan sunni.

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ -رواه مسلم
Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi yang selepasnya, kemudian generasi yang selepasnya (HR Muslim)

Islam itu sejahtera dan aman.

TIKET MASUK SYURGA?

Tempahlah tiket anda dengan iktiqad di dalam hati kalimah ini:
لا اله الا الله محمد رسول الله
"Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"


Kampung kita bukan di Kelantan, Johor, Sabah, Amerika, Palestin mahupun Iran. Kampung kita ialah di Syurga. Mari ramai-ramai pulang ke tempat asal kita. Kerana nafsu, kita sekarang berada di dunia, dan kerana Iman dan Aqidah yang benar akan menjadi tiket untuk kita pulang ke kampung halaman asal kita. Rinduilah Allah dan kampungmu, nescaya kamu berbuat baik..

Sekian sahaja perbicaraan isu akidah. Dinukilkan oleh Muallij Mustaqim


Hadis tentang sejumlah 73 golongan yang terpecah dalam Islam

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Orang-orang Yahudi terpecah kedalam 71 atau 72 golongan, demikian juga orang-orang Nasrani, dan umatku akan terbagi kedalam 73 golongan.” HR. Sunan Abu Daud.

Dalam sebuah kesempatan, Muawiyah bin Abu Sofyan berdiri dan memberikan khutbah dan dalam khutbahnya diriwayatkan bahwa dia berkata, “Rasulullah SAW bangkit dan memberikan khutbah, dalam khutbahnya beliau berkata, 'Millah ini akan terbagi ke dalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, (hanya) satu yang masuk surga, mereka itu Al-Jamaa’ah, Al-Jamaa’ah. Dan dari kalangan umatku akan ada golongan yang mengikuti hawa nafsunya, seperti anjing mengikuti tuannya, sampai hawa nafsunya itu tidak menyisakan anggota tubuh, daging, urat nadi (pembuluh darah) maupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya.” HR. Sunan Abu Daud.

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.” HR. Sunan Ibnu Majah.

“Bahwasannya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Abdullah Ibnu Amru meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Umatku akan menyerupai Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk surga.” Kami (para shahabat) bertanya, “Yang mana yang selamat ?” Rasulullah Saw menjawab, “ Yang mengikutiku dan para shahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Yahudi terbagi dalam 71 golongan atau 72 golongan dan Nasrani pun demikian. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan.” HR Imam Tirmizi.

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”

Mu’awiyah Ibnu Abu Sofyan meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :“Ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam masalah agamanya terbagi menjadi 72 golongan dan dari umat ini (Islam) akan terbagi menjadi 73 golongan, seluruhnya masuk neraka, satu golongan yang akan masuk surga, mereka itu Al-Jamaa’ah, Al-Jamaa’ah. Dan akan ada dari umatku yang mengikuti hawa nasfsunya seperti anjing mengikuti tuannya, sampai hawa nafsunya itu tidak menyisakan anggota tubuh, daging, pembuluh darah, maupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya. Wahai orang Arab! Jika kamu tidak bangkit dan mengikuti apa yang dibawa Nabimu” HR.Musnad Imam Ahmad.

Ahli Syurga itu Satu Golongan atau Banyak Golongan.

Pertanyaan:
Apakah ahli syurga itu hanya satu golongan atau banyak golongan ?
(pertanyaan diajukan oleh Ahmad F, member group facebook Muhammadiyah )

Jawaban:

عَنْ مُعَاوِيَّةَ بْنِ أَبِيْ سُفْيَانَ أَنَّهُ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ أًلا إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ : أَلا إِنَّ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوْا عَلٰى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً، وَإِنْ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلٰى ثَلاثٍِ وَسَبْعِيْنَ اثْنَتَانِ وَسَبْعِوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Dari Mu’awiyyah bin Abi Sufyan bahwasannya ia (Mu’awiyyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah bediri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda : “Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. (Adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, yaitu ”Al-Jama’ah”.
Tinjauan Sanad:
Memang banyak sekali hadits-hadits tentang terpecahnya umat menjadi 70, 71, 72 sampai 73 golongan dan hanya satu golonganlah yang masuk surga. Hadits yang menyebutkan 73 golongan saja, tidak kurang 15 hadits yang diriwayatkan oleh lebih 10 ahli hadits dari 14 orang shahabat. Dengan kata lain dari segi kuantitas periwayatan hadits ini termasuk hadits masyhur.
Tidak ada satu jalur periwayatanpun yang memenuhi kriteria dan parameter keshahihan hadits secara utuh (shahih li dzatih), paling kuat hasan yang karena banyak jalur lalu meningkat menjadi shahih lighayrih bahkan kebanyakannya adalah periwatan yang dha`if.
Tinjauan Matan:

Hadits ini berisikan prediksi atau ramalan kenabian (nubuwwah) yang menunjukkan pada sesuatu yang sulit untuk didentifikasi dan dipastikan kapan dan di mana itu terjadi. Apakah hari ini, apa yang diprediksikan oleh Nabi SAW tersebut sudah, tengah atau belum terjadi?

Hadits-hadits ini kerap dijadikan semacam "legitimasi" atas terjadinya perpecahan ummat ini, masing-masing kelompok (besar ataupun kecil) mengklaim kelompoknya lah yang selamat dan kelompok lain lebih-lebih yang berlawanan haluan di-judge sebagai salah, sesat dan masuk kedalam kelompok-kelompok yang akan menghuni neraka.
Bukankah al-Quran menyebutkan bahwa calon penghuni syurga dan neraka itu terdiri dari beberapa rombongan/golongan, sebagai dijelaskan dalam al-Quran surat al-Zumar, 39: 71 dan 73


وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ ءَايَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ


Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir.


وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".
Demikian dalam beberapa hadits shahih disebutkan, antara lain:
Dari Anas bin Malik ra. Rasululloh SAW bersabda:
يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ شَعِيرَةٍ مِنْ خَيْرٍ وَيَخْرُجُ مِنْ النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ بُرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ وَيَخْرُجُ مِنْ النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ ذَرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِيمَانٍ مَكَانَ مِنْ خَيْرٍ
"Akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada Ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar jemawut. Dan akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji gandum. Dan akan dikeluarkan dari neraka siapa yang mengatakan tidak ada ilah kecuali Allah dan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji sawi. Abu Abdullah berkata; Aban berkata; Telah menceritakan kepada kami Qotadah Telah menceritakan kepada kami Anas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda. Dan kata iman di dalam hadits ini diganti dengan kata kebaikan. [HR. Bukhari]
Dari Abu Sa`id al-Khudri ra. Rasululloh SAW bersabda:
يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدْ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوْ الْحَيَاةِ شَكَّ مَالِكٌ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً
قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ
"Ahlu surga telah masuk ke surga dan Ahlu neraka telah masuk neraka. Lalu Allah Ta'ala berfirman: "Keluarkan dari neraka siapa yang didalam hatinya ada iman sebesar biji sawi". Maka mereka keluar dari neraka dalam kondisi yang telah menghitam gosong kemudian dimasukkan kedalam sungai hidup atau kehidupan. -Malik ragu. - Lalu mereka tumbuh bersemi seperti tumbuhnya benih di tepi aliran sungai. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana dia keluar dengan warna kekuningan."Berkata Wuhaib Telah menceritakan kepada kami 'Amru: "Kehidupan". Dan berkata: "Sedikit dari kebaikan". [HR. Bukhari]


Dari Abdullah ibn Mas`ud ra. 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ النَّارَ أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ وَلَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرِيَاءَ


"Tidak akan masuk neraka, seseorang yang mana dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari iman, dan tidak akan masuk surga seseorang yang mana dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." [HR. Muslim]


Dari Abu Said al-Khudri ra. Rasulullah SAW bersabda:
يُدْخِلُ اللَّهُ أَهْلَ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ بِرَحْمَتِهِ وَيُدْخِلُ أَهْلَ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ انْظُرُوا مَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا حُمَمًا قَدْ امْتَحَشُوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَاةِ أَوْ الْحَيَا فَيَنْبُتُونَ فِيهِ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ إِلَى جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَوْهَا كَيْفَ تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً
"Allah memasukkan penduduk surga ke surga, Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki dengan rahmatNya, dan memasukkan penduduk neraka ke neraka. Kemudian Allah berfirman: 'Lihatlah oleh kalian, siapa yang kalian dapati dari mereka terdapat sebiji sawi keimanan dalam hatinya maka keluarkanlah.' Lalu mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hangus terbakar. Mereka telah terbakar, lalu dilemparkan ke sungai kehidupan, atau hidup. Lalu mereka tumbuh sebagaimana benih tumbuh di sisi buih. Tidakkah kalian melihat bagaimana dia keluar kuning bengkok." [HR. Muslim]
Wallohu a`lam........!
*)Drs. H. Dadang Syaripudin, MA.,
 

Tiada ulasan: