Rabu, 21 Ogos 2013

NAHAS DI GENTING HIGHLANDS

37 jadi mangsa korban nahas bas Genting Highlands

Oleh pada 21 Aug, 2013 |

Bas_Jatuh_Gaung_GentingKemalangan paling buruk di Genting Highlands sepanjang 17 tahun. Disahkan 37 orang menjadi mangsa korban dalam nahas bas terjunam ke dalam gaung sejauh 60 meter tersebut yang terdiri dari 27 lelaki dan 10 wanita.
Bas tersebut dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur yang membawa seramai 49 penumpang dan kemalangan berlaku kira-kira 2.45 petang.
Mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 3.54 petang manakala mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada pukul 8.01 malam ini, kata  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Nahas Bas: 30 maut termasuk pemandu

  • Bas Genting
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seramai 30 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini.
 
Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.
 
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.
 
Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya.
 
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.
 
"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.
 
Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.
 
Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
 
Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
 
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
 
Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.
 
Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
 
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

 - Bernama

PM ucap takziah pada keluarga mangsa nahas
9:07PM Ogos 21 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands hari ini.   
NONE
Perdana menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi terlibat.
   
Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini.
   
Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.
   
Kemalangan berlaku di KM3.6 Jalan Genting Highlands ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.
NONESementara itu, Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.
  
Bagaimanapun Kewarganegaraan mangsa yang
maut masih belum dapat dipastikan, katanya.
  
NONEBeliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan
sehingga kesemua mangsa ditemui.
  
"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.
  
Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.
  
Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
  
Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
  
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
  
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
  
Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.
  
Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
  
erikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
  
    1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
    2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
    3. Saidah, 19 (Malaysia) 
    4. Razif, 26 (Malaysia)
    5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)
Manakala mangsa dirawat di Hospital Selayang dikenali sebagai:
1. Raawnok Arefin (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja'afar (Malaysia)
3. Nur Fatihah Ja'afar (Malaysia)
4. Rashidah Buyan (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (Indonesia)
6. Nurul Quraitul Aini (Malaysia)
7. Rezyan Arefin (Bangladesh)
8 . Nur Fridil Gusman (Indonesia)   
- Bernama
NONE
NONE

NONE

NONE
NONE
NONE

NONE

NONE

NONE


NONE


bus accident in genting plunges into ravine survivor

NONE


NONE



Tiada ulasan: