Ahad, 11 Ogos 2013

AGAK2LAH...BUATLAH IKUT SYARIAT...JANGAN MENUNJUK2

Trend keganasan terhadap suami


ROHANI bersalam dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Kuching semalam.



KUCHING - Kes-kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh suami menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,616 aduan mengenai kejadian itu diterima dalam tempoh lima tahun lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, peningkatan kes keganasan ke atas lelaki agak membimbangkan kerana jenayah tersebut dilihat seolah-olah menjadi trend sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia bagi tempoh sama antara 2008 hingga 2012 itu, kes-kes keganasan yang dialami lelaki masih rendah berbanding kes keganasan membabitkan kaum wanita yang mencatatkan angka sebanyak 13,083 kes.
"Kes keganasan rumah tangga sama ada membabitkan wanita atau isteri semakin meningkat walaupun wujud undang-undang dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran bagi membendung gejala tersebut," kata beliau.
Rohani berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Pinjam RM85,000 untuk kahwin



PENYELESAIAN bagi sesetengah pasangan muda yang mahu berkahwin tetapi kos mahal ialah membuat pinjaman bank. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.
Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.
Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.
Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.
“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.
Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

Islam tidak galak berhutang untuk nikah



PERKAHWINAN tidak semestinya dibuat secara besar-besaran sehingga pasangan perlu membuat pinjaman bank. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Islam tidak menggalakkan bakal pengantin berhutang untuk berkahwin sekiranya hutang tersebut boleh memudaratkan kehidupan mereka selepas berkahwin kelak.
Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, meminjam wang untuk berkahwin adalah bercanggah dengan prinsip Islam jika pinjaman itu mendatangkan implikasi tidak baik.
"Meskipun berhutang untuk berkahwin dibolehkan dalam Islam tetapi ia tidak digalakkan jika hutang itu dibuat di luar kemampuan pengantin membayarnya.
"Sebagai contoh, berhutang berpuluh ribu ringgit untuk berkahwin dan selepas kahwin terpaksa membayar hutang hingga menjejaskan kehidupan keluarganya. Islam tidak menggalakkan hutang seperti ini," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Justeru, Md. Daud menasihati mereka yang bakal berkahwin supaya seboleh mungkin mengurangkan kos majlis perkahwinan termasuk dalam aspek wang hantaran.

Atur belanja kahwin ikut kemampuan kewangan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegur sikap segelintir masyarakat Melayu di negara ini kerana berbelanja melebihi kemampuan dalam mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.
Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perbuatan tersebut boleh menyusahkan keluarga terbabit dan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan pasangan yang baru berkahwin dalam jangka masa panjang.
"Jumlah wang hantaran yang tinggi menjadi trend masyarakat Melayu masa kini sehingga mengakibatkan pengantin lelaki yang kurang berkemampuan perlu membuat pinjaman untuk menampung kos perkahwinan.
"Kita perlu faham perkahwinan adalah mengenai niat serta kesefahaman, bukan berapa banyak wang hantaran atau berapa besar sesebuah majlis perkahwinan diadakan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam

 Bergolok bergadai untuk majlis kahwin, ajaran mana?
Posted on Sunday, August 11 @ 13:48:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Ni ajaran mana, mazhab mana, fahaman mana yang sampai bergolok bergadai nak buat majlis persandingan ini?

Ini ikut sunnah Nabi Muhammad saw atau ikut adat Melayu? Kalau sayang Nabi, sayang Islam, kenapa tak ikut sunnah Nabi saw? Tapi untuk golongan kaya raya, jutawan apa salahnya kalau mampu asalkan media jangan terlalu ghairah untuk menghebohkannya sehingga rakyat jadi papa kedana terikut-ikut.

Pinjam RM85,000 untuk kahwin
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013

KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.

Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.

Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.

Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.

“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.

Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

www.kosmo.com.my"


 Hantaran tinggi haram

  
HARRUSSANI               NOOH

KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak
.
Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

"Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran.

Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.


p/s betul 3x...


Kos Tinggi Punca Lambat Kahwin?

PADA musim cuti sekolah dan cuti perayaan, perkara yang paling banyak diadakan adalah majlis perkahwinan. Pada masa inilah juga katerer mendapat rezeki melimpah ruah, maklumlah kenduri kahwin bukan kecil-kecilan.
Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan.
Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan.
Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persediaan hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus? Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.
Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?
Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin.
Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin. Pernikahan adalah makruh bagi seseorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.
Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya.
Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.
Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal.
Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.
Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan.
Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.
Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi.
Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan. Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh di akadnikah dengan selamat.
Tentunya ramai yang berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya). Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran.
Hantaran kahwin tinggi sampai berpuluh-puluh ribu? mungkin senario biasa dalam zaman serba millenium ini. Apa rasionalnya apabila ada segelintir pihak sesuka hati meletakkan hantaran kahwin dengan harga tinggi sehingga kadangkala membantutkan hasrat pasangan yang ingin berumah tangga? Adakah isu hantaran tinggi bukan lagi perihal yang wajar dipersoalkan dalam konteks serba serbi melibatkan wang ringgit pada hari ini? Mungkin juga apabila mulut sudah bersedia menuturkan perkataan kahwin, maka soal kos belanja kahwin dan hantaran secara automatik telah siap sempurna.
Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000. Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000.
Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.
Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal.
Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi. Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita, perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang.
Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumah tangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumah tangganya tanpa riba.
Faktor ini juga mendorong kebanyakan lelaki untuk lebih senang berkawan mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam tempoh menunggu impian berumah tangga terlaksana yang mengambil masa bertahun lamanya mahupun sudah tidak menghiraukan lagi soal perkahwinan apatah lagi soal halal haram. Kesannya, kes zina, pelacuran dan buang bayi kian kerap kita dengar. Kita cukup sensitif dengan kes terjadi, sedar atau tidak, kita mungkin menjadi atau sudah menjadi antara penyumbang kecil berlakunya kes melanda masyarakat khususnya muda mudi.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (An-Nur : 32)
Tujuan perkahwinan adalah mencari kebahagiaan dan keberkatan, awa lilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan. Jangan jadikan kenduri perkahwinan itu dicampur adukkan perkara yang haram dan halal, kerana kenduri tersebut akan menjadi haram. Kalau kenduri dah jadi haram, maka hilanglah keberkatannya, dan disebabkan itulah berlakunya pergolakan rumahtangga, penceraian, perkelahian dan sebagainya.
Lihat dari hikmah perkahwinan ini adalah untuk menyatukan dua buah keluarga dan mengeratkan silaturahim antara keluarga lelaki dan perempuan. Sebagai keluarga belah perempuan, pertimbangkan dahulu keupayaan bakal menantunya dari segi ekonominya dan taraf kehidupannya. Kalau didapati bakal menantunya dari golongan bawahan atau pertengahan, maka sesuaikan lah hantaran itu dengan ekonominya, supaya bakal menantunya dapat menyediakan kos perkahwinan tanpa pinjaman bank dan sebagainya. Ambil lah sekadar untuk melaksanakan kenduri yang ringkas dan sederhana sahaja.
Mari kita sama-sama merenung kembali tujuan majlis perkahwinan sebagai suatu ibadat dan hebahan kepada masyarakat bagi mengelakkan timbul fitnah.
Justeru, marilah kita meletakkan agama di hadapan dalam semua urusan hidup supaya segala perlakuan dan tindak tanduk kita dikira ibadat sebagai saham untuk dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi.

Masalah Hantaran Kahwin

Assalamualaikum..

Biarlah aku ceritakan semua fasal hantaran kahwin sejujur dan seadil mungkin. Masalah hantaran kahwin ini isu klise, isu berbolak-balik sejak zaman pasca moden.

macam mana tah aku nak mula mengarang bagi flow dia cantik pasal hantaran ni entah? banyak sangat sudut yang nak dibincangkan. Dari sudut syarak, budaya, sejarah, kefahaman dan bahasa.


Dan pelik jika wanita itu dinilai dengan skrol ijazahnya, bukan pada kebaikan budi, akhlak ,dan kemahiran rumah tangganya.

1. Hantaran itu adalah wang yang diminta oleh pihak perempuan untuk belanja membuat kenduri perkahwinan di pihak perempuan.

2. Katalah kau nak menikah dengan Jummah, kau pergi meminang, masa meminang keluarga Jummah minta wang hantaran sebanyak RM 8,000. Itulah yang dinamakan Hantaran, Lazimnya duit hantaran ini digunakan oleh pihak perempuan untuk membuat kenduri kahwin di belah dia.

3. Mas Kahwin pula adalah mahar. Mahar/Mas kahwin disebut semasa akad nikah.

" aku nikahkan dikau dengan Syarifah Mazian binti Al Yahya dengan Mas Kahwinnya 300 ringgit tunai"

Ada negeri yang menetapkan nilai minimum Mas Kahwin, namun tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa yang mahu meletakkan jumlah mas kahwin yang mereka mahu. RM300 adalah Mas kahwin bagi Negeri Selangor.

4. Yang menjadi keliru adalah hantaran ini dipisahkan dengan mas kahwin, tapi sebenarnya tak keliru pun, cuma ada sesetengah orang cuba provok masalah hantaran yang tinggi. mereka menyatakan kenapa perlu hantaran? sedangkan yang wajib hanyalah mas kahwin, seberkat-berkat mas kahwin adalah yang paling rendah.

5. Maksud rendah itu adalah relatif bagi aku, Jika di area Lembah Klang, khidmat katering paling rendah tapi sedap adalah RM9.00 / kepala, jadi jika anggaran jemputan adalah 700 orang maka jumlah keseluruhan makan kenduri adalah RM 6,300. Adillah bagi pihak perempuan kalau dia mintak hantaran dalam julat RM 7,000 ke RM 9,000.

6. Belum masuk sewa pelamin lagi, anggaran RM 600, photographer RM 400, sewa baju pengantin RM 200, bla bla bla bla jadi semuanya adalah dalam lingkungan RM10 - 12 ribu, maka munasabahlah duit hantaran yang diminta itu. Yang tak munasabahnya jika pihak perempuan gila meroyan mintak sampai RM18,000 - 20,000 - 30,000.. ni baru betul memang macam nak jual anak, sengaja meletakkan hantaran tinggi nak mati semata-mata nak menunjuk-nunjuk dan bermewah-mewah dengan kenduri.


7. " Tapi Zulfikar, yang wajib adalah mas kahwin, yang hantaran itu budaya melayu saja, why so serius?"

- Memanglah, sebab tu kalau kau nak islamikkan lafaznya, kau masukkan jumlah hantaran semua dalam akad mas kahwin itu. Pihak perempuan nak buat apa dengan duit itu, itu hak dia, jangan nak tanya-tanya lagi. Jangan nak tunjuk pandai jadi ustaz keluar cakap macam ni pula.

" Mas Kahwin adalah milik mutlak pengantin, jadi keluarga, pihak lelaki semua tak boleh usik"

- memanglah tak boleh usik, duit hantaran tu dah jadi milik perempuan, hak dia lah nak guna cara mana, nak simpan dalam ASB ke, nak bagi mak ayah untuk bantu meringankan beban kenduri kahwin ke, nak ikhlas belanja makan tetamu ke.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “  Surah An-Nisa Ayat 4


Takde hukum kata yang pihak perempuan tak boleh guna duit itu untuk diri dia sendiri, yang jadi masalah kalau dia tak redha duit dia dibelanjakan, yang jadi masalah kalau kau pihak lelaki lepas akad nikah pergi paw duit bini kau nak buat bayar installment kereta, itu memang tak bolehlah.

“ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu" Surah Al-Nisa ayat 20

***********************************

8. "Tapi Zulfikar, aku punya bakal isteri ni pelik sikit, dia nak hantaran 7 ribu, pastu dia nak duit untuk buat majlis kenduri lagi, mahal nak mampus, mati lah aku mcm ni, nak jual anak ke apa mak bapak dia?"

- Itu salah kau, kau tak tegas masa aturcara tawar menawar masa set hantaran hari tu, sepatutnya berapa hantaran yang kau bagi pada pihak perempuan, itulah semua yang cover kenduri, pelamin, sewa baju pengantin semua, dari A sampai Z majlis kenduri pihak perempuan, Yang kau pergi nak berlagak gentlemant nak keluar duit lagi bayar pelamin, baju pengantin, photographer, itu la ini lah bajet remeh semua tu lagi kenapa? kau duduk diam-diam, sediakan hantaran, dulang hantaran dan mas kahwin sudah.

9. " Habis tu? let say lah kenduri kahwin perempuan dah setel, hantaran kahwin tu cover belanja kenduri belah pihak lelaki iaitu aku jugak ke?"



- Majlis kenduri pihak lelaki itu semuanya terbeban atas pihak lelaki, takde kena mengena dengan hantaran yang kau bagi pada dia, kalau kau ada belen saving RM 4,000, kau buatlah kenduri bajet-bajet dalam 4 ribu, kalau kau nak jugak buat grand, pandai-pandailah kau mintak sponsor dari mak ayah kau, adik beradik, sedara mara, bos, kawan-kawan, supplier dan sebagainya.

Sebab tu selalunya adat melayu kita, kenduri pihak perempuan yang buat Grand dan meriah, kenduri pihak lelaki buat kecik je atau ala kadar. Melainkan pihak lelaki itu anak orang ada-ada, kaya, kapal di laut gedung di darat, ada factory factory dan kilang kilang, rumah sewa dan stable lumba kuda. kaya kaya kaya.

10. " Ahhh Zulfikar, aku tak setuju dengan benda ni semua, sepatutnya aku bayar mas kahwin yang murah-murah je cukup, tanggungjawab buat kenduri kahwin tu terletak pada ayah atau wali pengantin perempuan, apesal pulak nak mintak belanja dari aku?"

- Laaa siapa pulak kata kau wajib bagi hantaran tinggi ni? hantaran atau hantaran yg dimasukkan sekali dalam mas kahwin itu adalah persetujuan dua pihak antara kau dengan pihak perempuan, kalau kau dapat bapak mertua jutawan, jenis tak mintak duit hantaran bertuahlah badan kau. Itu terpulang pada skill kau negotiate.

Kalau kau dapat bapak mertua kau jenis tak berapa nak kaya, pastu dia pulak sporting taknak mintak hantaran tinggi-tinggi pun bagus juga, tapi kau mesti adillah pada pihak perempuan, kalau pihak perempuan tak mampu buat kenduri, dia buat ala kadar pesen bagi bihun goreng dalam polisterin, bagi sorang sebungkus dekat pintu masjid lepas akad nikah, dan kau redha pula jamuan makan macam tu, Alhamdulillah, sama-sama dapat kata sepakat nak kenduri yang sederhana, moga dalam kesederhanaan itu membawa barkah.

Masalahnya, kau pun nak kenduri grand, bini kau pun nak grand. Tapi keluarga bini kau tak berapa nak ada duit, mintaklah kau tolong sikit sebanyak, bagi hantaran dalam enam tujuh ribu. Itu pun kau nak bising. Kenduri nak grand, belanja taknak keluar. Umpamanya pakai kereta nak Nissan GTR, tapi bayar nak Kancil mana boleh.



Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang


WANG hantaran tinggi menyebabkan banyak pasangan muda di negara ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.
Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.
Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).
Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.
*********************************

11. "Tapi Zaman Rasulullah dulu Mahar senaskah Al-Quran saja, kan elok kalau macam tu, nanti aku kahwin aku nak hantaran senaskah Al-quran je lah, so sweet"

Zaman Rasulullah dulu takde hantaran senaskah Al-quran, ini semua adalah statement hyperbola semangat islamik tak kena tempat. Zaman Rasulullah saw dulu ada Mahar Sebentuk cincin besi, Baju besi, Hafazan satu surah, Kibas, Unta, ladang tanaman, emas, perak, dinar dan macam-macam lagi benda yang berharga.

Zaman Rasulullah Al-Quran belum dijilidkan atau dinaskahkan, macam mana pula nak bagi senaskah Alquran?

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, 
"Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" 
Aisyah menjawab, 
"Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy."
 Lalu Aisyah bertanya, 
"Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" 
Aku menjawab, "Tidak." 
Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." 
Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."
Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." 
(HR. Muslim) nota : (12 x 40) + 20 = 500 Dirham.

Jika kita mampu, kita hargailah isteri kita semampu kita. mungkin 2 ribu, 3 ribu, 4 ribu, 5 ribu, ikut kemampuan, janganlah semangat sangat sampai kalau boleh nak bagi hantaran satu kitab al - quran je. Nabi SAW itu menjadi contoh kepada kita, kalau Nabi pun sedaya baginda bagi 500 dirham, kita pula yang nak zuhud melampau-lampau hyperbola melebih dari Nabi, Kalau betul-betul tak mampu itu lain cerita.
Macam beberapa kisah anak muda yang betul-betul pada dirinya tiada harta, Rasulullah saw bersabda bagi juga mas kahwin sekurang-kurangnya cincin besi. Ada yang disuruh bagi hantaran hafazan satu surah al-quran. Aku tak yakin antara kita anak muda sekarang ni langsung papa kedana  sampai nak keluar barang 3, 4 ribu pun takde. Kemon rasional lah sikit.
***********************************
12. Pengalaman aku pasal hantaran kahwin?
a- aku pernah ikut rombongan meminang pakcik aku, mulanya pihak perempuan mintak RM 6,000. lepas tu bapak aku sebagai jurucakap tawar menawar hantaran tu menurun sampai RM 2,000 sahaja, kenalah beradap masa tawar menawar, sembang elok-elok. Ini tidak belum kahwin lagi dekat blog, twitter, facebook berdegar-degar maki hamun pihak perempuan yang mintak hantaran.
b- aku pernah sembang dgn Adil, kawan aku di Jeddah sana, dia ckp hantaran/mahar kat Arab saudi terlalu tinggi, dia pernah dengar kawan dia kawin kena hantaran sampai 40 ribu riyal, sebijik kereta, seorang driver dan sebijik banglo. Last-last member tak tahan, balik Malaysia cari orang Malaysia buat Isteri. Siapa kata Mahar tinggi ni Budaya Melayu saja? Tanah arab boleh jadi tinggi berpuluh kali ganda dari Malaysia tau.
13. " kau ni Zul nampak macam nak popular je, beriya-iya defend sistem hantaran ni? kalau kau kahwin kau nak ke kena hantaran tinggi-tinggi?"
- Gila kau! kalau bakal bapak mertua aku letak hantaran RM500 je, syukur alhamdulillah! siapa tak suka kawin murah oi. Semua orang suka, tapi rasional lah sikit, sama-sama nak seronok, apa salahnya aku menghargai wanita bakal isteri aku itu semampu aku, kalau aku rasa aku mampu 8 ribu aku cakap terus terang ke dia 8 ribu, kalau aku mampu 7 ribu, aku cakap ke dia 7 ribu, tak perlu kau nak mengamuk-ngamuk sindir dekat blog hentam orang pasal hantaran ini. Kalau dah sampai 20 ribu, 30 ribu, tu melampau lah.. Bak kata mami penang...
" Kalau Takda empat puluh ribu, mati dalam cermin pun tak apa!" - Ini memang gila.
14. Kesimpulannya kalau tanya aku, semolek-moleknya masukkanlah keseluruhan belanja hantaran dan mas kahwin sekali dalam sebutan mahar masa akad. Hantaran yang rasional dan acceptable adalah dalam range RM 7,000 ke RM 10,000 ikut kemampuan pengantin lelaki dan perempuan. Period. Ceased fire.
Kata Kuncinya berserdahana, yang wajib itu nikahkan pengantin, kenduri pula yg termampu, ukur baju badan sendiri. Ini adalah hari perkahwinan adik perempuan aku sehari sebelum bersanding, tengok rumah aku takde ropol2 pun. Gambar bersanding takde soft copy pulak, nanti2lah..
**************tamat**************
P/S Susu nak minum tapi lembu taknak jaga, taknak jaga lembu, beli susu dekat pasaraya! - Ujang DMG 2012
P/S aku akan ingat kata-kata Zikry Zulkifli sampai mati, " aku ni ikar, yang penting bagi lepas pihak perempuan, semampu aku dalam 10 ribu tu aku gagah jugaklah, kenduri belah aku takyah buat pun takpe, aku pesan kat mak aku, aku nak buat kenduri bihun goreng bungkus dalam polisterin je Ikar, orang datang je bagi sorang satu, seytel"
P/S masa kenduri kahwin, ada salam keruk, salam keruk ni tetamu datang salam mak ayah pengantin, bagi sampul dalam ada 5ringgit 10 ringgit sampailah 50 ringgit ke atas, duit salam keruk ini lah yang cover belanja lebihan kenduri itu, kalau kawan-kawan kita jenis pemurah, faham kesusahan kita dapat lah collection byk sikit, lega, boleh masuk tabung balik. Aku harap kawan-kawan aku nanti kalau aku kahwin salam keruk ke aku atas pelamin terus, hadiah-hadiah ni belakang kira, salam keruk duit puluh2 itu yg didambakan adanya. haha

Kenapa Suka Letak DUIT HANTARAN TINGGI?



Salam,

Aku dah lama sebenarnya nak buat entri pasal ni lepas mengikuti beberapa entri pasal hantaran perkahwinan dekat blog Zara. Buat follower blogger Zara pasti akan ingat mengenai entri kisah Budak Hantaran 20 Ribu yang mencetuskan perdebatan sama ada dekat blog mahupun dekat Facebook baru-baru ni. Kalau ikutkan ada beberapa part dari mula sampai la akhir kisah tersebut. Bagi yang belum baca lagi kisah tersebut boleh klik link di bawah ini:


Kalau kita perhatikan kenapa ramai ibu bapa pada zaman sekarang ni suka sangat meletakkan duit hantaran yang tinggi-tingi? Kalau pihak lelaki tu mampu takpe la....tapi macam mana kalau pihak lelaki tu kurang berkemampuan?? Alamatnya membujang sampai ke tua la nampaknya. Nak pinang seorang anak gadis ibarat nak beli sebuah rumah kos rendah atau kereta pulak lagaknya? Agak-agak kenapa ye?


  • TAKUT KENA FITNAH

Salah satu sebab kenapa duit hantaran diletak dalam kadar luar biasa ialah kerana mahu mengelakkan fitnah. Biasa la orang Melayu kita ni...kalau letak murah, mesti nanti diorang kata anak dara kita tu dah rosak la..kena tangkap basah la. Pendek kata...sibuk je la nak jaga tepi kain orang lain. Cubala jaga tepi kain sendiri dulu sebelum nak menyibuk hal orang lain.


  • BERSAING DENGAN ORANG LAIN

Ada juga ibu bapa yang meletakkan duit hantaran terlalu tinggi kerana mahu bersaing dengan ibu bapa lain yang merupakan jiran sebelah rumahnya. Kalau jiran tu letak memang dah tinggi, diorang letak lagi tinggi sampai terbeliak mata pihak lelaki mendengar nilainya.


  • SEBAGAI TANDA PENOLAKAN

Sebenarnya kenapa ibu bapa meletakkan duit hantaran pada kadar keterlaluan mungkin juga disebabkan sebenarnya mereka menolak peminangan tersebut dengan cara kiasan. Mungkin diorang ada perancangan lain untuk anak gadis mereka. Jadi kepada pihak lelaki, faham-faham je la. Jangan buat-buat tak faham pula..karang kalau kena reject terang-terangan korang pulak yang malu dan hangin satu badan. Lepas tu mula la berdendam dan cari bomoh untuk kerja menyantau.


  • NAK JAGA STATUS

Keluarga gadis yang pihak lelaki pinang tu orang yang kaya-raya...anak datok lagi. Takkan la diorang nak letak hantaran yang murah pulak kot. Jatuh la status tu. Ada juga anak gadis yang datang dari keluarga sederhana je...tapi dia mempunyai rupa paras yang jelita dan berpelajaran tinggi serta bekerjaya hebat dan amat berjaya. Takkan la nak letak duit hantaran yang cikai-cikai pulak kan? Paling koman mau dekat RM 10K tu.


  • KOS SEJAK LAHIR

Ha...ni pun salah satu sebab juga ni. Duit hantaran yang tinggi-tinggi tu dikira sejak anak gadis tu dilahirkan dan dibesarkan sampai la ke anak gadis. Setiap perbelanjaan sepanjang membesarkan dan menjaga anak gadis tersebut dikira habis-habisan dan ini la yang menyebatkan nilai duit hantaran tu menjadi tinggi maut-mautan. Bunyi macam tak ikhlas je nak serahkan anak gadis tu kepada bakal suaminya?


  • MENDUGA BAKAL MENANTU

Ada juga ibu bapa meletakkan duit hantaran pada kadar keterlaluan adalah semata-mata kerana mahu menduga kesungguhan dan keikhlasan si lelaki demi mendapatkan kasih sayang anaknya. Diorang takde la kejam sangat...diorang cuma nak tengok setakat mana rasa sayang dan cinta korang tu pada anaknya. Kalau korang sanggup bagi berapa je yang diorang minta...tu tandanya korang memang sayangkan anak diorang sungguh-sungguh. Lepas tu sure diorang akan turunkan kadar hantaran tu pada nilai yang berpatutan. Pada korang yang cool tu...memang bertuah la badan. Sure korang akan menjadi menantu kesayangan punya. Tapi pada korang yang cepat melatah tu, gigit jari la jawabnya. :)


********************************************


Perkahwinan dalam Islam ni kalau kita perhatikan mudah sebenarnya. Tapi mentaliti masyarakat Melayu kita ni yang menyusahkan perkara yang mudah itu. Ye la kan, kita boleh tengok dimana orang kita terlalu mementingkan hantaran berbanding dengan mas kahwin yang wajib itu.

Bukan apa, lepas kahwin nanti nak pakai duit lagi. Rasa macam tak guna juga kan kalau hantaran tinggi-tinggi tapi hidup tak bahagia dan akhir sekali membawa kepada penceraian. Lebih-lebih lagi terpaksa bayar hutang sana-sini sebab masa kahwin dulu duit hantaran lak pinjam ngan bank. Hmm...sendiri mau ingat la kan...

Tepuk dada...tanya hati masing-masing..


Nota:

1. Buat semua bakal isteri, bakal suami adalah untuk disayangi bukan untuk dibebani..

2 ulasan:

Nor berkata...

aku rasa budaya jamuan kahwin tu salah la...mmg la keluarga pengantin wanita kena anjurkan tapi mana pula peranan masyarakat untuk sama2 gotong royong dengan mendermakan rm10 seorang (beri masa salam)...jangan la harap pengantin lelaki yg tanggung semua kos melalui duit hantaran.

Nor berkata...

aku rasa budaya jamuan kahwin tu salah la...mmg la keluarga pengantin wanita kena anjurkan tapi mana pula peranan masyarakat untuk sama2 gotong royong dengan mendermakan rm10 seorang (beri masa salam)...jangan la harap pengantin lelaki yg tanggung semua kos melalui duit hantaran.