CCRIS bukan penyelesaian pinjaman PTPTN
Muhammad Faizal, | 20 Ogs 2013 |
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya lebih peka kepada permasalahan mereka yang sukar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian sehinggakan gagal membayar pinjaman PTPTN.
"Saya melihat keputusan kerajaan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar, kalau sebelum ini kita dari Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN bagi membantu golongan pelajar.
"Tetapi tindakan kerajaan ini jelas menzalimi golongan pelajar, mereka perlu dibantu bagi mencari jalan penyelesaian untuk meringankan beban hutang PTPTN tetapi sebaliknya berlaku," jelasnya ketika ditemui di Gombak semalam.
Beliau berkata kerajaan juga tidak memikirkan langkah yang proaktif bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada golongan pelajar sebaliknya merasakan CCRIS jalan terbaik kepada golongan tersebut.
Dalam satu kenyataan semalam, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.
Tindakan tersebut turut dipersetujui Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata CCRIS langkah terbaik untuk mereka yang gagal membayar PTPTN.
Jadikan budaya sebagai kuasa dunia -Mahfuz
Muhammad Faizal, | 20 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan budaya negara ini akan menjadi satu kuasa dunia baru dalam usaha meningkatkan imej negara pada masa akan datang.
Berkata pada satu pertemuan dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan apa gunanya negara ini kaya dengan budaya jika perkara itu tidak diketengahkan sebagai satu kuasa baru.
"Saya telah ketengahkan isu ini pada persidangan parlimen yang lepas apabila saya melihat terlalu banyak pembaziran dilakukan oleh kerajaan dalam soal pelaksanaan tugas kementerian berkaitan.
"Apabila terlalu memikirkan untuk menetapkan tugas-tugas kementerian, saya melihat soal budaya negara ini tidak mempunyai hala tuju sehinggakan ia diabaikan terus," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada pertemuan itu semalam di Gombak.
Menggunakan istilah 'Kuasa Budaya Dunia', Mahfuz tidak menolak ia akan dapat menaikkan nama Malaysia dipersada dunia sehinggakan menjadi ikutan negara-negara luar.
"Saya yakin kita mempunyai platform terbaik untuk ketengahkan isu ini, dan terdapat banyak Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan soal budaya, mereka mampu melaksanakan.
"Imej negara bukan sahaja boleh kita naikkan melalui kuasa ekonomi atau pun teknologi tetapi budaya mampu melakukannya.
"Bagaimana negara barat tidak menyatakan budaya itu sebagai satu kuasa tetapi ada satu badan yang telah membawa budaya itu keluar dari negara mereka sehinggakan kita sendiri terpengaruh dengan budaya mereka sebagai contoh budaya K-Pop," sambung beliau lagi.
Beliau yang menghargai pertemuan dengan Paksi kerana ia merupakan satu pemangkin baru kepada halatuju budaya negara ini untuk menjadi 'Kuasa Budaya Dunia'.
Beliau yang turut berharap, Paksi akan terus ketengahkan isu kuasa budaya ini untuk menjadikan budaya itu lebih baik serta berada pada landasan yang betul.
"Pertemuan dengan Paksi ini amat saya harga, dan saya yakin usaha yang dibawa akan menaikkan martabat budaya negara.
"Istilah budaya bukan hanya terletak pada tarian atau lagi tetapi ia mempunyai skop yang luas, saya yakin Paksi akan terus ketengahkan kuasa budaya untuk meletakkan ia pada martabat yang betul," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau akan berbincang dengan kepimpinan PAS pada mensyuarat akan datang dan memastikan pertemuan pimpinan PAS dibawah Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat untuk membincang program bersama Paksi dengan parti itu.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut hadir pada pertemuan itu juga menyokong usaha Paksi meningkat budaya negara dan beliau akan memastikan pertemuan antara pimpinan PAS dapat direlasasikan seberapa segera
Berita cemas buat warga pekerja...
http://addin77.blogspot.com, | 20 Ogs 2013 |
Hutang Negara semakin membengkak... Wang Rakyat Jadi Habuan... BN Kata Kewangan Negara Mantap... Rakyat Tertipu Lagi....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Akta Pencegahan Jenayah ada, mengapa sibuk EO?
Harakahdaily, | 20 Ogs 2013 |
“PAS berharap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) ini tidak disalahgunakan pada orang yang tidak bersalah dan untuk sebarang tujuan politik jahat,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan bahawa polis mempunyai kuasa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) untuk menahan suspek untuk tempoh 72 hari untuk membantu siasatan dan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak bersetuju menghidupkan semula undang-undang penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah.
Kedua-dua kenyataan di atas adalah satu tamparan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang selama ini berhujah perlunya dikembalikan Akta Ordinan Darurat (EO) untuk melawan jenayah berat yang semakin meruncing.
Pertama, Ketua Polis Negara membuktikan Zahid silap selama ini memperjuangkan EO sebagai penyelesaian kepada jenayah dan juga menyedarkan rakyat rupa-rupanya ada lagi akta yang setara dengan ISA dan EO yang membenarkan penahanan selama 72 hari, dua bulan setengah dengan arahan mahkamah!
Kedua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan saranan Zahid untuk mengembalikan EO tidak dipersetujui kabinet.
Kenyataan bercanggah sebegini meruntuhkan lagi kepercayaan awam terhadap Zahid dan kementeriannya.
Persoalan yang lebih utama ialah apakah tujuan Zahid memperjuangkan kembali EO?
Apakah ia kerana kuasa menggunakan EO berpusat di tangan menteri, manakala akta lain memerlukan perintah mahkamah atau sekadar interbiu tersirat beliau untuk pertahan jawatan Naib Presiden Umno di pemilihan parti yang bakal datang?
PAS menyokong pendirian yang diambil oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi supaya Akta Pencegahan Jenayah 1959 (disemak 1983) yang sedia ada diperbaiki supaya memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat.
PAS berharap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) ini tidak disalahgunakan pada orang yang tidak bersalah dan untuk sebarang tujuan politik jahat.
PAS juga mengucapkan tahniah kepada PDRM atas kejayaan mereka menahan 200 suspek yang disyaki terlibat dengan jenayah berat baru-baru ini. Pencegahan jenayah mesti dibuat sepanjang waktu.
Pencegahan jenayah yang dilaku secara bermusim dan tidak berkala bakal menyebabkan para penjenayah untuk terus melakukan jenayah kerana merasakan operasi mereka mudah dilakukan.
Umno pun pernah cuba haramkan PAS - Idris
Selangorku, | 20 Ogs 2013 |
Pengarah Jabatan Tarbiah dan Pengkaderan PAS, Ustaz Idris Ahmad, berkata Umno ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sedaya upaya untuk mengharamkan penggunaan nama Islam dalam pertubuhan termasuk PAS.
“Namun usaha buruk Umno tersebut gagal disebabkan Majlis Raja-Raja yang bersidang menolak usaha Umno dan Dr Mahathir,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Menurut Idris, tragedi rusuhan yang sedang berlaku di Mesir tidak mungkin berlaku di Malaysia sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
“Senario penggulingan Mantan Presiden Mesir Dr Morsi oleh tentera negara itu agak sukar berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai sistem pemerintahan yang agak unik.
“Sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini dengan Raja merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi akan menghalang perkara sedemikian.
“Dari sudut negara ini penggulingan tentera seperti itu agak rakus, cara kekerasan yang berlaku seperti di Mesir mungkin tidak akan berlaku,” kata beliau ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan jikalau PAS berjaya mentadbir Malaysia apakah senario di Mesir akan berlaku di negara ini.
Kata beliau, tindakan kekerasan tentera Mesir seperti yang berlaku itu tidak sesuai dalam konteks negara ini dalam pelbagai segi.
Tambah beliau apa yang boleh berlaku adalah seperti pertukaran kerajaan di Perak melalui ‘lompat parti’.
Dalam pada itu Idris berharap kerajaan Malaysia membuat pendirian berhubung tragedi yang berlaku di Mesir.
“Kita juga menyeru semua pertubuhan Islam untuk mempunyai jatidiri yang kuat dan istiqamah dan kita yakin akan menang akhirnya,” kata beliau.
Sambutan Hari Belia di Shah Alam 24 Ogos
Harakahdaily, | 20 Ogs 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) berkata sambutan itu bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.
Turut dianjurkan serentak adalah Majlis Hari Raya Aildilfitri serta sambutan Ambang Merdeka.
Menurutnya, tema ‘Integriti’ dipilih supaya generasi muda menghayati prinsip itu dalam agenda perubahan nasional.
Tambah beliau, antara acara yang disusun nanti adalah penerangan isu berkenaan krisis di Mesir dan Solat Hajat untuk memohon keamanan di Mesir.
Turut diadakan sembang santai golongan belia bersama mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga program khas bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita juga akan menganugerahkan anugerah Penggerak Belia Tempatan (Pebt) terbaik,” kata beliau dipetik Selangorku.
Kata beliau, para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang akan disediakan oleh setiap pihak berkuasa tempatan.
“Disasarkan lebih 10,000 akan hadir dalam program ini dan diharapkan lebih daripada itu kerana pada tahun lepas lebih 50,000 hadir pada program kemuncak dalam program bersama Ustaz Azhar Idrus,” kata beliau.
Katanya, beberapa acara sukan akan diadakan seperti Paintball, Walk Hunt, Cycling Hunt, Basketball 3 0n 4, Klinik Bola Sepak, Pertandingan Pidato ‘Rasuah’, Pertandingan Catur Piala Exco Belia dan Sukan, Pertandingan Blast of the Band dan Pertandingan Dekorasi Cup Cake dan Kraft Fabrik Felt.
Hosni Mubarak dibebaskan, ujian besar untuk rakyat Mesir
http://greenboc.blogspot.com, | 19 Ogs 2013 |
Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.
Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.
Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.
Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..
Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.
Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.
Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.
Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.
ULASAN GB
Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.
Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.
Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara
Salmiyah Harun, | 19 Ogs 2013 |
"Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily.
Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.
Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu.
"Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang.
“Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau.
Malah katanya, dengan sumber yang ada melalui cukai khazanah negara menjadi perkara biasa dan tidak menjadi pelik kerajaan Umno membangunkan negara kerana cukai yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat.
"Keadaan berbeza di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, nama sahaja memerintah tetapi banyak kekangan yang dibuat oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri mempunyai sumber yang terhad, tetapi Kelantan berjaya membayar hutang kerajaan sebelum ini satu kejayaan yang baik," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka.
Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.
"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu, sama dijajah dan sekarang merdeka, lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat di negara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan