Ahad, 11 Ogos 2013

KENYATAAN NI BETUL...MANUSIA MEMANG SUKA MENUNJUK2 KEHEBATAN...MEREKA TAK SEDAR ALLAH YANG HEBAT....KERANA SEGALANYA PEMBERIAN ALLAH SWT...DAH BAGI HIDUP KIRA DAH BAGUS...ALHAMDULLILLAH LAH

Kubur Tanpa Binaan Menepati Syariat Islam
Posted on Sunday, August 11 @ 13:55:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"

Memandang kawasan perkuburan ini mengingatkan saya akan Perkuburan al-Baqi` di Madinah. Tentu sesiapa yang pernah ke Madinah tidak melepaskan peluang melawat kawasan perkuburan tersebut kerana ia betul-betul terletak di tepi Masjid an-Nabawi (baca di sini mengenai Perkuburan al-Baqi`).

Cuba lihat pemandangan kawasan-kawasan perkuburan berikut yang letaknya di Marang, Terengganu:



DSC_0068
Tanah perkuburan Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu.
DSC_0070
Kubur-kubur ditanda semula dengan batu-batu nisan yang baharu.
Kawasan perkuburan dalam gambar berikut pula masih dalam keadaan asli:
DSC_0084
Tanah perkuburan Kampung Temiang Hulu, Marang, Terengganu.
DSC_0083
Pandangan dari sudut lain.
Lain-lain tanah perkuburan sekitar daerah ini juga mempunyai pemandangan yang sama.  Iaitu kebanyakan kubur-kuburnya hanya ditanda dengan batu sungai atau batu bukit sebagai batu nisan.  Tanpa binaan di atasnya sebagaimana yang biasa kita lihat di lain-lain tempat.  Malah tidak kelihatan tulisan pada batu-batu nisan tersebut.  Samada memang tidak ditulis atau sudah terpadam.  Memang persis pemandangan Perkuburan al-Baqi` di Madinah (lihat gambar di sini).
Melihat kepada keadaan kubur-kubur tersebut, dapat diketahui bahawa ia kubur-kubur lama penduduk tempatan yang mungkin sudah puluhan tahun bersemadi di situ.  Maknanya memang sudah lama masyarakat kita mengebumikan orang yang sudah meninggal dunia dengan cara begitu.  Iaitu tanpa binaan-binaan di atas kubur.  Kubur almarhum ayah saya, tok dan moyang di Perak juga tanpa binaan di atas kubur mereka.
Ia suatu pemandangan yang jarang kelihatan di mana-mana kawasan perkuburan di negara kita mutakhir ini.  Kebanyakan kawasan perkuburan kini telah banyak didirikan binaan batu, marmar atau simen di atas kubur.  Ia seakan menjadi trend umat Islam di banyak tempat di rantau ini.  Malah ada yang sampai menghias dan mencantikkan kubur ahli keluarga mereka lantaran cinta mereka kepada ahli keluarga yang telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
Jadi mana datang budaya membina binaan di atas kubur yang selalu kita lihat tanah-tanah perkuburan sekitar rantau ini?
Faktor
Saya terfikir tiga faktor kenapa ia terjadi.  Iaitu kejahilan agama, kelebihan harta dan trend masyarakat.
Walaupun faktor kejahilan agama merupakan faktor utama, namun faktor kelebihan harta adalah faktor yang kuat menyucuk ke sanubari saya ketika melalui kawasan perkuburan tersebut.  Kerana kejahilan agama sudah pun diusahakan untuk mengubatinya dengan ceramah-ceramah agama, tadzkirah dan kuliah oleh para ilmuan dan pendakwah.  Namun peringatan itu telah dilupakan lantaran harta yang melimpah.  Semakin melupakan mereka apabila ia sudah menjadi trend di kubur-kubur di mana-mana pun.
Betapa harta selalu menjadi fitnah buat manusia.  Harta selalu menjadikan kita kelabu agama.   Ia mendorong kita melanggar peraturan agama sekiranya kita tidak berwaspada.
Lihat sahaja hal mengenai kubur ini.  Orang-orang kampung yang dulu tidak berharta dan hanya menggunakan harta untuk keperluan penting kehidupan telah tidak memperuntukkan apa-apa untuk kubur ahli keluarga mereka.  Mereka kebumikannya, menandakannya dengan batu dan tidak membina binaan tambahan sebagai memuliakan atau mengingati ahli keluarga mereka yang telah pergi selama-lamanya.  Mereka meneruskan kehidupan dengan harta yang berbaki ada untuk perkara-perkara yang perlu dan utama serta yang lebih mendesak.
Tetapi masyarakat yang mempunyai kelebihan harta telah melanggar kebiasaan ini.  Bukan sahaja rumah dan pejabat mereka hias dengan pelbagai hiasan, bahkan di kubur juga dihias dengan pelbagai perhiasan, ukiran dan binaan.  Betapa harta telah menarik manusia kepada yang sia-sia, bahkan kepada perkara-perkara dosa!  Maka berhati-hatilah.
Hukum Membina Binaan Di Atas Kubur
Ayuh kita lihat apakah pandangan agama terhadap perbuatan membina binaan di kuburan.  Supaya kelebihan harta yang dimiliki oleh masyarakat kita dipandu dengan ilmu dan bukannya nafsu.  Dan supaya trend salah masyarakat diperbetulkan.  Tidak ada cara lain untuk mengubatinya melainkan dengan ilmu dan peringatan yang disampaikan secara berterusan.  Selebihnya hidayah dan taufiq ALLAH lah kita mohon buat diri kita dan umat.
Mengenai larangan membina binaan di kuburan telah thabit dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Dari Jabir radhiAllahu `anhu, katanya:
نهى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أن يُجصَّصَ القبرُ . وأن يُقعَدَ عليه . وأن يُبنى عليه
“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam melarang untuk kubur dikapur, duduk di atasnya dan membina binaan di atasnya.”
(HR Muslim)
Merujuk kepada hadith di atas, para ulama telah pun selalu menasihati umat Islam agar tidak mendirikan binaan di atas kuburan.  Dan majlis agama Islam di negara kita juga telah pun mengeluarkan fatwa mengenainya sebagai ingatan dan panduan umat Islam di negara ini.
(1)  Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor (rujuk Kertas Kerja Seminar Perkuburan):
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa haram hukumnya membina binaan kekal di atas tanah wakaf kuburan.  Ahli Jawatankuasa masjid juga mengikut budi bicaranya boleh merobohkan binaan tersebut jika ada keperluan untuk mengkebumikan jenazah, sedangkan sudah tiada lagi ruang untuk mengkebumikan jenazah yang baru.
(2)  Fatwa Negeri Kedah (rujuk e-fatwa):
i) Makruh hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.
ii) Haram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.
Semoga coretan ini dapat mengetuk hati-hati kita semua agar kembali kepada ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Baginda melarang kita membuat binaan di kubur, maka larangan itu hendaklah kita jauhi semampu mungkin.  Jika kita terpaksa berasa asing dengan melaksanakannya, biarlah!  Kerana berasingan seseorang itu disebabkan oleh dia mengikuti sunnah adalah kebahagiaan buatnya pada Hari Akhirat nanti.
Semoga hidayah dan taufiq ALLAH memandu kita semua dalam perjalanan di dunia ini.  Sampai masuk ke kubur.  Sampai bertemu ALLAH Jalla wa A`la, amin…

*SUMBER:  http://muzir.wordpress.com/2013/08/11/kubur-tanpa-binaan-menepati-syariat-islam/


 Pemilik Facebook mesti baca ini
Posted on Sunday, August 11 @ 13:52:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Dukunpasir

"GEMPARR!!! 

NIK AZIZ KATA SEMBAHYANG RAYA NAJIB TIDAK SAH!"





.........................Dasatkan tuan puan!! 


Disini penulis tunjukkan satu bukti BAHAWA IDENTITI ANDA SEBENARNYA dalam bahaya, Sila ambil sedikit masa anda membaca artikel ini kerana anda JUGA BOLEH MENJADI MANGSA DAN TERLIBAT DALAM FITNAH mereka!! 

Tanpa perlu Hack @cereboh akaun Facebook anda,penulis mampu membuat FITNAH seterusnya menjatuhkan maruah anda melalui wall anda sendiri DENGAN hanya menggunakan GAMBAR PROFILE dan alamat ID FACEBOOK anda bagi menunjukkan ianya nampak nyata .


Anda perhatikan DULU beberapa contoh posting  dibawah  yang boleh DIJADIKAN ISU PANAS DALAM LAMAN mana mana laman WEB atau blog.



Kesan lebih besar jika fitnah ini dibuat melibatkan pemimpin ataupun artis terkenal seperti contoh dibawah....
FITNAH terhadap PERDANA MENTERI dan pemimpin pembangkang .


Posting ini diambil dari page asal Perdana Menteri cuma diedit bahagian komen .....

Klik pada gambar diatas untuk masuk kedalam ID Perdana Menteri untuk memastikan posting asal ini memang DIBUAT OLEH DS NAJIB SENDIRI .

Macam mana ianya dilakukan??

Oklah penulis cuma tunjukkan bukti bergambar dibawah sahaja supaya perisian ini tidak DISALAH GUNAKAN.

Katakan penulis hendak buat fitnah kepada Tok Guru Nik Aziz, penulis cuma perlu masuk kedalam wall FB beliau untuk dapatkan gambar profile yang digunakan.



 Setelah gambar diambil, penulis lakukan editing seperti dibawah.


TIDAK SAMPAI 1 JAM, penulis sudah dapat siapkan FITNAH DAN dengan  GUNAKAN PIC INI UNTUK DISEBARKAN dalam blog DENGAN TAJUK PANAS SEPERTI YANG PENULIS PAPARKAN DIATAS TADI.....
"NIK AZIZ KATA SEMBAHYANG RAYA NAJIB TIDAK SAH!!"
.......Dasatkan tuan puan!! 


Dari semua posting palsu diatas,ianya dibuat seolah olah dari pemilik ID itu sendiri terutama dengan menggunakan GAMBAR PROFILE DAN nama yang anda gunakan dalam Facebook.

Memang akan ada yang TIDAK PERCAYA dengan posting palsu diatas...tetapi, BERAPA RAMAI PULA YANG AKAN MEMPERCAYAINYA??Ditambah pula dengan sikap kita yang MALAS MENCARI SUMBER BERITA YANG SAH...malas membaca komen yang panjang berjela kerana kadang kala dalam setiap komen pengguna Facebook itu ada sumber atau berita yang dapat "mematikan" satu satu ISU PANAS.....

Seperkara lagi...perisian ini dicipta SEKADAR UNTUK HIBURAN ........tetapi JIKA DISALAHGUNA maka jadilah ISU PANAS SEPERTI DIATAS...........

Sumber
Link
 
Bergolok bergadai untuk majlis kahwin, ajaran mana?
Posted on Sunday, August 11 @ 13:48:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Ni ajaran mana, mazhab mana, fahaman mana yang sampai bergolok bergadai nak buat majlis persandingan ini?

Ini ikut sunnah Nabi Muhammad saw atau ikut adat Melayu? Kalau sayang Nabi, sayang Islam, kenapa tak ikut sunnah Nabi saw? Tapi untuk golongan kaya raya, jutawan apa salahnya kalau mampu asalkan media jangan terlalu ghairah untuk menghebohkannya sehingga rakyat jadi papa kedana terikut-ikut.

Pinjam RM85,000 untuk kahwin
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013

KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.

Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.

Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.

Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.

“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.

Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

www.kosmo.com.my"
 
 Mat Said Nak Beli Kambing Lagi??
Posted on Sunday, August 11 @ 08:12:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh TKOOffline



Sebelum ini heboh apabila Ahmad Said berada di rumah Ustaz Harun Taib. Mat Said menjawab di pergi semata-mata nak beli kambing. Orang ramai kata takkan Ustaz Harun Taib sahaja jual kambing?

Gambar terkini, Mat Said dengan Haji Wahid Endut. Nak beli kambing lagi ke??

Selepas ini macam-macam cerita akan di dengar daripada penulis yang membuat andaian, ada yang benar dan ada yang palsu. Pembaca boleh tahu isi perut yang membawa cerita. Ok chow!

......
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Note: Setahu saya ini gambar sekitar tahun 2008 - PK
 
Pelancaran Buku 'Awakening' Ditangguh Disebabkan Pempolitikan
Posted on Sunday, August 11 @ 07:38:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh MStar
PETALING JAYA: Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin.James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.


"Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.
Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.
"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.
James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.
Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.
"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya.

 Kerugian Surface jejaskan Microsoft
Posted on Sunday, August 11 @ 07:35:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh BH
Tidak sampai setahun selepas Microsoft memasuki pasaran komputer tablet dengan pengenalan Surface, pergeseran mula kelihatan.

ergasi perisian itu pada akhir minggu lalu melaksanakan hapus nilai yang besar dalam perniagaan Surface RT miliknya selepas ia mengurangkan harga tablet bagi merangsang permintaan minggu ini.

Keputusan pendapatan suku tahunnya juga menunjukkan Windows 8, sistem operasi yang direka bagi merapatkan jurang antara PC dan tablet, kurang mendapat sambutan sekali gus menyumbang kepada kejatuhan pendapatan dalam unit perisian sistem operasinya.

Penurunan nilai bagi kerugian yang dijangkakan terhadap tablet Surface RT itu dianggarkan bernilai sehingga AS$900 juta. Jika tanpa tablet itu juga, keputusan kewangan Microsoft sudah dijangka menurun.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas syarikat itu mengumumkan penyusunan semula utama untuk mem bantu ia berubah menjadi sebuah syarikat ‘peranti dan perkhidmatan’ yang akan kurang bergantung kepada penyediaan perisian untuk komputer peribadi.

Penurunan pendapatannya bagaimanapun menimbul kan persoalan baru sama ada peralihan itu akan berjaya.

Tiada ulasan: