Selasa, 20 Ogos 2013

KES LEPAS DIDUNIA...BUKAN MESTI AKHIRAT PUN LEPAS....JIKA BERSALAH SATU ZARAH PUN TAK LEPAS

Pelajar dicekup khalwat bersama teman lelaki

dicKANGAR – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditangkap penduduk kampung dipercayai sedang berdua-duaan di rumah teman lelakinya berusia 18 tahun di Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.
Menurut seorang saksi, yang juga penduduk kampung berkenaan, remaja perempuan itu selalu datang ke rumah lelaki terbabit namun, kali ini mereka ditahan penduduk kampung apabila ibu lelaki terbabit tiada di rumah.
“Saya bersama tiga penduduk kampung, termasuk seorang anggota Rela pergi ke rumah itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) setelah melihat remaja perempuan berkenaan datang ke rumah teman lelakinya sejak jam 9 pagi.
“Bila kami ketuk, pintu hanya dibuka selepas beberapa minit dan apabila kami masuk ke rumah, mereka berada dalam keadaan mencurigakan di bilik lelaki tu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Remaja perempuan itu yang masih bersekolah berkata, dia ke rumah teman lelakinya untuk meminjam komputer riba.
“Saya tak ke sekolah hari ini sebab nak ambil komputer riba daripada teman lelaki saya. Kami tak buat apa-apa pun cuma tengok kartun Naruto,” katanya.
Pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaip) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaip, Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz berkata, pihaknya datang ke rumah terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, setelah dimaklumkan imam masjid kampung berkenaan.
Katanya, remaja perempuan itu dikatakan selalu datang ke rumah itu untuk menolong ibu teman lelakinya membuat kuih namun semalam ibunya tiada di rumah.
“Kita dah soal siasat pasangan ini dan mereka mengaku berada di rumah menonton televisyen, bagaimanapun kami terpaksa menahan mereka untuk disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat,” katanya. – Sh

Dera anak – Tempoh reman ibu bapa dilanjutkan

laraIPOH - Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.
Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.
Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya.
Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. -BERNAMA/mStar
Mahadi Hj Isa shared Nameku DrMegat's photo.
admin: Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir
 
 Awas!! Ayat Al Quran Diubah Dalam Apple App Store
Posted on Tuesday, August 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Satu versi baru Al Quran telah dikeluarkan Apple App Store oleh komuniti kafir Ahmadiyyah dan Qadiani, nama aplikasi ini adalah “The Holy Quran Arabic text and English translation”. diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store itu.

Umat Islam yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah dan mazhab apa saja perlu peka untuk tidak membeli atau memuat turun aplikasi ini kerana isi al quran melalui sofware ini adalah sangat meragukan lagi cuba untuk mengubah fakta isi Al Quran.
Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Kami memohon untuk anda kongsikan kepada semua supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan Android atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain.


 Politik Kedah dan buku Pak Lah
Posted on Tuesday, August 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Cuti Aidilfitri lalu, saya tidak sempat beraya lebih lama di kampung halaman - Kg Raja, Tunjang, Kubang Pasu. Hanya dua hari satu malam. Agak kalut menyusun jadual. Apa pun, terubat juga kerinduan walaupun dua tiga temujanji dengan rakan-rakan lama terpaksa ditangguhkan.

Ia kunjungan pertama saya -- balik kampung -- selepas PRU13, yang menyaksikan Kedah dirampas semula BN. Sebelumnya, sehari sebelum mengundi, saya ditemani isteri meninjau rambang situasi politik sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra dan Jerlun, dalam keadaan bimbang Kedah terlepas kepada BN. Peliknya, teman-teman dalam PAS yang "berhempas-pulas" di lapangan tidak langsung berkongsi kerisauan itu. Mereka kelihatan yakin Pakatan Rakyat mampu bertahan.

Semasa menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, di Alor Setar, 19 Jun lalu, saya gagal untuk mencuri peluang singgah di desa kelahiran. Polemik punca kekalahan Pakatan menerajui Jelapang Padi buat penggal kedua hanya riuh di meja makan semasa seminar berhenti rehat. Pandangan lebih menjurus kepada kelemahan diri.

Saya sebenarnya lebih teruja untuk menyelami getaran rasa penyokong akar umbi berbanding analisis kepemimpinan parti. Sama-sama merasai kepedihan apabila kemenangan gagal dipertahankan. Dan tekaan saya tidak jauh tersasar; aktivis di peringkat bawah lebih senang untuk mengkoreksi diri dan bermuhasabah, tanpa menafikan sistem dan proses pilihan raya berjalan penuh ketempangan.

"Tidak mudah untuk kita bangkit semula selepas kalah ketika berkuasa," kata seorang daripadanya sambil mengharapkan bedah-siasat terperinci dilakukan secara jujur. "Kelantan memerlukan 12 tahun, itu pun hasil Angkatan Perpaduan Ummah dan Terengganu hampir 40 tahun melalui Barisan Alternatif," tambahnya. Dua tiga orang yang lain cuba meyakinkan saya bahawa kekalahan di Kedah banyak berpunca daripada masalah dalaman, termasuk perebutan menjadi calon.

Saya menyanggah dengan meminta sokongan fakta atas dakwaan mereka itu. "Kami tak mahu berdebat, tapi tengoklah sendiri apa perubahan di Kedah. Semangat ahli-ahli juga jatuh merosot, pada petang hari mengundi pos-pos kita lengang sedangkan markas BN penuh," jelas seorang jiran yang ternyata kecewa apabila masyarakat Melayu tidak dapat "dijinakkan" selama lima tahun PAS menerajui kuasa.

"Dulu hang sendiri tulis, di Kedah, PAS kalah bukan kerana pengundi Melayu tak sokong tetapi disebabkan orang bukan Melayu tetap setia dengan BN. Peratusan Cina dan India agak besar berbanding negeri-negeri Melayu, Kelantan dan Terengganu. Tapi, sekarang bila masyarakat Cina habis-habisan menyokong Pakatan, kenapa kita boleh kalah? Mengapa orang Melayu beralih undi?" sambungnya, mengharapkan jawapan.

Mulanya mahu saja berhujah terus tetapi saya memilih untuk mendengar dan mengamati keluhan mereka. Bukankah kita seringkali mengambil mudah rungutan dan suara hati mereka? Saya agak terpukul bila salah seorang mencelah: "Takkan takda langsung kelemahan dan kesalahan kita? Dulu kita minta mandat lima tahun dan pengundi sudahpun menunaikannya. Jadi, tentu ada sebab mengapa sekarang kepercayaan itu ditarik balik?"

"Betul Lutfi, pengundi terpengaruh dengan janji-janji BN, terutama untuk menaikkan kadar bayaran BR1M hingga RM1,2000, dan lain-lain bantuan," sambut rakannya yang lebih muda, "tetapi kita pun pegang kerajaan juga, sudah tentu ada kemudahan untuk lebih mendekati rakyat, turun bersama mereka, tapi bagaimana pula dengan prestasi wakil-wakil rakyat kita? Ataupun, apakah rakyat Kedah jahil tentang apa yang kita buat selama ini, jadi di mana salahnya jentera penerangan kita?"

Dan sembang-sembang malam raya ketiga itu berlarutan melewati dinihari. Semua setakat menyuarakan keresahan, meluahkan impian, tetapi tidaklah sampai menyerah kalah. Tetap optimis bahawa kemenangan boleh saja berulang asalkan segala kelemahan diperbaiki dan sistem pilihan raya yang penuh tipu daya ini segera dipulihkan.

"Macamana dengan desakan Pengerusi SPR dan timbalannya letak jawatan? Dah senyap tak berbunyi? Lagi satu, aku dengar dari jauh, masa depan Pakatan Rakyat seperti ada masalah aja?" Saya agak tersentak dengan soalan provokasi itu. Tapi rasa mengantuk amat sangat menyebabkan saya tidak terdaya untuk membalasnya. Ya, tidak semestinya setiap soalan dijawab segera, 'kan?

II.

Saya belum membaca buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Gagal mencarinya di toko-toko buku. Seperti orang lain, saya tertarik dengan promosi percumanya. Bagus juga. Sekurang-kurangnya masyarakat menyedari kehadiran buku yang dikendalikan dua penganalisis politik berwibawa, Dr Bridget Welsh dan Prof James Chin.

Jika tidak dikritik secara terbuka dalam media Umno, mungkin koleksi esei 620 halaman itu  sukar mendapat tempat di hati pembaca, apatah lagi di musim perayaan ini. Daya penariknya dikatakan merujuk wawancara bersama bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terutama berkaitan jawapannya terhadap perselisihan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Semasa giat menjelajah seluruh tanah air untuk "membelasah" Abdullah, saya sempat mengikuti empat ucapan Mahathir, termasuk di Alor Setar dan Kota Bharu. Tentulah bidasan terbuka Mahathir itu memberikan banyak ilham kepada saya tetapi -- seperti gaya lazim Mahathir -- kandungan ucapannya, terutama menyerang Khairy Jamaluddin, boleh dikira keterlaluan, emosional dan boleh dipertikai rasionalitinya.

Abdullah memilih untuk tidak menjawab. Mungkin disebabkan personalitinya yang tidak gemar berdepan kontroversi, apatah keupayaannya untuk bertembung langsung dengan Dr Mahathir agak terbatas. Saya yakin jika Abdullah juga pendebat yang baik, seperti Anwar Ibrahim misalnya, banyak argumen Dr Mahathir mudah untuk diremehkan begitu saja. Ataupun Abdullah yang masak dengan perangai Dr Mahathir tidak bersedia membazir waktu untuk melayan karenah bekas bosnya yang hanya mahu memaksa pandangan beliau kepada orang lain.

Sikap Mahathir terhadap Abdullah berubah hanya kerana pewaris takhtanya itu cuba menjarakkan diri (proses de-Mahathirisation), selain menangguhkan projek meganya dan kelihatan mempunyai caranya tersendiri untuk mentadbir negara. Abdullah bukan lagi budak yang boleh disuruh-suruh Mahathir dan ini begitu mengejutkannya.

Keterbukaan Abdullah tidak boleh dinafikan walaupun dalam masa sama ia dilihat sebagai sisi lemahnya. Kekerapan Harakah sendiri, yang dipancung penerbitannya oleh Dr Mahathir, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan selepas Pilihan Raya Umum 1999, telah dikembalikan oleh Abdullah pada pertengahan 2008. Ya, ketika BN mendapat tamparan paling hebat dalam PRU12.

Dalam buku Wacana Baru Politik Malaysia (2012), Muhammad Takiyuddin Ismail dan Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid dalam esei Umno dan Konservatisme mencatatkan: "Selain dari personalitinya yang tidak seagresif Mahathir dan gemar menggunakan pendekatan lunak, beliau (Abdullah) berikrar untuk bersikap lebih mendengar, membawa tenaga-tenaga muda sebagai penasihatnya, melakukan liberalisasi ekonomi, melakukan pertautan dengan masyarakat sivil dan golongan proreformasi, melancarkan agenda integriti dan pembanterasan rasuah, membuka lebih banyak ruang kebebasan dan memperbaiki tadbir urus demokratik."

Beberapa perubahan yang ingin diusahakan Abdullah, seperti mengurangkan projek mega menerima rasa tidak senang daripada elit ekonomi dan juga perwakilan dalam Umno. Pembebasan Anwar juga menerima reaksi negatif daripada Umno sendiri. Reformasi institusi terpenting iaitu Suruhanjaya Bebas dan Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak dapat dilaksanakan ekoran tentangan pasukan polis dan Umno.

Dua badan lain yang ditubuhkan -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) terpaksa dilaksanakan dalam versi yang dilembutkan berikutan tentangan Umno. Permohonan terhadap badan kehakiman (ekoran kes pemecatan Tun Salleh Abas dan Hakim Mahkamah Agung, 1988) juga ditolak oleh kabinet.

Namun begitu, Abdullah juga terperangkap dengan putaran ganas politik wang, rasuah dan kronisme. Beliau turut tenggelam dengan penyakit yang menimpa elit penguasa walaupun ada usaha untuk melakukan pembaharuan.

Dalam Umno, Abdullah dilihat bukan seorang strategis yang taktikal-licik dan kesalahan terbesarnya ialah membubarkan Parlimen sewaktu terlalu banyak isu kritikal yang mencengkam rakyat belum diselesaikan. Lagi pula Umno merasakan mereka lebih memerlukan pemimpin yang mempunyai watak keras, seperti Mahathir, bukannya bersikap lunak dan terbuka kepada pembangkang.

Kita menunggu episod seterusnya, terutama reaksi Dr Mahathir terhadap Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dan bagaimana pula respons Najib Razak yang dianggap budak suruhannya. Selama ini faktor Abdullah bagai sudah dilupakan; mampukah kontroversi buku ini menimbulkan gelombang baru dalam Umno atau pun riak kecil di permukaan akan mudah hilang?

Ahmad utfi Othman
Harakah


 CCRIS untuk peminjam PTPTN, KEADILAN lawan sampai batal – Rafizi
Posted on Tuesday, August 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


demo-hapus-ptptnKUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.
Ia berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.


Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan.
“Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,”  tulisnya di Twitter malam tadi.
“CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh,” kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.
CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.
“Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.
“Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini,” katanya lagi.


Masdar Wahid
Keadilandaily


 Nak Beli Senjata Api?? Carilah di Facebook
Posted on Monday, August 19 @ 20:34:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.


Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.

Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat Kuala Lumpur.

Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api.

"Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya.

- Bernama

Apa lagi bukan Islam mahu!
Posted on Monday, August 19 @ 21:09:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Mentang-mentang Pengerusi Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kini, seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Saran saya, samanlah. Tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi. Sesiapapun ada hak. Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008. Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

Bagilah bekas suami peluang mendidik anak paling kecil tersebut. Kasihan dia. Saya yakin, anak tersebut selamat dan akan dididik dengan baik menjadi manusia berguna. Suatu hari nanti, pasti bekas suami akan bawa bertemu ibunya, kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi ekstrem dan menolak ibu bapa sendiri, meskipun bukan Islam.
MCCBCHST dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan perlembagaan persekutuan, berhubung kes seperti ini.
Bagi MCCBCSHT, keputusan mengislamkan anak-anak bila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, bertentangan dengan prinsip keadilan. Keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak kepada Ridzuan mengislamkan anak-anaknya tidak sah.
Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa penukaran agama itu batal dan tidak sah serta memindahkan hak jagaan ke atas tiga anak tersebut kepada Indira mesti dihormati.
Rentetan itu, satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke parlimen. Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan dari kumpulan bukan Islam.
Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.
Katakanlah kita terbalikkan kes ini, siibu itu Islam dan sibapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah siibu akan mendapat hak penjagaan? Apakah MCCBCHST dan NGO bukan Islam akan setuju dengan keputusan ini?
Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan' ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah MCCBCHST untuk menentukan masa depan Malaysia?
Amaran saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan MCCBCHST untuk berada dalam NGO ini. Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di sini iaitu Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.
Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita. Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.
Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. MCCBCHST mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.
Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam. Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.
Siapakah yang menjadi hakim dalam kes kalimah Allah? Begitu kes perebutan anak Indira dan Ridzuan di Ipoh? Hakim Islam atau bukan Islam? Apakah keputusannya menyebelahi Islam? Jangan ingat kami bodoh.
Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.
MCCBCHST selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalannya saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji? Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku agama persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.
Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit. Jika yang sedikit inipun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? Hanya MCCBCHST yang tahu...

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
http://ridhuantee.blogspot.com


 Husni Mubarak Dibebaskan dari Penjara
Posted on Monday, August 19 @ 21:28:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO -- Mantan presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut terjadi ditengah kisruh politik di Negeri Piramida itu.

Diktator selama 30 tahun itu meghirup nafas lega, Senin (19/8) waktu setempat. New York Times mengatakan, pembebasan tersebut berdasar atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kairo.


Spekulasi beredar mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi militer mengembalikan kekuasaan para diktator.Mubarak terjungkal dari kursi kekuasaannya lewat revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan faksi lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini lengser.
Lengsernya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kairo. Presiden Terpilih Mesir, Muhammad Mursi menjebloskan Mubarak ke penjara dengan banyak alasan.
Beberapa alasannya adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas tewasnya ratusan demonstran pada 2011. Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan.
Rezim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan kesewenang-wenangan. Selama Mursi menjabat, pengadilan kerap gagal menyidangkan Mubarak.
Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, rencana peradilan di Kairo untuk menyidangkannya, Kamis (22/8) mendatang.

 Kes Altantuya: Keputusan Jumaat ini
Posted on Monday, August 19 @ 23:13:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini akan mengumumkan keputusannya Jumaat ini berhubung rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas polis yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
 
Ketika dihubungi hari ini, peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili bekas cif inspektor Azilah Hadri, berkata beliau menerima notis daripada pendaftar Mahkamah Rayuan tentang tarikh pengumuman penghakiman kes itu.

 
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah, 34, dan bekas koperal Sirul Azhar Umar, 39, kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 apabila pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
 
Setelah mendengar rayuan mereka selama dua hari mulai 24 Jun tahun ini, panel Mahkamah Rayuan, yang dianggotai hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, menangguhkan keputusan mereka. - Bernama


 DAP akan saman Utusan berhubung penipuan Father Augustus Chen
Posted on Monday, August 19 @ 23:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Satu saman bakal dikemukakan kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, kerana menyiarkan fitnah risalah “Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” oleh penulis rekaan Father Augustus Chen, menurut Lim Kit Siang (gambar).

Penasihat DAP itu telah pun mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman ke atas akhbar berkenaan atas satu artikel yang ditulis oleh wartawannya Kasthuri Jeevendran melalui edisi Ahad, Mingguan Malaysia, mengulangi penipuan dan fitnah oleh Father Augustus Chen.


Beliau menjelaskan Laporan Ekuiti bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai saman fitnah tetapi turut perbicaraan jenayah kerana fitnah dan niat jahat risalah berkenaan.

Katanya, penulis risalah itu telah membuat pertuduhan tidak berasas bagi membolehkan Barisan Nasional (BN), Umno dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan kepada DAP.
“Father Augustus Chen mendakwa seramai 753 pewakilan, yang kebanyakannya kaum India, tidak dimaklumkan Kongres DAP di Pulau Pinang dan terdapat kira-kira 547 pengundi hantu yang kebanyakannya dari Pulau Pinang merupakan satu fitnah dan berniat jahat ke atas pemimpin DAP.
“Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada penulis risalah itu telah lama tamat namun beliau tidak juga menampilkan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Awal minggu ini, Lim menggesa Father Augustus Chen supaya tampil membuktikan kewujudan dan segala dakwaannya.
Lim berkata, Father Augustus Chen sebenarnya adalah watak yang direka oleh kerajaan pemerintah semata-mata untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Katanya, penulis itu diberikan tempoh seminggu untuk muncul dan membuktikan dia bukan watak yang direka. Jika gagal, RoS perlu mempertimbangkan semula keputusannya atas arahan mengadakan pilihan raya parti semula.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan isu pemilihan DAP dijadikan modal oleh Umno dan BN sebagai kempen perang saraf kerana tiga parti komponen utama BN bakal mengadakan pemilihan parti masing-masing tidak lama lagi.

HASBULLAH AWANG CHIK
- 19 Ogos, 2013.
Malaysian Insider



Tiada ulasan: